Welcome to my Blog

Welcome to my Weblog. This site is dedicated to publishing my writings as and when I am able to pen my thoughts and opinions.Interested parties, including the Press, may reproduce or quote materials published with the condition that they are credited tfrom me. Comments must be accompanied by names and contact. Anonymous postings and those containing profanities and obscenities will be rejected.

Salam pengenalan buat semua

Semoga keujudan blog ini akan memberikan ruang untuk kita sebagai pemimpin diperingkat akar umbi untuk bertukar pandangan dan pengalaman dalam menangai isu-isu semasa kemasyarakat ditempat masing-masing. Tuan/puan mungkin pimpinan kerdil diperingkat bawahan, samada diluar bandar atau pekan kecil, didaerah mahu pun bandar, jangan lupa bahawa anda mempunyai peranan tertentu dalam merobah pemikiran rakyat.

Bersamalah kita berazam untuk meninggikan mutu kehidupan dan kefahaman penduduk dalam sesebuah masyarakat itu menangani cabaran alaf baru. Semoga komuniti kita akan menjadi tempat yang menarik, maju dan menguntungkan buat semua penduduknya.anda boleh berkomunikasi dengan saya menerusi email peribadi di mzha@hotmail.com atau hubungi saya terus menerusi 019-2764133

capaian

Rabu, 18 Jun 2008

Pelan Induk Kuala Lumpur 2020

Majlis taklimat Pelan Induk Kuala Lumpur 2020 yang telah diadakan semalam di Tingkat 30 Bangunan DBKL telah berjalan lancar dan telah juga turut dihadiri oleh ramai wakil NGO termasuk beberapa Wakil Rakyat.
Apa yang membanggakan adalah cadangan dan input kearah pengujudan sebuah Kota Metropolitan yang berkelas Dunia " Word Class City" menjelang 2020. Persoalan yang timbul buat kita semua sebagai warga kota adalah pembangunan minda warga kota ini sendiri. Apakah mereka sudah cukup bersedia dengan Pembangunan terancang seperti yang diidam-idamkan oleh perancang Bandar itu nanti?
Secara peribadi, saya tetap yakin bahawa keperluan asas dan jaminan kos penghidupan yang berpatutan adalah perkara utama kecenderungan warga kota itu sekarang ini ingin ketahui. Adakah nanti mereka yang akan menanggung kos tidak secara langsung pembangunan itu nanti?
Persedian minda penghuninya adalah penting dalam menentukan pembangunan itu berjaya atau tidaknya. Apa guna punyai kemudahan kelas satu sedangkan penghuninya mempunyai pemikiran kelas ketiga....
Akhir sekali, keselesaan dan kemakmuran warga kota haruslah menjadi ukuran utama sebelum sebarang perancangan itu dapat dijayakan menjadi realiti. Untuk mengetahui dengan lebuh lanjut pelan Induk tersebut disamping untuk membuat cadangan balas , sila ke http://klcityplan2020.dbkl.gov.my/

Tiada ulasan: