Salam, pagi ini berita mengenai Pelaksanaan pengajaran J-Qaf (Jawi, Al-Quran, Arab dan Fardu Ain) di sekolah menengah di seluruh negara yang dijadual bermula pertengahan tahun ini, akan ditangguhkan kerana masalah kekurangan guru, kata Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi.
Beliau berkata, penangguhan dibuat memandangkan terdapat kekurangan kira-kira 11,000 guru J-Qaf di sekolah kebangsaan yang sekaligus menghalang pengajarannya diteruskan ke peringkat sekolah menengah.
Perkara ini begitu mengecewakan kerana, ini jelas membuktikan bahawa kerajaan telah gagal mengujudkan pelajar atau lebih tepat guru bagi mengajarnya. Penekanan dan pengiktirafan matapelajaran malah sekolah Agama sememangnya dipinggirkan. Sekolah aliran agama Swasta dan seumpamanya jarang dibantu. Berbeza dengan kemajuan yang dilaksanakan oleh sekolah bahasa Ibunda Cina yang mempertahankan dan meningkatkan pengetahuan mengenai Tulisan dan Seni budaya bangsa.
Kini ditangguh, maka adakah harapan agar anak kita diperingkat menengah mendalami pengetahuan mengenai Fardhu Ain, membaca Al-Quran dan seumpamanya? Kadang-kadang sebab terlalu berpolitik, inilah jadinya. Tulisan Jawi (milik Melayu sebenar) akan lenyap..Baca Quran apa tah lagi..Siapalah nak disalahkan?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan