Welcome to my Blog

Welcome to my Weblog. This site is dedicated to publishing my writings as and when I am able to pen my thoughts and opinions.Interested parties, including the Press, may reproduce or quote materials published with the condition that they are credited tfrom me. Comments must be accompanied by names and contact. Anonymous postings and those containing profanities and obscenities will be rejected.

Salam pengenalan buat semua

Semoga keujudan blog ini akan memberikan ruang untuk kita sebagai pemimpin diperingkat akar umbi untuk bertukar pandangan dan pengalaman dalam menangai isu-isu semasa kemasyarakat ditempat masing-masing. Tuan/puan mungkin pimpinan kerdil diperingkat bawahan, samada diluar bandar atau pekan kecil, didaerah mahu pun bandar, jangan lupa bahawa anda mempunyai peranan tertentu dalam merobah pemikiran rakyat.

Bersamalah kita berazam untuk meninggikan mutu kehidupan dan kefahaman penduduk dalam sesebuah masyarakat itu menangani cabaran alaf baru. Semoga komuniti kita akan menjadi tempat yang menarik, maju dan menguntungkan buat semua penduduknya.anda boleh berkomunikasi dengan saya menerusi email peribadi di mzha@hotmail.com atau hubungi saya terus menerusi 019-2764133

capaian

Khamis, 23 Jun 2011

Pemutihan dua juta Pati bermula Julai

Kita mempunyai 1.9 juta warga asing yang sah bekerja di negara ini. Berdasarkan maklumat, pendatang asing tanpa izin juga berjumlah dua juta, 
kerajaan telah senarai pendekkan 200 syarikat swasta untuk mengurus program pemutihan dan pengampunan hampir dua juta pendatang tanpa izin di negara ini.





Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memulakan program pemutihan dan pengampunan terhadap hampir dua juta pendatang asing tanpa izin di negara ini mulai 1 Julai ini.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Lee Chee Leong berkata mulai tarikh itu, semua pengambilan pekerja asing akan dibekukan bagi memastikan program pemutihan dan pengampunan warga asing tanpa izin berjalan lancar.
“KDN sudah senarai pendek 200 syarikat swasta yang akan terlibat menguruskan pendatang tanpa izin itu
Penyelesaian menyeluruh pendatang asing tanpa izin atau Program 6P itu dilaksana melalui pengwujudan sistem pendaftaran yang merangkumi pengambilan biometrik semua pendatang asing tanpa izin di Malaysia.

Enam pelan tindakan
Program itu meliputi enam pelan tindakan melibatkan pendatang asing tanpa izin iaitu pendaftaran, pemutihan, pengampunan, pemantauan, penguatkuasaan dan pengusiran.
Objektif pemutihan itu adalah untuk mengumpul data pendatang asing tanpa izin di negara ini termasuk berapa ramai yang bekerja dalam sektor yang dibenarkan mengambil pekerja asing dan memberi peluang kepada pendatang asing tanpa izin untuk pulang ke negara asal tanpa dikenakan tindakan tetapi terhad kepada tempoh yang dibenarkan.
Pemilihan 200 syarikat yang berminat menjadi wakil menguruskan pendaftaran pendatang asing tanpa izin itu telah mengemukakan permohonan menggunakan borang yang boleh dimuat turun dari laman web www.moha.gov.my.
KDN telah menetapkan hanya syarikat yang berpengalaman dalam bidang pengurusan sumber manusia dan pekerja asing akan dipilih manakala bagi pertubuhan atau persatuan pula ia hanya membabitkan majikan serta yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.

Persoalannya kini adalah, sejauh mana keberkesanannya nanti pendekatan dan penguatkuasaannya..Dalam ruang udara media Radio 24 siang tadi, perkara ini telah dijadikan tajuk perbahasan dikalangan pendengar. 90% tetap mersakan bahawa , KDN tak mungkin berjaya mengatasi masalah tersebut. Semuanya kerana kelemahan penguatkuasaan disamping masalah rasuah yang menjadi penghalangnya. Tepuk dada tanya selera. 

Selasa, 7 Jun 2011

PRU13 akan menjawab segala persoalan yang menyelubungi rakyat

AKHIR-AKHIR ini, ramai yang berminat untuk mengetahui sama ada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU Ke-13) akan diadakan tidak berapa lama lagi. Baik Barisan Nasional (BN) mahupun barisan pembangkang, masing-masing menyatakan sudah bersedia.

Apakah makna di sebalik retorik 'sudah bersedia'? Bagaimanakah untuk menilai tahap persediaan? Adakah 'bersedia' bermakna masing-masing yakin akan mempamer prestasi jauh lebih baik dari PRU Ke-12 Mac 2008.

Benarkah, BN dan barisan pembangkang sudah mengambil iktibar daripada tsunami politik yang melanda ketika itu atau PRU Ke-13 perlu diadakan akibat desakan dalaman dan luaran agar kerajaan dapat menjalankan tanggungjawab mereka melangkaui politiking semasa?

Walaupun ramai bercakap dan menganalisis kemungkinan PRU akan diadakan tidak berapa lama lagi, bahangnya masih hambar. Ada pemimpin pembangkang berlumba-lumba menyatakan PRU akan diadakan tahun ini; congakan yang turut meramal sama ada Julai, Oktober dan November. Ia boleh bertujuan untuk memastikan tidak diadakan pada tahun ini kerana merasa tertekan dengan prestasi semasa dan akan memutarnya seolah-olah Perdana Menteri tidak bersedia untuk menasihatkan Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen.

Dalam mana-mana PRU, yang penting adalah semangat, keazaman dan motivasi pemimpin, ahli parti, pengikut dan pemerhati serta sukarelawan parti. Adakah semangat 'ingin lawan' pemimpin dan ahli berada pada garis yang sama atau terikut dengan keperluan segelintir pemimpin yang mementingkan diri sendiri semata-mata.

Barangkali, memikirkan rumahtangga sendiri lebih baik dari dari 'sibuk menjaga tepi kain orang' kerana ia memberi publisiti berlebihan kepada barisan pembangkang yang mempunyai pemikir politik yang pantas 'spin' sehingga isu yang benar boleh mempunyai magnetik tidak benar.

Keupayaan manipulasi begitu ketara sehingga akhirnya, pemimpin BN bercanggah sesama mereka yang memberikan nilai tambah kepada lawan. Siapa lawan BN sebenarnya? Adakalanya pemimpin dan pengikut parti BN perlu kurang bercakap tetapi aktif dalam gerak kerja mereka. Ini kerana percakapan yang berterusan tentang lawan sebenarnya memberikan publisiti yang sememangnya ditunggu oleh lawan mereka. Ada pula beria-ia menjadi pemimpin anti-establishment dari dalam BN agar dapat dinobat sebagai 'hero komuniti' sehingga menimbulkan prasangka bahawa pemimpin tersebut sebenarnya sudah tidak percaya pada matlamat BN dan menjadi seorang oportunis yang mencari peluang untuk bersama pembangkang selepas PRU Ke-13.

Sejarah penubuhan sudah mencecah 37 tahun selepas pendaftaran rasmi dilakukan pada 1 Jun 1974 untuk menggantikan parti Perikatan yang ditubuhkan pada 1957 (didaftar secara rasmi). Perikatan@BN pernah melalui zaman pasang-surutnya terutama kemerosotan sokongan dalam PRU 1969, 1990, 1999 dan 2008. Kesemuanya berlaku ketika berlaku perpecahan dalam kalangan pengundi Melayu dan Cina khususnya walaupun PRU 2008 unik dengan sendirinya.
Keunikan PRU 2008 turut menilai perubahan sokongan pengundi India menyebabkan PRU Ke-13 akan menjadi titik tolak kepada sejarah baru yakni sama ada BN akan masih terus berkuasa ataupun di sebaliknya.

Ia juga bakal melakar sejarah bagi barisan kepimpinan hari ini sama ada mahu turut serta dalam pensejarahan tersebut sebagai mereka yang berjaya menyelamatkan yakni 'wira' BN atau 'penderhaka' BN. PRU Ke-13 adalah yang paling sengit dalam sejarah PRU tanah air.
Ini kerana persekitaran lanskap politik sudah jauh berubah berbanding dengan 52 tahun yang lalu ketika PRU pertama di adakan. Persaingan bukan dalam kalangan parti politik tetapi kini ia membabitkan golongan yang 'memerhati' dan dapat melakukan hebahan pandangan dan analisis tanpa menggunakan surat layang ataupun melalui ceramah.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut memberi amaran bahawa "pilihan raya akan datang merupakan yang paling sengit dalam sejarah politik tanah air. Pilihan raya ini bukan seperti biasa kerana meletakkan cabaran getir bagi BN dan parti-parti politik lain. ''Kita kena tanya selepas PRU Ke-13, masihkah kita berkuasa... ia sangat perit sekiranya tidak dapat menguasai dua pertiga dari kerusi dalam dewan".

Ia bertepatan dengan masanya walaupun ada ahli sendiri merasa terkejut dan marah yang dimanipulasi oleh segelintir pihak dengan memberi gambaran bahawa ia mahu memendekkan pemerintahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak walhal Najib pernah menyatakan bahawa sejarah boleh berubah jika masih didokong oleh sindrom 'penafian' atau simptom terlalu lama berkuasa iaitu - khayal, lupa, jumud dan angkuh.

BN perlu kembali kepada semangat asal penubuhan Perikatan@BN; membina minda dan hati yang tahu sejarah yang sudah terpahat dan bagaimana ia boleh terus menyumbang dalam pencapaian wawasan negara. Sifat membuli sesama sendiri perlu dihentikan. Cah keting, sabotaj dan protes mesti diminimakan jika mahu bangkit semula dalam PRU Ke-13. Ia bukan soal sama ada barisan pembangkang bersedia atau tidak bersedia; atau soal barisan pembangkang menghadapi masalah kepimpinan serta kecelaruan agenda bersama; ataupun soal barisan pembangkang menunjukkan prestasi kurang baik di negeri pemerintahan mereka.
Ini adalah soal sejauhmanakah BN sudah melalui 'muhasabah diri'; memiliki semangat kental dan tahu PRU Ke-13 adalah soal 'hidup-mati' parti. Jika mahu terus hidup, apakah persiapan rapi sudah dilakukan di peringkat bawahan atau akar umbi atau mahu dikapankan dalam PRU tersebut. Ia membabitkan bukan sahaja UMNO, tetapi bagaimana dengan parti komponen yang gagal menunjukkan prestasi yang baik dalam PRU lalu.

Adakah masih bergantung kepada UMNO untuk mengerah jentera ataupun sudah melakukan perubahan ke atas pendekatan yang bersifat 'pemulihan'? Dalam menangani kebanyakan isu, ia masih belum menunjukkan sentimen BN yang kolektif. Masing-masing mahu menjadi jaguh parti politik yang dipimpin dan untuk kepentingan komuniti semata-mata yang tidak disertai untuk kepentingan semua di peringkat kebangsaan. Ada pemimpinnya bercakap di luar mereka mempunyai 'senjata' yang boleh mengejutkan tetapi pada waktu yang sama bergelut untuk mempertahankan jawatan dalam parti sehingga tumpuan berlebihan diberikan untuk memastikan masih meraih sokongan dalam parti dan mengambil sikap tidak endah ke atas apa yang berlaku di luar parti sendiri.

Ini lebih ketara apabila PAS bersama parti Pakatan yang lain termasuk DAP dan PKR telah pun melaksanakan pemilihan dalaman parti mereka berbanding UMNO dan beberapa parti komponen BN yang telah membuat keputusan menangguhkan pemilihan mereka menjelang PRU13 ini nanti..Adakah kepimpinan sebenar kemahuan parti dan disokong parti benar-banar menguasai politik akar umbi sekiranya pemilihan sebegini penting dalam parti sengaja ditangguhkan?

Sebenarnya, ramai yang masih setia pada BN terutama yang melakukan 'undi protes' dalam PRU Ke-12. Kini soal kepimpinan bukan menjadi isu lagi tetapi mereka boleh memangkah 'undi protes' sebagai balasan ke atas beberapa isu terkini terutama kenaikan harga barang. Peliknya di Malaysia, sebagai sebuah negara pengeluar petroleum; apabila harga minyak naik, harga barangan lain naik. Kegagalan dalam pemantauan dan kawalan harga barang boleh mempengaruhi pola pengundian dalam kalangan pengundi.

Misalnya, jika harga petroleum naik 15 sen, hari berikutnya kita melihat harga teh tarik ataupun roti canai naik dengan kadar yang sama! Ini yang dipersoal oleh masyarakat secara umumnya yang memahami tuntutan persekitaran memerlukan kerajaan bertindak untuk memastikan tidak ada yang kelaparan kemudian hari tetapi tanpa mekanisme yang boleh mengawal harga barangan lain naik, ia boleh menyukarkan laluan BN.

Ramai berada dalam kelompok 'silent protest' ini yang masih menilai perwatakan politik BN.
Kesilapan besar kepimpinan lepas adalah menaikan harga petroleum bila sahaja berlaku kenaikan di peringkat global tanpa memantau harga barangan lain. Ini menyebabkan kepimpinan tersebut dihukum oleh pengundi yang mahu melepaskan 'geram' di peti undi.

Yang penting adalah sejauhmanakah pemimpin bersifat rendah diri dan mengakui ada kelemahan dalam gaya kepimpinan dan tidak angkuh, bongkak dan sombong dan memastikan 'kebajikan' pengundi dipertahan dalam apa jua keadaan. Barangkali simulasi yang mahu diadakan oleh BN tidak lama lagi sesuai untuk melihat kepada 'calon yang boleh menang', memantapkan jentera, mengurus parti di peringkat akar umbi dan proaktif menangani isu supaya tidak bersifat defensif serta lebih ofensif.

Jika pembangkang menggunakan slogan 'satu undi BN, satu undi barang naik'; bagaimanakah persiapan awal dibuat untuk menjadikan ia bersifat ofensif dan bukan sebaliknya. Berfikiran sebagai 'pembangkang' akan banyak membantu BN dalam PRU Ke-13. Latihan kepimpinan akar umbi penting dan pengiktirafan perlu diberikan kepada mereka dan motivasi sudah pasti akan meningkat jika diberikan petunjuk bagaimana berhadapan dengan perang saraf yang dikawal oleh isu. Ini merupakan kepimpinan bawahan yang memahami isu lokal dan tahu bagaimana boleh mengatasinya. Calon dan jentera perlu mengenali mereka dan bersama dalam mengatur strategi dan taktik politik serta isu setempat.

KPI setempat terutama berkaitan dengan kehidupan harian pengundi di kesemua kawasan perlu ditetapkan agar dalam jangkamasa 9 bulan, BN sudah benar-benar bersedia untuk berhadapan dengan PRU. Begitu juga dengan KPI Kementerian dan Menteri serta memenuhi agenda besar kepimpinan. Dilemanya, adakah keadaan ekonomi global dan domestik memberikan ruang masa tersebut kepada kepimpinan BN?

Apakah nasihat jujur pakar ekonomi kerajaan dalam mengamati apa yang berlaku? Apakah langkah persediaan awal sudah dibuat dari hanya mahu mengadakan PRU semata-mata untuk memastikan tidak tergugat dengan pasaran antarabangsa. Pada waktu sama, mana perginya mereka yang pernah dan sedang menikmati ganjaran, habuan kerajaan hari ini di bawah penaungan politik?

Ini masanya untuk tampil memastikan keadaan tidak menentu dalam ekonomi tempatan tidak terjejas teruk malahan sumbangan mereka sebenarnya boleh dilihat sebagai 'bantuan kemanusiaan' agar mereka yang berada dalam stratifikasi bawahan kelas masyarakat tidak perlu melalui keperitan hidup dengan beban tanggungan yang semakin membesar.

BN perlu merapatkan jurang jaringan hubungan dengan akar umbi dan masyarakat setempat. Sejarah boleh terlakar jika langkah berwaspada tidak diambil segera.
Yang penting, BN perlu bertanya - 'mengapa pengundi mesti mengundi BN' dalam PRU akan datang. BN tidak boleh mengharapkan pengundi akan mengundi dengan sendirinya jika ada pemimpin yang masih menjadi liabiliti bagi BN kalaupun Najib dan Muhyiddin bekerja keras untuk mempertahankan BN. Kelemahan dan kekuatan BN bergantung kepada BN dan keinginan BN sendiri untuk menggunakan persekitaran politik yang ada jika mahukan kemenangan bergaya dalam PRU yang akan datang tetapi soalnya, adakah BN benar-benar sudah membuat persiapan rapi menjelang PRU ini?

Apa yang penting dalam pendekatan Politik masa kini adalah siapakah yang paling mampu menyakinkan rakyat secara keseluruhannya, menentukan bentuk kerajaan dan penguasaan Pusat Pentadbiran Kerajaan Putrajaya. Ironinya PM telah pun membuatkan kejutan awal dengan  menyeru semua golongan Belia bersama mempertahankan Putrajaya dari gelombang arus kebangkitan pembangkang semasa perasmian program Himpunan Satu Juta Belia baru-baru ini. Seruan tersebut sudah tentunya mempunyai tafsiran yang tersendiri untuk kita sama fikir-fikirkan. 

Rabu, 1 Jun 2011

Harga barang buat Rakyat pasti naik ekoran kenaikan tarif Eletrik




FHarga barangan buat rakyat pasti melampung - kesan kenaikan tarif LetrikMM: Pengguna tidak harus tanggung kenaikan


Persekutuan Pengilang-pengilang Malaysia (FMM) berkata kenaikan tarif elektrik di negara ini sebagai tidak adil kerana pengguna dipaksa menanggung bebanan akibat kegagalan pengeluar tenaga membekalkan tenaga yang murah.


Dalam satu kenyataan akhbar, presiden FMM Mustafa Mansur berkata walaupun dengan pengurangan subsidi gas sebanyak RM3 bagi setiap mmBtu, harga gas di Malaysia masih jauh lebih rendah berbanding negara lain di rantau ini. Justeru,katanya, ini menjadikan kenaikan harga itu tidak dapat diterima.


Berkuatkuasa esok, harga gas adalah RM13.70 mmBtu, dan ini jauh lebih rendah berbanding Thailand (RM18.23 per mmBtu), Singapura (RM43.32 per mmBtu) dan Indonesia (RM21.04 per mmBtu).

"Di sebalik kelebihan harga gas asli, kos elektrik di Malaysia selepas kenaikan itu adalah hampir sama dengan Thailand dan 62.2 peratus tinggi daripada kadar Singapura serta 131.3 peratus daripada kadar Indonesia.

"Jika dibandingkan kadar Thailand bagi voltage rendah, sederhana dan tinggi, tarif elektrik Malaysia bagi semua kategori itu adalah lebih tinggi!”kata Mustafa.

Menurut beliau, FMM juga meragui langkah meningkatkan tarif tenaga elektrik dan merasakan ketidakcekapan dan kekangan harga dalam rantaian bekalan tenaga masih belum ditangani.

"FMM tetap berpendapat bahawa tidak sepatutnya harga minyak disalurkan secara automatik kepada pengguna dan Tenaga Nasional Bhd sepatutnya terbuka untuk ditanda aras bersama-sama penjana lain untuk memastikan kecekapan operasi," katanya.

Ia menambah, kos elektrik patut ditetapkan pada margin tertentu di bawah tarif serantau untuk mengekalkan daya saing industri Malaysia. -mk