Welcome to my Blog

Welcome to my Weblog. This site is dedicated to publishing my writings as and when I am able to pen my thoughts and opinions.Interested parties, including the Press, may reproduce or quote materials published with the condition that they are credited tfrom me. Comments must be accompanied by names and contact. Anonymous postings and those containing profanities and obscenities will be rejected.

Salam pengenalan buat semua

Semoga keujudan blog ini akan memberikan ruang untuk kita sebagai pemimpin diperingkat akar umbi untuk bertukar pandangan dan pengalaman dalam menangai isu-isu semasa kemasyarakat ditempat masing-masing. Tuan/puan mungkin pimpinan kerdil diperingkat bawahan, samada diluar bandar atau pekan kecil, didaerah mahu pun bandar, jangan lupa bahawa anda mempunyai peranan tertentu dalam merobah pemikiran rakyat.

Bersamalah kita berazam untuk meninggikan mutu kehidupan dan kefahaman penduduk dalam sesebuah masyarakat itu menangani cabaran alaf baru. Semoga komuniti kita akan menjadi tempat yang menarik, maju dan menguntungkan buat semua penduduknya.anda boleh berkomunikasi dengan saya menerusi email peribadi di mzha@hotmail.com atau hubungi saya terus menerusi 019-2764133

capaian

Rabu, 4 Jun 2008

Kesan Harga Minyak Naik bermula malam ini

Sampailah masanya yang bukan lagi bersifat spekulatif...Minyak diumumkan naik oleh Perdana Menteri, Dato sri Abdullah Badawai petang tadi. Walaupun tak sampai 24 jam, kenyataan awal Menteri berkaitan, Shahril Samad bahawa minyak akan dikaji kenaikannya paling lewat Ogos tahun ini. Apa pun, esok menyaksikan kesannya akan mula dirasai umum khususnya masyarakat golngan sederhana dan berpendapatan rendah.

Apa yang pasti semua sektor kehidupan masyarakat akan terjejas, kesan kenaikan minyak hampir 40% kali ini. Kesan Politik juga tidak dapat dinafikan. Jestru itu, sebagai rakyat biasa kita seharusnyalah mula berfikir dan merancang sebelum membuat langkah dalam semua hal. Nasihat saya, jadilah pengguna yang berhemah dan rakyat yang berfikiran matang dalam mengharung masa depan dinegara ini. Tepuk dada, tanyalah selera.

Tiada ulasan: