Welcome to my Blog

Welcome to my Weblog. This site is dedicated to publishing my writings as and when I am able to pen my thoughts and opinions.Interested parties, including the Press, may reproduce or quote materials published with the condition that they are credited tfrom me. Comments must be accompanied by names and contact. Anonymous postings and those containing profanities and obscenities will be rejected.

Salam pengenalan buat semua

Semoga keujudan blog ini akan memberikan ruang untuk kita sebagai pemimpin diperingkat akar umbi untuk bertukar pandangan dan pengalaman dalam menangai isu-isu semasa kemasyarakat ditempat masing-masing. Tuan/puan mungkin pimpinan kerdil diperingkat bawahan, samada diluar bandar atau pekan kecil, didaerah mahu pun bandar, jangan lupa bahawa anda mempunyai peranan tertentu dalam merobah pemikiran rakyat.

Bersamalah kita berazam untuk meninggikan mutu kehidupan dan kefahaman penduduk dalam sesebuah masyarakat itu menangani cabaran alaf baru. Semoga komuniti kita akan menjadi tempat yang menarik, maju dan menguntungkan buat semua penduduknya.anda boleh berkomunikasi dengan saya menerusi email peribadi di mzha@hotmail.com atau hubungi saya terus menerusi 019-2764133

capaian

Jumaat, 25 Disember 2009

Apabila Ahli Yang Berhormat Ponteng...

Keputusan Barisan Nasional (BN) menggubal peraturan khas bagi memastikan Ahli Parlimennya tidak ponteng menghadiri persidangan Dewan Rakyat seharusnya menjadi tamparan kepada semua ahli Yang Berhormat daripada parti kerajaan. Ia mencerminkan ketegasan Datuk Seri Najib Razak selaku PM untuk tidak berkompromi terhadap sikap sambil lewa sesetengah Ahli Parlimen BN yang mengabaikan tugas dan tanggungjawab hakiki mereka membawa suara rakyat. Sesuai dengan slogan "Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan"

Tidak dinafikan, tugas Ahli Parlimen menyebabkan mereka sering kesuntukan masa tetapi ia tidak cukup dijadikan alasan tidak menghadiri sidang Parlimen. Ahli Yang Berhormat sepatutnya jelas terhadap keutamaan tugas mereka. Ahli Parlimen diberi amanah besar oleh rakyat untuk mewakili mereka di Parlimen. Justeru, mereka dituntut menggalas tanggungjawab itu sebaik mungkin, dan bukannya hanya hadir di Dewan Rakyat sesuka hati. Insiden ketidakhadiran ramai Ahli Parlimen BN ketika Dewan Rakyat mengundi untuk meluluskan Bajet 2010 minggu lalu sehingga mengundang risiko besar kepada kerajaan, tentunya tidak timbul jika ahli Yang Berhormat tidak lalai menjalankan tugas mereka.

Ketika Perdana Menteri gigih berusaha mendapatkan keyakinan rakyat bahawa pentadbirannya serius untuk membela kepentingan rakyat, kejadian seperti itu tidak sepatutnya berlaku. Perbuatan Ahli Parlimen BN tidak hadir tanpa alasan kukuh itu bukan saja umpama menconteng arang kepada kredibiliti beliau, malah boleh menjejaskan kewibawaan kerajaan. Sebagai kerajaan yang mempunyai rekod cemerlang mentadbir negara, BN sepatutnya tidak perlu menggubal peraturan memastikan setiap wakil rakyatnya mengutamakan kehadiran di Dewan Rakyat.

Semua Ahli Parlimen harus tahu keutamaan serta tanggungjawab mereka. Sebagai pemimpin, mereka sepatutnya 'segan' apabila Perdana Menteri berhasrat mewujudkan peraturan sedemikian. Ia memberi gambaran seolah-olah mereka kanak-kanak sekolah yang perlu diberi panduan mengenai apa yang harus diutamakan sedangkan mereka adalah kelompok yang dihormati rakyat. Kita akui, kebanyakan Ahli Parlimen BN sentiasa hadir dalam setiap sesi persidangan Dewan Rakyat dan yang tidak dapat berbuat demikian mempunyai alasan kukuh. Namun kita juga akur ada segelintir yang memang culas. Itulah sebabnya mereka ini perlu diberi peringatan bagi mengelak ia menjejaskan nama baik BN. Ia juga bagi memastikan gejala buruk itu dibendung dan mengelak 'hanya kerana seekor kerbau membawa lumpur, habis semuanya terpalit'.


Cuba bayangkan jika cadangan untuk mengujkudkan siaran Khas bagi membolehkan rakyat mengikuti Lintas Langsung "Live" dari Parlimen dilaksanakan? Semoga hasrat BN mewujudkan peraturan khas memastikan semua Ahli Parlimennya hadir ke persidangan Dewan Rakyat menjadi peringatan kepada semua ahli Yang Berhormat betapa pentingnya tugas yang diamanahkan kepada oleh rakyat, dilaksanakan dengan sempurna demi manfaat bersama.

Khamis, 24 Disember 2009

Keperluan akta halal di Malaysia

MALAYSIA melangkah jauh ke depan berbanding negara Islam lain apabila berhasrat mewujudkan satu akta khas berkenaan status halal. Ia khusus untuk semua produk yang dipasarkan kepada umat Islam di dalam dan luar negara.

Peruntukan undang-undang berkenaan akan dimaktubkan dalam Akta Halal yang akan digubal pada tahun depan dan bakal menjadi rujukan utama pemain industri halal negara serta global.

Akta yang ditunggu-tunggu sejak sekian lama itu, antara lain diharap akan menggiatkan lagi pembangunan industri halal domestik serta membanteras masalah pemalsuan sijil halal yang sejak sekian lama terus berleluasa di pasaran produk makanan, perkhidmatan dan sebagainya.

Kadang-kadang isu halal ini telah menimbulkan kegelisahan dan dilema kepada umat Islam memilih produk atau perkhidmatan yang betul-betul suci serta memenuhi kehendak syariah.

Akta berkenaan itu juga nanti diharap bakal menentukan bentuk tindakan dan langkah yang akan diambil terhadap aktiviti penggunaan "sijil halal" yang palsu dan kecuaian pihak tertentu dalam mematuhi peraturan halal. Ini termasuklah peniruan sijil dan ada juga pihak yang memperolehi sijil halal, tetapi tidak mematuhi sepenuhnya keperluan syariah.

Oleh itu, ia memerlukan satu bentuk penguatkuasaan yang sistematik dan berkesan bagi menangani masalah serius ini.

Maka Akta Halal yang akan digubal itu juga diharap dapat memastikan semua produk makanan dan proses penyediaan serta penyeliaan status halalnya dibuat mengikut syariat Islam.

Ketika ini Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bersama Jabatan Agama Islam negeri-negeri serta Jabatan Peguam Negara sedang menggubal akta itu yang dijangka siap tidak lama lagi.

Akta itu juga dilihat akan melicinkan penguatkuasaan status halal oleh Jakim terhadap premis-premis perniagaan di seluruh negara.

Ketika ini terdapat beberapa peruntukan undang-undang berkaitan dengan Prosedur Pensijilan Halal seperti Akta Perihal Dagangan 1972; Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasaan "Halal") 1975; Perintah Perihal Dagangan (Penandaan Makanan) 1975; Akta Makanan 1983 (Akta 281) dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

Perintah Perihal Dagangan (Perbahasaan "Halal") 1975 misalnya memberikan takrif berhubung dengan perbahasaan "Halal", "Ditanggung Halal", "Makanan Islam" atau mana-mana perbahasaan yang membawa maksud sedemikian sebagaimana yang dikehendaki oleh hukum syarak.

Sementara Seksyen 2 Perintah Perihal Dagangan (Perbahasaan Halal) 1975 pula menerangkan maksud "hukum syarak" ialah Undang-Undang Islam dan Mazhab Shafi'e atau undang-undang dalam Mazhab Maliki, Hanbali atau Hanafi yang telah dipersetujui oleh Yang di-Pertuan Agong untuk dikuatkuasakan dalam Wilayah Persekutuan atau oleh raja-raja di negeri masing-masing untuk dikuatkuasakan sewajarnya.

Seksyen 3 Perintah Perihal Dagangan (Perbahasaan Halal) 1975 menjelaskan "Halal", "Ditanggung Halal", "Makanan Islam" bererti semua makanan tidak mengandungi apa-apa bahagian atau benda dari binatang yang dilarang oleh hukum syarak untuk memakannya atau tidak disembelih mengikut hukum syarak; atau tidak mengandungi sesuatu yang difikirkan sebagai najis mengikut hukum syarak; dan tidak diselia, diproses atau dikilang dengan menggunakan alat yang tidak bebas dari najis mengikut hukum syarak.

Sehubungan itu, sekiranya pihak-pihak terbabit ingkar dan melanggar peraturan yang ditetapkan boleh dikenakan penalti.

Misalnya, menurut Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 [Akta 559], Seksyen 42, Bahagian V (Kesalahan Jenayah), jika mana-mana pihak disabitkan di mahkamah boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Atas landasan ini, berdasarkan kepada peruntukan undang-undang sedia ada dan Akta Halal yang akan diwujudkan kelak, diharap melahirkan satu mekanisme perundangan yang komprehensif dan mampu memberi impak positif kepada industri halal negara serta dunia.

Inovasi ini akan menjamin hak umat Islam untuk menikmati produk halal lagi berkat agar tidak lagi dibayangi perasaan bimbang dan was-was sepanjang masa.

Tambahan pula, akta berkenaan itu juga dilihat mampu meningkatkan lagi integriti dan imej Malaysia sebagai peneraju dan pemain utama pasaran industri produk halal dunia kelak.

Selasa, 24 November 2009

Isu Pendatang Kulit Hitam dari Afrika

Isu berkaitan Pendatang asing yang menetap dan tinggal dinegara kita sememangnya hangat diperkatakan, sehingga isu ini telah menarik perhatian Media membuat liputan mengenainya. Ini termasuklah Warga negara Afrika berkulit hitam.



Persoalannya sekarang kenapa begitu mudah wajah Afrika meloloskan diri di Malaysia? Apakah Jabatan Imigresen memandang ringan kehadiran mereka atau tidak dapat membezakan wajah Afrika dengan muka Malaysia? Benarkah mereka pelajar atau ahli sindiket black money yang banyak diperkatakan?

Kenapa selepas 10 tahun wajah Afrika berkeliaran di sekeliling kita, tindakan untuk membanteras mereka masih terlalu lemah?
Persoalan ini amat wajar direnungi. Pihak yang mengawal keselamatan negara perlu lakukan tindakan tegas agar gejala yang selama ini dilakukan oleh segelintir warga Indonesia, Burma, Vietnam, Bangladesh dan China tidak terus berulangan.

Warga Afrika majoritinya mempunyai saiz fizikal yang tinggi dan besar amat digeruni penduduk setempat. Tingkah laku dan budaya dari sesebuah wilayah yang bobrok memungkinkan tindakan luar kebiasaan di tempat lain.

Mereka datang dari kawasan lembah belantara dan puncak Afrika. Mereka juga dibesarkan antara kawasan kontang dan bukit-bukau yang lebih mengutamakan kekuatan fizikal daripada mental. Ada juga yang belum mengenal dunia sepenuhnya.

Budaya yang dialami di kawasan belantara berbeza dengan suasana di Malaysia yang musim hujan dan panasnya bercampur aduk. Suasana di sini penuh kelembutan kerana faktor iklim dan persekitaran yang ada masanya melankolis.

Suasana di tempat mereka ada waktunya terlalu parah dan sukar ditafsirkan. Amalan voodoo, pertarungan fizikal, ancaman penyakit, kebuluran dan tingkah cuaca menjadikan manusianya lebih berani dan sanggup lakukan apa saja. Undang-undang hampir tidak terlaksana di beberapa tempat di Afrika.

Pertarungan antara suku dan puak sering terjadi. Pertelingkahan kerana merebut kawasan bercucuk tanam sering menumpahkan darah. Mereka berjiwa sensitif dan amat perasa. Alex Haley dalam karyanya Roots: The Saga of an American Family yang diterbitkan pada 1976, menganalisis jiwa Afrika dengan teliti. Mereka rajin, cekal, kuat semangat dan sanggup lakukan apa saja. Awang Afrika juga boleh menjadi hamba yang kental, sanggup meredah belantara dan bertarung nyawa di lautan. Mereka juga pantang dicabar dan sedia bertarung. Kekuatan fizikal bukan sesuatu yang asing.

Keadaan ini amat membimbangkan. Penempatan mereka di Pandan Indah dan Metro Prima Kepong sudah digelar 'Mini Afrika'. Mereka melepak dan mabuk di mana-mana saja. Mereka sanggup menjerit dan membuat isyarat lucah, walaupun di depan anak kecil. Mereka tidak silu dan mungkin lupa di sini bukan benua Afrika. Mereka sanggup jadikan restoran berhawa dingin di Seri Kembangan sebagai medan untuk menonjolkan jati diri insan berkulit hitam. Tidak kurang di sekitar Cheras dimana terdapat sebuat Kolej swasta disana.



Menegur dan mengeluh tidak menyelesaikan masalah. Pihak berkuasa, khususnya Jabatan Imigresen dan polis perlu mengadakan operasi khusus dan bersepadu. Jangan sampai Kampung Malindo bertebaran di merata tempat berulang lagi. Warga asing, tidak kira dari mana pun asal mereka, perlu disiasat. Ketegasan dan iltizam agensi penguatkuasaan negara amat dituntut supaya konsep 1Malaysia tidak membabitkan keterbukaan untuk warga asing melakukan apa saja di sini!

Jumaat, 6 November 2009

PERLANTIKAN SEBAGAI PENGERUSI PANEL PENASIHAT KLINIK KERAJAAN SG BESI

Sukacita dimaklumkan bahawa berkuatkuasa serta merta, saya telah diamanahkan untuk menerajui Panel Penasihat Klinik Kerajaan yang berda di Pekan Sg Besi. Perlantikan ini telah mendapat persetujuan sebulat suara oleh seluruh anggota Panel yang hadir yang telah bermesyuarat jam 5 petang tadi. Perlantikan seluruh anggota Panel ini telah dicalonkan oleh Jab. Kesihatan negeri dan telah mendapat persetujuan daripada Kementerian kesihatan.

Panel ini akan berperanan sebagai penghubung diantara masyarakat dengan Kementerian Kesihatan menerusi Klinik yang ada. Program bersama komuniti serta pengembelingan kearah menjadikan Klinik Kerajaan sebagai pusat perubatan komuniti yang berkualiti. Tempoh lantikan ini berkuatkuasa sehingga tahun 2011 dan dianggotai seramai 27 ahli yang mana 15 daripadanya terdiri daripada pimpinan masyarakat setempat.

Saya begitu mengharapkan sokongan semua dan doa bagi membolehkan saya serta seluruh anggota Panel yang ada dapat melaksanakan aktiviti serta menaikan imej Klinik tersebut dimasa depan. Bersesuaian dengan slogan One Malaysia 'Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan"

Khamis, 5 November 2009

Renungan dan pengajaran kes penahanan Mantan Mufti, Dr Asri

Perkembangan sejak berita penahanan bekas Mufti Negeri Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin, pada minggu yang lalu oleh sepasukan penguatkuasa JAIS sememangnya boleh disimpulkan sebagai isu yang amat membimbangkan.

Sebabnya, polemik ini menambah sengsara umat Islam atau pun orang Melayu. Episod Melayu berpecah akibat perbezaan fahaman politik belum pun selesai, kini kita berhadapan dengan 'krisis' dalam bab agama.

Entahlah, apa lagi yang boleh menjadi 'payung' kepada umat Islam, kalau dalam bab agama yang suci ini pun kita bercelaru.Dalam hal ini, yang pastinya gawat dan keliru adalah orang awam. Demikian juga golongan yang sedang 'mencari' agama melalui pengajian bukan secara formal di masjid, surau dan sebagainya.

Apa pun isunya, kegawatan ini perlu segera diselesaikan agar umat Islam tidak keliru sehingga membawa kepada perpecahan dan menjadikan umat Islam makin lemah.

Ingatlah firman Allah SWT: "Taatlah kamu kepada Allah dan Rasulnya dan janganlah kamu berbantah-bantahan, kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati, sesungguhnya Allah berserta orang yang sabar." (al-Anfaal: 46).

Perkara berkaitan tauliah ini pula adalah di bawah perkenan Duli Yang Mulia Sultan sebagai Ketua Agama atau ulil amri negeri masing-masing. Dengan kata lain, mematuhi arahan tersebut juga bermakna kita mematuhi arahan pemerintah.

Dalam aspek yang lain, kita juga tidak mahu tradisi menuntut ilmu agama secara informal ini terbantut akibat 'krisis' yang berlaku ini. Semenangnya, pengajian agama di Malaysia terutama di bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur kini semakin mendapat perhatian umat Islam.

Kuliah-kuliah sama ada pada waktu zuhur, maghrib, duha dan subuh Ahad sentiasa dipenuhi oleh para jemaah yang dahagakan ilmu.Di sinilah pentingnya penceramah yang bertauliah atau sebaliknya tetapi mantap ilmunya dapat menyesuaikan diri agar percanggahan pendapat dapat diatasi secara ilmu dan tidak dibahaskan secara umum sewenang-wenangnya. Soal ilmu yang disampaikan itu bertepatan dan tidak bercanggah dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah dan mazhab Syafie yang dominan di negara kita juga perlu dilihat dari beberapa aspek yang lain juga.

Kebimbangan paling besar adalah jika berlaku penyelewengan akidah terutama di kalangan mereka yang bergelar 'ustaz dan ustazah'. Sebabnya, penyelewengan oleh golongan 'agama' lebih buruk kesannya terhadap akidah dan amalan masyarakat berbanding kerosakan yang berlaku jika ia disampaikan oleh golongan bukan agamawan.

Pada masa yang sama, sebahagian besar jemaah yang mengikuti kuliah di masjid dan surau adalah orang awam. Justeru adalah penting memastikan kuliah tersebut mematuhi adap menuntut ilmu selaras dengan perkembangan dunia yang tanpa sempadan dewasa ini.

Sehubungan itu, ada baiknya diadakan muzakarah atau seminar bagi menjelaskan kepada masyarakat awam di negara kita apakah itu fahaman ASWJ dan bentuk fahaman lain yang perlu juga diperjelaskan demi pembangunan minda serta ilmu.

Jangan dibiarkan masyarakat awam terus tertanya-tanya dan keliru apakah ajaran Islam sebenarnya yang perlu mereka ikuti.Bahan bacaan menerusi perbagai medium serta bertambahnya para ilmuan sememangnya akan mengundang perbagai komplikasi sekiranya tidak ditangani secara betul dan tepat.

Negara mempunyai ramai ulama dan cendekiawan Islam yang mampu merungkaikan permasalahan ini supaya isu ini tidak lagi menjadi barah dalam masyarakat.Perbahasan mengenai Mazhab serta yang selaras dengannya juga wajar diadakan bagi merungkai segala kekusutan ini. Tiada lagi emosi tetapi mestilah berteraskan hujah dan keterbukaan dalam menerima sesuatu pandangan. Wallahu'alam..

Khamis, 29 Oktober 2009

Pendekatan ala dakwah adalah terbaik atasi masalah

MENDEKATI kumpulan yang terbabit dan terdedah dengan masalah Remaja terkini seperti gejala sosial mat rempit, melepak tanpa hala tuju dalam kehidupan, malas bekerja dan penagihan dadah dengan tujuan mengenali serta memahami masalah dihadapi bukan bererti kita merestui apa yang dilakukan tetapi ia adalah manhaj (pendekatan) dakwah yang tepat.

Antara cara terbaik memahami golongan terbabit dengan masalah sosial ialah dengan mendampingi mereka untuk mengetahui apakah sebenarnya diperlukan supaya penawar yang diberi nanti mampu mengubati penyakit atau sekurang-kurangnya mengurangkan permasalahan yang dihadapi lagi terpaksa dilalui.

"Apabila datang dengan pakej bantuan kita perlu kenal pasti apa yang diperlukan dan kita tidak dapat menjangka jika tidak mendekati mereka. Ini juga inisiatif kita untuk membuktikan anggapan mereka terhadap orang yang lebih tua kurang tepat.

Kumpulan seperti ini selalu mengaitkan orang tua sebagai penghalang kebebasan mereka, musuh harian, musuh siang dan malam. Usaha kita ini untuk mendekati anak-anak dan adik-adik pada umumnya mungkin tersisih terpinggir dan terabai.

"Terbukti daripada interaksi dengan remaja secara lebih dekat termasuk mat rempit, penganggur dan seumpamanya, mereka tidak kosong daripada asas agama tetapi tersasar dengan tidak menghayati atau mungkin terpedaya dengan gejala tidak sihat itu,"

Program malam perlu diperbanyakkan bagi mendekati serta menzahirkan contoh pendekatan dakwah untuk dijadikan ikutan kepimpinan masyarakat lain mengikut cara serta kaedah tersendiri dalam usaha mendekati kumpulan yang selama ini menjauhkan diri daripada arus kepimpinan dalam sesuatu komuniti.

Pada masa sama, menekankan bahawa walaupun zahirnya kumpulan bermasalah itu nampaknya seperti tidak ada peluang untuk dipulihkan tetapi apabila didekati serta difahami, peluang tetap terbentang di hadapan kita semua.

Justeru, perlu ada kesedaran kepada masyarakat dan keluarga supaya usaha membantu golongan bermasalah dapat dilaksanakan secara bersepadu. Membantu mereka yang terbabit dengan gejala sosial adalah tanggungjawab besar dan setiap pihak terutama agensi yang dipertanggungjawabkan tidak boleh berputus asa.

Perkongsian kepakaran serta pengalaman oleh orang yang lebih tua, perlu dilakukan dengan lebih strategik untuk menangani isu gejala sosial secara menyeluruh kerana anggota komuniti boleh melengkapkan antara satu sama lain.

"Gabungan ini kita semua daripada Pemimpin disemua peringkat sehingga ahli biasa dalam sesuatu komuniti nescaya dapat menimbulkan kesedaran kepada kumpulan yang melakukan kesalahan sosial seterusnya membuka ruang yang lain untuk menghulurkan bantuan diperlukan mereka supaya dapat kembali ke pangkal jalan. Tepuk dada tanya selera

Jumaat, 23 Oktober 2009

Pengujudan Klinik 1Malaysia disambut baik

Pengemuman Perdana Menteri semasa pembentangan budget petang dalam memperkenalkan perkhidmatan kesihatan klinik komuniti yang akan dinamakan Klinik 1Malaysia di kawasan bandar seperti mana klinik desa di luar bandar adalah sangat bertepatan pada masanya.

Perdana Menteri berkata, klinik itu akan ditempatkan di kawasan perumahan dengan menyewa rumah kedai untuk memudahkan masyarakat setempat mendapat rawatan sakit biasa seperti demam, batuk dan selesema. Selaku Menteri Kewangan beliau juga berkata, klinik itu akan dikendalikan oleh pembantu pegawai perubatan dan dibuka setiap hari dari 10 pagi hingga 10 malam.

Sebagai pemimpin diakar umbi khususnya bergiat dalam Kuala Lumpur khususnya di Parlimen Bandar Tun Razak ini, pengemuman ini nescaya akan memberi impak yang segera kepada keperihatinan kerajaan terhadap penduduk bandar yang sebenarnya juga merasai tekanan ekonomi khususnya dalam menerima perkhidmatan daripada kerajaan menerusi Klinik Kerajaan seda ada.

Keduduakan Klinik kerajaan Sungai besi sebagai contoh, sudah agak tidak sesuai lagi dengan keperluan semasa akibat daripada peningkatan kepadatan penduduk dikawasan berdekatan. Berbagai usaha telah diperpanjangkan, agar klinik ini dapat diperbesarkan atau dialihkan tempat bagi menampung keperluan pengguna yang ada dan sering meningkat ini.Jestru itu, pengujudan klinik dikawasan kita sebagai contoh, sememangnya sudah sampai masanya.

"Sebagai permulaan, 50 klinik akan dibuka di kawasan terpilih dengan peruntukan sebanyak RM10 juta," katanya PM lagi ketika membentangkan Bajet 2010 di Parlimen di sini hari ini.

Sementara itu, PM juga telah menambah insentif bagi keluarga yang mempunyai anak OKU. Beliau berkata kerajaan akan menaikkan kadar elaun kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) di sekolah pendidikan khas kelolaan badan bukan kerajaan (NGO) daripada RM50 kepada RM150 sebulan bagi setiap seorang mulai 1 Januari 2010.

Tahniah dan syabas. Semoga slogan "Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan" akan menjadi realiti

Jumaat, 16 Oktober 2009

Tahniah kepada Semua Perwakilan UMNO

Keputusan undi bersetuju meminda perlembagaan UMNO adalah sesuatu yang begitu bermakna bagi UMNO dalam meraih sokongan daripada majoriti orang melayu khususnya. Kita harapkan ketelusan didalam proses pemilihan selepas ini akan menjadi ukuran kepada UMNO melahirkan pemimpin yang lebih berkualiti dan dapat diterima oleh sebahagian besar ahli diperingkat akar umbi.

Yuran yang juga hanya dikenakan seumur hidup juga memperlihatkan keterbukaan UMNO untuk menerima sebanyak mungkin ahli yang berdaftar selepas ini. Lagi ramai ahli, maka lebih ramailah ahli yang bakal melibatkan diri dalam proses memperjuangkan nasib bangsa menerusi wadah politik yang dimaksudkan.

Kepada perwakilan, PRU 13 bakal menetukan segalanya. Selain reformasi dalaman, jangan lupa bahawa pemimpin yang ada sekarang adalah penentu sebenar kepada apa yang kita semua harapkan. tepuk dada tanya selera.

Ahad, 27 September 2009

Polimik Pemilhan Calon Bagan Pinang

Politik sekarang, politik wang dan kuasa. Dah pernah dapat kedudukan dan kuasa, hendak lagi berkuasa. Dah sampai ke peringkat rakus - rakus wang,kedudukan dan kuasa. Agama, bangsa, dan negara dah tak penting sangat. Sepertimana yang saya sering katakan ini semua adalah sifat-sifat yang dibina oleh suatu sistem pemerintahan yang berasaskan kepada keindividualan yang "kesan" dan "akibat" daripadanya, (iaitu akibat amalan sistem tersebut) telah menular luas di kalangan benak dan hati-nurani ramai daripada kita.

Rata-rata kita semua telah terjebak oleh sistem tersebut, yang membuatkan kita sukar terkeluar daripadanya sekiranya tidak mempunyai iltizam dan iktikad yang kuat untuk melepaskan diri daripadanya. Ia memerlukan apa yang dinamakan reformasi mutlak (total reformation),khususnya transformasi qalbu, jiwa murni dan melihat sesuatu bukan saja dari kaca-mata kepala, tetapi juga kaca-mata hati.Ini hanya boleh berlaku atau dilakukan bilamana kita sudah bersedia dengan sesungguhnya untuk kembali ke pangkal jalan - jalan dan ajaran Allah SWT dan Rasul yang sebenar-benarnya.

Konflik atau pertembungan budaya Barat dan Timur akan terus berlaku sehingga ke hari kiamat. Manusia, khususnya manusia Islam akan terus diasak supaya mengikut "cara hidup" mereka. Al-Baqarah, 120. Dan mereka, orang-orang Yahudi dan Nasrani akan terus bersekongkol mempastikan kita terus disesatkan - Al-Maidah, 51, dan Surah Al-Fatihah.

Buktinya: Kalau orang dulu ditawarkan memegang jawatan, ramai yang menolak kerana tidak sanggup memikul amanah yang dianggap mereka berat. Orang sekarang sanggup membayar, merasuah, melawan "arus" (walaupun tahu - tidak semestinya sedar - peribadi mereka telah tercemar dan tidak mungkin dapat mengembalikan keyakinan orang ramai terhadapnya, kecuali para "penyokongnya.")

Memilih orang-orang seperti ini adalah seolah-olah memilih untuk "membunuh diri" bagi mereka yang memilihnya. Orang-orang seperti ini, biasanya, akan sering mendahulukan "aku" daripada "dia" - diri sendiri dan konco-konconya,daripada orang lain.

Rabu, 16 September 2009

Kenyataan Perwakilan MIC satu kebiadapan terhadap pemimpin

Tindakan seorang perwakilan MIC mencadangkan agar 'kalungan selipar' diletakkan pada gambar bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad adalah satu penghinaan yang amat serius. Cadangan itu tidak sepatutnya dikemukakan oleh pemimpin daripada mana-mana parti terutama komponen BN sendiri. Pihak yang terbabit harus menghormati jasa yang telah disumbangkan oleh Dr. Mahathir terhadap pembangunan negara dan seluruh rakyat termasuk kaum India sendiri.

''Secara peribadi saya menganggap perwakilan itu tidak sepatutnya membuat cadangan sedemikian. Beliau perlu menunjukkan rasa hormat kepada Dr. Mahathir sebagai orang yang banyak berjasa sama seperti kita menghormati pemimpin lain, apatah lagi kepada seorang negarawan seperti Dr. mahathir.

Ucapan dan pandangan sedemikian terlalu emosi dan apabila emosi itu diluahkan, ia tidak lagi mengambil kira soal sensitiviti dan akibatnya boleh menggugat perpaduan kaum serta perpaduan antara kaum dinegara ini. Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu bertemu dengan Dr. Mahathir dan memohon maaf dengan segera sebelum isu menghina bekas Perdana Menteri itu menjadi semakin serius. MIC juga wajar memecat perwakilan terbabit kerana mencerca seorang negarawan negara dan memohon maaf secara terbuka sekali gus mampu meredakan perasaan orang Melayu.

Tindakan dan cara sedemikian bukan budaya kita dan amaran yang tegas ini dibuat kerana kita tidak mahu ada pihak dengan sewenang-wenangnya membuat kenyataan yang mampu mengguris perasaan rakyat negara ini''. Saya juga menyifatkan tindakan perwakilan tersebut sebagai memalukan kerana ia datang daripada sebuah parti komponen BN yang sanggup mencerca mantan Perdana Menteri dalam dewan yang diasaskannya.

''Kita yakin jika Samy Vellu tahu bagaimana perasaan orang Melayu beliau akan buat apa yang kita minta untuk mengelak tindakan balas daripada kita pada masa akan datang. Pemimpin MIC perlu bersyukur dan tidak melupakan jasa para pemimpin Melayu terdahulu yang memberi hak kaum minoriti itu tinggal di negara bertuah ini. ''Samy Vellu selalu meminta pertolongan Perdana Menteri berhubung kaum India dan kalau itu tidak diinsafi MIC, kita amat kesal sekali. Kenapa tidak hargai toleransi orang Melayu, malah berani mencaci dan menghina pemimpin Melayu seperti Dr. Mahathir.

Semua ahli MIC juga perlu mengambil iktibar bahawa kemenangan calon mereka pada pilihanraya Umum sebelum ini termasuk di kawasan Samy Vellu adalah kerana sokongan pengundi Melayu. Bagaimanapun, sikap angkuh dan lupa diri yang diamalkan oleh pemimpin MIC itu kerana enggan berundur daripada politik menyebabkan pengundi meluat dan beralih arah. ''Semua rakan seangkatannya sudah meletak jawatan tetapi beliau belum lagi. Jadi, kalau benar Samy Vellu seorang pejuang masyarakat India dan Presiden MIC, beliau perlu ambil tindakan tegas terhadap perwakilan berkenaan,

Jumaat, 11 September 2009

Hubungan Malaysia-Indonesia seruncing buluh?

Rakyat Malaysia Di Jakarta Diancam Dengan Buluh Runcing. Adakah satu realiti..

Dilaporkan bahawa 50 anggota BENDERA yang bersenjatakan buluh runcing (buluh yang ditajamkan hujungnya) memaksa orang ramai menunjukkan tanda pengenalan mereka dan jika kebetulannya orang berkenaan seorang rakyat Malaysia maka orang itu akan terus ditahan.

Tindakan mereka mengambil undang-undang di tangan sendiri dilaporkan media massa online tempatan termasuk detikcom.

Kebencian mereka itu memuncak kepada tahap yang serius dan menakutkan berikutan media tempatan baru-baru ini menyiarkan berita dan visual lebih 360 sukarelawan ilmu kebal yang dilaporkan sudah mendaftar dan bersedia untuk mengganyang Malaysia.

Kebencian mereka itu memuncak lagi apabila hari ini terdapat sekumpulan orang yang menggelar diri mereka sebagai Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA) mula bertindak liar dengan mengugut rakyat Malaysia dengan buluh runcing di Jalan Diponegoro.

Berikutan isu itu yang terus diapi-apikan media massa tempatan dan dikaitkan pula dengan isu-isu lampau yang diungkit semula, beberapa kumpulan rakyat Indonesia juga berdemonstrasi di depan Kedutaan Besar Malaysia di sana.

Walaupun penafian telah dibuat bahawa Malaysia tidak pernah “mencuri” tarian itu untuk iklan video klip promosi pelancongan negara yang sebenarnya dibuat sebuah syarikat swasta yang berpejabat di Singapura, namun hakikat itu “jatuh ke telinga yang tuli dan mata yang buta”.

Anehnya, sebuah stesen TV yang baru saja menyiarkan program dialog di mana seorang pegawai tinggi Kementerian Luar Indonesia memberikan penjelasan bahawa Malaysia tidak pernah mengakui Pendet sebagai tarian berasal dari Malaysia, namun stesen TV yang sama juga kemudian mengulangi lagi tuduhan yang serupa.

inlah hakikat akibat santan susu binasa, akibat mulut badan binasa.Apa pun, realitinya, salah faham sebegini pastinya tidak akan membawa bencana kerana kita serumpun lagi seagama. Dalam banyak isu lain, bak kata pepatah 'Cubit peha kanan, nescaya peha kiri turut juga terasa.

Rabu, 26 Ogos 2009

Apakah obor semangat merayakan Kemerdekaan telah malap

SEWAJARNYA sambutan kemerdekaan kali ke-52 tahun ini, kita raikan dengan penuh keinsafan dan kesyukuran berbanding tahun-tahun sebelumnya kerana 31 Ogos 2009 jatuh pada bulan Ramadan yang mulia.

Saban tahun, tarikh keramat ini datang dan pergi sebagai memenuhi takwim - tanpa kita sedar berapa ramai rakyat Malaysia yang benar-benar mengerti nilai kemerdekaan yang kita nikmati sekarang.

Tahun ini misalnya, bilangan kenderaan dan bangunan yang mengibarkan Jalur Gemilang boleh dikatakan berkurangan berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Memang betul persoalan yang mengatakan adakah dengan hanya mengibar Jalur Gemilang sahaja kita dianggap patriotik. Malah banyak lagi cara dan kaedah untuk kita menterjemahkan rasa sayang kita pada negara ini.

Namun berapa ramai daripada kita yang menghayati erti kemerdekaan ini dan sedar akan kepentingan untuk mempertahankannya.

Tahun ini kita menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke-52 dalam suasana ekonomi, politik dan sosial yang agak bercelaru dan merisaukan, baik di peringkat global mahupun di peringkat nasional.

Masalah kegawatan ekonomi terus menghantui dunia termasuk negara kita, bilangan pekerjaan yang masih terhad, masalah kenaikan harga barang serta kekurangan bekalan terus menjadi satu persoalan yang sukar untuk dijawab oleh kita semua.

Kekalutan pentas politik negara juga semakin hari semakin merisaukan semua pihak. Bilangan pilihan raya kecil yang semakin bertambah, ahli politik yang begitu mudah dan gemar untuk keluar parti dan isytihar bebas serta isu syurga dan neraka semakin menghimpit dan menghantui masyarakat Malaysia.

Ini ditambah lagi dengan isu kontrak sosial dan perpaduan kaum yang makin hangat diperdebatkan sana sini.

Dari segi sosial pula, isu kadar jenayah yang semakin meningkat, masalah sosial remaja yang makin menjadi-jadi dan pengakuan terbuka wanita Islam minum arak dan rela disebat di khalayak ramai, seolah-olah terus menghiris nilai-nilai ketimuran masyarakat kita.

Apakah contoh-contoh di atas (sekadar beberapa contoh) mencerminkan budaya masyarakat kita yang boleh dianggap sudah benar-benar memahami erti kemerdekaan yang kita nikmati sekarang.

Secara ikhlas saya katakan, bilangan rakyat Malaysia yang memahami erti dan nilai kemerdekaan semakin berkurangan. Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyatakan kerisauan beliau tentang perasaan cintakan negara yang semakin menurun terutama di kalangan generasi muda sekarang. Saya percaya ramai di kalangan masyarakat kita sependapat dengan Tun.

Tema tahun ini cukup sinonim dengan hasrat Perdana Menteri iaitu ‘1Malaysia Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan’ namun sejauh mana kita menghayati tema dan erti kemerdekaan yang kita kecapi selama ini.

Tema yang hebat ini seharusnya dihayati, disemai dan dipupuk bersama-sama dengan rasa sayang kepada negara ini dalam sanubari setiap warga Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.

Atau apakah perlu kita memperkenalkan satu lagi slogan baru demi memupuk erti kemerdekaan dan rasa sayangkan negara di kalangan masyarakat misalnya Rakyat Bersatu Negara Diutamakan.

Sekali lagi pilihan di tangan kita, yang mana tidak mustahil kemerdekaan ini diragut suatu hari nanti jika kita tidak mengerti, menghayati dan mempertahankannya.

Selasa, 25 Ogos 2009

Isu makanan HALAL atau TIDAK di Hotel

APABILA timbul isu umat Islam perlu berhati-hati berbuka puasa di hotel kerana juadah yang disediakan belum dapat ditentukan halal atau haram, maka ramai yang tertanya-tanya mengapa boleh jadi sedemikian rupa.

Isu tersebut sama sekali tidak sepatutnya timbul di Malaysia yang diiktiraf sebagai sebuah negara Islam dan diakui di peringkat antarabangsa. Sepatutnya di negara ini pematuhan terhadap garis panduan halal dan haram dipandang serius oleh semua pihak.

Sepatutnya umat Islam di negara ini tidak perlu ada rasa cuak atau was-was untuk berbuka puasa di hotel-hotel atau restoran-restoran besar kerana status Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang menidakkan timbulnya keraguan seumpama itu.

Atas dasar negara Islam itulah pengunjung-pengunjung dari Asia Barat semakin membanjiri negara ini kerana bagi mereka selain tarikan alam semula jadi, Malaysia juga menawarkan kemudahan makan, minum dan tempat tinggal 'halal' tanpa perlu ada keperluan untuk melihat logo-logo yang dipamerkan.

Tetapi jangkaan mereka itu tidak tepat. Seorang kenalan yang berbulan madu di negara ini pernah membangkitkan soal logo halal yang dipamerkan di restoran-restoran di negara ini, sedangkan menurut beliau sebagai negara yang penduduknya majoriti beragama Islam, isu tersebut tidak sepatutnya timbul.

Sebelum datang ke negara ini, beliau bertanggapan tidak akan timbul masalah untuk mencari restoran halal atau tidak akan ada logo halal tergantung di luar premis semata-mata untuk mengesahkan makanan yang disediakan adalah halal.

Dalam pemikiran beliau, setiap premis menjual makanan boleh dimasuki tanpa was-was kecuali yang diuruskan oleh bangsa-bangsa lain yang sepatutnya tergantung di luar premis itu 'tidak halal'.

Pandangan beliau itu sememangnya menarik perhatian lantaran amalan di negara ini restoran yang menyediakan juadah tidak halal berselerak di sana sini dan bagi orang luar yang tidak biasa dengan amalan tersebut menyangkakan ia adalah premis halal.

Semakin mengundang kepelikan apabila fakta dan angka menunjukkan hanya 1.4 peratus daripada kira-kira 2,000 hotel di seluruh negara yang dapurnya diiktiraf sebagai halal.

Tentunya maklumat itu sangat tidak sesuai dan tidak selari dengan kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang majoriti penduduknya beragama Islam di mana soal halal haram tidak boleh dipandang ringan.

Tentunya statistik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Persatuan Hotel Malaysia yang menunjukkan hanya 27 hotel mempunyai dapur utama yang diiktiraf halal bukan petunjuk yang memberangsangkan.

Angka tersebut jika disebut di London atau Thailand mungkin tidak akan dipersoalkan tetapi apabila dikaitkan dengan Malaysia yang majoriti penduduknya beragama Islam, satu tindakan drastik mesti diambil untuk membetulkan keadaan itu.

Dalam keadaan kerajaan kita bersungguh-sungguh mempromosikan hub halal, statistik tersebut menunjukkan arus yang bertentangan dan amat menyedihkan terutama kepada umat Islam di negara ini yang setiap kali Ramadan menjadikan hotel sebagai destinasi utama berbuka puasa.

Sudah tiba masanya pihak berkuasa termasuk kerajaan sendiri melaksanakan dengan serius setiap arahan berkaitan memartabatkan Islam sebagai agama rasmi negara ini.

Langkah itu penting supaya orang luar dapat menilai bahawa pengiktirafan Malaysia sebagai negara Islam bukan semata-mata kerana acara rasmi dan keupayaan negara menjadi pengerusi pertubuhan Islam di peringkat antarabangsa.

Sebaliknya, pengiktirafan itu mencakupi keupayaan negara membuktikan usaha mengangkat kemurnian Islam itu sendiri di peringkat domestik yang salah satu daripadanya adalah dengan memastikan setiap arahan berkaitan halal dan haram dipatuhi oleh semua pihak yang berkenaan.

Jakim misalnya mesti secara aktif memantau operasi dapur-dapur hotel dan memastikan setiap dapur utama bersih dan halal yang bukan sahaja boleh dinikmati oleh umat Islam malah bangsa-bangsa lain di negara ini.

Perlu juga ada hukuman berbentuk pengajaran kepada mana-mana hotel yang gagal berbuat demikian seolah-olah mereka mengetepikan keperluan umat Islam di negara ini dalam soal halal dan haram.

Keengganan bekerjasama dalam menyediakan dapur halal itu sedangkan umat Islam yang mengunjungi premis berkenaan bukan sedikit semestinya mengundang persoalan sejauh mana benarnya pengiktirafan Malaysia sebagai sebuah negara Islam sedangkan dalam soal asas pun Jakim dilihat tidak mempunyai sepenuh kuasa untuk bertindak.

Sejauh mana badan-badan yang diberi kuasa untuk memantau isu halal dan haram ini benar-benar dapat melaksanakan tugas mereka dengan berkesan jika pematuhan di pihak industri perhotelan amat rendah malah ada yang tidak mahu langsung berbuat demikian.

Sama juga seperti dalam isu bahasa apabila badan yang diberi tanggungjawab memartabatkan bahasa kebangsaan tidak mempunyai kuasa sepenuhnya untuk melaksanakan agenda tersebut sehingga disamakan seperti kehilangan taring.

Begitu juga dengan Jakim yang dilihat tidak mempunyai kuasa penguatkuasaan sepenuhnya sehinggakan jumlah hotel yang dapur utamanya tidak halal bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.

Sepatutnya soal dapur-dapur utama hotel enggan menyediakan juadah halal tidak timbul lagi. Isu ini telah lama dibangkitkan namun perkembangan serta sambutannya amat perlahan malah semacam tidak dihiraukan oleh pihak industri perhotelan.

Hasilnya, umat Islam yang ingin berbuka di hotel-hotel di sebuah negara Islam disajikan dengan juadah yang boleh diragui status halalnya - satu perkembangan yang tidak boleh dibenarkan berterusan di negara ini.

Sememangnya diakui Malaysia adalah negara berbilang kaum tetapi ia tidak bermakna isu halal haram terutama dalam aspek penyediaan makanan mesti menyamaratakan kesemua kaum itu.

Teorinya - juadah yang halal untuk umat Islam boleh dinikmati oleh orang bukan Islam, sebaliknya makanan yang haram hanya terhad kepada bukan Islam. Jadi hakikatnya bukankah lebih mudah menyediakan juadah yang boleh dinikmati oleh semua kaum di negara ini daripada mengehadkannya kepada kaum tertentu.

Paling penting adalah keberkesanan fungsi Jakim untuk memantau perihal halal haram bukan sahaja di hotel-hotel malah di restoran-restoran seperti kopitiam yang turut mengundang keraguan umat Islam untuk berkunjung ke situ.

Khamis, 20 Ogos 2009

Apa akhirnya nasib bahasa Melayu?

Oleh NORAINI ABD. RAZAK
noraini.razak@utusan.com.my

TERTARIK membaca saranan Persatuan Penulis Perlis (3P) baru-baru ini supaya istilah bahasa Melayu digunakan semula menggantikan bahasa Malaysia. Perkara itu turut dibangkitkan oleh penulis apabila akhbar ini mahu terus-terusan menggunakan istilah bahasa Malaysia.

Ketika itu ada yang menyanggah - apalah ada pada istilah, bahasa Melayu atau bahasa Malaysia sama saja. Ada juga berpandangan tidak perlu dibangkitkan kerana kelak menambah kekeliruan dan kekalutan di kalangan pencinta bahasa.

Hakikatnya tidak semudah itu isu istilah bahasa Melayu harus dipinggirkan. Ia sangat penting lantaran menyentuh "harta" bangsa Melayu yang dijadikan tunggak dalam Perlembagaan negara.

Jelas disebut dalam Perkara 152(1) - Bahasa Melayu adalah Bahasa Kebangsaan. Justeru tidak perlu dibangkitkan siapa atau kepentingan politik apa yang digunakan untuk mengubah istilah bahasa Melayu kepada bahasa Malaysia.

Ini kerana tuntutan asal penubuhan negara menggariskan hanya bahasa Melayu menjadi bahasa Kebangsaan - satu tuntutan yang amat kuat kesannya jika dilihat daripada pelbagai sudut.

Tetapi ia tidak lagi dipenuhi sekarang ini. Istilah bahasa Melayu tidak lagi ada kuasanya. Ia diganti dengan istilah bahasa Malaysia yang bersifat majmuk bagi menggambarkan bahasa yang diterima pakai secara meluas oleh rakyat.

Bahasa Melayu kononnya menjadi tidak sesuai dengan kerencaman bangsa di negara ini selain tidak seiringan dengan cita-cita mahu mewujudkan bangsa Malaysia yang selayaknya menggunakan bahasa Malaysia. Kononnya juga apabila disebut bahasa Malaysia, maka dunia luar akan menggambarkan satu bahasa yang digunakan oleh bangsa Malaysia sedangkan hakikatnya tidak begitu.

Penduduk pelbagai kaum masih lekat dengan bahasa ibunda masing-masing. Lebih daripada itu, bahasa ibunda menjadi alat pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah jenis kebangsaan waima muridnya hanya lima orang.

Sedangkan menurut Perlembagaan, bahasa kaum-kaum lain sepatutnya hanya diajar di sekolah dan bukannya menjadi bahasa untuk mengajar. Teras segala-galanya masih bahasa Melayu. Namun bahasa Melayu yang mengaitkan kepentingan bangsanya sebagai pemilik asal negara ini tidak lagi memiliki nilainya.

Sepatutnya apabila disebut bahasa Melayu akan mengingatkan dunia luar bahawa nilai dan kepentingan bangsa Melayu dengan bumi Malaysia sehingga selayaknya bahasa itu dinobatkan sebagai Bahasa Kebangsaan dalam Perlembagaan.

Namun perkembangan semasa tidak menunjukkan pengiktirafan sedemikian rupa. Di kala kaum-kaum lain berbangga kerana susur galur mereka masih dikaitkan dengan bahasa rasmi di sekolah, bahasa Melayu pula semakin luput dan tidak lagi menjadi lambang bangsanya.

Bahasa Malaysia yang kononnya diterima pakai secara rasmi dan meluas (biar pun Perlembagaan tidak dipinda untuk menghalalkannya) akan terus mengambil tempat bahasa Melayu.

Yang membimbangkan, bukan semua yang menggelar diri mereka bangsa Malaysia kelak mahu menggunakan bahasa Malaysia - hanya Melayu yang akan terus menggunakan bahasa Melayu itu.

Maka jadilah dan terbentuklah bangsa Melayu yang bahasanya adalah bahasa Malaysia manakala kaum lain terus bekerja keras mendaulatkan bahasa mereka termasuk dalam menetapkan kriteria untuk memilih pekerja di syarikat.Dan istilah bahasa Melayu hanya ada dalam Perlembagaan.

Sabtu, 8 Ogos 2009

usaha menaikkan harga Gula, rakyat jadi mangsa

Seperti yang kita sedia maklumi, sejak kebelakangan ini gula telah mula mencengkam pengguna apabila stoknya telah mula disedari tidak mencukupi dalam pasaran. catuan telah mula dikenakan kepada pengguna dari negeri ke satu negeri dan dari pasaraya ke pasaraya yang lain dari masa kesemasa.

Semua ini tidak lain tidak bukan akibat daripada ketamakkan serta kurangnya pemantauan pihak berkuatkuasa yang sepatutnya mengesan serta mengambil tindakan kepada pengeluar serta pembekal utama dalam negara kita. Mana mungkin stok yang sememangnya mencukupi ini boleh berkurangan secara tiba-tiba.

Yang pastinya, harga disempadan utara dan selatan sememangnya mahal dan penyeludup sememangnya mengambil kesempatan apatah lagi pemantauan disempada terdapat kelemahannya. satu lagi peluang adalah musim perayaan yang semakin hampir. Peluang untuk memanupulasi harga sememanganya ditunggu-tunggu oleh mereka.

Yb Menteri telah memberi amaran dan telah pun menyatakan bahawa kementerian tidak akan menaikkan harga dan memberitahu jangan mimpi untuk mendapat kelulusan menaikkan harganya dalam masa terdekat. Apa pun, kerajaan sewajarnyalah melihat perkara ini sebagai serius. janganlah rakyat khususnya yang berada diluar bandar menjadi mangsa. Rakyat memerlukan keperihatinan kerajaan.

Khamis, 23 Julai 2009

Renungkan apa kata Mahathir (Petikan terkini Blog beliau)

1. Di forum anjuran Gempita dan UMNO bertajuk Kedudukan Raja-Raja Melayu dan Orang Melayu dalam Perlembagaan Malaysia di Zaman Liberalisasi dan Globalisasi, saya ditanya oleh seorang pensyarah Melayu dari UIAM (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) apakah saya pernah fikir untuk meletak diri saya di tempat orang bukan Melayu (put yourself in the shoes of a non-Malay) bersabit dengan diskriminasi terhadap mereka di negara ini.

2. Saya percaya penyoal berpendapat orang bukan Melayu berasa amat tertekan dan kecewa dengan "ketidakadilan" terhadap mereka di Malaysia (oleh Kerajaan yang dikuasai oleh orang Melayu).

3. Saya tidak tahu samada penyoal ini pernah bertanya kepada tokoh bukan Melayu soalan yang sama iaitu perasaan orang Melayu akan keadaan di negara nenek moyang mereka yang mereka sudah jadi kaum yang secara relatif termiskin dan masih ketinggalan.


4. Jika beliau bertanya dan tokoh tersebut menjawab secara ikhlas, beliau akan dapati bahawa orang Melayu amat kecewa dengan kemiskinan relatif mereka sehingga terpaksa meminta-minta sepanjang masa dan juga ketinggalan dalam pelbagai bidang.

5. Mereka cuba yakin mereka adalah tuan di negara mereka tetapi mereka tahu sebenarnya mereka bukan tuan. Orang bukan Melayu yang menjadi tuan yang sebenar.

6. Kerana mereka rela berkongsi negara mereka dengan kaum lain, kaum yang berasal dari tamadun yang lebih tua (4,000 tahun) dan lebih berjaya, hari ini yang sedikit yang ada pada mereka pun hendak dipisah dari mereka.


7. Fikirkan hanya berkenaan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Agihan kekayaan korporat dalam DEB ialah sebanyak 30% bagi bumiputra (walaupun mereka adalah 60% dari penduduk) dan 40% bagi kaum lain serta 30% bagi orang luar. Tetapi setelah diusahakan selama 39 tahun bahagian yang terdapat bagi mereka ialah 20%, sedangkan yang terdapat bagi kaum lain ialah hampir 50%, walaupun mereka hanya 26% dari jumlah penduduk.

8. Nilai harta milik bumiputra pula berjumlah 15% sedangkan yang baki dimiliki oleh bukan bumiputra disebabkan harta di bandar bernilai lebih tinggi dari di luar bandar.

9. Tokoh bukan Melayu yang cuba duduki tempat Melayu (in the shoes of the Malays) jika ikhlas, akan rasa kekecewaan Melayu melihat hampir semua perniagaan dan perusahaan serta kekayaan yang diperolehi darinya dimiliki oleh bukan Melayu. Segala estet rumah mewah juga diduduki oleh bukan Melayu. Sikit benar orang Melayu yang tinggal di estat mewah ini. Lebih ramai yang tinggal di kawasan setinggan.


10. Mungkin semua ini disebabkan kesalahan orang Melayu sendiri. Mereka tidak guna peluang yang disediakan bagi mereka. Ada yang salahguna peluang-peluang ini pun. Tetapi jika seorang pengayuh beca diberi sejuta Ringgit, apakah ia akan dapat berniaga dan berjaya dalam bidang ini.


11. Social engineering bukan hanya dilakukan oleh orang Melayu sahaja. Sosialisme dan Komunisme juga merupakan sejenis social engineering untuk mengurang atau menghapus jurang antara yang miskin dengan yang kaya. Mereka juga tidak berjaya sepenuhnya walaupun mereka mengguna kekerasan yang dahsyat. DEB dilaksanakan dengan berhati-hati tanpa kekerasan, tanpa rampasan dan sering dipinda apabila menghadapi tentangan dari bukan Melayu. Apakah persepsi orang Melayu terhadap DEB?


12. Lihat sahaja sejarah perjuangan Melayu. Pada Pilihanraya 1955, diwaktu mereka menguasai 82% dari kawasan-kawasan pilihanraya, mereka rela memberi sejumlah yang tidak kecil dari kawasan - kawasan mereka kepada kaum lain dan mengundi calon dari kaum-kaum ini sehingga menang melawan calon Melayu lain (PAS).



13. Kemudian mereka anugerahkan satu juta kerakyatan tanpa syarat biasa kepada kaum lain sehingga peratusan rakyat Melayu jatuh dari 82% kepada 60%. Siapakah yang lain yang pernah lakukan yang sedemikian?


14. Pada ketika itu nama rasmi negara ialah Persekutuan Tanah Melayu. Apabila Semenanjung Tanah Melayu dicantum dengan Singapura, Sarawak dan Sabah, perkataan "Tanah Melayu" digugur dan cantuman negeri - negeri ini dinamakan Malaysia. Dengan itu hilanglah identiti Melayu dalam nama negara sendiri. Tidak pula mereka tuntut nama-nama lain digugur.


15. Tidak seperti di negara-negara yang membenar hanya bahasa kebangsaan mereka sahaja untuk semua sekolah nasional, orang Melayu bersetuju bahasa Cina dan Tamil dijadikan bahasa pengantar di sekolah bantuan Kerajaan. Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) tidak menjadi bahasa kebangsaan seperti di negara-negara jiran dan di Eropah, Australia dan Amerika.


16. Dan banyaklah lagi korban yang dibuat oleh orang Melayu supaya kaum lain mendapat apa sahaja yang dituntut oleh mereka, demi keamanan dan perpaduan rakyat dan negara.


17. Apakah gamaknya perasaan tokoh yang meletak diri di tempat orang Melayu, terhadap semua korban ini? Apakah dia masih fikir yang orang Melayu harus korban segala-gala yang dituntut daripada mereka?


18. Dengan rencana ini saya tetap akan di cap sebagai racist oleh racist bukan Melayu. Tetapi kalau mereka sanggup menerima yang benar, mereka boleh banding korban orang Melayu pemilik asal negara ini dengan korban mereka untuk kepentingan negara ini.


19. Saya berpendapat jika negara ini hendak aman dan maju, agihan kekayaan dan kualiti hidup semua kaum hendaklah adil (fair) walaupun tidak sama (unequal). Janganlah hendaknya mana-mana pihak atau kaum tanggung beban kemiskinan yang keterlaluan, sementara kaum lain hidup mewah. Mengumpan sokongan dengan mengambil hak satu kaum untuk diberi kepada kaum lain bukanlah caranya - lebih-lebih lagi mengambil dari yang kurang berada untuk diberi kepada yang sudah lebih berada.

Jumaat, 17 Julai 2009

Satu lagi pengemuman tambahan sempena Pemerintahan Najib sebagai PM...

Tambang Pengangkutan Awam Seluruh Negara Naik 1 Ogos ini. Tambang untuk pengangkutan awam bagi bas ekspres, bas berhenti-henti, bas sekolah, teksi dan kereta sewa di seluruh negara dinaikkan berkuatkuasa 1 Ogos. Kenaikan tambang bagi semua jenis bas dan teksi ialah antara dua sen dan RM10.Bagi bas sekolah pula, kadarnya naik antara dua sen dan maksimum RM31.70. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang mengumumkan perkara itu di sini Khamis berkata, Kabinet telah bersetuju dengan kenaikan kadar tambang baru itu dalam mesyuaratnya pada 17 Jun lalu.
Menurutnya tambang bas ekspres naik dua sen setiap km kepada 8.5 sen daripada 6.5 sen setiap km sebelum ini.Sebagai tambahan, tambang bas ekspres bagi kanak-kanak berumur antara tujuh hingga 12 tahun dinaikkan daripada 50 peratus kepada 75 peratus berbanding kadar tambang yang ditetapkan.Bagaimanapun, potongan harga sebanyak 25 peratus diberikan kepada orang kurang upaya (OKU) dan warga tua yang berumur 60 tahun ke atas yang menggunakan perkhidmatan itu. Bas berhenti-henti untuk Kuala Lumpur Zon 1 naik 25 sen kepada antara RM1 dan RM1.10, 40 hingga 45 sen kepada antara RM1.70 dan RM1.90 bagi Zon 2, 50 hingga 60 sen kepada antara RM2.20 dan RM2.50 bagi ZOn 3. Bagi Zon 4, kadarnya naik antara 60 dan 70 sen kepada RM2.70 hingga RM3.10.Bagi kawasan di luar Kuala Lumpur, kenaikannya ialah 14 sen kepada 62 sen bagi dua km pertama bagi bas tanpa hawa dingin dan 22 sen kepada 94 sen bagi dua km pertama untuk bas berhawa dingin.
Kadar kenaikan bagi setiap km berikutnya bagi kedua-dua kategori ialah 2.2 sen.Sebagai tambahan, OKU dan warga tua yang berumur 60 tahun ke atas yang menggunakan perkhidmatan bas berhenti-henti itu diberi potongan harga sebanyak 50 peratus.Bagi bas mini pula, kenaikan ialah 20 sen, menjadikannya 90 sen satu arah perjalanan bagi bas tanpa hawa dingin dan RM1 satu arah perjalanan bagi bas berhawa dingin, sementara kadar tambang bas pengantara akan dinaikkan 10 sen menjadikannya 60 sen bagi setiap pusingan perjalanan.Tambang bagi teksi bagi kawasan Lembah Klang, Johor Bahru, Kuala Terengganu dan Melaka akan naik RM1 kepada RM3 untuk satu km pertama. Caj bagi 115meter berikutnya ialah 10 sen.Tambang teksi yang beroperasi di Pulau Pinang juga naik RM1 kepada RM4 mulai 1 Ogos dan setiap 115m berikutnya akan dicaj 10sen.Caj bagi lebih daripada dua orang penumpang dan caj meletak barangan di dalam but juga dimansuhkan berkuatkuasa 1 Ogos.
Caj bagi teksi ke Lapangan Terbang Antarabangsa KL dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kos Rendah (LCCT) akan dinaikkan sebanyak RM3.20 manakala caj ke lapangan terbang lain dinaikkan antara RM1.50 dan RM2.80.Kadar tambang baru bagi kereta sewa ialah 10.1sen menjadikannya 21.6 sen setiap km (tidak berhawa dingin) dan kenaikan 11.7 sen kepada 25 sen bagi setiap km (berhawa dingin).Perkhidmatan bas sekolah di bandar juga akan menyaksikan kenaikan bulanan RM6.33 menjadikannya RM27.43 bagi km pertama dan RM2.02 setiap km berikutnya. Kadar hariannya pula ialah 62 sen untuk satu km pertama dan 5 sen bagi setiap km berikutnya.Bagi kadar bas sekolah di luar bandar, ia naik RM4.76 kepada RM20.61 untuk satu km pertama dan RM2.02 untuk setiap km berikutnya bagi kadar bulanan, manakala kadar harian baru ialah 47 sen bagi satu km pertama dan 5 sen bagi setiap km berikutnya.Di Sarawak, kadar bas ekspres naik dua sen kepada 13 sen setiap km, manakala bagi bas berhenti-henti, kadar barunya ialah masing-masing 85 sen (tanpa hawa dingin) dan RM1.04 (berhawa dingin) bagi tiga km pertama dan 16.2 sen dan 18 sen untuk km berikutnya bagi kedua-dua kategori.Tambang bas sekolah di negeri ini (Sarawak) akan dinaikkan dua sen, menjadikannya 11 sen setiap km bagi yang tidak berhawa dingin dan 12 sen setiap km bagi yang berhawa dingin.
Sementara bagi kereta sewa, kadarnya naik kepada 34.2 sen (tanpa hawa dingin) dan 40 sen (berhawa dingin) untuk km pertama dan masing-masing 17.1 sen dan 19.4 sen bagi km berikutnya.Tambang bagi teksi di Sarawak juga telah dikemaskini, iaitu dengan kadar baru pada RM3 untuk satu km pertama, dan 12 sen untuk setiap 100m berikutnya, manakala kenaikan perkhidmatan teksi ke lapangan terbang dengan menggunakan kupon ialah sebanyak RM2.Bagi Sabah, kenaikan untuk bas ekspres naik tiga sen kepada 13 sen untuk setiap km. Kadar baru bagi bas berhenti-henti tanpa hawa dingin ialah 65 sen untuk dua km pertama dan 9.4 sen bagi setiap km berikutnya, manakala bagi kategori berhawa dingin, ia naik 18 sen kepada 78 sen untuk dua km pertama dan setiap km berikutnya akan dicaj 10.4 sen.
Perkhidmatan bas mini di negeri itu juga menyaksikan kenaikan masing-masing dua dan tiga sen menjadikannya 18 sen setiap km untuk bas tanpa hawa dingin dan 20 sen setiap km untuk bas berhawa dingin.Bas pengantara juga akan dicaj sebanyak RM1.Sementara itu, tambang bagi bas sekolah di negeri itu yang menawarkan perkhidmatan kurang dari lima km akan dinaikkan sebanyak RM7.90 menjadikannya RM34.30 dan bagi jarak yang melebihi 60km, kadar kenaikannya ialah sebanyak RM31.70 kepada RM137.30 daripada RM105.60 sebelum ini.Kadar teksi juga akan dinaikkan kepada RM10 untuk tiga km pertama dan 12 sen untuk setiap 100m berikutnya.Teksi yang menawarkan perkhidmatan ke lapangan terbang (menggunakan kupon)juga naik RM10 kepada RM35, sementara bagi kereta sewa, kadarnya naik 2.5 sen kepada 20.5 sen untuk setiap km bagi kereta tanpa hawa dingin dan 2.8 sen kepada 22.8 sen setiap km bagi kereta yang berhawa dingin.
Sama-samalah kita renungkan......

Rabu, 15 Julai 2009

Keputusan Manik Urai satu analisis

1. Bagi saya tiada apa yang hendak dikejutkan hasil daripada keputusan yang sama-sama kita maklumi sebentar tadi. Ini kerana latarbelakang pemilih di negeri Cik Siti Wan Kembang itu sendiri yang boleh berubah mengikut angin. Sejarah telah membuktikan tidak seperti negeri yang lain kecuali Sabah.
2. Sikap pengundi yang sememangnya sedar bahawa isyarat perlu diberikan kepada kerajaan negeri agar lebih dinamik kerana pada masa yang sama mereka tahu jika kalah pun, PAS tetap memerintah di Kelantan.
3. Berjayanya pengundi kawasan tersebut menyeret jendera Kerajaan Pusat untuk terus menabur janji dengan berbagai pembangunan selepas ini. Sama ada BN serius atau sebaliknya selepas ini, hanya pengundi dikawasan tersebut sahajalah yang dapat menilainya.
4. Seperti biasa, PM baru akan mendapat tempias peluang untuk membuktikan sesuatu kepada rakyat, seperti Pak Lah diperingkat awalnyalah.
5. Pengumuman 11 hadiah buat rakyat sempena 100 hari Najib sebagai PM juga sedikit sebanyak mempengaruhi imej kerajaan BN.
Kesan pada Pakatan Rakyat
1. Pas terpaksa bekerja lebih gigih bagi memastikan pengaruh dikawasan majoriti Melayu dapat terus diwakili mereka.
2. Sikap kearah memperkatakan isu Kerajaan Perpaduan tetap menjadi isu utama arah tuju Pas selepas ini.
Kesan pada Barisan Nasional
1. BN Kelantan sewajarnya menjadi lebih mantap menjelang PRU13 nanti.
2. Calon semestinyalah dari akar umbi dan tiada isu berhubung pemilihannya.
3. Ukuran bagi UMNO untuk menilai pengaruh Melayu yang sememangnya terbahagi 2 sejak kebelakangan ini. Bangsa lain belum tentu...
4. Janji Pilihanraya mesti ditunaikan jika ingin mengambil alih Manik Urai dalam PRU13 nanti. Jesteru itu, sentuhan dengan pengundi mestilah diteruskan dari sekarang.

Rabu, 8 Julai 2009

Mertabatkan Bahasa Melayu , mantapkan Bahasa English

Keputusan Kabinet untuk memertabatkan kembali Bahasa Melayu dan mengkaji semula PPSMI adalah sangat dihargai dan dinanti-nantikan oleh majoriti rakyat. Isu ini telah menjadi isu utama dalam perbincangan yang melibatkan pembangunan pendidikan negara sejak ianya diperkenalkan.

Bagi saya, sememangnya isu ini ada pro dan kontranya tetapi keputusan untuk menangguhkannya berkuatkuasa mulai tahun 2012 adalah amat dikesal. Mengapa harus tunggu selama itu? jika ianya telah dilihat sebagai tidak relevan lagi....

Walau apa pun, keperluan untuk kerajaan menekankan pengajian dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa English tetap perlu dipertingkatkan demi masa depan pelajar itu sendiri. Keperluan untuk mengujudkan Pelajar dan Guru yang berkemampuan untuk berdepan dengan cabaran masa depan sewajarnyalah difokuskan mulai sekarang dan bukannya berdasarkan terburu-buru seperti kecenderungan kerajaan melaksanakan PPSMI sebelum ini.

Mertabatkan Bahasa Melayu , mantapkan Bahasa Enggeris

Sabtu, 20 Jun 2009

KERAJAAN PERPADUAN SATU ANALISA

Sebagai memenuhi agenda bangsa dalam tanah air sendiri, sikap berlapang dada seharusnyalah dipertingkatkan dikalang semua pimpinan samada dikalangan kepimpinan Kerajaan mahupun Pembangkang.

Bukalah mudah untuk mencapainya tetapi tidaklah pula mustahil jika semua pihak berterus terang. Sejarah juga telah membuktikan bahawa politik berteraskan "perpaduan" sememangnya telah menjadi agenda utama dalam semua objektif kepimpinan sebelum ini. Malah Pas juga telah berpengalaman melaluinya.

Menjelang Pilihanraya Manik Urai, perkara ini telah menjadi bahan utama dalam setiap perjumpaan orang politik. Tok Guru Nik Aziz pula telah awal-awal lagi membidas Timbalan Presiden parti dalam hal ini. UMNO pula telah dilihat lebih terbuka dan menyahutnya...

Apa yang penting bagi rakyat khususnya Bangsa Melayu, apakah muafakat politik ini mampu diterjemahkan dalam bentuk perlaksanaan yang lebih mantap serta praktikal, berbanding persefahaman masa lalu. Mungkin pemimpin seperti Nik Aziz agak serik dan Trauma kesan daripada pengalaman masa silam. Tidak mahu dipatuk ular dua kali dari lubang yang sama.

Apa yang utama sekarang adalah keikhlasan semua pemimpin Melayu yang berkaitan. jangan sensasikan isu ini tetapi apa yang penting adalah komitment yang berterusan dan kekerapan pertemuan bagi merealisasikannya. Kurangkan publisiti murah demi Politik terbuka...tetapi fokuskan kepentingan Agama , Bangsa dan Tanah Air Tercinta

Selasa, 9 Jun 2009

Perletakkan Jawatan sebagai Setiusaha UMNO Bahagian Bandar Tun Razak

Berkuatkuasa pada 8 Jun 2009 saya tidak lagi menjawat Jawatan tersebut setelah usaha mendapatkan mandat yang baru daripada Pemangku Ketua yang sah gagal saya perolehi. Untuk makluman umum, saya telah menerima salinan keputusan kepada Rayuan Kes berhubung kedudukan YBhg. Dato Mokhtar Samad selaku Ketua UMNO Bahagian yang telah disabitkan dengan kesalahan disiplin dalam parti.



Pada 3 Jun 2009, pihak UMNO Malaysia telah mengeluarkan surat rasmi perlantikan Sdr. Saharudin (Timbalan Ketua UMNO Bahagian) sebagai Pemangku yang sah sehingga Pemilihan akan datang. Ini bermaksud, kedudukan Dato Mokhtar bukan lagi tertakluk penggantungan setahun seperti yang dinyatakan sebelum ini. Surat perlantikan sebagai Pemangku tersebut telah ditandatangani oleh YBhg. Dato Tengku Adnan Mansor selaku Setiausaha Agung Parti dan secara rasminya, memertabatkan Sdr. Saharudin sebagai Pemangku yang sah dan akan menerajui Bahagian Bandar Tun Razak selepas ini sehinggalah Pemilihan Parti diperingkat Bahagian yang akan datang.



Sebagai seorang yang bertanggung jawab lagi Profesional dalam memikul tanggung jawab, saya telah mengemukakan secara rasmi kepada Pemangku Ketua yang ada untuk menentukan kedudukan saya sebagai Setiusaha yang dilantik oleh Mantan Ketua yang lalu. Pada 3 Jun, jam 9 malam, saya telah bersemuka dengan Pemangku Ketua yang baru dan menyerahkan surat peribadi saya bertarikh 5 Jun 2009 yang menyatakan kecenderungan saya mendapatkan mandat baru untuk meneruskan tanggung jawab sebagai Setiausaha UMNO Bahagian.



Dukacita dimaklumkan, surat tersebut telah gagal dijawab secara segera, malah beliau telah memberikan alasan bahawa beliau tetap hendak mengekalkan saya tetapi tidak mahu mengeluarkan sebarang surat bagi menyakinkan saya bahawa saya dilantik semula secara formal. Menyedari akan komitmen yang berkurangan terhadap saya, maka ini telah menyebabkan saya beranggapan beliau tidak serius menyambung perkhidmatan saya.



Setelah diberi tempoh 2 hari untuk membolehkan beliau membuat keputusan tetapi gagal, maka pada hari 6 Jun yang lalu, saya telah mengeluarkan semua barangan saya dan menyerahkan kunci serta urusan pentadbiran kepada beliau keesokkan harinya iaitu pada 8 Jun kira-kira jam 3 petang di Pejabat UMNO Bahagian dengan rasminya.

Sebagai aktivis masyarakat yang sememangnya komited untuk bersama dalam pembangunan komuniti setempat, saya menerimanya dengan hati terbuka dan berharap kepimpinan UMNO Bahagian yang ada akan tetap relevan memikul segala tanggung jawab yang ada dalam merencana aktiviti parti yang seterusnya.

Jumaat, 5 Jun 2009

Bumbung Stadium runtuh satu lagi pengajaran buat semua


Kejadian bumbung utama Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak dekat sini, yang runtuh pagi ini amat memalukan negara, walaupun kejadian itu tidak melibatkan kemalangan jiwa, ia menjejaskan imej negara kerana runtuhan itu membabitkan stadium baru yang belum sampai setahun digunakan.
Walaupun daripada segi membaikpulihnya ditanggung oleh kontraktor dengan memasang bumbung baru, ia memberi gambaran yang tidak baik kepada negara, seolah-olah kontraktor kita tidak berkemampuan untuk melakukan kerja (membina) bangunan sedemikian rupa,.

Saya harap kerajaan dapat melantik satu juru perunding yang mempunyai kepakaran dan berkualiti dilantik bagi menilai dan mengkaji mengapa bumbung stadium baru itu boleh runtuh. Saya tidak mahu menuding jari kepada manamana pihak. Apa yang rakyat mahu ialah satu laporan terperinci kerana kejadian ini memalukan negara walaupun kesilapannya mungkin bukan berpunca daripada kita.
Kejadian tersebut akan menyebabkan masyarakat luar menganggap kontraktor tempatan tidak berkemampuan untuk membina bangunan bangunan besar. Saya juga ingin tekankan kepada CIDB supaya lihat dengan terperinci jika hendak membina satu-satu struktur bangunan di negara ini daripada perancangannya, reka bentuknya, juruperunding, pembinaannya sehinggalah kalau bangunan itu hendak diruntuh pun kita sudah ada piawaian amalan kerja. Kita tidak akan bertolakansur dalam perkara ini.
Persepsi adanya gejala Rasuah pula janganlah dijadikan isu, kecuali terbukti ianya berlaku. Pemilihan kontraktor hendaklah berdasarkan kemampuan dan kalau projek besar, pastikan konsultan itu ada kapasiti. Begitu juga dengan kontraktor mesti ada pengalaman dan pengetahuan teknikal yang tinggi.
Jika tafsiran awal mengikut kerajaan negeri dianggar RM25 juta, maka ianya sememangnya satu pembaziran serta merugikan bagi rakyat Trengganu yang jelas sedih dan kecewa dengan insiden yang berlaku itu.

Stadium berharga RM292 juta itu baru siap setahun lepas dan dirasmikan oleh Yang diPertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 10 Mei tahun lepas. Ia menjadi mercu tanda Terengganu dan gelanggang bagi beberapa acara utama pada Sukan Malaysia (Sukma) 2008. Apa yang pasti, jika malapetaka itu berlaku semasa majlis keramaian dan dihadiri pula VIP yang diundang sama, apa akan jadi?

Isnin, 18 Mei 2009

Keputusan untuk tidak bertanding di Penanti satu analisa

Keputusan BN untuk tidak bertanding dalam Pilihanraya Kecil Penanti adalah satu berita yang mengejutkan. Walau apa pun alasan yang diberikan, memberi laluan kepada Calon Pakatan Rakyat untuk menang selesa adalah satu keputusan yang boleh memberikan impak yang kurang menguntungkan kepada keyakinan yang ada dikalangan penyokong BN sendiri khususnya di Pulau Pinang.
Bagi saya keputusan itu akan menyemarakkan lagi persepsi umum seolah-olah BN benar-benar tidak yakin kepada kemampuan sendiri. Memberi alasan bahawa masalah dalaman Parti Keadilan punca untuk BN tidak bertanding juga adalah satu alasan yang dikira tak masuk akal. Ini kerana dalam mana-mana Pilihanraya sememangnya adalah masalah dalaman mana jua parti. BN sendiri sememangnya kadangkala berdepan dengan berbagai isu dalaman sebelum ini, maka adakah wajar juga untuk mengecualikan diri dari pertanding dalam mana-mana Pilihanraya.
Apa pun, seperti yang sering penganalisa politik katakan, membina perpektif adalah sesuatu perkara yang paling sukar ditangkis oleh BN khususnya dalam era bermaklumat ini. Keputusan tersebut dilihat, sekali lagi seolah-olah BN gagal untuk menjadi "option" atau pilihan kepada Rakyat di Penanti......Kalah Menang adat dalam perlawanan tetapi dengan mengundur diri sebelum bertanding adalah sesuatu yang berfikiran "backward" kepada sebuah organisasi yang "established" diperingkat kerajaan khususnya pemerintahan pusat.
Apa yang dikhuatiri adalah, rakyat akan bertambah kurang berkeyakinan terhadap BN apatah lagi ditengah-tengah kemelut nadi dan jantung rakyat di Perak majoritinya berkehendakkan Pilihanraya Negeri diadakan.

Selasa, 12 Mei 2009

"Serious" kah ahli UMNO untuk berubah

Hari ini bertambah satu hari lagi dalam kalendar usia UMNO ketika parti itu menyambut ulang tahun ke-63 semalam. Tarikh keramat 11 Mei dikatakan semakin jauh dari hati orang Melayu, apatah lagi untuk mengenang detik perjuangan UMNO sejak 1946 hingga hari ini.

Kelmarin, menjelang sehari sebelum ahli-ahli UMNO menyambut hari kelahiran parti yang menjadi wadah perjuangan politik mereka, Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan mereka supaya tidak terlalu bernostalgia terhadap jasa-jasa besar parti itu pada masa lalu.

Pemimpin dan ahli UMNO kena terima hakikat bahawa kini semakin ramai pengundi terdiri daripada golongan pasca merdeka dan tidak pernah melalui peristiwa penting yang berjaya ditangani oleh UMNO mahupun komponen Barisan Nasional (BN).

Jadi, Presiden UMNO menggesa ahli-ahli parti itu berubah dari segi cara berfikir, strategi politik dan kaedah berkomunikasi dengan pengundi baru mengenai dasar yang diperjuangkan UMNO dan BN. “Sekarang bukan zaman seperti UMNO mula-mula dilahirkan. Ramai kalangan generasi hari ini tidak berpengalaman melalui peristiwa penting seperti tragedi 13 Mei dan kegawatan ekonomi pada 1997.

“Jadi, kita tidak boleh bersandar kepada nostalgia dan sentimen kerana walaupun jasa menggunung tinggi, ia bukan jaminan untuk terus mendapat sokongan rakyat,” kata Najib. Saya begitu bersetuju dengan kenyataan Najib itu kerana zaman sudah berbeza dan cita rasa rakyat sekarang juga berlainan.

Dulu kerajaan mengetahui segalanya. Kini rakyat Malaysia sudah berpengetahuan tinggi dan sudah terdedah kepada pengetahuan yang tidak lagi mempunyai sempadan. Kehendak sudah tidak serupa. “Ahli-ahli UMNO harus berubah dan melakukan perubahan drastik mengenai diri sendiri. Kerakusan mendapatkan kuasa harus dihentikan. Ketamakan mencari harta untuk diri sendiri hendaklah ditukar ganti kepada membina harta dan kekayaan untuk rakyat.

“Ilmu menjadi teras kekuatan UMNO. Mempunyai kuasa dalam UMNO tidak menjaminkan kekuasaan pemerintahan negara secara menyeluruh. Pengajaran apa yang berlaku di Perak sejak muktakhir ini semestinyalah menjadi pengajaran. Apa yang penting ialah, siapa yang paling hampir dengan rakyat. PKR atau BN yang mana UMNO adalah tunggaknya...Tepuk Dada tanya Selera.

Isnin, 11 Mei 2009

Rotanlah jika mampu membentuk disiplin pelajar

HUKUMAN rotan akan "kembali" ke sekolah tidak lama lagi. Hukuman itu akan diperkenalkan semula untuk "menundukkan" pelajar yang tahap disiplin mereka semakin meruncing.

Ketika ini masalah perlanggaran disiplin, pergaduhan dan buli di sekolah semakin menjadi-jadi. Akhirnya hukuman tradisi yang pernah digunakan untuk mendisiplinkan pelajar sebelum era alaf baru ini terpaksa diperkenalkan semula.

Namun seperti kata Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd Puad Zarkashi, hukuman rotan tersebut masih di peringkat cadangan.

Ia baru dikemukakan kepada pejabat Peguam Negara untuk mendapat maklum balas. Hukuman itu hanya akan dilaksanakan sekiranya mendapat persetujuan Peguam Negara - yang akan memberi maklum balas sebelum akhir tahun ini.

Bagaimanapun, kenyataan itu sudah cukup untuk menceritakan bagaimana meruncingnya masalah disiplin di kalangan pelajar ketika ini. Bayangkan keruntuhan disiplin pelajar terpaksa diatasi dengan hukuman yang memerlukan kelulusan Peguam Negara!

Walaupun jumlah pelajar yang menjadi "epal busuk" itu tidaklah ramai berbanding pelajar yang berdisiplin tinggi, namun kerenah yang dicetuskan oleh mereka amat menyesakkan dada.

Mungkin ramai yang terfikir, kenapa sehingga ke Peguam Negara? Jawapannya mudah. Situasi masa kini tidak sama dengan keadaan di sekolah 20 atau 30 tahun lalu. Sikap ibu bapa ketika itu dengan ibu bapa di zaman siber ini ketara berbeza.

Ramai ibu bapa di zaman ini tidak boleh menerima teguran atau laporan guru bahawa anak-anak mereka nakal. Malah ada yang sanggup menempelak malah 'menyerang' guru demi mempertahankan anak-anak yang disifatkan mereka terlalu baik.

Dan, ketika ramai ibu bapa yang menyuarakan sokongan agar pelaksanaan hukuman rotan diperkenalkan semula, tidak kurang yang membantah. Golongan itu termasuklah peguam dan aktivis hak asasi manusia.

Bagi mereka, hukuman rotan bukan jawapan untuk mengatasi masalah disiplin. Mereka mendesak guru menggunakan pendekatan menerusi kaunseling kerana hukuman rotan dianggap melanggar hak asasi pelajar.

Namun pada masa yang sama, golongan ini sebenarnya secara tidak langsung telah mengenepikan hak asasi pelajar yang menjadi mangsa buli berkenaan.

Jadi, demi memastikan keadilah semua pihak, kelulusan Peguam Negara diperlukan. Langkah Kementerian Pelajaran tersebut lebih kepada sikap berhati-hati.

Guru disiplin yang akan melaksanakan hukuman rotan itu nanti terpaksa mematuhi prosedur yang ditetapkan. Mereka tidak boleh merotan sewenang-wenang.

Namun walau apa sahaja bentuk hukuman, ia perlu disegerakan. Pelaksanaannya juga mesti dilakukan dengan serius.

Masalah disipilin pelajar ketika ini bukan satu perkara yang boleh dipandang sebelah mata. Bayangkan jika masalah disiplin itu tidak diatasi dan ia berlanjutan sehingga mereka dewasa. Jadi, sekiranya hukuman lebih berat termasuk rotan boleh mengatasi masalah disiplin, laksanakanlah segera.

Rabu, 29 April 2009

Pemantauan kesan keujudan Restoren 24 jam

Adakah kita semua sedar bahawa restoran 24 jam yang tumbuh bagai cendawan di Malaysia adalah punca kepada kebanyakan masalah sosial di Malaysia ? Jika dulu hanya dibandar-bandar besar sahaja dibenarkan pembukaan restoran 24 jam , kini pekan-pekan kecil juga memiliki restoran-restoran 24 jam. Sejak awal tahun 2002 terdapat peraturan yang membenarkan kelab, disco, pub, pusat hiburan dibuka sehingga 1.00 pagi. Sekurang-kurangnya dengan penguatkuasa peraturan tersebut banyak kes-kes jenayah telah dikurangkan.Selepas itu makin menjadi-jadi pula restoran yang beroperasi 24 jam terutamanya restoran India.
Alasan dari kebanyakan mereka ialah untuk menyediakan kemudahan makan minum kepada orang ramai. Soalnya di Malaysia ini adakah sukar untuk kita mendapat makan atau minum walau dimana saja kita berada ? . Kemudahan yang sebenarnya yang disediakan oleh restoran-restoran 24 jam ini ialah tempat melepak, tempat berkumpul sebelum melaksanakan sesuatu aktiviti selepas larut malam dan tempat untuk melarikan diri dari rumah.Cuba kita perhatikan siapakah pelanggan-pelanggan restoran 24 jam ini. Rata-ratanya terdiri dari remaja dan tidak kurang juga orang dewasa. Mereka ini seolah-olah tiada tempat tinggal untuk mereka pulang.. Seolah-olah restoran itulah rumahtangga mereka. Anak remaja berlepak dan bersembang kosong, bergelak ketawa tanpa arah tujuan. Mat rempit pula menjadikan restoran 24 jam ini sebagai stesen perhentian mereka sementara menunggu operasi polis trafik berakhir.
Golongan gay, pelacur murahan, pondan, lesbian, pengkid dan bohsia juga menjadikan restoran-restoran 24 jam ini sebagai tempat lepak sementara menunggu pelanggan atau bagi menyusun langkah untuk aktiviti seterusnya. Teruna dan dara pula menggunakan restoran-restoran 24 jam ini untuk sesi bertepuk tampar sebelum melangkah ke agenda seterusnya.Golongan yang lebih dewasa pula berborak sehingga pagi dengan pasangan masing-masing yang pastinya bukan isteri mereka yang sah. Dimanakah isteri dan anak-anak mereka ? Siapakah yang menjadi pelindung kepada keluarga mereka dirumah ? . Apakah mereka ini mengabaikan kehidupan berkeluarga mereka ? .
Jangan terkejut jika kita dapat melihat pak haji dan pak lebai juga melepak di restoran-restoran 24 jam ini sampai ke pagi. Dari cerita-cerita perniagaan, skim cepat kaya hinggalah kepada sembang-sembang politik. Seolah-olah tiada hari siang bagi mereka.Gejala sosial adalah berpunca dari sini. Kehidupan tanpa sempadan waktu dan campur gaul tak berakhlak berakar umbi disini. Pasukan keselamatan pula sukar untuk mengawal gerak geri awam selepas tengah malam disebabkan pergerakan manusia sudah menjadi 24 jam. Jika dulu sesiapa yang masih berada diatas jalan atau ditempat awam selepas jam 12 malam tanpa sebarang alasan munasabah akan disiasat dan diambil butiran peribadi, tetapi kini semuanya itu tidak dapat dilaksanakan lagi.
Hasilnya ialah terdapat pergerakan orang awam dimana-mana sahaja sepanjang masa. Maka bertambahlah kes-kes pecah rumah, samun dijalanan, rogol dan perkosa, khalwat dan berkesedudukan. Pergerakan orang awam sudah tidak terkawal lagi. Sesiapapun boleh berada dimana-mana tempat pada bila-bila masa. Apakah alasan pihak berkuasa tempatan untuk meluluskan lesen kepada restoran-restoran untuk beroperasi 24 jam ? Memberi kemudahan kepada orang ramai untuk makan minum ? Orang ramai memerlukan makan dan minum 24 jam sehari ? Untuk menjadikan sesebuah kawasan perbandaran itu sentiasa hidup ? Menggalakkan perkembangan ekonomi ? Jika itulah alasan-alasannya adakah berbaloi dengan kesan sosial yang menimpa masyarakat ? Fikirkan dengan hati terbuka dan rasa penuh tanggungjawab kepada rakyat jelata. Siapakah operator-operator restoran 24 jam ini ? Siapakah pekerja-pekerja mereka ? Berapa peratuskah rakyat tempatan ? Teruk sangatkah kesan ekonomi jika restoran-restoran tersebut dihentikan operasi sebelum jam 10.00 malam ?
Saya menyeru agar pihak-pihak berkuasa tempatan agar mempertimbangkan semula pemberian lesen restoran 24 jam yang tertakluk dibawah kuasa mereka. Faedah yang sedikit dari restoran-restoran 24 jam tersebut tidak berbaloi untuk masyarakat menerima kesan buruk darinya. Isu ini bukanlah satu isu yang baru. Ianya telah lama ditimbulkan tetapi ianya didiamkan begitu sahaja. Pihak-pihak berkuasa tempatan mengambil sikap pejam mata dan memekakkan telinga tentang isu ini..

Human rights shouldn’t impose on religions and cultures

Human rights should neither be made the basis to undermine the Constitution, nor be worshipped as if they represent a sacrade agenda. MANY perceive the doctrine of human rights as a set of legal standards which determines the national and international order. Some regard it as being above their state constitutions and various other codified laws, even nobler than any religious scriptures.

It seems that a kind of a new universal jurisprudence entirely based on human rights is emerging and is becoming bolder, urging that priority be given to the so called rights of man in the area of civil, political, economic, social and cultural over national interests or religious precepts. A number of aspects pertaining to the human rights discourse suggests that careful scrutiny is inevitable. Human rights carry unavoidable political content and epitomize certain value systems which somehow differ from one society to another.

“Value system” here is not confined to the principles of ethics and morality, but rather must include religion-based world views as well. Therefore, one must examine those political contents and the various value systems to ensure that human rights are not in conflict with these world views. If there exists any contradiction or deficiency, adjustments and reconciliation must be made to the effect that no party may abuse any right accorded them, and none may suffer any injustice.

This is necessary since the universal nature claimed by the human rights movement is actually complex. It requires assessments in progressive terms, and interpretations in accordance with the current legal, political, historical, social, cultural and religious contexts of any given community. As human rights deals with a variety of groups, we tend to have different views on how the doctrine is best integrated into the development agenda of any nation.

In our Malaysian context, like it or not, we must always bear in mind that we are governed by the Federal Constitution. This supreme document is already incorporated, and thus guarantees a considerable number of human rights principles.Our role here is to facilitate the understanding and awareness of our fellow citizens concerning their human rights obligations in the light of the constitutional provisions and their implications.In this sense, human rights should neither be made the basis to undermine the Constitution, nor be worshipped as if they represent a sacred agenda which could impose restrictions in terms of transforming the country into a united, peaceful and developed nation.

Human rights must not be exploited to create security threats or economic instability for the Govern­ment.Yet if one examines the unfolding of events in recent years, one may conclude that human rights and the state are actually at loggerheads.On the one hand, the country has issued statements and has even taken actions indicative of the fact that the Government supports the promotion and protection of human rights. It has even ratified a number of international treaties on human rights.On the other hand, however, issues like religious conversion, body snat­ching, allegedly denying one citizen­ship, the mistreatment of refugees, and so on, are portrayed as serious infringements of certain basic hu­­man rights.

Human rights advocates seem to argue that although generally supportive, the country’s backing is insufficient.The Government has never af­­firmed in strong clear terms that the country is more than willing to play its role effectively in relation to those human rights precepts as binding legal principles or legal obligations.The fact that those documents are conditionally ratified with certain reservations speaks for itself.

Those human rights vanguards fail to appreciate either consciously or unconsciously that those international documents must be interpreted and understood purposely and contextually, in accordance with the peculiarities, demands and values of the community they aspire to serve.No doubt the state plays a significant role in upholding the rights of its subjects.But, in executing this role, the authorities must also honour the legal limits imposed by its Constitu­tion and any other laws currently enforced.We are not supposed to give in to any foreign provisions affecting our interests if those are contradictory to any provision of our Constitution.

The Government must also respect the religious parameters of certain religions wherever relevant.One must know, for example, that free­dom of religious conversion en­­shrined in the Universal Declaration of Human Rights is antithetical to Islam. Islam has its own way of dealing with such an issue. No one has the right to interfere in matters they do not understand.It is perhaps clear now that the state can and sometimes should take human rights into consideration in its decision-making process.

In doing so, however, certain limitations must be observed. What is perfectly moral in certain cultures might not be the same in certain other environments.
What can be done by the authorities is to nurture a better understanding of any given country – its history, its aspirations, current situations and future directions. This is possible through education at all levels. History is very important and must be taught properly to all citizens, either in a formal manner or otherwise. Similarly, the followers of all religions must be made aware that their common enemy is secularism and the secularisation processes.
The current international framework of human rights is largely – if not completely – based on secular philosophy. True religion or any value system which recognises ethics and morality has no role whatsoever apparently. If we really believe in a religious or value system, we cannot accept any notion under the banner of human rights which propagates the idea that man is free to do whatever he likes without restriction.

Jumaat, 17 April 2009

Pelantikan Menteri Wilayah Persekutuan

Saya mengalu-alukan pengemuman perlantikan YM Raja Datuk Nong Chik Zainal Abidin sebagai Menteri Wilayah Persekutuan yang baru oleh YAB Perdana Menteri minggu lalu.

Saya menyambut baik pemilihan beliau sebagai Menteri yang baru malah beranggapan ianya dibuat berdasarkan pengamatan dan penilaian mendalam mengenai kemampuan serta latar belakang yang sesuai dari kacamata YAB Dato Sri Najib selaku merangkap juga Presiden UMNO.

Sebagai Ketua Bahagian UMNO Lembah Pantai yang baru, Saya yakin beliau mampu melaksanakan tugas dan tanggung jawab untuk menangani masalah diperbagai peringkat dan kelompok warga bandaraya Kuala Lumpur yang pesat membangun dan diselubungi berbagai masalah semasa.

Dari sudut politik pula, beliau Saya yakini akan dapat mengimbangkan kepentingan kerajaan dan rakyat berbanding tuntutan politik semua pihak yang saling pengaruh mempengaruhi.

Kenyataan beliau untuk turun padang serta akan melawat seluruh kawasan Parlimen di Wilayah Persekutuan juga dirasakan amat bertepatan pada ketika ini kerana masalah rakyat akan mudah didengari, khususnya dikawasan yang masih memerlukan pembelaan. Masa untuk kerajaan mengetahui apa yang terbaik sudah berlalu, kini seperti yang dinayatakan oleh YAB Perdana Menteri, rakyat perlu didengari agar permasalahan akan datang dari akar umbi mencapai kejayaan.

Saya juga berkeyakinan bahawa beliau akan mampu untuk mengembelingkan usaha kearah penyatuan fikiran bersama NGO khususnya, membantu kerajaan mengawasi serta menghindarkan segala bentuk gejala Negatif dalam Masyarakat dewasa ini.

Perubahan sedemikian sememangnya dinanti-nantikan agar usaha untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagi sebuah Bandaraya bertaraf dunia selaras dengan Pelan Induk KL2020 akan menjadi kenyataan.

Saya yakin sekiranya segala aspirasi warga kota dapat diselami dengan bijaksana, proses kesedaran untuk melihat ibu kota yang dinamik lagi berharmoni akan dapat dikecapi menjelang tempoh perkhidmatan beliau daripada sekarang dapat dinikmati semua.

Rabu, 8 April 2009

Kabinet Perubahan Najib

PM telah pun menyenaraikan anggota kabinetnya semalam. Ada berbagai reaksi mengenainya dan persepsi yang berbeza-beza, namum ianya cukup jelas bahawa penyenaraian tersebut membuktikan bahawa Najib sudah bersedia dengan pelaksanaan gerak kerja kearah perubahan seperti yang dijanjikan.

Yang jelas beliau mempunyai kaedah tersendiri bagi menyusun barisan kabinet yang beliau inginkan berdasarkan matlamat yang telah digariskan semasa ucapan beliau selepas dipilih oleh perwakilan dalam perhimpunan Agung Tahunan UMNO baru-baru ini.

Isyarat kepada perubahan tersebut juga termasuklah dalam mentafsirkan apa yang sebenarnya rakyat inginkan berdasarkan keputusan beberapa Pilihanraya Kecil selepas PRU12 yang lalu. Rakyat seolah-olah mengharapkan sesuatu, jesteru itu Najib sebagai orang nombor satu perlu berbuat sesuatu.

Persepsi UMNO sebagai parti yang tidak serius membenteras gejala politik wang juga nampaknya terjawab. Pimpinan yang kemenangannya menghadapi sedikit sebanyak kontraversi turut menjadi mangsa dan tidak terlantik dalam senarai kabinet terkini beliau.

Walau bagaimana pun terdapat pula telahan yang menjuruskan andaian bahawa Mahathir telah mempengaruhi banyak keputusan berkaitan barisan Kabinet baru ini. Dari komen berkaitan peralehan kuasa sehinggalah bayangan siapa yang layak dan sebaliknya telah diwawarkan oleh mantan Perdana Menteri itu.

Walau apa pun, setiap perubahan memerlukan tempoh masa tertentu untuk kita semua membuat penilaian. Sehubungan dengan itu, Najib pelu juga mengambil iktibar bahawa tidak semua yang UMNO dan BN lakukan akan mendapat respon positif oleh mereka yang tidak bersamanya. Persepsi golongan kiri dalam masyarakat tetap akan memberikan respon yang sebaliknya. Maka perang psykologi dan Persepsi akan tetap terus mendalangi fikiran rakyat.

Ironinya kali ini, terdapat sebuah kementerian yang telah diberikan kuasa untuk membuat penilaian prestasi atau "Report Card" bagi setiap 6 bulan. Apa yang diharapkan ialah, biarlah ianya menjadi realiti dan bukanya laibiliti.

Kekalahan satu pengajaran yang mahal nilainya buat BN

1. Seperti yang telah kita semua maklumi, keputusan Pilihanraya Kecil Bukit Selambau dan Bukit Gantang telah sama-sama kita maklumi. Ada yang terkejut dan ada pula yang sudah menjangka. Apa pun, yang pasti adalah kenyataan yang terpaksa ditelan bulat-bulat oleh BN khususnya Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baru.

2. Adalah amat malang bagi UMNO sebagai parti tunggak dalam Barisan Nasional untuk memikul amanah untuk terus memacu negara dalam penggal yang mendatang ini kerana kehadiran PM baru serta penyenaraian anggota kabinet baru oleh beliau gagal sama sekali menyakinkan pengundi atas pagar di 2 tempat yang dimaksudkan.

3. Fakta yang perlu dinilai juga adalah masalah dalaman UMNO, khususnya bagaimana parti yang sudah mengjangkau lebih dari 50 tahun itu mengendalikan proses pemilihannya baru-baru ini. Sistem kuota dan isu politik wang sememangnya menjejaskan kredibilitinya. Bukan sahaja dikalangan ahli apatah lagi rakyat biasa yang menjadi pemerhati.

4. Kehadiran mantan PM, Tun Mahahtir juga sedikit sebanyak mungkin ada relevantnya juga. Positif atau tidak hanya masa sahaja yang akan menentukannya. Yang pasti jika tidak diurus dengan baik, ianya akan memberi impak yang kurang menyenangkan selepas ini.

5. Kedudukan tokoh yang kontraversi seperti Ketua Pemuda UMNO yang baru juga tidak boleh dipandang rendah. Kemana beliau selepas ini khususnya didalam kabinet juga akan menjadi pemerhatian umum. Didapati bersalah tetapi telah dimenangi.....sehingga didalam dewan Merdeka menjadi sorakan sebahagian dari perwakilan, kenapa?

6. Mampukah UMNO dan seterusnya BN selepas ini merubah seperti yang diandaikan berdasarkan kepada kehendak rakyat atau phenomena membenci dan ingin melihat BN terus jatuh semasa Pilihanaraya Umum ke 13 nanti, samalah kita tengok nanti.

Cabaran sememangnya getir buat Najib sebagai PM baru. Walaubagaimana pun, hanya beliau sahaja yang tahu akan kaedah merawatnya. Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih.

Isnin, 6 April 2009

Buat pengundi di 3 Pilihanraya Kecil

Saya mengucapkan selamat mengundi kepada semua para pengundi di 3 Kawasan Pilihanraya Kecil di Batang Ai, Bukit Selambau dan Bukit GantangParlimen Kuala Terengganu yang bakal mengundi pada 17 Jan. 2009 nanti. Anda seharusnya bijak membuat penentuan kepada keputusan Pilihanraya Kecil tersebut. Samada BN atau PR yang akan mewarisi kawasan tersebut, hanya tuan/puan sahajalah penentunya nanti.
Faktor Calon, Parti yang diwakili, Dasar yang diperjuangkan malah isu yang dibangkitkan akan menentukan segalanya.Apa yang pasti nanti adalah masa depan 2 aliran pakatan parti samada BN atau PR itu nanti. Segi adatnya, pengundi telah maklum bahawa kaedah pertembungan antara dua pakatan ini akan terus menerajui pilihan buat rakyat kini dan masa depan Negara.
Bagi BN, kedudukan Najib sebagai PM baru dan janji untuk melakukan transformasi dalam UMNO dan kerajaan sedikit sebanyak nescaya akan mempengaruhi pengundi nanti. Manakala uat pihak PR pula, akan menentukan samada mereka akan lebih mantap atau tidak khususnya setelah setahun mempelupori kepimpinan beberapa buah negeri yang dikuasai.
Semua ini akan menjadi penentu kepada keputusan esok. Pilihanraya Permatang Pauh dan Kuala Terengganu tisdak lagi "significant" kerana faktor 3 tempat yang berbeza isu serta keutamaan masing-masing. Oleh itu pengundi sekali lagi diingatkan agar sentiasa beringat akan kata orang tua-tua dahulu "Ingat dulu pendapatan, ingat kemudian tiada gunanya"

Sabtu, 4 April 2009

Pengumuman PM mengenai pembebasan Tahanan ISA, Pemahsuhan Penerbitan 2 Akhbar dan Kaji semula ISA

Pengumuman yang dibuat oleh Dato Seri Najib semalam sememangnya dinantikan oleh ramai pihak. Pengemuman pembebasan 13 Tahanan ISA seperti yang diumumkan oleh beliau telah mengingatkan saya tentang pengemuman yang sama pernah dibuat oleh Tun Mahathir semasa beliau mula dilantik sebagai Perdana Menteri dulu.
Saya melihatnya sebagai tindakan positif kerana sebagai Perdana Menteri yang baru dilantik, beliau sememangnya wajar untuk membuat kejutan awal kepada perubahan yang beliau janjikan. Mengkaji semula ISA juga, bukanlah sesuatu yang mudah tetapi telah turut diumumkan oleh beliau untuk dikaji semula. Suatu tindakan yang berani dan wajar diberikan penghormatan dan ruang untuk beliau buktikan.
Perkara ketiga yang telah umumkan juga adalah tentang pemahsuhan penggantungan 2 akhbar utama pembangkang. Ini jelas menunjukkan bahawa beliau agak terbuka dan mengarah kepada kebebasan media dinegara ini. Suatu tindakan yang berasaskan realiti selaras dengan pembangunan minda rakyat dan kehendak semasa.
Bagi saya, andaian samada ianya lebih kepada tindakan populis atau tidak terserahlah kepada rakyat untuk menilainya. Tempoh masa yang begitu mencukupi selepas ini akan menjadi penentunya. Persoalan samada pengumuman tersebut adalah untuk menarik undi di 3 kawasan Pilihanraya kecil yang bakal membuat penentuan juga tidak samasekali terjejas cuma ianya dilihat sebagai secara kebetulan sahaja.
Pengundi mempunyai persepsi dan andaian masing-masing. Sebagai rakyat dan pengundi yang matang mereka semestinya melihat mengenai survival jangka panjang. Peluang dan ruang telah cukup untuk seluruh rakyat menilainya. Saya yakin jika Najib bijak membuat percaturan, barisan Kabinet baru juga akan menjanjikan sesuatu yang positif buat kita semua.
Mengenai kemasukkan Tun Mahathir dalam UMNO serta kesannya selepas ini. Bagi saya ianya merupakan kemasukkan biasa seperti mana Tun sendiri pernah keluar dan masuk semula semasa zaman Tungku Abdul Rahman dulu. Bercakap tentang perpaduan demi rakyat, semua pihak sebenarnya memainkan peranan, bukan Tun Mahathir sahaja. Malah pimpinan Pakatan Rakyat pun mempunyai peranan untuk bersama dengan PM yang baru demi kebaikan rakyat dan demi berdepan dengan perbagai cabaran yang mendatang.
Dalam coretan yang begitu ringkas ini, Tahniah dan Shabas buat beliau.

Jumaat, 27 Mac 2009

mampukah Perubahan Kepimpinan dalam UMNO dapat diterjemahkan

Nampaknya rata-rata komentar orang Politik sehari dua ini memberikan komen sinis kepada UMNO khususnya menjelang tamatnya Persidangan Tahunan UMNO yang diadakan di Kula Lumpur sejak beberapa hari yang lalu.

Persolan perubahan dalam kepimpinan terjawab sudah. Samada calon popular lepas atau tidak juga sudah terjawab dengan keputusan yang sama-sama kita ketahui. Apa pun, sekarang ini terletaklah kepada bahu mereka yang terlantik untuk merancangnya.

Cabaran terdekat

Pilihanraya Kecil di 3 tempat berasingan akan menjadi cabaran pertama dan terpaksa dihadapi samada suka atau tidak. Persoalan yang berlegar dilupuk pemikiran ramai orang adalah, mampukah perubahan kepimpinan dalam UMNO dapat disambut baik oleh pengundi disemua tempat yang dimaksudkan?

Ini penting bagi melihat samada rakyat diluar sana mengangap bahawa perubahan pucuk kepimpinan tersebut ada relevansinya dengan mereka yang bukan UMNO. Adakah mereka merasakan mereka akan mendapat rahmat hasil daripada perubahan tersebut atau hanya sekadar retorik yang gagal menyakinkan pengundi akan keperluannya untuk bersama tunggak parti Melayu tersebut.

Rakrat diseluruh negara sememangnya menantikan perubahan dari sudut kepimpinan negara kini sudah terjawan. paklah akan pergi dan Najib serta pasukan baru akan mengambil alih. Persoalannya, sekali lagi adalah mampukah UMNO selaku tonggak memacu Barisan Nasional menawan hati rakyat kembali.

Rombakan Kabinet

Dalam masa terdekat juga, ramai penganalisa akan memerhatikan bentuk pasukan yang akan mengurus kerajaan kita nanti. Sekali lagi cabaran Kegawatan Ekonomi serta inflasi pula akan mencabar kewibawaan semua kabinet baru nanti.

Perlukah Najib mengambil kira atau mengimbangi pengaruh sektor-sektor tertentu dalam UMNO demi mengimbangi populariti beliau sebagai PM baru nanti seperti mana yang PakLah lakukan dulu.

Jika semua anggota Kabinet nanti adalah terdiri muka baru, maka mampukah pula ianya dapat diyakini? Shahril telah pun menyatakan kecenderungan beliau untuk meletak jawatan akibat rasa tidak selesanya beliau dengan keputusan yang memihak kepada beliau selaku seorang menteri. Apa pun ujian getir tetap menati.

Pengisian selepas ini dalam UMNO juga akan memperlihatkan betapa seriusnya UMNO untuk berubah. Latihan dan Pendidikan bagi membentuk penjenamaan baru perlu dan wajar disegerakan. Apa pun pendekatan yang hendak diambil, terserahlah kembali kepada ahli disemua peringkat untuk memikirkannya. Ingatan Najib bahawa "berubah atau Rebah" mesti dipandang serius!