Sabtu, 30 Julai 2011
Kenapa perlu tangguh tempoh pendaftaran Biometrik PATI
Ahad, 24 Julai 2011
Harga Barang terus naik, pendapatan mula tidak mencukupi
Bila kita suka membazir, perbuatan kita itu akan hanya menambah kepada permintaan barang-barang keperluan. Bila permintaan bertambah, harga akan naik.
Itu adalah hukum harga, bila penawaran lebih, harga barang akan turun, bila permintaan lebih , harga barang naik. Formulanya begitu mudah, jika kita membazir, permintaan jadi bertambah dari yang sepatutnya, dan harga akan meningkat.
Jadi, sebagai rakyat Malaysia di dalam dunia blogger ini. Saya sarankan, janganlah kita membazri....sama ada air, eletrik, duit, makanan, dan sebagainya....nanti tak pasal-pasal kita terseret dengan perbagai masalah lain..Sebagai pendomen sebab bahang kepada masalah kenaikkan harga dan Inflasi sedikit demi sedimit sedang menghimpit kita. Beringatlah dari sekarang.
Rabu, 20 Julai 2011
Senatorship for MCA Bandar Tun Razak
Gear up for General Election .
MCA Youth Candidate Up for
Senatorship
Isnin, 18 Julai 2011
Pandangan sinis mantan Mufti terhadap Demonstrasi Bersih satu penganalisaan
Jelas bekas mufti Perlis, dalam kepimpinan BN terlaku ramai “golongan pengampu” berbanding golongan yang boleh membantu parti perikatan untuk terus dilihat relevan dalam arena politik sekarang.
“Dalam pemerintah sekarang semua orang nak tunjuk kononnya dia setia (kepada pemerintah) walaupun kenyataan yang dikeluarkan adalah bodoh, tapi dia rasa tidak mengapa yang penting perdana menteri tahu.
“Dalam Umno bila ada pemimpin bagi kritikan, dia ini dianggap musuh walaupun idea yang diberikan adalah baik, namun ia dianggap bahaya kerana unsur feudal tidak ditinggalkan,” katanya dalam satu program anjuran Kementerian Pengajian Tinggi di ibu negara malam tadi.
Program dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah dan dihadiri intelektual, lebih banyak menyentuh perhimpunan 9 Julai lalu anjuran Bersih 2.0 dan diprotes Pemuda Umno.
Turut hadir dalam program ini ialah Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, yang mengetuai perhimpinan Patriot membantah Bersih 2.0 Sabtu lalu.
Tegas Asri (gambar), BN yang diketuai Datuk Seri Najib Razak harus memilih pemimpin yang boleh membantu pentadbiran kerajaan seterusnya boleh menarik sokongan rakyat.
“Kalau kerajaan pandai tangani ini, ia akan beri kelebihan tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya... pemikiran feudal ini perlu dibuang.
“Kalau perlu cari pemimpin yang boleh bantu kerajaan bukan kaki pengampu, ramai rakyat sekarang tidak tahu mahu mengundi siapa sebab mereka masih melihat keadaan dan kumpulan ‘third force’ ini jumlahnya lebih besar.
“Ramai yang nak masuk politik supaya dapat bodek pemimpin dan dapat hasil, namun kesannya nanti ia akan meroboh institusi yang ada, sebagai contoh khutbah Jumaat... institusi agama digunakan apa dalil agama yang mengharamkan perhimpunan, dalil agama digunakan untuk memburukkan orang lain.,” katanya.
Dalam pandangan yang dikemukakan di hadapan kira-kira 30 orang, Asri juga menyamakan BN seperti “seorang bapa yang menakutkan anak agar tidak ke tempat gelap kerana ada hantu.”
Kata beliau, strategi sedemikian sudah tidak berguna kerana rakyat sudah matang dan informasi boleh diperoleh melalui pelbagai cara.
“Saya menggambarkan kerajaan sebagai seorang bapa kepada seorang anak yang menakutkan anaknya agar jangan pergi ke tempat gelap kerana ada hantu, pada waktu kecil anak akan terima tapi bila anak sudah besar dan belajar di universiti ia sudah tidak berguna.
“Kerajaan dan pemimpin sudah terlupa bahawa sekarang bukan lagi zaman 70-an kerana kerajaan sudah tidak lagi boleh menghalang maklumat... dulu memang orang baca Utusan Malaysia tapi sekarang orang sudah tidak baca dan tidak percaya,” katanya.
Isnin, 11 Julai 2011
Bersih 2.0 satu penganalisaan.
BERSIH 2.0 yang berlaku pada 9 Julai 2011 adalah merupakan satu peristiwa yang mengajak kita untuk berfikir dengan lebih luas lagi tentang situasi yang berlaku di Malaysia. Dimana Pro, dimana Kontranya bila berhadapan dengan isu ni. Telah banyak yang kita baca di media-media,blogger-blogger yang mengupas tentang isu ini dan satu persatu sumber itu perlu kita teliti sebelum kita membuat rumusan awal.
Sebagai aktivis masyarakat diperingkat akar umbi, saya sememangnya sensitif terhadap isu-isu yang sedemikian. Cuma melihat isu BERSIH ini, saya lebih suka untuk membaca pendapat pelbagai pihak,cari sumber-sumber dan fakta yang dikemukakan kenapa begitu dan kenapa begini. Dari sudut dunia blog, Saya mengharap agar isu-isu sebegini tidak diprovokasikan lagi. Provokasi hanya mengeruhkan keadaan. Jika anda punya kepakaran dalam politik dan ingin mengulas isu BERSIH v2.0, wujudkan entri perbincangan itu lebih baik untuk mengajak semua orang berfikir dengan lebih kritikal tanpa unsur provokasi. Saya sangat berminat nak tahu pendapat orang lain dan kalau ada entri perbincangan tentang BERSIH 2.0 yang korang buat boleh kongsikan di ruangan komen.
- Pembersihan dengan mengeluarkan nama mereka yang telah meninggal dunia daripada senarai pengundi
- Pembersihan melibatkan alamat mengikut kad pengenalan. Mengikut undang-undang pendaftaran, seseorang yang tinggal di satu-satu tempat selama tiga bulan atau lebih, harus menukar alamat tempat tinggalnya menerusi JPN. Kemudian dimaklumkan kepada SPR sebab SPR hanya mendaftar pengundi mengikut alamat dalam kad pengenalan (MyKad). Isu “pengundi hantu” yang sering ditimbulkan pembangkang ada kaitan dengan kes tempat mengundi berbeza dengan alamat tempat tinggal mengikut MyKad.
Jabatan Penerangan Malaysia Perlu kepada pindaan akta di Parlimen dan bukan melalui demonstrasi.
Jabatan Penerangan Malaysia Pada PRU yang akan datang, SPR bercadang menggunakan sistem biometrik yang membolehkan proses pengesahan pengundi dilakukan secara elektronik.
Jabatan Penerangan Malaysia Kerajaan tidak sekat kebebasan untuk akses kepada mana-mana media selagi mana media tersebut mengikut undang-undang dan etika.
Jabatan Penerangan Malaysia Boleh mengundang suasana kurang sihat dan kos yang tinggi.
Jabatan Penerangan Malaysia Sedang dilakukan melalui Program Transformasi Kerajaan.
NKRA adalah di antara tindakan kerajaan bagi menghapuskan rasuah dan perlu disokong oleh semua pihak. Sebenarnya, SPR menjalin kerjasama bestari dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam membanteras rasuah pilihan raya dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk kes jenayah dan kekecohan ketika kempen.
Kerajaan amat peka terhadap suasana ini tetapi sering menjadi mangsa politik kotor oleh pembangkang. Tuntutan bilangan 8 ini merupakan helah pembangkang yang sering menuduh tindakan menangkap mereka yang melakukan huru-hara sebagai permainan politik kotor kerajaan. Pembangkang sebenarnya tidak mahu mereka ditangkap pada Perhimpunan haram pada 9 Julai ini lalu tuntutan ini disenaraikan.
Isnin, 4 Julai 2011
Definasi Majoriti senyap dalam menangani isu Demonstrasi aman
Kearah cabaran Politik baru masa kini
MAJORITI senyap atau kumpulan penyokong atas pagar baik sebelah kerajaan mahu pun memihak Pembangkang di negara ini sudah mula bersuara. Isunya adalah mengenai perhimpunan haram yang dirancang Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) di ibu negara 9 Julai ini.
Kumpulan majoriti senyap ini adalah golongan yang tidak melahirkan pandangan atau sokongan mereka secara terbuka berhubung sesuatu isu. Dalam pilihan raya, mereka ialah barisan pengundi yang paling ditakuti setiap calon.Namun, selepas majoriti senyap ini menyatakan pandangan mereka berhubung perhimpunan itu, ia sama sekali tidak boleh dipandang remeh oleh mana-mana pihak terutama parti politik, kerana merekalah sebenarnya yang akan menentukan kalah menang seseorang calon atau parti dalam sesuatu Pilihan Raya Umum (PRU).
Sehingga ini, lebih 2,200 laporan polis sudah dibuat di seluruh negara oleh pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan seperti dilaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM). NGO ini secara tidak langsung mewakili majoriti senyap di negara ini. Namun, setakat ini penganjur tersebut masih belum menunjukkan tanda-tanda membatalkan perhimpunan haram itu.
Majoriti senyap ini adalah lapisan rakyat pada peringkat akar umbi yang melihat sesuatu perkara itu secara rasional. Mereka tidak mudah dihasut. Mereka terdiri daripada berbagai lapisan masyarakat sehinggalah golongan pertengahan yang mempunyai maklumat dan tahu apa yang baik untuk mereka walau apapun pandangan dan pendapat umum cuba dipengaruhi oleh mana-mana pihak.
Yang jelas majoriti senyap ini akan melaksanakan pandangan mereka semasa PRU nanti. Mereka ini menilai dan tahu bahawa segala pandangan penganjur juga jarang didengar dan diberikan kesempatan kepada mereka menerangkannya menerusi Media rasmi kerajaan.
Pelbagai pertubuhan membabitkan NGO pelbagai kaum sejak akhir-akhir ini, memberikan reaksi mereka secara jelas agar perhimpunan haram itu dibatalkan kerana ia membawa lebih banyak kerugian kepada rakyat walau apa juga alasan digunakan oleh penganjuran perhimpunan itu. Namun alasan mereka yang menyokong khususnya NGO yang bersama mereka tidak pula dimaklumkan rasionalnya kepada umum. Justifikasi tetap ada bagi kedua belah pihak.
Majoriti senyap ini adalah ahli pelbagai pertubuhan dan persatuan di negara ini. Sebahagian besar mereka tidak menganggotai mana-mana parti politik. Mereka adalah majoriti rakyat berbilang kaum dan agama yang mahu melihat rakyat negara ini dapat hidup dalam suasana aman dan damai. Ini semua adalah cabaran Politik masa kini yang berteraskan kepada nilai murni sejagat. Inilah sebenarnya cabaran kita!
“Sehubungan itu, majoriti senyap ini dilihat sebagai penentu sebenar untuk menolak atau menerima tindakan yang boleh kononya menggugat keamanan dan kesejahteraan yang mereka nikmati ketika ini. Mereka perlu menterjemahkannya menerusi PRU nanti. jika tidak hak mereka untuk melihat proses demokrasi yang lebih telus akan terkubur begitu sahaja.
Majoriti senyap ini boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu asertif, pasif dan agresif. Kumpulan asertif adalah majoriti senyap yang mewakili kelompok besar rakyat merangkumi antara 40 hingga 50 peratus dan mereka ini tahu akan hak mereka dan akan mempertahankannya jika ia cuba diganggu gugat pihak lain.
bagi saya kumpulan pasif pula merangkumi 20 peratus dan mereka tidak begitu mengambil berat apa yang berlaku di sekeliling, malah mereka sanggup mengetepikan hak sendiri demi menjaga hati orang lain. Kumpulan agresif ini hanya mewakili 10 peratus rakyat dan mereka sentiasa berusaha menghasut rakyat mengikut apa yang mereka mahu walaupun ia menyalahi undang-undang dan menyebabkan kesengsaraan.
Majoriti senyap dalam kumpulan asertif ini lebih rasional melihat sesuatu untuk kesejahteraan masyarakat keseluruhan. Kumpulan ini walaupun mempertahankan hak dan kepentingan mereka, namun pada masa sama tetap menjaga hak orang lain dan kepentingan umum.
“Oleh itu, kumpulan asertif ini, perlu bersuara dan jika suara mereka lebih kuat, kumpulan agresif ini akan dapat ditundukkan daripada melakukan sesuatu yang bukan saja menyalahi undang-undang, malah boleh merosakkan masa depan negara,
Dalam konteks semasa politik negara, majoriti senyap daripada kumpulan asertif sudah bangkit bersuara dan menunjukkan apa yang mereka mahu iaitu keamanan dan kesejahteraan dan seharusnya hak kumpulan ini diberi perhatian jika tidak nasib mereka akan ditentukan dalam PRU akan datang.