Welcome to my Blog

Welcome to my Weblog. This site is dedicated to publishing my writings as and when I am able to pen my thoughts and opinions.Interested parties, including the Press, may reproduce or quote materials published with the condition that they are credited tfrom me. Comments must be accompanied by names and contact. Anonymous postings and those containing profanities and obscenities will be rejected.

Salam pengenalan buat semua

Semoga keujudan blog ini akan memberikan ruang untuk kita sebagai pemimpin diperingkat akar umbi untuk bertukar pandangan dan pengalaman dalam menangai isu-isu semasa kemasyarakat ditempat masing-masing. Tuan/puan mungkin pimpinan kerdil diperingkat bawahan, samada diluar bandar atau pekan kecil, didaerah mahu pun bandar, jangan lupa bahawa anda mempunyai peranan tertentu dalam merobah pemikiran rakyat.

Bersamalah kita berazam untuk meninggikan mutu kehidupan dan kefahaman penduduk dalam sesebuah masyarakat itu menangani cabaran alaf baru. Semoga komuniti kita akan menjadi tempat yang menarik, maju dan menguntungkan buat semua penduduknya.anda boleh berkomunikasi dengan saya menerusi email peribadi di mzha@hotmail.com atau hubungi saya terus menerusi 019-2764133

capaian

Isnin, 4 Julai 2011

Definasi Majoriti senyap dalam menangani isu Demonstrasi aman

Kearah cabaran Politik baru masa kini


MAJORITI senyap atau kumpulan penyokong atas pagar baik sebelah kerajaan mahu pun memihak Pembangkang di negara ini sudah mula bersuara. Isunya adalah mengenai perhimpunan haram yang dirancang Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) di ibu negara 9 Julai ini.

Kumpulan majoriti senyap ini adalah golongan yang tidak melahirkan pandangan atau sokongan mereka secara terbuka berhubung sesuatu isu. Dalam pilihan raya, mereka ialah barisan pengundi yang paling ditakuti setiap calon.Namun, selepas majoriti senyap ini menyatakan pandangan mereka berhubung perhimpunan itu, ia sama sekali tidak boleh dipandang remeh oleh mana-mana pihak terutama parti politik, kerana merekalah sebenarnya yang akan menentukan kalah menang seseorang calon atau parti dalam sesuatu Pilihan Raya Umum (PRU). 

Sehingga ini, lebih 2,200 laporan polis sudah dibuat di seluruh negara oleh pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan seperti dilaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM). NGO ini secara tidak langsung mewakili majoriti senyap di negara ini. Namun, setakat ini penganjur tersebut masih belum menunjukkan tanda-tanda membatalkan perhimpunan haram itu. 

Majoriti senyap ini adalah lapisan rakyat pada peringkat akar umbi yang melihat sesuatu perkara itu secara rasional. Mereka tidak mudah dihasut. Mereka terdiri daripada berbagai lapisan masyarakat  sehinggalah golongan pertengahan yang mempunyai maklumat dan tahu apa yang baik untuk mereka walau apapun pandangan dan pendapat umum cuba dipengaruhi oleh mana-mana pihak. 

Yang jelas majoriti senyap ini akan melaksanakan pandangan mereka semasa PRU nanti. Mereka ini menilai dan tahu bahawa segala pandangan penganjur juga jarang didengar dan diberikan kesempatan kepada mereka menerangkannya menerusi Media rasmi kerajaan.

Pelbagai pertubuhan membabitkan NGO pelbagai kaum sejak akhir-akhir ini, memberikan reaksi mereka secara jelas agar perhimpunan haram itu dibatalkan kerana ia membawa lebih banyak kerugian kepada rakyat walau apa juga alasan digunakan oleh penganjuran perhimpunan itu. Namun alasan mereka yang menyokong khususnya NGO yang bersama mereka tidak pula dimaklumkan rasionalnya kepada umum. Justifikasi tetap ada bagi kedua belah pihak.

Majoriti senyap ini adalah ahli pelbagai pertubuhan dan persatuan di negara ini. Sebahagian besar mereka tidak menganggotai mana-mana parti politik. Mereka adalah majoriti rakyat berbilang kaum dan agama yang mahu melihat rakyat negara ini dapat hidup dalam suasana aman dan damai. Ini semua adalah cabaran Politik masa kini yang berteraskan kepada nilai murni sejagat. Inilah sebenarnya cabaran kita!

“Sehubungan itu, majoriti senyap ini dilihat sebagai penentu sebenar untuk menolak atau menerima  tindakan yang boleh kononya menggugat keamanan dan kesejahteraan yang mereka nikmati ketika ini. Mereka perlu menterjemahkannya menerusi PRU nanti.  jika tidak hak mereka untuk melihat proses demokrasi yang lebih telus akan terkubur begitu sahaja. 



Majoriti senyap ini boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu asertif, pasif dan agresif. Kumpulan asertif adalah majoriti senyap yang mewakili kelompok besar rakyat merangkumi antara 40 hingga 50 peratus dan mereka ini tahu akan hak mereka dan akan mempertahankannya jika ia cuba diganggu gugat pihak lain. 

bagi saya kumpulan pasif pula merangkumi 20 peratus dan mereka tidak begitu mengambil berat apa yang berlaku di sekeliling, malah mereka sanggup mengetepikan hak sendiri demi menjaga hati orang lain. Kumpulan agresif ini hanya mewakili 10 peratus rakyat dan mereka sentiasa berusaha menghasut rakyat mengikut apa yang mereka mahu walaupun ia menyalahi undang-undang dan menyebabkan kesengsaraan. 

Majoriti senyap dalam kumpulan asertif ini lebih rasional melihat sesuatu untuk kesejahteraan masyarakat keseluruhan. Kumpulan ini walaupun mempertahankan hak dan kepentingan mereka, namun pada masa sama tetap menjaga hak orang lain dan kepentingan umum.

“Oleh itu, kumpulan asertif ini, perlu bersuara dan jika suara mereka lebih kuat, kumpulan agresif ini akan dapat ditundukkan daripada melakukan sesuatu yang bukan saja menyalahi undang-undang, malah boleh merosakkan masa depan negara,


Dalam konteks semasa politik negara, majoriti senyap daripada kumpulan asertif sudah bangkit bersuara dan menunjukkan apa yang mereka mahu iaitu keamanan dan kesejahteraan dan seharusnya hak kumpulan ini diberi perhatian jika tidak nasib mereka akan ditentukan dalam PRU akan datang. 

Tiada ulasan: