Persetujuan kedua belah pihak untuk meneruskan Debat mengenai isu berkaitan kenaikan harga minya sememangnya dialu-alukan oleh ramai pihak. Ketelusan YB Menteri Penerangan Dato Shabery Chik untuk berdepan secara langsung dengan Mantan Timbalan Perdana Menteri Dato Sri Anwar Ibrahim menerusi Media sepatutnyalah disanjung tinggi oleh kita semua.
Bagi saya, isu perdebatan seumpama di barat ini adalah merupakan sesuatu elemen positif dalam pembangunan minda rakyat secara umum. Peluang kedua belah pihak seharusnyalah diberi bagi mengelakkan salah faham dan penerimaan perspektif yang berbeza dikalangan oran awam khususnya demi kebaikan kita semua.
Sudak terlalu banyak janji yang bersifat rhetorik serta provokatif kearah berbagai bentuk perdebatan antara parti mahupun individu sejak awal 70an lagi. Malahan pernah sehingga campur tangan majlis raja-raja melayu sebelum ini yang melibatkan usaha perdebatan antara UMNO dan PAS satu ketika dahulu.
Saya begitu optimis bahawa apa jua kesimpulannya nanti hasil daripada perdebatan ini, rakyat akan menjadi lebih matang dan kedua belah pihak yan terlibat akan lebih bertanggung jawab dalam apa jua hal selepas ini nanti. Semoga debat ini akan menjadi kenyataan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan