Welcome to my Blog

Welcome to my Weblog. This site is dedicated to publishing my writings as and when I am able to pen my thoughts and opinions.Interested parties, including the Press, may reproduce or quote materials published with the condition that they are credited tfrom me. Comments must be accompanied by names and contact. Anonymous postings and those containing profanities and obscenities will be rejected.

Salam pengenalan buat semua

Semoga keujudan blog ini akan memberikan ruang untuk kita sebagai pemimpin diperingkat akar umbi untuk bertukar pandangan dan pengalaman dalam menangai isu-isu semasa kemasyarakat ditempat masing-masing. Tuan/puan mungkin pimpinan kerdil diperingkat bawahan, samada diluar bandar atau pekan kecil, didaerah mahu pun bandar, jangan lupa bahawa anda mempunyai peranan tertentu dalam merobah pemikiran rakyat.

Bersamalah kita berazam untuk meninggikan mutu kehidupan dan kefahaman penduduk dalam sesebuah masyarakat itu menangani cabaran alaf baru. Semoga komuniti kita akan menjadi tempat yang menarik, maju dan menguntungkan buat semua penduduknya.anda boleh berkomunikasi dengan saya menerusi email peribadi di mzha@hotmail.com atau hubungi saya terus menerusi 019-2764133

capaian

Ahad, 18 Januari 2009

Kuala Terengganu beri isyarat lagi buat BN

Sebagai penganalisaan bersama, berbagai alasan telah dikenal pasti sebagai diantara faktor yang menyumbangkan kepada kekalahan berterusan Bn selepas PRU12 yang lalu. Apa yang paling dikhuatiri adalah persepsi kebanyakkan rakyat yang seolah-olah ingin melihat BN terus merana dan kalah. Dalam konteks di Kuala Terengganu ini pula berbagai fakta tambahan telah digariskan, ini termasuklah:

1. Fakta Calon: dikatakan bukan popular, dikaitkan pula dengan calon PM dan kawan Khairi Jamaluddin. Bermasalah dengan UMNO Bahagian sendiri.

2. Komen Mahathir yang awal-awal lagi mencantas kredibiliti Calon BN yang diumumkan. Komentar tersebut tidak dinafikan akan menjejaskan juga.

3. Media Perdana yang tidak berubah dalam membuat liputan semasa Pilihanraya kecil tersebut. Tidak telus dan berat sebelah. Akibatnya "back fired"

4. Isu Hudud yang dimainkan UMNO memakan diri sendiri. Pengundi tidak mudah ditakut-takutkan lagi.

5. Suasana dan pendekatan PAS yang telah berubah dari aggresif secara fizikal kepada lebih mudah didekati. Kehadiran Polis yang hampir 6,000 orang telah dilihat sebagai "disadvantage" kepada BN.

6. Politik pembangunan BN telah gagal menarik pengundi kerana mereka telah lali dengan pendekatan "stereo type" sewaktu berkempen oleh pimpinan yang terlibat.

7. Isu wang royalti yang dianggap oleh pengundi sebagai rasuah menjelang Pilihanraya sahaja dan pembaziran perbelanjaan dalam pembangunan yang tidak lebih daripada "glamour" dan tidak ada manfaatnya langsung kepada pengundi.

8. Pimpinan UMNO dilihat lebih hadir untuk promosi diri menjelang pemilihan parti berbanding memenangkan calon BN.

9. Proses pemilihan dalaman dan sistem pemilihan dalam UMNO menampakkan ketidak ketelusan dan minat generasi muda untuk menyertai UMNO.

Semua itu adalah sempadan dan isyarat awal akan luas dan besarnya tanggung jawab Najib menjelang proses peralehan kuasa nanti. Banyak yang perlu dimuhasabahkan dan banyak lagi perkara yang perlu dirubah menerusi transfomasi dalaman.

Tiada ulasan: