Welcome to my Blog

Welcome to my Weblog. This site is dedicated to publishing my writings as and when I am able to pen my thoughts and opinions.Interested parties, including the Press, may reproduce or quote materials published with the condition that they are credited tfrom me. Comments must be accompanied by names and contact. Anonymous postings and those containing profanities and obscenities will be rejected.

Salam pengenalan buat semua

Semoga keujudan blog ini akan memberikan ruang untuk kita sebagai pemimpin diperingkat akar umbi untuk bertukar pandangan dan pengalaman dalam menangai isu-isu semasa kemasyarakat ditempat masing-masing. Tuan/puan mungkin pimpinan kerdil diperingkat bawahan, samada diluar bandar atau pekan kecil, didaerah mahu pun bandar, jangan lupa bahawa anda mempunyai peranan tertentu dalam merobah pemikiran rakyat.

Bersamalah kita berazam untuk meninggikan mutu kehidupan dan kefahaman penduduk dalam sesebuah masyarakat itu menangani cabaran alaf baru. Semoga komuniti kita akan menjadi tempat yang menarik, maju dan menguntungkan buat semua penduduknya.anda boleh berkomunikasi dengan saya menerusi email peribadi di mzha@hotmail.com atau hubungi saya terus menerusi 019-2764133

capaian

Selasa, 1 Julai 2008

Pemantauan Harga barangan keperluan

Seperti sedia kita maklumi, kenaikan harga barang semasa tanpa kawalan sememangnya telah dijangka sejak mula lagi kesan daripada kenaikkan harga minyak awal bulan yang lalu.

Sehubungan dengan itu, sampai masanya kita semua sebagai pengguna dan juga warga negara yang perihatin bertindak sebagai pemantau dan menjadi pengguna yang bijak. Kita semestinyalah menjadi pelapor yang komited kepada kerajaan khususnya menerusi Kementerian Hal Ehwal Pengguna yang telah diujudkan.

Sebagai pengguna barang keperluan tanpa mengira apa jua barangan yang dimaksudkan, kita boleh juga memboikot membeli atau melanggannya. Saya secara peribadi sememangnya percaya bahawa pasti ada pihak tertentu yang memainkan peranan dan meraih keuntungan yang berlipat ganda dalam kegawatan sebegini. Walau apa pun jua, kita sebagai penggunalah yang akan menentukannya. Tepuk dada tanya selera.

Tiada ulasan: