Welcome to my Blog

Welcome to my Weblog. This site is dedicated to publishing my writings as and when I am able to pen my thoughts and opinions.Interested parties, including the Press, may reproduce or quote materials published with the condition that they are credited tfrom me. Comments must be accompanied by names and contact. Anonymous postings and those containing profanities and obscenities will be rejected.

Salam pengenalan buat semua

Semoga keujudan blog ini akan memberikan ruang untuk kita sebagai pemimpin diperingkat akar umbi untuk bertukar pandangan dan pengalaman dalam menangai isu-isu semasa kemasyarakat ditempat masing-masing. Tuan/puan mungkin pimpinan kerdil diperingkat bawahan, samada diluar bandar atau pekan kecil, didaerah mahu pun bandar, jangan lupa bahawa anda mempunyai peranan tertentu dalam merobah pemikiran rakyat.

Bersamalah kita berazam untuk meninggikan mutu kehidupan dan kefahaman penduduk dalam sesebuah masyarakat itu menangani cabaran alaf baru. Semoga komuniti kita akan menjadi tempat yang menarik, maju dan menguntungkan buat semua penduduknya.anda boleh berkomunikasi dengan saya menerusi email peribadi di mzha@hotmail.com atau hubungi saya terus menerusi 019-2764133

capaian

Jumaat, 1 Julai 2011

Tuntutan BERSIH dan kekangan SPR

KIRA-KIRA lebih seminggu lagi sebelum perhimpunan kedua Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) pada 9 Julai ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam mengeluarkan kenyataan 

“Pintu rundingan masih terbuka dan Ambiga boleh mengemukakan cadangannya mengenai proses pilihan raya,” kata Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar pada sesi penjelasan anjuran Institut Perkembangan Minda (INMIND) di Kuala Lumpur, semalam. Wan Ahmad berkata, SPR menjemput Ambiga dan barisan jawatankuasanya untuk perjumpaan pertama pada November tahun lalu. 



“Kami berbincang selama tiga hingga empat jam di ibu pejabat SPR dan setiap anggota BERSIH diberi peluang bercakap. Oleh kerana mereka terdiri daripada pelbagai latar belakang, tafsiran mereka juga berbeza-beza,” katanya. SPR mendengar perkara yang dicadangkan dan mereka mengemukakan 17 perakuan. SPR memberi penjelasan apa yang boleh dibuat, apa tidak boleh dan apa pula memerlukan pindaan Perlembagaan. Ambiga dan rakannya berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan. Malah Ambiga sering menemui Timbalan Pengerusi SPR dalam banyak perbincangan lain, termasuk perjumpaan dengan Transparency International. Mereka sudah lama mengenali antara satu sama lain. Sepatutnya tidak ada masalah bagi Ambiga meminta apa juga penjelasan atau mengemukakan cadangan bagi membaiki proses pilihan raya. Kemudian pada Januari lalu, Ambiga menulis surat kepada Pengerusi SPR untuk mengadakan perjumpaan lagi. Kali ini, dia mengemukakan hanya lapan perakuan, berbanding 17 sebelum ini. Tetapi menurut Wan Ahmad, memandangkan ketika itu SPR terlalu sibuk dengan persiapan pilihan raya negeri Sarawak, badan berkenaan meminta BERSIH bersabar. 

Justeru, suruhanjaya itu kini merayu kepada Ambiga agar memisahkannya dirinya daripada parti politik, kukuhkan BERSIH dan berbincang dengan SPR demi kebaikan rakyat dan negara. Beliau juga menjelaskan bahawa SPR hanya sebuah badan yang menguruskan pilihan raya dan tidak ada kuasa untuk meminda undang-undang. SPR tidak mempunyai kerusi di Parlimen. Kerajaan boleh pinda undang-undang, tetapi sebelum ia dibentang di Parlimen, Pejabat Peguam Negara perlu menelitinya dulu. 


“Kita jangan mudah sangat fikir jika tidak betul saja, pinda Perlembagaan, bukan semudah itu. Ia perlu melalui pelbagai peringkat dan adalah tidak adil jika mereka mendesak supaya dibuat perubahan atau pindaan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13,” kata Timbalan Pengerusi SPR itu. 

Mengenai pendaftaran pemilih, katanya daftar pemilih lama yang digunakan adalah berdasarkan daftar 1971, tetapi mulai 2002 daftar pemilih baru digunakan selepas diluluskan Parlimen. Perlembagaan Malaysia membenarkan warga negara berusia 21 tahun layak mendaftar sebagai pengundi dan SPR tidak ada kuasa melucutkan kelayakan itu sewenang-wenangnya. 


Oleh itu, SPR tidak boleh mengubah nama pengundi yang didaftarkan dan diwartakan kecuali pengundi sendiri mengisi borang memindahkan namanya ke tempat lain. Memang benar ada orang meninggal dunia, tetapi kadangkala warisnya tidak memaklumkan kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menyebabkan nama orang yang sudah tiada lagi masih ada dalam daftar pemilih. Selain itu, menurutnya, ada pengundi enggan menukar alamat walaupun bekerja di tempat lain, menyebabkan dia terpaksa ke tempat asalnya apabila tiba masa baginya menggunakan hak untuk mengundi pada pilihan raya. Pendaftaran pengundi sekarang yang menggunakan nombor MyKad tidak membolehkan sesiapa pun membuat pendaftaran sebagai pemilih lebih daripada sekali. Rekodnya sudah ada dalam sistem dan setiap kali nombor MyKad dimasukkan, namanya akan keluar. Ini dengan sendirinya mengatasi masalah ‘pengundi hantu’ seperti yang ditimbulkan parti pembangkang. Mengenai undi pos, Wan Ahmad menjelaskan antara mereka yang layak mengundi cara ini ialah anggota tentera, polis dan pelajar Malaysia di luar negara yang belajar sepenuh masa serta pegawai kerajaan di luar negara dan pasangannya. Katanya, SPR akan membuat pembaharuan dalam undi pos ini, iaitu urusannya pada pilihan raya akan datang dilakukan sendiri oleh pegawai suruhanjaya dan bukan lagi oleh pegawai tentera atau polis.

 Bagaimanapun, pengundian dibuat lebih awal kerana pada hari pilihan raya pegawai SPR sibuk bertugas di seluruh negara. Wakil parti juga dibenarkan masuk untuk menyaksikan sendiri undi pos ini. Mengenai dakwat kekal, katanya cara ini digunakan di India dan negara Afrika yang mana kuku jari setiap pengundi dicalit dengan dakwat yang tidak boleh hilang selama beberapa hari. Cara ini lebih sukar dikawal dan lebih mudah ditipu. Sebelum Pilihan Raya Umum 2008, polis Bukit Aman memaklumkan SPR ada orang membeli dakwat kekal di selatan Thailand. “Bagaimana jika dakwat kekal itu digunakan untuk mencalit jari pengundi di luar bandar. Tidakkah ia menimbulkan masalah dan kekecohan di pusat mengundi kelak?” kata Wan Ahmad. Cara SPR menggunakan sistem biometrik yang lebih moden dan cepat tidak mendatangkan masalah. “Kenapa harus kita patah balik ke zaman menggunakan dakwat seperti dilakukan di negara lain yang jumlah pengundinya jauh lebih besar berbanding hanya 12.3 juta di Malaysia,” tanyanya. Penjelasan yang dibuat Timbalan Pengerusi SPR itu ternyata begitu informatif dan berguna. Adalah wajar ia diteruskan di seluruh negara bagi membolehkan rakyat lebih memahami apa yang sedang berlaku, walaupun mungkin tidak sempat habis sebelum 9 Julai ini, ia masih berguna untuk pilihan raya seterusnya. 

Tiada ulasan: