Pemutihan dua juta Pati bermula Julai
Kita mempunyai 1.9 juta warga asing yang sah bekerja di negara ini. Berdasarkan maklumat, pendatang asing tanpa izin juga berjumlah dua juta, kerajaan telah senarai pendekkan 200 syarikat swasta untuk mengurus program pemutihan dan pengampunan hampir dua juta pendatang tanpa izin di negara ini.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memulakan program pemutihan dan pengampunan terhadap hampir dua juta pendatang asing tanpa izin di negara ini mulai 1 Julai ini.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Lee Chee Leong berkata mulai tarikh itu, semua pengambilan pekerja asing akan dibekukan bagi memastikan program pemutihan dan pengampunan warga asing tanpa izin berjalan lancar.
“KDN sudah senarai pendek 200 syarikat swasta yang akan terlibat menguruskan pendatang tanpa izin itu
Penyelesaian menyeluruh pendatang asing tanpa izin atau Program 6P itu dilaksana melalui pengwujudan sistem pendaftaran yang merangkumi pengambilan biometrik semua pendatang asing tanpa izin di Malaysia.
Enam pelan tindakan
Program itu meliputi enam pelan tindakan melibatkan pendatang asing tanpa izin iaitu pendaftaran, pemutihan, pengampunan, pemantauan, penguatkuasaan dan pengusiran.
Objektif pemutihan itu adalah untuk mengumpul data pendatang asing tanpa izin di negara ini termasuk berapa ramai yang bekerja dalam sektor yang dibenarkan mengambil pekerja asing dan memberi peluang kepada pendatang asing tanpa izin untuk pulang ke negara asal tanpa dikenakan tindakan tetapi terhad kepada tempoh yang dibenarkan.
Pemilihan 200 syarikat yang berminat menjadi wakil menguruskan pendaftaran pendatang asing tanpa izin itu telah mengemukakan permohonan menggunakan borang yang boleh dimuat turun dari laman web www.moha.gov.my.
KDN telah menetapkan hanya syarikat yang berpengalaman dalam bidang pengurusan sumber manusia dan pekerja asing akan dipilih manakala bagi pertubuhan atau persatuan pula ia hanya membabitkan majikan serta yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.
Persoalannya kini adalah, sejauh mana keberkesanannya nanti pendekatan dan penguatkuasaannya..Dalam ruang udara media Radio 24 siang tadi, perkara ini telah dijadikan tajuk perbahasan dikalangan pendengar. 90% tetap mersakan bahawa , KDN tak mungkin berjaya mengatasi masalah tersebut. Semuanya kerana kelemahan penguatkuasaan disamping masalah rasuah yang menjadi penghalangnya. Tepuk dada tanya selera.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan