Mesyuarat UMNO Cawangan Kg Malaysia Raya, Bahagian Bandar Tun Razak telah sebulat suara mengemukakan usul menyokong usaha agar pucuk kepimpinan parti terus berusaha menyatukan umat Melayu dengan mengambil serius usaha untuk bertemu denan pucuk pimpinan Politik lain, samada PAS mahupun Keadilan. UMNO Cawangan Kg Malaysia Raya beranggapan bahawa hanya dengan cara demikian sahajalah, perpecahan dan salah faham akan dapat dirungkaikan dengan cara yang baik dan saksama antara semua pihak. Sesungguhnya ahli disemua peringkat akar umbi pertubuhan politik akan mudah akur jika pimpinan atasan dapat menyelaraskannya dengan baik. ini kerana, pepecahan dan perbezaan pendapat sehingga membawa kepada perpecahan ini lebih ketara sifatnya diperingkat bawahan berbanding pihak atasan antara parti yang bersifat lebih terbuka.
Jika perkara ini tidak diambil perhatian, UMNO akan merasai kesannya dalam tahun mendatang. Ini kerana, dalam tempoh 5 tahun akan datang perbagai isu mengenai kedudukan Melayu akan menjadi fokus kepada rakyat disemua peringkat. Keterbukaan pimpinan atasan UMNO dalam menyediakan platform untuk tujuan bermuzakarah adalah agak mendesak, khususnnya selepas pemilihan parti pada penghujung tahun ini nanti. Janganlah, isu muzakarah ini dijadikan publisiti politik pimpinan kita khususnya menjelang pemilihan ini sahaja. Malah pucuk pimpinan yang ada sekarang mestilah mampu membentangkannya mulai daripada sekarang agar siapa sahaja yang bakal memimpin selepas ini dapat meneruskannya pula. Hanya dengan cara ini sahajalah, kuasa dan kedudukan Melayu akan lebih relevan dalam konteks politik tanah air nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan