Welcome to my Blog

Welcome to my Weblog. This site is dedicated to publishing my writings as and when I am able to pen my thoughts and opinions.Interested parties, including the Press, may reproduce or quote materials published with the condition that they are credited tfrom me. Comments must be accompanied by names and contact. Anonymous postings and those containing profanities and obscenities will be rejected.

Salam pengenalan buat semua

Semoga keujudan blog ini akan memberikan ruang untuk kita sebagai pemimpin diperingkat akar umbi untuk bertukar pandangan dan pengalaman dalam menangai isu-isu semasa kemasyarakat ditempat masing-masing. Tuan/puan mungkin pimpinan kerdil diperingkat bawahan, samada diluar bandar atau pekan kecil, didaerah mahu pun bandar, jangan lupa bahawa anda mempunyai peranan tertentu dalam merobah pemikiran rakyat.

Bersamalah kita berazam untuk meninggikan mutu kehidupan dan kefahaman penduduk dalam sesebuah masyarakat itu menangani cabaran alaf baru. Semoga komuniti kita akan menjadi tempat yang menarik, maju dan menguntungkan buat semua penduduknya.anda boleh berkomunikasi dengan saya menerusi email peribadi di mzha@hotmail.com atau hubungi saya terus menerusi 019-2764133

capaian

Selasa, 24 Jun 2008

Parlimen Bandar Tun Razak bakal dipertandingkan?



Desas desus Ahli Parlimen Bandar Tun Razak ingin mengosongkan kerusi semakin bertiup kencang. Ianya telah menjadi desas desus sejak awal lagi malah sebelum pengemuman tarikh Pilihanraya ke 12 yang lalu. Anggapan penganalisa politik juga tidak menolak kemungkinan yang tarikh PRU12 itu dipilih berdasarkan halangan yang tidak membenarkan Dato Seri Anwar Ibrahim (DSAI) untuk terus dan layak bertanding.


Sememangnya ada yang meramalkan jika PRU12 ditetapkan selepas DSAI dibenarkan bertanding, sememangnya DSAI lah calon bagi Parlimen P124 ini. Ironinya telahan tarikh PRU12 diadakan sebelum DSAI bebas untuk bertanding menjadi kenyataan. Maka seperti yang kita sedia maklum, berlakulah "Political Tsunami"
Kini 100 hari berlalu dan DSAI pun bebas dari halangan tersebut. Tan Sri Khalid Ibrahim pula merasakan tanggung jawab perlu ditumpukan kepada urusan mentadbir Negeri Selangor MB. Maka pilihan yang ada, melepaskan Parlimen ini untuk DSAI tambah beliau lagi. Jika menjadi kenyataan, Parlimen Bandar Tun Razak akan menjadi Fokus lagi Nasional. Ini berdasarkan beberapa faktor antaranya:
a. DSAI sebagai "DeFacto Leader" kepada Pakatan Rakyat.
b. Disebut-sebut sebagai Leader in Waiting dan bakal PM kepada Pakatan Rakyat
c. Dilihat sebagai "Berometer" kepada usaha menarik beberapa lagi kerusi ahli parlimen BN dan
d. Sebagai ukuran janji beliau jika menang akan menurunkan harga minyak
Banyak andaian dan ramalan lain juga turut dibuat oleh pemimpin setempat dalam hal ini. Bagi rakyat atau pengundi yang terdiri daripada pemastautin atau komuniti setempat, ianya akan membawa pengajaran dan pengalaman baru. Ini termasuklah :
a. Parlimen Bandar Tun Razak akan menentukan jatuh bangun seterusnya DSAI dalam Politik
b. Siapa tokoh besar yang bakal menentang beliau (mantan Timbalan Perdana Menteri)
c. Akan ujudkah teori "2nd. Wave Tsunami" dalam scenario Politik tanah air
d. Medan pembongkaran perbagai isu antara pembangkang dan kerajaan dan
e. Rahmat pembangunan kepada kawasan Parlimen sebelum dan semasa Pilharaya kecil itu nanti
Akhirnya, pengundi hanya akan memilih apa yang mereka yakini. Sebagai pengundi bandar sudah pasti penilaian dan kewarasan untuk berfikir dan menentukan siapa calon yang bakal dipilih dan parti yang diwakili akan menjadi keutamaan buat semua. Isu semasa yang menghimpit rakyat kesan daripada kenaikan harga minyak dan inflasi sudah pasti menjadi agenda utama pengundi. Pengalaman keputusan PRU12 dan keputusan Pilihanraya Kecil -Sanglang, Perlis nanti juga akan menjadi "benchmark" kepada pengundi bandar Tun Razak ini nanti. Jaminan kos kehidupan yang tidak tinggi sudah pasti akan menjadi fokus untuk menawan pengundi yan bijaksana di bandar Tun Razak ini.

Tiada ulasan: