Benar Khiary Jamaluddin bertindak cemerlang dalam mempertahankan PTPTN. Namun Khairy Jamaluddin juga berdepan dengan isu-isu kesalahan lampau individu yang memimpin UMNO dan kerajaan BN. Isu itu sekiranya buka semula maka sudah pasti Khairy berdepan dengan kesukaran dalam membela UMNO. Antara isu yang dikeluarkan – adalah isu Tajuddin Ramli dan isu Fidlot. Ini belum termasuk kontrak penyelenggaraan kolej yang dikatakan selama 30 tahun.Isu ini terpaksa didiamkan oleh Khairy Jamaluddin dalam membahaskan isu PTPTN.
Khairy bagi saya adalah antara anak muda yang berpotensi memimpin dengan keintelektualan. Beliau sepatutnya diberi ruangan yang lebih luas dalam UMNO sendiri. Kalau diikutkan sepatutnya beliau menjadi Ketua Penerangan UMNO dengan cara penerangan yang lebih praktikal dari Ketua Penerangan yang ada. Perubahan UMNO yang diajukan oleh laman ini harus meneliti perubahan pentadbiran dalam UMNO dan juga kepimpinan yang memimpin UMNO itu sendiri.
Saya juga tertarik dengan Rafizi Ramli. Beliau juga mempunyai nilai praktikal yang tinggi yang dan boleh berbahas dengan cemerlang. Kedua-dua ini adalah anak muda masa depan negara. Ketepikan politik sementara – isu PTPTN perlu di kolaborasi bersama oleh kedua-dua anak muda ini demi kepentingan pelajar dan masa depan negara. Kenapa mereka berdua tidak boleh duduk dalam satu jawatankuasa untuk mencari cara penyelesaian – pendidikan di utamakan dan kos di kurangkan. Formulasi mereka, saya pasti akan dapat memberi manfaat kepada negara dan bukan hanya menjadi jurucakap politik untuk parti masing-masing
Tiada ulasan:
Catat Ulasan