Welcome to my Blog

Welcome to my Weblog. This site is dedicated to publishing my writings as and when I am able to pen my thoughts and opinions.Interested parties, including the Press, may reproduce or quote materials published with the condition that they are credited tfrom me. Comments must be accompanied by names and contact. Anonymous postings and those containing profanities and obscenities will be rejected.

Salam pengenalan buat semua

Semoga keujudan blog ini akan memberikan ruang untuk kita sebagai pemimpin diperingkat akar umbi untuk bertukar pandangan dan pengalaman dalam menangai isu-isu semasa kemasyarakat ditempat masing-masing. Tuan/puan mungkin pimpinan kerdil diperingkat bawahan, samada diluar bandar atau pekan kecil, didaerah mahu pun bandar, jangan lupa bahawa anda mempunyai peranan tertentu dalam merobah pemikiran rakyat.

Bersamalah kita berazam untuk meninggikan mutu kehidupan dan kefahaman penduduk dalam sesebuah masyarakat itu menangani cabaran alaf baru. Semoga komuniti kita akan menjadi tempat yang menarik, maju dan menguntungkan buat semua penduduknya.anda boleh berkomunikasi dengan saya menerusi email peribadi di mzha@hotmail.com atau hubungi saya terus menerusi 019-2764133

capaian

Khamis, 15 Disember 2011

Polimik Isu Shahrizat dan NFC....

Senator Umno Shahrizat Jalil enggan berdepan dengan dakwaan rasuah sekitar tuduhan penglibatan keluarga beliau dalam projek pengeluaran daging lembu negara, NFC. Akan tetapi, kedegilan beliau mungkin akan menghancurkan diri dan mempercepatkan kejatuhan politik beliau.


Sudah ada suara-suara sumbang dalam Umno, yang juga sangat sinonim dengan perbalahan dalaman ; menggesa beliau untuk melepaskan jawatan tersebut.

Terdapat juga mereka-mereka yang mengintai jawatan Ketua Wanita tersebut. Di luar Umno pula, keengganan beliau untuk bertanggungjawab terhadap perkara itu telah menambah kemarahan orang ramai. Shahrizat juga merupakan menteri hal ehwal Wanita.
Tiada sebab beliau patut menyalahkan orang lain. Rakyat tidak pernah memaksa NFC atau keluarganya untuk membeli dua kondominium mewah dengan dana awam. Selain itu, benarkah tanpa status beliau dalam BN, beliau berani katakan bahawa kerajaan persekutuan akan memberikan projek tersebut kepada suami dan anak beliau? Adakah mereka mempunyai pengalaman yang mencukupi atau kepakaran dalam membangunkan industri ternakan lembu? 

Tiada kaitan dengan saya

Yang luar biasanya, Shahrizat menganggap bahawa dia tidak ada kaitan dengan skandal RM250 juta NFC, walaupun Ketua Audit Negara telah mengatakan bahawa projek tersebut dalam "keadaan kucar-kacir". Menurut beliau, pembangkang sebenarnya cemburu akan beliau kerana kekuatan sayap Wanita Umno itu.

Ironinya, hanya beberapa hari yang lalu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin -yang juga Timbalan Presiden Umno - mengakui bahawa Wanita, Puteri dan Belia tidak mencapai jangkaan Umno.

"Saya bersetuju mengenai perkara ini dan saya percaya bahawa orang lain juga berkongsi pendapat yang sama (bahawa Pemuda, Puteri dan sayap Wanita dilihat sebagai tidak aktif seperti sebelum ini). Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri telah menyatakan ini dalam mesej khas kepada sayap parti baru-baru ini, "Muhyiddin memberitahu Bernama dalam satu wawancara baru-baru ini.

"Perjumpaan ini diadakan kerana kita mahu mereka menyedari bahawa mereka mempunyai peranan yang lebih besar kerana pandangan orang luar terhadap pergerakan Pemuda dan Puteri tidak mencapai jangkaan. Kami memang akui ini."

Tulisan di dinding

Kelihatan seperti akan berlaku satu pertelingkahan politik dan kemungkinan Shahrizat tidak mampu untuk terus hidup. Tanda-tanda sudah jelas dan dia mungkin tidak mempunyai pilihan lain tetapi untuk mengumumkan rancangan beliau meletak jawatan sebagai ketua Wanita sebelum pilihan raya umum akan datang, yang dijangka akan diadakan awal tahun depan.

Sementara itu, Shahrizat berjanji untuk berjuang. Beliau berjanji untuk menangani kontroversi NFC semasa perhimpunan agung Umno lalu, walaupun menegaskan bahawa "Ia tiada kaitan dengan saya."

"Tidak ada masalah jika isu NFC dibahaskan. Saya akan menjawab semasa perhimpunan Wanita Umno. Saya akan menghantar satu mesej yang jelas kepada orang-orang di luar sana, kini isyarat telah diterima..tepuk dada tanya selera. .

"Sebagai seorang wanita saya perlu bertenang. Mereka (Pembangkang) lakukan ini kerana mereka takut kepada kekuatan Wanita Umno. " tambahnya lagi...

Jangan sampai senjata makan tuan sudahlah!

Jumaat, 28 Oktober 2011

Keterisan dan ketelusan yang menjadikan tanda tanya

Pendedahan mengenai keterisan perbelanjaan seperti yang didedahkan oleh Audit negara dibeberapa kementerian begitu mengecewakan kita sebagai trakyat. Mana mungkin pendedahan sebegini terus dipaparkan tanpa sebaran kebertanggung jawaban yang mesti disasarkan?. Masakan kita tidak dapat mencari puncanya...jangan biarkan ianya terlepas begitu sahaja. 

Saya ingin mendapatkan pandangan dan penjelasan kepada pihak kerajaan mengenai penglibatan Tan Sri Zarinah dan suami nya, Dato Azizan dalam pembelian saham E & O oleh Sime Darby. Tidakkah ini merupakan CBT oleh kedua2 mereka kerana mereka adalah pengarah Sime Darby dan Zarinah pula berpengaruh untuk membeli saham E & O pada harga yang dikata lebih mahal dari pasaran. Isu2 beginilah yang menjatuhkan kewibawaan kerajaan kerana tidak mempraktikkan ketelusan sepertimana yang di heboh2kan oleh kerajaan pemerintah dalam menangani rasuah. Kalau BN hendak mendapat undian majoriti rakyat, isu begini tidak seharusnya di biar begini sahaja tetapi tindakan tegas harus diambil memandangkan Sime Darby adalah syarikat milik kerajaan. Sekian ….

Keterisan dan ketelusan yang menjadikan tanda tanya

Pendedahan mengenai keterisan perbelanjaan seperti yang didedahkan oleh Audit negara dibeberapa kementerian begitu mengecewakan kita sebagai trakyat. Mana mungkin pendedahan sebegini terus dipaparkan tanpa sebaran kebertanggung jawaban yang mesti disasarkan?. Masakan kita tidak dapat mencari puncanya...jangan biarkan ianya terlepas begitu sahaja. 

Saya ingin mendapatkan pandangan dan penjelasan kepada pihak kerajaan mengenai penglibatan Tan Sri Zarinah dan suami nya, Dato Azizan dalam pembelian saham E & O oleh Sime Darby. Tidakkah ini merupakan CBT oleh kedua2 mereka kerana mereka adalah pengarah Sime Darby dan Zarinah pula berpengaruh untuk membeli saham E & O pada harga yang dikata lebih mahal dari pasaran. Isu2 beginilah yang menjatuhkan kewibawaan kerajaan kerana tidak mempraktikkan ketelusan sepertimana yang di heboh2kan oleh kerajaan pemerintah dalam menangani rasuah. Kalau BN hendak mendapat undian majoriti rakyat, isu begini tidak seharusnya di biar begini sahaja tetapi tindakan tegas harus diambil memandangkan Sime Darby adalah syarikat milik kerajaan. Sekian ….

Isnin, 10 Oktober 2011

Cukai Rokok dan Minuman Keras wajar dinaikkan

Setelah disemak secara terperinci saya dapati kali ini tiada sebarang cukai kenaikan kepada pengemar Rokok dan mereka yang gemar meminum minuman keras dalam pembentangan Budget kali ini. Sungguh mendukacitakan lagi adalah kenyataan  PM yang risau akan bertambahnya penyeludupan masuk Rokok dan Arak kerana terpaksa mengelakkan penggunaan rokok-rokok impot yang kononya telah 40%  mengusai pasaran sekarang ini.

Mana NKRA yang dilaung-laungkan? Kalau itu alasannya , kita telah gagal. Isunya kenapa tunduk kepada tekanan pasaran penyeludupan? Mana agensi berkaitan? Gaji kakitangan awam dinaikan tetapi agensi penguatkuasaan masih kurang diyakini. Inilah isu yang menyebabkan rakyat merasa bertambah tertekan kerana kelemahan agensi tertentu yang dulu kini dan mungkin selamanya lemah dan gagal meyakinkan pengguna dan rakyat secara amnya.


Ini belum lagi kita bicara penyeludupan manusia yang rata-rata kita maklumi..Berapa banyak PATI yang ada dalam negara kita dan apa sebenarnya mereka ini buat mungkin hanya setengah dari jumlah keseluruhannya dapat dipantau. Isu yang tidak juga dibentang mahupun mendapat perhatian dalam budget kali ini...KDN mendapat banyak Budget tetapi nampaknya, isu pendatang tetap tidak ada penyelesaian konkrit sehingga kini...








Rabu, 5 Oktober 2011

TPM pertahankan kemerdekaan

TPM menyatakan bahawa beliau tetap mengatakan bahawa Malaysia pernah dijajah semasa sessi Dewan Rakrat pagi tadi. Ini sama sekali bercanggah dgn dakwaan seorang Profesor yang menyatakan sebaliknya..Tahniah TPM kerana berani menyatakan sedemikian demi pemahaman pelajar khususnya dalam pengetahuan sejarah. Jika Mat Sabu kena dakwa kerana dakwaan memutar sejarah, bagaimana pula sang Profesor ini? Wajar rasanya beliau membetulkan kekeliruan tersebut!

Selasa, 4 Oktober 2011

PATI dan proses Pemutihan

YB Menteri KDN berkata semua PATI yang tiada Majikan akan diserapkan kepada 3 sektor pekerjaan...Terdapat 1.3 juta yang masih berpeluang pendaftar jika mereka tiada majikan...Wah, begitu senang mereka tinggal dan diberikan peluang pekerjaan lagi...saya rasa tindakan tersebut amat tidak bijak..Percayalah...akan bertambahlah lagi mereka yang nak datang akan datang dan akan terus datang...

Khamis, 15 September 2011

Pemansuhan ISA sememangnya dinantikan

Shabas dan tahniah kepada PM kerana mengumumkan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang sememangnya dinanti-nantikan oleh semua rakyat khususnya yang melibatkan orang Politik. Walau apa pun tohmahan selepas ini, hakikatnya PM telah berani mengotakan janji beliau semasa berucap buat permulaannya beliau memegang tampok kerajaan 2 tahun yang lalu. Sesungguhnya pengemuman dimalam Sambutan Hari Malaysia ini sememangnya juga amat sesuai kerana berteraskan slogan 1 malaysia yang beliau perkenalkan sebelum ini.


Semoga rakyat akan merasa sedikit lega dengan pengemumannya kerana keadilan mengikut prinsip keadilan dimana penahanan tanpa bicara akan lenyap dimakan sejarah. Cuma yang ironinya adalah bila agaknya kebebasan untuk berhimpun oleh rakyat secara bebas dapat dibenarkan khususnya menjelang PRU ke 13 nanti. Kebebasan ala Demokrasi moden dimana rakyat bebas berhimpun dan bersuara tetap wajar dipertimbangkan juga. 


Rakyat khususnya generasi baru sememangnya terbuka kepada pendekatan yang terkini. Maklumat sudah tiada batasannya, jestru itu kebebasan dengan terlalu banyak bersyarat wajar diperhalusi semula jika kerajaan ingin terus popular. Semoga Negara akan terus makmur dan sejahtera. 

Khamis, 8 September 2011

Benarkah wujud kisah yang dinafikan oleh Sejarah Malaysia?




Ketika artikel ini ditulis, hanya beberapa hari sahaja lagi Malaysia akan menyambut hari kemerdekaannya yang ke 54 peringkat Kebangsaan (16 Sep 2011) bersama hari Ulangtahun Penubuhan Malaysia. Detik yang amat bersejarah, tarikh yang menjadi mercu tanda kejayaan penduduk Tanah Melayu membebaskan diri daripada cengkaman penjajah. Kemudian diikuti dengan penyertaan Sabah & Sarawak pada 16 Sept 1963, sekaligus tertubuhnya Negara bernama Malaysia pada atlas dunia.

Sejarah Malaysia Dalam Buku Teks Sejarah

Di bangku sekolah dulu, aku masih ingat lagi betapa pejuang-pejuang rakyat menentang penjajah. Antara nama yang disebut ialah Mat Kilau, Dato’ Maharajalela, Dato’ Bahaman, Hj Abdul Rahman Limbong, Rentap dan banyak lagi pejuang-pejuang yang telah gugur sebagai seorang perwira termasuk Mat Salleh dan Antanom yang menjadi kebanggaan rakyat Sabah. Sungguh perjuangan mereka amat bermakna, sekalipun hanya berbekal parang lawan senapang namun mereka tetap berjuang demi tanah tumpah darah kita. Mereka tidak mahu anak cucu mereka menjadi kuli dan terus diperkotak katikkan oleh penjajah. Itu perjuangan generasi pertama.

Seterusnya bangkit pula pejuang kemerdekaan generasi kedua, disitulah gagasan-gagasan parti politik mula melakar nama, di mana penentangan kepada corak kolonial yang baru pun bermula. Antaranya penentangan Malayan Union oleh UMNO. Hebat, sungguh hebat! Itulah yang diajarkan dibangku sekolah. Diceritakan secara terperinci bagaimana UMNO dan sekutu-sekutunya berusaha ke arah pembebasan Tanah Melayu pada masa itu, sehingga tertubuhnya Parti Perikatan yan sekarang ini dikenali dengan Barisan Nasional.

Namun Ia Hanyalah Indah Khabar Dari Rupa

Walau bagaimanapun, pada hakikatnya kisah-kisah pejuangan kemerdekaan generasi kedua yang tercatat dalam buku teks sejarah di sekolah menengah hanyalah indah khabar dari rupa. Jika dalam buku teks sekolah diwar-warkan bahawa UMNO yang ialah pendokong dan bertanggungjawab untuk mengilhamkan idea kepada rakyat jelata namun pada hakikatnya semuanya hanya rekaan semata-mata. Ia hanya penjenamaan bagi menjadikan UMNO 'hero' kemerdekaan.

Kononnya yang meniupkan idea kemerdekaan Malaya di hati rakyat jelata ialah golongan agama. Antara yang terkenal ialah golongan muda kerana membawa idea-idea dari pembaharuan atau Islah daripada Timur Tengah. Bagaimanapun disebabkan corak pergerakan mereka yang boleh mengancam penjajah, akhirnya British telah mempengaruhi institusi Raja-raja Melayu pada masa itu untuk menyekat pergerakan golongan Muda dengan pengaruh istana.

Dakwaan Kemudiannya pula adalah  apabila Negara-negara penjajah mula melaksanakan dasar pembebasan tanah jajahan, maka British telah memilih golongan Nasionalis sebagai pemegang tampuk pemerintahan tanah-tanah jajahan mereka termasuk Malaya. Antara golongan nasionalis ini adalah UMNO, MCA, MIC dan sebagainya. Dimana golongan nasionalis ini merupakan mereka yang bersatu atas dasar bangsa. Manakala kumpulan-kumpulan lain terus dinafikan usaha-usaha mereka dan dilabel sebagai golongan berhaluan kiri mahupun gerakan radikal serta bermacam-macam momokan bagi mencacat persepsi masyarakat terhadap mereka. Walhal golongan tersebutlah yang sebenarnya melahirkan idea Merdeka sebelum dasar pembebasan tanah jajahan dilakukan oleh penjajah lagi.

Sedangkan sebelum dasar pembebasan tanah jajahan diperluaskan oleh barat, UMNO beranggapan Merdeka itu hanyalah mimpi semata-mata, alasannya mudah ‘orang melayu nak cipta sebatang jarum pun susah’ inikan pula merdeka daripada penjajah.

Walau bagaimanapun, akhirnya  pada 1957 merdekalah Tanah Melayu dari tangan penjajah. Di mana golongan golongan nasionalis yang diketua UMNO, MCA dan MIC menjadi perwaris pemerintahan daripada British. Seterusnya diikuti dengan penubuhan Malaysia pada 16 September 1963 dengan penyertaan Sabah & Sarawak.

Dakwaan kononya, Mengapakah golongan nasionalis yang menjadi pilihan penjajah? 
  1. Sekiranya golongan nasionalis tidak memimpin Negara maka pastilah golongan agamawan akan menjadi pemimpin kepada kemerdekaan Malaya. Ini sememang bertentang dengan dasar British yang berusaha untuk memadamkan tamadun Islam di dunia selepas jatuhnya empayar islam yang tulen dan terakhir pada tahun 1924 di turki uthmaniyyah.
  2. British mahu memastikan umat islam akan terus berpecah-belah dan tidak akan bersatu atas dasar akidah islamiyyah. Sebagai contoh dalam situasi kita di Asia Tenggara, Malaysia dan Indonesia pun kadang-kadang bertelagah walhal kedua-kedua Negara majoriti islam. Hal ini disebabkan oleh prinsip ‘negara bangsa’ acuan british telah didokong oleh golongan nasionalis. Malaysia adalah Malaysia, Indonesia adalah Indonesia dan agama bukan menjadi agenda utama. Situasi yang sama juga turut berlaku Negara-negara arab ketika pasca perang dunia kedua, wilayah dipecah-pecahkan dan didirikan atas dasar Negara bangsa agar umat islam di Timur Tengah terus berpecah belah dan berdiri dibawah bendera-bendera mereka dan bukannya atas dasar akidah.
  3. Hanya golongan nasionalis yang boleh menjadi pengikut kepada penjajah, sedangkan golongan agama pasti akan mencorakkan negara berbeza daripada kehendak penjajah. Buktinya negara kita terus subur dengan perlembagaan ciptaan British yang sememangnya ditolak oleh golongan agama kerana perlembagaan tersebut berfahaman Sekular (memisahkan kehidupan bernegara dengan kehidupan beragama) yang amat bertentangan dengan Islam walaupun tercatat di dalamnya Islam sebagai agama persekutuan di Malaysia. 
Renungan : Persoalannya Adakah logik hanya UMNO, MCA, dan MIC sebagai pejuang 'utama' kemerdekaan untuk seluruh Malaya mahupun Malaysia? Itulah perbahasannya pula yang timbul sekarang...

Isnin, 15 Ogos 2011

Berikutan Isu Larangan Baca Al Qur'an guna pembesar suara : Setiap Fatwa mesti berasas logik!', Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin'




Ketika isu 'larangan membaca Al-Qur'an guna pembesar suara' yang dikeluarkan Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang itu baru-baru ini, nyata menimbulkan kontroversi dikalangan umat islam di Malaysia. Larangan keras yang dikeluarkan Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang (JHEAIPP) itu sedikit sebanyak menimbulkan polimek dan menjadi isu perbahasan di sana-sini. Dari surat yang dikeluarkan, Jawatankuasa itu memutuskan semua surau dan masjid di Pulau Pinang tidak dibenarkan memperdengarkan bacaan ayat suci Al-Qur'an menggunakan pembesar suara atas alasan 'menganggu ketenteraman masyarakat sekitar yang sedang tidur di waktu Subuh'. Kenyataan itu dibalas oleh Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia, Prof Datuk Dr. Abd Shukor Husin. Menurutnya, setiap fatwa atau larangan yang dikeluarkan berkaitan isu tersebut perlu dikaji sedalam-dalamnya, memandangkan ia topik yang amat sensitif dan ditakuti akan meruntuhkan penyatuan umat islam di Malaysia.


Hamir Mahamud, Pengerusi Kariah Masjid Padang Menora menunjukkan surat yang dikeluarkan JHEAIPP tentang larangan membaca Al-Qur'an guna pembesar suara

Tambahnya lagi, setiap apa jua keputusan yang ingin dibuat Jawatankuasa Fatwa Negeri, perlulah berasaskan logik mengikut budi bicara dan disesuaikan mengikut tempat, persekitaran dan suasana masyarakat. Ini bermakna, setiap fatwa yang dikeluarkan perlu dirujuk bersama mufti di negeri lain, kerana dibimbangi akan menjadi asas hukum kepada larangan di negeri-negeri lain..

keadaan sedemikian mula dirasai ketika pembangunan pesat kawasan perumahan yang mana tidak atau jarang berlaku diluar bandar. Didalam Kawasan Bandar keadaan rumah yang berdekatan apatah lagi jika duduk dikawasan rumah pangsa atau appartment...Jika corong speaker dibuka kuat 30minit sebelum Azan, bolehlah dibayangkan bagaimana merananya tuan rumah yang berdekatan melaluinya setiap hari. Jika sekadar Azan Subuh, boleh jugalah diterima. setidak-tidaknya bagi bukan Islam ianya sebagai pendoman waktu.

Jika tekanan perasaan ini terus berpanjangan, mana mungkin penerimaan kaum lain terhadap Islam mudah diterima? Kefahaman Islam hanya muncul dengan pendekatan Intelektual dan Ilmu ...bukan syi'ar yang mendatangkan persepsi negatif dan penolakan akhirnya. Mudah-mudahan Allah memberi hidayat kepada kita semua.

Sabtu, 30 Julai 2011

Kenapa perlu tangguh tempoh pendaftaran Biometrik PATI

Program Pendaftaran Biometrik Pekerja Asing yang sepatutnya berakhir 31 Julai ini dilanjutkan ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian, demikian kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, ia bagi membolehkan proses pendaftaran oleh majikan, pekerja asing sah dan tidak sah berjaya diselesaikan secara keseluruhannya..

Kalau tak silap baru sahaja 2 hari beliau mengatakan bahawa kerajaan tidak bercadang melanjutkan tempoh tersebut tetapi berbuat sebaliknya hari ini. Pada pandangan saya beliau langsung tidak tegas walupun pada awalnya mengakui bahawa beliau tidak akan berkrompomi dalam hal ini. Sejak dari isu saman Polis yang mana ramai rakyat terkeliru sehinggalah isu Pendaftaran Biometrik ini. Kenapa perkara sebegini berlaku kita pun tak tahu. Sebagai menteri yang menjadi penguatkuasa undang-undang keselamatan negara, beliau dalam banyak hal selalu susah mengotakan janji beliau.

Adakah disebabkan sambutan pendaftaran tersebut hanya sekitar 390 ribu sahaja menyebabkan beliau mengkaji semuala keputusan awal beliau? Ini dengan jelas memperlihatkan bahawa kita tak serius dalam menangani PATI. Keputusan ini juga seolah-olah sememangnya dalam jangkaan umum agaknya. Sebab itulah apa saja yang kerajaan khususnya yang melibatkan KDN akan jadi begitu.

Kalau kita tegas masakan, pendatang asing ini berlengah membuat pendaftaran segera seperti yang ditawarkan kerajaan. Apakah KDN tidak serius dalam hal menangani isu lambakan pendatang asing dinegara ini? Apa kesannya jika pendaftaran  dan tindakan susulan selepas ini juga akan jangkakan lemah. sama-samalah kita tengok nanti.

Ahad, 24 Julai 2011

Harga Barang terus naik, pendapatan mula tidak mencukupi



 
Kenapa harga barang terus naik?? Tapi kalau barang naik, gaji pun turut naik...ok jugaah..kalau pendapatan tak naik-naik...apa akan jadi pengurusan perbelanjaan sekeluarga.

Sikap membazir adalah punca utama kenapa harga barang semakin meningkat dan seterusnya menuntut kenaikan gaji untuk mengatasi masalah tersebut. Amalan membazir ini amat dilarang Allah hingga orang yang membazir itu disamakan dengan saudara syaitan.

Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya" (Surah al-Isra', ayat 27). 

Bila kita suka membazir, perbuatan kita itu akan hanya menambah kepada permintaan barang-barang keperluan. Bila permintaan bertambah, harga akan naik.

Itu adalah hukum harga, bila penawaran lebih, harga barang akan turun, bila permintaan lebih , harga barang naik. Formulanya begitu mudah, jika kita membazir, permintaan jadi bertambah dari yang sepatutnya, dan harga akan meningkat.

Jadi, sebagai rakyat Malaysia di dalam dunia blogger ini. Saya sarankan, janganlah kita membazri....sama ada air, eletrik, duit, makanan, dan sebagainya....nanti tak pasal-pasal kita terseret dengan perbagai masalah lain..Sebagai pendomen sebab bahang kepada masalah kenaikkan harga dan Inflasi sedikit demi sedimit sedang menghimpit kita. Beringatlah dari sekarang.

Rabu, 20 Julai 2011

Senatorship for MCA Bandar Tun Razak


Gear up for General Election .

MCA Youth Candidate Up for 

Senatorship




In view that Senator Tan Sri Tee Hock Seng’s term as senator will end on 14 July 2011, the MCA Central Committee today had decided to put forward Sdr Chiew Lian Keng’s name to succeed Hock Seng.
Sdr Chiew Lian Keng
MCA President Datuk Seri Dr Chua Soi Lek announced that MCA’s candidate for the Senatorship will come from MCA Youth, and that the Central Committee had met and deliberated on the matter today in a press conference after chairing the Central Committee meeting at MCA Headquarters.
Sdr Chiew Lian Keng also holds the position of Chairman of MCA Youth Wilayah Persekutuan, as well as Chairman of MCA Bandar Tun Razak division. Lian Keng is also a member of the MCA Youth Central Committee and a Ketua Guru Perkhidmatan Am.
As most Political observers commented especially within Bandar Tun Razak themselves, potential candidate for P124 in this coming Election has indirectly observed. UMNO's predicament is therefore questionable by political analyst.

Isnin, 18 Julai 2011

Pandangan sinis mantan Mufti terhadap Demonstrasi Bersih satu penganalisaan

Susulan perhimpunan 9 Julai, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata Barisan Nasional (BN) perlu membuang pemikiran feudal jika mahu terus mendapat sokongan rakyat terutamanya dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Jelas bekas mufti Perlis, dalam kepimpinan BN terlaku ramai “golongan pengampu” berbanding golongan yang boleh membantu parti perikatan untuk terus dilihat relevan dalam arena politik sekarang.

“Dalam pemerintah sekarang semua orang nak tunjuk kononnya dia setia (kepada pemerintah) walaupun kenyataan yang dikeluarkan adalah bodoh, tapi dia rasa tidak mengapa yang penting perdana menteri tahu.

“Dalam Umno bila ada pemimpin bagi kritikan, dia ini dianggap musuh walaupun idea yang diberikan adalah baik, namun ia dianggap bahaya kerana unsur feudal tidak ditinggalkan,” katanya dalam satu program anjuran Kementerian Pengajian Tinggi di ibu negara malam tadi.

Program dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah dan dihadiri intelektual, lebih banyak menyentuh perhimpunan 9 Julai lalu anjuran Bersih 2.0 dan diprotes Pemuda Umno.

Turut hadir dalam program ini ialah Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, yang mengetuai perhimpinan Patriot membantah Bersih 2.0 Sabtu lalu.

Tegas Asri (gambar), BN yang diketuai Datuk Seri Najib Razak harus memilih pemimpin yang boleh membantu pentadbiran kerajaan seterusnya boleh menarik sokongan rakyat.

“Kalau kerajaan pandai tangani ini, ia akan beri kelebihan tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya... pemikiran feudal ini perlu dibuang.

“Kalau perlu cari pemimpin yang boleh bantu kerajaan bukan kaki pengampu, ramai rakyat sekarang tidak tahu mahu mengundi siapa sebab mereka masih melihat keadaan dan kumpulan ‘third force’ ini jumlahnya lebih besar.

“Ramai yang nak masuk politik supaya dapat bodek pemimpin dan dapat hasil, namun kesannya nanti ia akan meroboh institusi yang ada, sebagai contoh khutbah Jumaat... institusi agama digunakan apa dalil agama yang mengharamkan perhimpunan, dalil agama digunakan untuk memburukkan orang lain.,” katanya.

Dalam pandangan yang dikemukakan di hadapan kira-kira 30 orang, Asri juga menyamakan BN seperti “seorang bapa yang menakutkan anak agar tidak ke tempat gelap kerana ada hantu.”

Kata beliau, strategi sedemikian sudah tidak berguna kerana rakyat sudah matang dan informasi boleh diperoleh melalui pelbagai cara.

“Saya menggambarkan kerajaan sebagai seorang bapa kepada seorang anak yang menakutkan anaknya agar jangan pergi ke tempat gelap kerana ada hantu, pada waktu kecil anak akan terima tapi bila anak sudah besar dan belajar di universiti ia sudah tidak berguna.

“Kerajaan dan pemimpin sudah terlupa bahawa sekarang bukan lagi zaman 70-an kerana kerajaan sudah tidak lagi boleh menghalang maklumat... dulu memang orang baca Utusan Malaysia tapi sekarang orang sudah tidak baca dan tidak percaya,” katanya.

Isnin, 11 Julai 2011

Bersih 2.0 satu penganalisaan.

BERSIH 2.0 yang berlaku pada 9 Julai 2011 adalah merupakan satu peristiwa yang mengajak kita untuk berfikir dengan lebih luas lagi tentang situasi yang berlaku di Malaysia. Dimana Pro, dimana Kontranya bila berhadapan dengan isu ni. Telah banyak yang kita baca di media-media,blogger-blogger yang mengupas tentang isu ini dan satu persatu sumber itu perlu kita teliti sebelum kita membuat rumusan awal.


Sebagai aktivis masyarakat diperingkat akar umbi, saya sememangnya sensitif terhadap isu-isu yang sedemikian.  Cuma melihat isu BERSIH ini, saya lebih suka untuk membaca pendapat pelbagai pihak,cari sumber-sumber dan fakta yang dikemukakan kenapa begitu dan kenapa begini. Dari sudut dunia blog, Saya  mengharap agar isu-isu sebegini tidak diprovokasikan lagi. Provokasi hanya mengeruhkan keadaan. Jika anda punya kepakaran dalam politik dan ingin mengulas isu BERSIH v2.0, wujudkan entri perbincangan itu lebih baik untuk mengajak semua orang berfikir dengan lebih kritikal tanpa unsur provokasi.  Saya sangat berminat nak tahu pendapat orang lain dan kalau ada entri perbincangan tentang BERSIH 2.0 yang korang buat boleh kongsikan di ruangan komen.

Anak muda yang cintakan Malaysia, satu hari nanti generasi muda sekarang ini yang akan menerajui negara. Jika ingin memperbaiki keadaan masa hadapan,jom sama-sama memperbaiki diri kita sebagai belia generasi muda.
Beberapa point menarik dalam 8 perkara tuntutan BERSIH 2.0 yang wajar kita semua lihat dan menilai baik/buruknya :
 TUNTUTAN 1 : Bersihkan senarai Pengundi.

Senarai Daftar Pemilih dibersihkan sepanjang masa oleh SPR berdasarkan prosedur yang ditetapkan. Cara pembersihan antaranya seperti berikut:
  • Pembersihan dengan mengeluarkan nama mereka yang telah meninggal dunia daripada senarai pengundi
  • Pembersihan melibatkan alamat mengikut kad pengenalan. Mengikut undang-undang pendaftaran, seseorang yang tinggal di satu-satu tempat selama tiga bulan atau lebih, harus menukar alamat tempat tinggalnya menerusi JPN. Kemudian dimaklumkan kepada SPR sebab SPR hanya mendaftar pengundi mengikut alamat dalam kad pengenalan (MyKad). Isu “pengundi hantu” yang sering ditimbulkan pembangkang ada kaitan dengan kes tempat mengundi berbeza dengan alamat tempat tinggal mengikut MyKad.
TUNTUTAN 2 : Mereformasikan Undi Pos.
Jabatan Penerangan Malaysia Perlu kepada pindaan akta di Parlimen dan bukan melalui demonstrasi.
TUNTUTAN 3 : Guna Dakwat Kekal Dalam Pilihan Raya.
Jabatan Penerangan Malaysia Pada PRU yang akan datang, SPR bercadang menggunakan sistem biometrik yang membolehkan proses pengesahan pengundi dilakukan secara elektronik.
TUNTUTAN 4 : Akses Media Bebas & Adil.
Jabatan Penerangan Malaysia Kerajaan tidak sekat kebebasan untuk akses kepada mana-mana media selagi mana media tersebut mengikut undang-undang dan etika.
TUNTUTAN 5 : Tempoh Berkempen Sekurang-Kurangnya 21 Hari.
Jabatan Penerangan Malaysia Boleh mengundang suasana kurang sihat dan kos yang tinggi.
TUNTUTAN 6 : Kukuhkan Institusi Awam.
Jabatan Penerangan Malaysia Sedang dilakukan melalui Program Transformasi Kerajaan.
TUNTUTAN 7 : Hentikan Rasuah.
NKRA adalah di antara tindakan kerajaan bagi menghapuskan rasuah dan perlu disokong oleh semua pihak. Sebenarnya, SPR menjalin kerjasama bestari dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam membanteras rasuah pilihan raya dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk kes jenayah dan kekecohan ketika kempen.
TUNTUTAN 8 : Hentikan Politik Kotor.
Kerajaan amat peka terhadap suasana ini tetapi sering menjadi mangsa politik kotor oleh pembangkang. Tuntutan bilangan 8 ini merupakan helah pembangkang yang sering menuduh tindakan menangkap mereka yang melakukan huru-hara sebagai permainan politik kotor kerajaan. Pembangkang sebenarnya tidak mahu mereka ditangkap pada Perhimpunan haram pada 9 Julai ini lalu tuntutan ini disenaraikan.
Sebagai kesimpulannya, Kerajaan mahupun Pembangkang akan bekerja keras sehinggalah PRU13 diadakan. Jangan sampai Kalah jadi Abu dan yang Menag jadi Arang.

Isnin, 4 Julai 2011

Definasi Majoriti senyap dalam menangani isu Demonstrasi aman

Kearah cabaran Politik baru masa kini


MAJORITI senyap atau kumpulan penyokong atas pagar baik sebelah kerajaan mahu pun memihak Pembangkang di negara ini sudah mula bersuara. Isunya adalah mengenai perhimpunan haram yang dirancang Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) di ibu negara 9 Julai ini.

Kumpulan majoriti senyap ini adalah golongan yang tidak melahirkan pandangan atau sokongan mereka secara terbuka berhubung sesuatu isu. Dalam pilihan raya, mereka ialah barisan pengundi yang paling ditakuti setiap calon.Namun, selepas majoriti senyap ini menyatakan pandangan mereka berhubung perhimpunan itu, ia sama sekali tidak boleh dipandang remeh oleh mana-mana pihak terutama parti politik, kerana merekalah sebenarnya yang akan menentukan kalah menang seseorang calon atau parti dalam sesuatu Pilihan Raya Umum (PRU). 

Sehingga ini, lebih 2,200 laporan polis sudah dibuat di seluruh negara oleh pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan seperti dilaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM). NGO ini secara tidak langsung mewakili majoriti senyap di negara ini. Namun, setakat ini penganjur tersebut masih belum menunjukkan tanda-tanda membatalkan perhimpunan haram itu. 

Majoriti senyap ini adalah lapisan rakyat pada peringkat akar umbi yang melihat sesuatu perkara itu secara rasional. Mereka tidak mudah dihasut. Mereka terdiri daripada berbagai lapisan masyarakat  sehinggalah golongan pertengahan yang mempunyai maklumat dan tahu apa yang baik untuk mereka walau apapun pandangan dan pendapat umum cuba dipengaruhi oleh mana-mana pihak. 

Yang jelas majoriti senyap ini akan melaksanakan pandangan mereka semasa PRU nanti. Mereka ini menilai dan tahu bahawa segala pandangan penganjur juga jarang didengar dan diberikan kesempatan kepada mereka menerangkannya menerusi Media rasmi kerajaan.

Pelbagai pertubuhan membabitkan NGO pelbagai kaum sejak akhir-akhir ini, memberikan reaksi mereka secara jelas agar perhimpunan haram itu dibatalkan kerana ia membawa lebih banyak kerugian kepada rakyat walau apa juga alasan digunakan oleh penganjuran perhimpunan itu. Namun alasan mereka yang menyokong khususnya NGO yang bersama mereka tidak pula dimaklumkan rasionalnya kepada umum. Justifikasi tetap ada bagi kedua belah pihak.

Majoriti senyap ini adalah ahli pelbagai pertubuhan dan persatuan di negara ini. Sebahagian besar mereka tidak menganggotai mana-mana parti politik. Mereka adalah majoriti rakyat berbilang kaum dan agama yang mahu melihat rakyat negara ini dapat hidup dalam suasana aman dan damai. Ini semua adalah cabaran Politik masa kini yang berteraskan kepada nilai murni sejagat. Inilah sebenarnya cabaran kita!

“Sehubungan itu, majoriti senyap ini dilihat sebagai penentu sebenar untuk menolak atau menerima  tindakan yang boleh kononya menggugat keamanan dan kesejahteraan yang mereka nikmati ketika ini. Mereka perlu menterjemahkannya menerusi PRU nanti.  jika tidak hak mereka untuk melihat proses demokrasi yang lebih telus akan terkubur begitu sahaja. 



Majoriti senyap ini boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu asertif, pasif dan agresif. Kumpulan asertif adalah majoriti senyap yang mewakili kelompok besar rakyat merangkumi antara 40 hingga 50 peratus dan mereka ini tahu akan hak mereka dan akan mempertahankannya jika ia cuba diganggu gugat pihak lain. 

bagi saya kumpulan pasif pula merangkumi 20 peratus dan mereka tidak begitu mengambil berat apa yang berlaku di sekeliling, malah mereka sanggup mengetepikan hak sendiri demi menjaga hati orang lain. Kumpulan agresif ini hanya mewakili 10 peratus rakyat dan mereka sentiasa berusaha menghasut rakyat mengikut apa yang mereka mahu walaupun ia menyalahi undang-undang dan menyebabkan kesengsaraan. 

Majoriti senyap dalam kumpulan asertif ini lebih rasional melihat sesuatu untuk kesejahteraan masyarakat keseluruhan. Kumpulan ini walaupun mempertahankan hak dan kepentingan mereka, namun pada masa sama tetap menjaga hak orang lain dan kepentingan umum.

“Oleh itu, kumpulan asertif ini, perlu bersuara dan jika suara mereka lebih kuat, kumpulan agresif ini akan dapat ditundukkan daripada melakukan sesuatu yang bukan saja menyalahi undang-undang, malah boleh merosakkan masa depan negara,


Dalam konteks semasa politik negara, majoriti senyap daripada kumpulan asertif sudah bangkit bersuara dan menunjukkan apa yang mereka mahu iaitu keamanan dan kesejahteraan dan seharusnya hak kumpulan ini diberi perhatian jika tidak nasib mereka akan ditentukan dalam PRU akan datang.