Sejak kebelakangan ini terlalu banyak cerita dan berita berkaitan dua agensi kerajaan ini. Dari kisah penahanan ahli Politik dengan Politik wangnya sehinggalah ke kes salah laku semasa dalam tahanan sehingga menimbulkan berbagai reaksi dalam masyarakat.
Sebagai warga negara yang perihatin dan cenderung kepada sikap intigriti yang tinggi, semua pihak semestinyalah berlapang dada dan rasional dalam menangani semua isu tersebut. Cukuplah dengan kegawatan ekonomi yang bakal kita semua hadapi sedikit masa lagi, janganlah ditambah dengan berbagai kegawatan pula selepas ini.
Marilah kita bersama bersikap lebih proaktif terhadap membina keharmonian antara kaum, kecenderungan politik dan berbagai lagi dengan hati yang terbuka. Masa depan negara terletak ditangan kita yang berada dimasa sekarang untuk menanganinya.
SELAMAT MENYAMBUT HARI WILAYAH PERSEKUTUAN KALI KE 35
Tiada ulasan:
Catat Ulasan