Welcome to my Blog

Welcome to my Weblog. This site is dedicated to publishing my writings as and when I am able to pen my thoughts and opinions.Interested parties, including the Press, may reproduce or quote materials published with the condition that they are credited tfrom me. Comments must be accompanied by names and contact. Anonymous postings and those containing profanities and obscenities will be rejected.

Salam pengenalan buat semua

Semoga keujudan blog ini akan memberikan ruang untuk kita sebagai pemimpin diperingkat akar umbi untuk bertukar pandangan dan pengalaman dalam menangai isu-isu semasa kemasyarakat ditempat masing-masing. Tuan/puan mungkin pimpinan kerdil diperingkat bawahan, samada diluar bandar atau pekan kecil, didaerah mahu pun bandar, jangan lupa bahawa anda mempunyai peranan tertentu dalam merobah pemikiran rakyat.

Bersamalah kita berazam untuk meninggikan mutu kehidupan dan kefahaman penduduk dalam sesebuah masyarakat itu menangani cabaran alaf baru. Semoga komuniti kita akan menjadi tempat yang menarik, maju dan menguntungkan buat semua penduduknya.anda boleh berkomunikasi dengan saya menerusi email peribadi di mzha@hotmail.com atau hubungi saya terus menerusi 019-2764133

capaian

Ahad, 30 November 2008

Jangan terus membahaskan Isu Hak Ketuanan Melayu

1. Isu yang telah banyak diperkatakan ini, semestinya dihentikan kerana ianya sentiasa diibaratkan sebagai bermain dengan api.

2. Konflik kaum nescaya terbuka luas jika isu ini terus dipermainkan. Sejarah konflik kaum 69 jangan diulangi. Kejayaan Malaysia tidak mungkin dihitamkan buat kali keduanya.

3. Kepentingan Politik individu tertentu tidak harus mempengaruhi kepentingan Nasional. Malah kenyataan dari seorang bekas anggota Kabinet seperti yang berlaku amatlah dikesali.

4. Mana mungkin kenyataan orang nombor dua kepimpinan sebuah Parti Politik Kompenen kerajaan yang memerintah dianggap sebagai kenyataan Individu sahaja.

5. Tindakkan wajar perlu diambil termasuk penggunaan akta ISA jika ianya terus menggugat ketenterama awam selepas ini nanti.

6. Majlis tertinggi parti atau komponen mestilah segera membawa perkara tersebut keperingkat tertinggi parti bagi mengelakkan prejudis dikalangan rakyat.

7. Sehingga kini kita sememangnya gagal memastikan pengagihan ekuiti penyertaan bangsa tertentu mengikut peratusan seperti yang dijanjikan dalam ekonomi. Seharusnya diingatkan bahawa pencapaian GLC bukan dikira kejayaan kaum tertentu tetapi ianya adalah penyapaian kerajaan.

8. Semua pihak semestinyalah memfokuskan masalah pokok terkini iaitu, Masalah tekanan Ekonomi dunia dan maslah kenaikan harga yang sukar dibendung walaupun harga minya telah turun.

Tiada ulasan: