Keputusan pihak Pentadbiran Kerajaan Tempatan untuk mengawal dan membeku pengeluaran Lesen perniagaan barang lusuh mulai 1 julai 2008 seharusnyalah mendapat pujian dan sokongan masyarakat setempat. Tindakan itu telah menyebabkan hampir 500 peniaga atau pengusaha besi buruk ini dipaksa memberhentikan perniagaan mereka.
Gejala kecurian khususnya besi logam telah menjadi-jadi sejak kebelakangan ini, kesan daripada ujudnya pusat pembelian barangan lusuh dimerata tempat. Pihak yang mengeluarkan lesen juga diminta memantau dan memastikan hanya mereka yang berlesen sahaja dapat menguruskan perniagaan tersebut. Jika tidak terkawal, kita khuatiri gejala kecurian samada milik umum atau individu akan terus meningkat dari masa kesemasa.
Alasan pihak pengusaha bahawa masalah kecurian tidak semata-mata disebabkan oleh mereka dan memohon pihak Pengurusan Kerajaan Tempatan terus mengeluarkan lesen sepatutnya perlu mendapat perhatian dan pandangan banyak pihak juga. Ini kerana masih ada ruang untuk mereka yang tidak bertanggung jawab ini menjual barangan curi seperti didakwa kepada pihak yang mahu membelinya tanpa terkawal.
Sebagai salah seorang pempinan masyarakat setempat, saya amat yakin bahawa apa jua persoalan yang berkaitan dengan isu ini seharusnyalah ditangani dengan cara yang baik dan berhemah. Jika pemantauan yang berkesan dapat diyakini, maka apa jua yang dilakukan nescaya akan mendapat sokongan banyak pihak tetapi jika sebaliknya, eloklah pengeluaran lesen baru dibekukan terus.
Keputusan DBKL pula yang akan mengantikan penutup longkang dari Besi ke Simen juga merupakan tindakan positif bagi menghindar kecurian besi penutup daripada terus menular.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan