Welcome to my Blog

Welcome to my Weblog. This site is dedicated to publishing my writings as and when I am able to pen my thoughts and opinions.Interested parties, including the Press, may reproduce or quote materials published with the condition that they are credited tfrom me. Comments must be accompanied by names and contact. Anonymous postings and those containing profanities and obscenities will be rejected.

Salam pengenalan buat semua

Semoga keujudan blog ini akan memberikan ruang untuk kita sebagai pemimpin diperingkat akar umbi untuk bertukar pandangan dan pengalaman dalam menangai isu-isu semasa kemasyarakat ditempat masing-masing. Tuan/puan mungkin pimpinan kerdil diperingkat bawahan, samada diluar bandar atau pekan kecil, didaerah mahu pun bandar, jangan lupa bahawa anda mempunyai peranan tertentu dalam merobah pemikiran rakyat.

Bersamalah kita berazam untuk meninggikan mutu kehidupan dan kefahaman penduduk dalam sesebuah masyarakat itu menangani cabaran alaf baru. Semoga komuniti kita akan menjadi tempat yang menarik, maju dan menguntungkan buat semua penduduknya.anda boleh berkomunikasi dengan saya menerusi email peribadi di mzha@hotmail.com atau hubungi saya terus menerusi 019-2764133

capaian

Sabtu, 10 Januari 2009

Bantulah perjuangan pembelaan umat Islam Palestin

Kesempatan Israel untuk terus membuli umat Islam Palestin semestinyalah ditentang dengan apa cara sekali pun. Rakyat malaysia disemua peringkat umur, keturunan, Bangsa dan Agama seharusnyalah memahami bahawa tragedi pembunuhan keatas peperangan yang dipaksa terhadap rakyat Palestin adalah merupakan kekejaman yang sama sekali diluar Tabii.

1. Kepada yang menderma, berilah sumbangan anda kepada Tabung Khas yang telah ditubuhkan. Mereka memerlukan kewangan bagi membeli berbagai keperluan ketika kecemasan.

2. Kepada yang rajin menulis, hantarlah apa jua tulisan dan bahan bacaan bagi dikongsi maklumatnya dengan yang rajin membaca. Mesej perlu disampaikan kepada seluruh dunia.

3. Pemboikotan yang serius mesti dijayakan bersama. Walupun kesannya sedikit, niat itu adalah penting demi menyampaikan mesej yang dimaksudkan.

4. Perhimpunan berbentuk Protes umum perlu dijalankan secara berterusan demi menyedarkan rakyat betapa kejamnya Bangsa Yahudi ini.

5. Himpunan tanda tangan juga mestilah digembelingkan dan dihantar kepada kedutaan yang berkaitan khususnya Amerika yang merupakan pelindung utama kekejaman terhadap Umat Islam.

Hubungan umat Islam adalah umpama kaki dari satu badan. Cubit kaki kiri akan terasa juga kaki kanan. TEPUK DADA TANYA IMAN.

Tiada ulasan: