Welcome to my Blog

Welcome to my Weblog. This site is dedicated to publishing my writings as and when I am able to pen my thoughts and opinions.Interested parties, including the Press, may reproduce or quote materials published with the condition that they are credited tfrom me. Comments must be accompanied by names and contact. Anonymous postings and those containing profanities and obscenities will be rejected.

Salam pengenalan buat semua

Semoga keujudan blog ini akan memberikan ruang untuk kita sebagai pemimpin diperingkat akar umbi untuk bertukar pandangan dan pengalaman dalam menangai isu-isu semasa kemasyarakat ditempat masing-masing. Tuan/puan mungkin pimpinan kerdil diperingkat bawahan, samada diluar bandar atau pekan kecil, didaerah mahu pun bandar, jangan lupa bahawa anda mempunyai peranan tertentu dalam merobah pemikiran rakyat.

Bersamalah kita berazam untuk meninggikan mutu kehidupan dan kefahaman penduduk dalam sesebuah masyarakat itu menangani cabaran alaf baru. Semoga komuniti kita akan menjadi tempat yang menarik, maju dan menguntungkan buat semua penduduknya.anda boleh berkomunikasi dengan saya menerusi email peribadi di mzha@hotmail.com atau hubungi saya terus menerusi 019-2764133

capaian

Jumaat, 30 Januari 2009

Penguatkuasaan oleh SPRM dan Polis

Sejak kebelakangan ini terlalu banyak cerita dan berita berkaitan dua agensi kerajaan ini. Dari kisah penahanan ahli Politik dengan Politik wangnya sehinggalah ke kes salah laku semasa dalam tahanan sehingga menimbulkan berbagai reaksi dalam masyarakat.

Sebagai warga negara yang perihatin dan cenderung kepada sikap intigriti yang tinggi, semua pihak semestinyalah berlapang dada dan rasional dalam menangani semua isu tersebut. Cukuplah dengan kegawatan ekonomi yang bakal kita semua hadapi sedikit masa lagi, janganlah ditambah dengan berbagai kegawatan pula selepas ini.

Marilah kita bersama bersikap lebih proaktif terhadap membina keharmonian antara kaum, kecenderungan politik dan berbagai lagi dengan hati yang terbuka. Masa depan negara terletak ditangan kita yang berada dimasa sekarang untuk menanganinya.

SELAMAT MENYAMBUT HARI WILAYAH PERSEKUTUAN KALI KE 35



Sabtu, 24 Januari 2009

Negara Israel tidak akan kekal

Sejarah telah membuktikan bahawa kaum yahudi merupakan kaum yang sentiasa ditindas dan ditekan.Peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang zmn semenjak dr zmn Nabi ALLAH S.W.T Musa a.s sehinggalah zaman mereka berada di palestin selepas itu menyaksikan pembunuhan kaum yahudi secara beramai-ramai oleh musuh-musuh mereka.

Melalui peristiwa-peristiwa yang berlaku itu,kita selaku umat islam yakin bahawa kependudukan mereka secara haram di negara palestin akan berakhir tidak lama lagi.Mereka akan dihalau keluar dari negara itu sama sepertimana datuk nenek mereka dipaksa keluar dari negara itu. Perkara ini telah dijanjikan oleh ALLAH S.W.T menerusi banyak ayat Al-Quran.

contohnya dalam surah AL-A'ARAF AYAT 167 yang bermaksud . . .

'Dan (ingatlah wahai muhammad) ketika Tuhanmu memberitahu :
Bahawa sesungguhnya Ia akan menghantarkan kepada kaum yahudi itu (terus menerus) hingga hari kiamat,kaum-kaum yang akan menimpakan mereka dengan azab sengsara yang seburuk-buruknya (disebabkan kejahatan & kekufuran mereka).Sesungguhnya Tuhanmu amat azab seksa-Nya,dan sesungguhnya Dia juga Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani . .


Ahad, 18 Januari 2009

Kuala Terengganu beri isyarat lagi buat BN

Sebagai penganalisaan bersama, berbagai alasan telah dikenal pasti sebagai diantara faktor yang menyumbangkan kepada kekalahan berterusan Bn selepas PRU12 yang lalu. Apa yang paling dikhuatiri adalah persepsi kebanyakkan rakyat yang seolah-olah ingin melihat BN terus merana dan kalah. Dalam konteks di Kuala Terengganu ini pula berbagai fakta tambahan telah digariskan, ini termasuklah:

1. Fakta Calon: dikatakan bukan popular, dikaitkan pula dengan calon PM dan kawan Khairi Jamaluddin. Bermasalah dengan UMNO Bahagian sendiri.

2. Komen Mahathir yang awal-awal lagi mencantas kredibiliti Calon BN yang diumumkan. Komentar tersebut tidak dinafikan akan menjejaskan juga.

3. Media Perdana yang tidak berubah dalam membuat liputan semasa Pilihanraya kecil tersebut. Tidak telus dan berat sebelah. Akibatnya "back fired"

4. Isu Hudud yang dimainkan UMNO memakan diri sendiri. Pengundi tidak mudah ditakut-takutkan lagi.

5. Suasana dan pendekatan PAS yang telah berubah dari aggresif secara fizikal kepada lebih mudah didekati. Kehadiran Polis yang hampir 6,000 orang telah dilihat sebagai "disadvantage" kepada BN.

6. Politik pembangunan BN telah gagal menarik pengundi kerana mereka telah lali dengan pendekatan "stereo type" sewaktu berkempen oleh pimpinan yang terlibat.

7. Isu wang royalti yang dianggap oleh pengundi sebagai rasuah menjelang Pilihanraya sahaja dan pembaziran perbelanjaan dalam pembangunan yang tidak lebih daripada "glamour" dan tidak ada manfaatnya langsung kepada pengundi.

8. Pimpinan UMNO dilihat lebih hadir untuk promosi diri menjelang pemilihan parti berbanding memenangkan calon BN.

9. Proses pemilihan dalaman dan sistem pemilihan dalam UMNO menampakkan ketidak ketelusan dan minat generasi muda untuk menyertai UMNO.

Semua itu adalah sempadan dan isyarat awal akan luas dan besarnya tanggung jawab Najib menjelang proses peralehan kuasa nanti. Banyak yang perlu dimuhasabahkan dan banyak lagi perkara yang perlu dirubah menerusi transfomasi dalaman.

Jumaat, 16 Januari 2009

Selamat mengundi kepada Pengundi Kuala Teregganu

Saya mengucapkan selamat mengundi kepada semua para pengundi di Parlimen Kuala Terengganu yang bakal mengundi pada 17 Jan. 2009 nanti. Anda seharusnya bijak membuat penentuan kepada keputusan Pilihanraya Kecil tersebut.

Samada BN atau PR yang akan mewarisi kawasan tersebut, hanya tuan/puan sahajalah penentunya nanti. Faktor Calon, Parti yang diwakili, Dasar yang diperjuangkan malah isu yang dibangkitkan akan menentukan segalanya.

Apa yang pasti nanti adalah masa depan 2 aliran pakatan parti samada BN atau PR itu nanti. Segi adatnya, pengundi telah maklum bahawa kaedah pertembungan antara dua pakatan ini akan terus menerajui pilihan buat rakyat kini dan masa depan Negara.

Buat dalam BN pula, masa untuk menentukan samada PM mahupun penganti beliau dilihat relevan atau tidak. Manakala pihak PR pula, akan menentukan samada mereka akan lebih mantap atau tidak. Cita-cita untuk mengambil alih kerajaan juga akan menjadi ukuran selepas ini.

Yang pasti, pengundi bagi Pilihanraya Serawak yang bakal diadakan setahu dua nanti akan menjadikan gelangan di Kuala Terengganu ini sebagai benchmark mereka mengenai siap yang boleh dipercayai untuk mengetuai kerajaan dimasa depan. Oleh itu pengundi sekali lagi diingatkan agar sentiasa beringat kata orang tua-tuan dahulu "Ingat dulu pendapatan, ingat kemudian tiada gunanya"

Sabtu, 10 Januari 2009

Bantulah perjuangan pembelaan umat Islam Palestin

Kesempatan Israel untuk terus membuli umat Islam Palestin semestinyalah ditentang dengan apa cara sekali pun. Rakyat malaysia disemua peringkat umur, keturunan, Bangsa dan Agama seharusnyalah memahami bahawa tragedi pembunuhan keatas peperangan yang dipaksa terhadap rakyat Palestin adalah merupakan kekejaman yang sama sekali diluar Tabii.

1. Kepada yang menderma, berilah sumbangan anda kepada Tabung Khas yang telah ditubuhkan. Mereka memerlukan kewangan bagi membeli berbagai keperluan ketika kecemasan.

2. Kepada yang rajin menulis, hantarlah apa jua tulisan dan bahan bacaan bagi dikongsi maklumatnya dengan yang rajin membaca. Mesej perlu disampaikan kepada seluruh dunia.

3. Pemboikotan yang serius mesti dijayakan bersama. Walupun kesannya sedikit, niat itu adalah penting demi menyampaikan mesej yang dimaksudkan.

4. Perhimpunan berbentuk Protes umum perlu dijalankan secara berterusan demi menyedarkan rakyat betapa kejamnya Bangsa Yahudi ini.

5. Himpunan tanda tangan juga mestilah digembelingkan dan dihantar kepada kedutaan yang berkaitan khususnya Amerika yang merupakan pelindung utama kekejaman terhadap Umat Islam.

Hubungan umat Islam adalah umpama kaki dari satu badan. Cubit kaki kiri akan terasa juga kaki kanan. TEPUK DADA TANYA IMAN.

Isnin, 5 Januari 2009

Penguatkuasaan Tali Pinggang belakang

Diharapkan dengan pelaksanaan dan penguatkuasaan Tali Pinggang belakang buat semua penumpang kereta tidak menjadikannya isu yang harus dipersoal terus walau pun isyarat awal tahun baru telah membuktikan beberapa kejadian kemalangan yang meragut beberapa nyawa.

Semua pihak sebenarnya perlu saling sedar menyedari akan peranan dan tanggung jawab masing-masing. Ada yang bertanya mengapa Bas tidak dilaksanakan dan sebagainya. Sebagai warga negara yang perihatin, kita perlulah lebih praktikal dan pihak kerajaan juga seharusnyalah melihat realiti sebelum ingin memperkenalkan sesuatu penguatkusa agar lebih praktikal dimasa depan.