Welcome to my Blog

Welcome to my Weblog. This site is dedicated to publishing my writings as and when I am able to pen my thoughts and opinions.Interested parties, including the Press, may reproduce or quote materials published with the condition that they are credited tfrom me. Comments must be accompanied by names and contact. Anonymous postings and those containing profanities and obscenities will be rejected.

Salam pengenalan buat semua

Semoga keujudan blog ini akan memberikan ruang untuk kita sebagai pemimpin diperingkat akar umbi untuk bertukar pandangan dan pengalaman dalam menangai isu-isu semasa kemasyarakat ditempat masing-masing. Tuan/puan mungkin pimpinan kerdil diperingkat bawahan, samada diluar bandar atau pekan kecil, didaerah mahu pun bandar, jangan lupa bahawa anda mempunyai peranan tertentu dalam merobah pemikiran rakyat.

Bersamalah kita berazam untuk meninggikan mutu kehidupan dan kefahaman penduduk dalam sesebuah masyarakat itu menangani cabaran alaf baru. Semoga komuniti kita akan menjadi tempat yang menarik, maju dan menguntungkan buat semua penduduknya.anda boleh berkomunikasi dengan saya menerusi email peribadi di mzha@hotmail.com atau hubungi saya terus menerusi 019-2764133

capaian

Khamis, 26 Jun 2008

Isu Incentif buat ahli sukan ke Olimpik

Keputusan Kementerian Belia dan Sukan dan pengemuman TPM mengenainya adalah amat tidak bersesuaian dengan keadaan semasa yang mana kerajaan sendiri menganjurkan sebelum ini untuk berbelanja dengan berhemah lagi berjimat cermat.

Perbelanjaan besar buat seseorang sehingga RM1 juta itu dan insentif RM5 ribu pencen adalah tidak relevan sama sekali kerana peruntukan sebesar itu sepatutnya boleh dimanfaat oleh rakyat yang lebih memerlukan berbanding dihabiskan kepada seseorang sahaja.

KBS pula nescaya akan berbelanja besar bagi memastikan seseorang atlit itu benar-benar cemerlang sebelum layak ketahap olimpik. Ini sudah tentu akan melibatkan Elaun termasuk jurulatih, kemudahan latihan termasuk peralatan yang baik lagi mahal serta pendedahan luar negara yang menelan belanja besar juga.

Ironinya, kenapa tidak duit ini KBS belanjakan dalam pembangunan Belia daripada Sukan! Agihkan peruntukkan yang banyak dan tambah jika perlu peruntukkan kepada Persatuan Belia yang ada, tingkatkan program kerohanian menerusi kursus-kursus bina insan dan kemahiran buat Belia dan generasi muda kita. Itu semua nescaya akan membantu kerajaan dalam meningkatkan sumber manusia yang cemerlang. bukan hanya kepada individu malah masyarakat kita sendiri berbanding Sukan yang hanya mengejar Glamor yang tidak berkekalan.

Dengan isu kenaikan kos kehidupan lanjutan naiknya harga minyak, kerajaan sepatutnya perihatin dan sensitif dengan pengumuman yang sedemikian. Semangat kesukanan dan cinta Negara seharusnya membara dikalangan atlit dan bukannya berdasarkan materialis. Incentif pun janganlah sampai atlit lupa bahawa cinta negara dan semangat menaikkan nama negara adalah penting dari mengejar habuan yan begitu tinggi. Jangan lah sampai kerajaan hilang fokus daripada memberi kesejahteraan kepada rakyat ramai berbandin hanya melayani seorang dua sahaja dalam hal ini.

Tiada ulasan: