Welcome to my Blog

Welcome to my Weblog. This site is dedicated to publishing my writings as and when I am able to pen my thoughts and opinions.Interested parties, including the Press, may reproduce or quote materials published with the condition that they are credited tfrom me. Comments must be accompanied by names and contact. Anonymous postings and those containing profanities and obscenities will be rejected.

Salam pengenalan buat semua

Semoga keujudan blog ini akan memberikan ruang untuk kita sebagai pemimpin diperingkat akar umbi untuk bertukar pandangan dan pengalaman dalam menangai isu-isu semasa kemasyarakat ditempat masing-masing. Tuan/puan mungkin pimpinan kerdil diperingkat bawahan, samada diluar bandar atau pekan kecil, didaerah mahu pun bandar, jangan lupa bahawa anda mempunyai peranan tertentu dalam merobah pemikiran rakyat.

Bersamalah kita berazam untuk meninggikan mutu kehidupan dan kefahaman penduduk dalam sesebuah masyarakat itu menangani cabaran alaf baru. Semoga komuniti kita akan menjadi tempat yang menarik, maju dan menguntungkan buat semua penduduknya.anda boleh berkomunikasi dengan saya menerusi email peribadi di mzha@hotmail.com atau hubungi saya terus menerusi 019-2764133

capaian

Jumaat, 31 Disember 2010

1 Jan 2011 - DEMO AMAN TERHADAP MAJU HOLDING


TBS Stesyen termoden dekat kampungku

Esok 1 Januari 2011 bermulalah operasi perkhidmatan bas Terminal Bersepadu Selatan – Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS). Memang canggih dan baru lagi terminal bus ni, lepas ni jalan-jalan kat sekitarnya mungkin mengalami sedikit kesesakan agaknya. Terminal ni ada enam tingkat dan dibangunkan di atas tanah seluas 19.6 hektar, dan ia dilengkapi dengan 55 platform bas, 150 perhentian teksi, 1,000 tempat letak kereta dan 1,800 tempat duduk untuk pengguna dengan sistem hawa dingin di ruang menunggu dan sistem tempahan tiket secara interaktif mesra pengguna, dan yang paling menarik ianya dihubungkan dengan rangkaian pengangkutan lain seperti Keretapi Tanah Melayu (KTM) Komuter, Express Rail Link (ERL) dan Transit Aliran Ringan (LRT), semuanya dalam satu. Jadi lepas ni pengguna boleh pergi kemana-mana dengan mudah dan pantas.
Antara kemudahan yang disediakan adalah seperti;

  • Kaunter khidmat pelanggan yang beroperasi 24 jam.
  • Kemudahan pembelian dan penempahan tiket secara online ‘e-ticketing‘ melalui www.tbsbts.com.my.
  • Penggunaan skrin untuk pelanggan disediakan di hadapan kaunter dan mikrofon di dalam kaunter supaya penumpang dapat melihat dan mendengar dengan jelas maklumat yang disampaikan pihak pentadbiran.
  • 19 kaunter tiket yang disediakan untuk membeli tiket.
  • Enam mesin kiosk untuk membeli tiket secara tunai atau ‘touch n go’.

    Lobi terminal ..
  • Sistem siaran informasi pengunjung (PIDS) seperti jadual pelepasan bas diletakkan di setiap tingkat manakala balai ketibaan dan pelepasan di tingkat bawah disediakan khusus untuk penumpang sahaja.
  • Kemudahan seperti restoran, kemudahan mesin juruwang automatik (ATM), bilik rehat VIP, surau, tandas, tempat menukar lampin bayi serta perkhidmatan WiFi.
  • Kemudahan tempat duduk yang selesa ..
  • Kemudahan untuk Orang Kelainan Upaya (OKU) turut disediakan seperti lantai penunjuk arah, kaunter perkhidmatan dan tiket yang direndahkan, tandas, lif, laluan jalan istimewa serta petak letak kereta khas untuk mereka.
  • Ciri-ciri tiket bas sama seperti tiket kapal terbang di mana di atas tiket tertera nama dan nombor kad pengenalan penumpang dan hanya mereka sahaja yang boleh menaiki bas itu.
    Perkhidmatan ‘Usher’ di setiap aras bagi membantu penumpang OKU dan penumpang warga emas bermula mereka membeli tiket hingga menaiki bas.
  • Langkah keselamatan dengan memasang 500 kamera litar tertutup (CCTV) , 250 polis bantuan bertugas membuat rondaan di setiap tingkat dan pos polis disediakan di kawasan parkir.
  • Penggunaan teknologi hijau dan mesra alam banyak digunakan seperti lampu yang digunakan adalah mesra alam serta terdapat ‘Central Vacuum System’ untuk memastikan sampah dibuang di tempat yang betul
  • Hentian rehat bas dilengkapi dengan stesen minyak, surau dan kantin

    Ironinya sehingga kini, penduduk Kg Malaysia Raya dan sekitarnya masih belum menerima sebarang tawaran untuk bersama dalam pembangunan ekonomi di Stesyen tersebut. Berbagai usaha telah kita jayakan termasuk Penubuhan Koperasi Penduduk....Surat telah dihantar termasuk kepada YB Menteri Wilayah serta MOT, namun ianya hanya ibarat menunggu buah yang tak jatuh. Sama-samalah kita renungkan.

Jumaat, 12 November 2010

Kenyataan Zahid wajar dipertahankan jika benar sekali pun

Kenyataan YB Menteri Pertahanan semasa sidang Dewan Rakyat minggu lepas tidak sewajarnya dijadikan isu oleh mana-mana pihak. Ini termasuklah kumpulan NGO mahu pun pemimpin Politik dari Pembangkang mahupun Kerajaan.

Jika benar statistik yang dinyatakan iaitu seramai hanya sermai 82 orang India, 26 orang Cina dan baki 795 adalah daripada berbagai etnik Sabah and Sarawak, maka apakah itu menjadi Isu. janganlah nak menangguk di Air Jernih. Malah mentafsirkannya pula sebagai perbandingan yang berteraskan tidak petriotik atau tidak Cintakan Negara oleh kaum yang dimaksudkan.

Baik YB M.Kulasegaran mahupun Datuk Chua Soi Lek yang membuat dakwaan sedemikian, seharusnya membantu menjustifikasikan kenyataan dan bukan menuduh pula dengan dakwaan yang boleh juga dipertikaikan. Jika salah satu alasan kurang sambutan terhadap kerjaya di ATM boleh ditafsirkan sebagai kurangnya semangat Petriotisma dikalangan golongan tertentu, apa salah kah? Jika telah merdeka melebihi setengah abad, kenapa kita tidak boleh menerimanya sebagai hakikat?

Dakwaan "tidak dapat diterima dan kurang berasas" seperti yang dibuat oleh kedua-dua tokoh politik tersebut sememangnya bermotifkan politik tanpa berpihak kepada realitik kerana seperti yang dinyatakan oleh menteri Pertahanan tersebut hanya 903 orang sahaja warga Malaysia yang bukan Melayu menyertai ATM sejak 2 tahun yang lepas. Terang lagi bersuluh fakta tersebut!

Pemimpin disemua peringkat baik apa pun latar belakangnya harus sedar bahawa kita jangan hanya menikmati kemewahan hasil ketenteraman Negara sahaja tetapi terimalah juga kenyataan bahawa tanggung jawab mempertahankan Negara ini juga terletak dibahu semua secara bersama. Jestru itu, kedua-dua pemimpin ini adalah didesak menarik balik sangkaan buruk tersebut demi kestabilan dan perpaduan Negara tercinta ini.

Zainuddin Hj Amran
Setiausaha PERKASA WP

Khamis, 11 November 2010

Anggota Sukarela dalam Rukun tertangga mesti terus dilindungi dan dihormati

Demi menjalankan tugasa bersesuaian dengan tanggung jawab sosial setempat, saya beranggapan sesorang anggota NGO yang terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan sewajarnyalah di hormati oleh masyarakat setempat beliau berkhidmat.

Sebagao contoh, anggota Rukun Tetangga yang bertugas menjaga keselamatan. Walau pun Rukun tetangga Kg malaysia Tambahan masih belum menubuhkan unit Skim Rondaan Sukarelanya (SRS) ditempat mereka tetapi sumbangan Pemuda dalam menjaga ketenteraman setempat sewajarnyalah dihormati demi kestabilan dan kemakmuran setempat. Perkara ini sewajarnyalah diambil iktibar oleh semua pihak termasuklah JPNIN dan Polis sendiri.

Insiden bapa kepada anak yang telah memukul seoarang anggota sukarelawan menjaga kampung 3 hari yang lalu sememangnyalah wajar dipansdang serius oleh semua pihak yang berkaitan. Dalam insiden tersebut 2 penyerang telah menyerang seorang anggota Rukun Tetangga Kg Malaysia Tambahan kerana telah mengambil tindakan terhadap anak beliau yang telah disahkan terlibat dalam gejala negatif dikomuniti tersebut.

Miski pun laporan Polis telah dibuat dan tangkapan telah dilakukan tetapi jika tiada pendakwaan yang segera dan pantas perkara sedemikian akan menghakis kecenderungan banyak pihak untuk menabur bakti kepada membantu membenteras kegiatan negetif yang semakin menjadi-dadi sejak kebelakangan ini.

Sehingga kini, anggota tersebut akan melakukan operasi kecil dibahagian daku yang retak dan difahamkan laporan perubatan yang diperolehi akan diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk dibuat susulan bagi pendakwaan. Jika perkara sedemikian dapat dibicarakan diharap mereka yang berani membuat tindakan berdasarkan emosi seumpama ini menerima padahnya. Walau bagaimana pun reaksi agensi kerajaan yang berwajib diharapkan dapat membantu menyelaraskan kesan sampingan hasil daripada kejadian tersebut adalah sangat dialu-alukan

Sabtu, 6 November 2010

BN mula diyakini semula, transformasi mesti berterusan

Keputusan kedua-dua Pilihanraya Kecil tempoh hari sememangnya diluar jangkaan ramai pihak khususnya para penganalisa Politik tempatan. Ini kerana kedua keputusannya menampakkan peningkatan majoriti yang begitu meyakinkan BN bahawa persepsi terhadapnya telah mula pulih dan dapat diterima rakyat.

Apa yang perlu dibuat sekarang adalah konsisitensi untuk membina persepsi positif tersebut untuk terus bertahan walau dimana pun kawasan sekali pun. Seperti kata TPM, BN harus lebih kuat bekerja dan buka "take for granted" semata-mata.

Apa pun, kedua belah pihak baik BN mahu pun PAKATAN semestinyalah sedar bahawa pengundi mempunyai penilaian yang tersendiri. Calon dan Isu buka sekalanya tetapi apa yang lebih penting keyakinan rakyat terhadap kemampuan kerajaan yang bakal memerintah. Jesteru itu menjelang PRU 13 nanti, saya rasakan kedua belah pihak tahu apa harus dipersiapkan. Kepimpinan dan kemampuan mentadbir tetap akan menjadi ukuran semua. begitu tinggi majoror

Jumaat, 22 Oktober 2010

Peringatan bagi UMNO

Bersempena persidangan Tahunan UMNO kali ini, mari kita merenung kembali kewujudan Umno yang telah banyak mengubah landskap kehidupan rakyat Malaysia sejak 1946 sehingga 2010.

Banyak perubahan baik dari segi politik,ekonomi dan sosial telah dikecapi oleh kita semua lantaran khidmat bakti yang telah dicurahkan oleh Umno. Parti ini, akan terus diingati dalam sejarah Malaysia sebagai sebuah parti yang bertanggungjawab merintis kemerdekaan dan mentadbir negara sehingga ke hari ini.

Sebagai seorang generasi kedua yang melihat betapa parti ini sedang menempuh satu keadaan yang sangat mencabar, satu masa yang menuntut perubahan secara total dan tiada masa untuk menangguhkan perubahan tersebut.

Kerap kali idea-idea bernas dan baru dilontarkan dalam Perhimpunan Agung Umno dan kerap kali itu jugalah idea tersebut terbiar begitu sahaja. Tidak dituai dan disirami agar bercambah dan dapat dinikmati bersama.

Perhimpunan tahun ini adalah satu perhimpunan yang sangat unik kerana dari akar umbi hingga ke pucuk pimpinan semuanya melontarkan keperluan bahawa Umno harus diubah untuk kekal segar dan relevan.

Justeru niat warkah ini ditulis adalah untuk berkongsi serba sedikit apa yang dilihat dari kacamata generasi muda yang bakal menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi dalam pilihanraya akan datang.

Mungkin apa yang saya katakan ini hanyalah mewakili diri saya semata, barangkali tidak ada generasi muda yang lain bersetuju dengan pandangan saya ini tetapi dalam menghadapi masa depan yang semakin tiada kepastian, Umno tidak boleh berdiri dan terus memainkan isu-isu yang sudah lapuk ditelan zaman.

Maafkan saya kerana sikap skeptikal masih menebal dalam diri saya apabila Umno katanya mahu berubah. Benarkah ia akan berubah? Benarkah Umno bersedia untuk berubah supaya kekal relevan dan menjadi pilihan rakyat?

Apa yang dilaungkan sama seperti dahulu. Tiada pendekatan baru yang diambil. Tiada pembaharuan yang dilontarkan. Masih lagi sekitar isu dan permainan politik yang serupa dimainkan sejak dahulu. Hak dan kepentingan kaum terus-menerus dijadikan intipati utama dengan harapan mendapatkan semula undi yang telah hilang dalam pilihanraya yang lepas.

Bukankah hak dan kepentingan kaum ini sudah pun dipersetujui bersama dalam Perlembagaan Persekutuan? Bukankah Perlembagaan Persekutuan telahpun menjadi pelindung, pembela dan penjaga hak dan kepentingan semua kaum di negara ini?

Apakah relevan kiranya Umno terus melaungkan slogan bahawa dialah yang akan membela dan mempertahankan hak kaum Melayu dengan tidak meminggirkan hak kaum bukan Melayu?

Kenapakah masih perlu berdiri di atas retorik yang sama sedangkan rakyat semakin hari semakin mengetahui bahawa Perlembagaan Persekutuan adalah penjaga sebenar hak tersebut? Bahkan dalam Perlembagaan sendiri telah menetapkan bahawa Yang DiPertuan Agong dan Majlis Raja-Raja akan menjaga, melindungi dan mempertahankan kedudukan istimewa orang Melayu di samping hak kerakyatan bukan Melayu? Kenapa slogan yang sama perlu bergema sekali lagi di PWTC? Inikah pembaharuan yang dijanjikan Umno?

Dalam pandangan saya yang masih tidak cukup garam ini, haruslah diketahui bahawa bukanlah masanya lagi untuk melaungkan slogan yang sama. Inilah masanya untuk mendidik, memberitahu dan menjelaskankedudukan sebenar hak dan kepentingan kaum di negara ini. Implementasikan apa yang telah diperuntukkan dalam Perlembagaan dalam dasar dan rancangan kerajaan.

Sudah tiba masanya Umno bergerak dan berubah secara keseluruhan agar tidak dilihat hanya cakap tetapi tak serupa bikin. Jika Umno benar-benar mahu kekal relevan dan segar di hati pengundi, maka hentikan polemik isu-isu sebegini.

Cukuplah permainan yang hanya sekitar hak dan kepentingan kaum semata. Begitu banyak isu lain yang harus dihadapi oleh Umno terutamanya dari soal integriti, tanggungjawab, rasuah, elitism dan mendekati pengundi muda. Janganlah hanya bersorak mahu kekal relevan akan tetapi tidak menyedari apa yang perlu diubah untuk kekal relevan.

Berapa ramai yang sudah terlepas daripada hukuman rasuah sehingga berjaya menjawat jawatan penting dalam parti?

Berapa banyak program-program mendekati pengundi muda telah dijalankan oleh Umno?

Sejauh mana keterbukaan Umno dalam menerima suara orang muda dan mendengar masalah mereka?

Berapa banyak janji-janji Ahli Parlimen Umno yang telah ditunaikan sejak pilihanraya 2008?

Umno harus bersikap realistik dan berani menerima kenyataan bahawa masih banyak lagi yang perlu dilakukan daripada terus ghairah membuat spekulasi bilakah pilihanraya umum akan diadakan. Bersiaplah melaksanakan program-program diskusi ilmiah dan tunjukkan keterbukaan dalam menerima idea dan konsep baru dari pelbagai pihak terutama daripada generasi muda.

Ketua Pemuda telah menyenaraikan 10 sikap yang perlu dibuang oleh Umno. Kebanyakan sikap-sikap tersebut ibarat terkena muka sendiri cuma yang tak dimasukkan sekali ialah “Jangan merasuah untuk dapat kedudukan.”

Ketua Wanita Umno berkata tiba masa untuk keluar dari zon selesa. Kalau begitu, mengapa tidak dicadangkan pelan baru untuk ekonomi negara? Mengapa tidak dilaungkan bahawa kaum Melayu tidak lagi memerlukan tongkat 30 peratus DEB?

Kenapa tidak beritahu kepada rakyat bahawa 30 peratus tersebut tidak termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Yang ada hanyalah “mengikut apa yang difikirkan munasabah oleh baginda Yang Di-Pertuan Agong” bukanlah “ mengikut apa yang difikirkan munasabah oleh golongan tertentu”.

Maaf jika apa yang saya tuliskan ini menimbulkan kemarahan dan terbitnya perkataan pengkhianat bangsa kepada saya. Sungguh saya juga tidak mahu melihat kaum Melayu akan meminta-minta dan mundur tetapi itu terjadi bukanlah kerana hilangnya status quo dan keistimewaan yang selama ini telah dinikmati akan tetapi terjadinya kaum Melayu sebegitu kerana ketakutan untuk berubah dan keluar dari zon selesa.

Di saat dunia semakin berubah dengan pantas, kita masih lagi selesa dan tidak ikut serta dalam perubahan tersebut. Bagaimana mungkin kita akan berubah jika hanya terus menerus di dalam rumah dan tidak melihat keadaan sekeliling yang semakin hari semakin berubah? Maka adalah baiknya juga kita merenungkan kata Neale Donald Walsch “Life begins at the end of your comfort zone”.

Umno hanya perlu mengubah cara pendekatan kerana itu sahajalah yang sangat dinantikan oleh rakyat Malaysia amnya. Janganlah hanya mengingatkan rakyat bahawasanya Umno telah berjasa membawa kemerdekaan negara maka undi haruslah berpihak kepada Umno kerana sudahpun terjadi di Jepun bagaimana sebuah parti yang telah mentadbir Jepun sejak awal kemerdekaan akhirnya tumbang.

Kalau mahu timbulkan isu berterima kasih atau bersyukur, maka Umno juga perlu ingat bahawa rakyat juga perlu menerima ucapan terima kasih daripada Umno kerana tanpa undian rakyat, Umno tidak akan memimpin Malaysia selama 53 tahun merdeka.

Saya doakan Umno akan terus berubah demi mengekalkan kesegaran dan relevan kepada rakyat. Apa yang relevan pada tahun 1946 mungkin sudah tidak relevan pada tahun 2010. Pendekatan yang diambil pada tahun 1946 tidak mungkin munasabah untuk digunakan pada tahun 2010.

Walaupun azimat “dulu,kini dan selamanya” membawa pengertian bahawa Umno kekal relevan dan diterima rakyat tetapi azimat itu tidak bererti bahawa Umno perlu dulu,kini dan selamanya mendendangkan isu yang sama,memalukan gendang retorik dan menyediakan sajian politik yang sama sejak 64 tahun yang lepas.

Umno harus berubah atau rakyat yang akan mengubah Umno!

Ahad, 19 September 2010

Sikap keterbukaan Najib terhadap PERKASA dipuji

Komentar terkini PM terhadap peranan dan keujudan PERKASA adalah amat disanjung tinggi. Ini menunjukkan beliau adalah seorang pemimpin yang berpandangan jauh lagi merealisasikan aspirasi rakyat khususnya pandangan ahi PERAKASA terhadap beberapa isu yang telah dibangkitkan.

Tidak seperti komentar beberapa pimpinan UMNO sebelum ini, komentar terbaru presiden UMNO itu sememangnya amat dihargai lagi berpandangan jauh. PERKASA Wilayah Persekutuan menyambut baik komentar tersebut dan yakin bahawa Najib sememangnya memahami serta mendengar segala isu berbangkit yang sering diketangahkan oleh PERKASA selama ini.

PERKASA mempunyai pendekatan tersendiri dalam banyak hal berbanding NGO lain apatah lagi Pertubuhan Politik seperti UMNO. Sehubungan dengan itu, saya yakin mana-mana ahli PERKASA yang juga terlibat dalam mana-mana pertubuhan Politik baik Pro Kerajaan mahupun Pembangkang memahami perkara ini. Anggap sajalah kami ini sebagai “Pressure Group” kepada semua. Kami tahu apa yang kami perjuangkan dan tahu juga kehendak peratusan serta undang-undang Negara dalam hal ini.

Apa yang perjuangkan juga selaras dengan Peruntukkan Perlembagaan dan itu jugalah matlamat perjuangan kami terhadap peribumi serta umat Melayu Negara ini. Sesungguhnya komentar yang dibuat secara negatif oleh beberapa pimpinan UMNO sebelum ini sememangnya kurang cerdik serta tidak kena tempat dan masanya. PERKASA wajar terus bersuara mewakili kepentingan Pribumi serta orang Melayu agar gagasan 1 Malaysia terus mampu berdaya maju dengan turut sama mengambil kira perjuangan yang diperjuangkan oleh PERKASA.

Jika UMNO mahu terus relevan dimata umum, UMNO mestilah bersedia untuk lebih bersifat “Inclusive and Participative” dengan semua pihak khususnya PERAKASA. Jestru itu, komentar PM adalah amat berpatutan dan bijak.

Rabu, 15 September 2010

Dilema Pemimpin Politik Melayu


Nampak gayanya kepimpinan Politik Melayu secara-cara tiba-tiba meloncat menikam PERKASA.. Apa dah jadi kepada UMNO? Hari ini UMNO kelihatan kalah dari segi moral. Sebuah pertubuhan bukan kerajaan seperti Perkasa seolah-olah telah menawan imajinasi orang Melayu dan bukan lagi UMNO . Ironinya mungkin itu yang ada dalam kebanyakkan benak pemikiran sebahagian daripada pemimpin parti melayu terbesar itu. Hanya Perkasa sahaja yang lantang dan berani bercakap mengenai soal orang Melayu, sudah bukan UMNO tapi Perkasa.

Semenjak ianya di tubuhkan di Taman Melawati oleh Ibrahim Ali, Perkasalah dilihat oleh orang Melayu sebagai wadah memperjuangkan kepentingan bangsa Melayu. 2 perkara utama yang di perjuangkan ialah institusi Raja Melayu dan hak ekonomi orang Melayu. Perkara ini tegas Perkasa, adalah seiring peruntukan Perlembagaan Malaysia. ia tersurat dan tersirat dalam perkara 153 Perlembagaan Malaysia.

Persoalannya dimanakah suara UMNO dalam hal ini? Tidak ada melainkan suara yang menghentam Ibrahim Ali. Ini suatu pendekatan yang kurang cerdik. Kita mengkritik Ibrahim Ali tapi tanpa disedari dia akan terus releven dalam kalbu orang Melayu. Kita membuang masa mengkritik beliau sedangkan mengenali beliau, beliau sama sekali tidak akan perduli sedikit pun dalam hal ini. Apa yang pasti Perkasa akan tetap mendapat sambutan orang Melayu. Orang Melayu enggan mendengar apa Tengku Adnan Mansur atau Nazri Aziz atau Khalid Nordin bahkan apa yang Ketua Pemuda UMNO nyatakan.
Kenapa ini terjadi? Ia terjadi sebab segelintir Pemimpin atasan UMNO bukanlah general yang baik. Anak buah pergi berperang tidak di bekalkan dengan persenjataan yang lengkap. Anak buah pergi bertempur, tidak mendapat sokongan 100%. Punca utama kegagalan pimpinan UMNO dalam hal ini ialah kesalahan Presiden UMNO sendiri. Jika leftenan dan pahlawan UMNO di suruh berperang dengan Ibrahim Ali dan Perkasa berilah mereka alatan secukupnya. Berilah mereka sokongan 100% dan yang tidak berbelah bahagi.

Sehingga kini sikap kepimpinan tertinggi UMNO sangat ambiguos dan ambivalent. Seolah-olah hilang punca dan pendoman dalam banyak hal. UMNO hanya menjadi penari dan bukan lagi pemukul rentak dalam Politik semasa. Gagasan serta harah tuju mula bercelaru, keutamaan sudah terjajar dari objektif awalnya. Persepsi masih lagi gagal diperpetulkan, malah ahli dibawah juga tidak berapa jelas dengan konsep yang diperkenalkan.
Bila dihadapan kongres Ekonomi Perkasa, Pemimpin akan lebih Melayu dari Melayunya Ibrahim Ali serta tidak akan mebelakangkan elemen DEB. manakala didalam Kongress bukan Melayu pula, mereka berkata NEM atau Model Ekonomi Baru lah dasar ekonomi nya. Akhirnya, UMNO tidak akan mendapat sokongan orang Melayu dan hilang kepercayaan orang Cina. Fakta nya, MCA sudah tidak lagi mewakili suara kepentingan orang Cina. Peranan dan fungsi tersebut di ambil alih oleh DAP dan Cina PKR. Saya khuatir yang dipikul bertaburan dan yang digendung berciciran begiotu sahaja.

Jika ada pun perkara yang kita patut hentam ialah bukan Ibrahim Ali tapi idea dan mesej yang hendak dibawanya. Kesilapan yang paling besar yang di lakukan UMNO ialah kegagalan menawarkan idea dan mesej yang lebih baik bagaimana program UMNO lebih baik dari program Ibrahim Ali. Ini yang gagal di lakukan oleh UMNO.

Dimana letaknya punca kegagalan UMNO? Pertama ia disebabkan kegagalan segelintir pimpinan UMNO menyampaikan perutusannya dengan tegas, terang dan nyata. Pimpinan UMNO yang lain pula tidak faham atau tidak berani pula menimbulkan persoalan dengan pemimpin yang ada. natijahnya, inilah yang berlaku.. Idea berbagai gagasan termasuk merangkumi program ekonomi (MEB), idea tentang mereformasikan perkhdimatan Awam dan idea mengenai 1 Malaysia siapa yang bikin? Kesemua idea idea ini kelihatan difikirkan oleh sebuah badan runding cara yang di sampaikan kepada pemimpin untuk dia jadikan fikiran 'orginal' darinya. Sayangnya, idea idea tersebut tidak di fahami oleh pimpinan UMNO yang lain apatah lagi oleh majoriti ahli UMNO. Tidak ada pimpinan UMNO yang bercakap mengenai nya selain dua tiga orang. Kita juga jarang mendengar Ketua Bahagian UMNO mampu bercakap panjang lebar mengenainya. (Khususnya dari perspektif membetulkan salah tanggapan umum)
Maka Perkasa pula terpaksalah menjadi "kambing Hitamnya" Pendekatan UMNO untuk berubah dengan berkawan serta berdampingan dengan NGO sebelumnya telah mula dipertikaikan. Kalau benarlah tanggapan umum bahawa Perkasa kebanyakkannya disenangi oleh ahli UMNO dan segelintir juga dari parti pembangkang. Peranan golongan pendesak kini mula terasak, maka jawabnya tepuk dada tanglah selera.

Khamis, 19 Ogos 2010

Jangan diulangi Tragedi 13 Mei

Perbalahan Kaum boleh berlaku di Malaysia jika kerajaan gagal menangani isu perkauman yang bebas diperdebatkan secara terbuka sekarang ini . Kita tidak perlu bercakap mengenai tragedi 13 Mei 1969, kerana itu hanyalah konflik melibatkan kegelisahan kaum atau social unrest yang kecil sahaja. Kini kita bercakap mengenai 'perang besar' yang boleh meletus, jika keadaan gagal dikawal (oleh kerajaan).

Pelbagai pihak kini sedang membakar semangat antara satu kaum dengan kaum yang lain. Ia termasuklah cubaan untuk menukar Perlembagaan Malaysia sekarang kepada satu Perlembagaan yang baru. Apakah cubaan itu dilakukan kerana pihak-pihak tertentu itu merasakan mereka sudah cukup besar kepala? Apakah cubaan itu dilakukan kerana mereka merasakan kerajaan yang ada sekarang akan tumbang dua tahun lagi?

Jika benar wujudnya dokumen seperti itu, maka benarkan andaian itu. Ini kerana mereka terlalu yakin mereka boleh memerintah kerana pegangan politik Melayu yang dibela oleh Perlembagaan lama, semakin luntur dan mulai terhakis. Satu lakaran baru Perlembagaan Malaysia perlu ditulis cepat bagi menggantikan Perlembagaan lama yang mereka anggap lapuk sebagai persiapan seandainya mereka memerintah kelak. Mereka mahu melukis semula Perlembagaan atas nama sama-rata dan mengeluarkan istilah kontrak sosial, agama Islam - dan mungkin kedudukan raja-raja Melayu - yang bunyinya bagi mereka terlalu kolot?

Ada pihak yang mendedahkan kewujudan Perlembagan baru itu menjelaskan: ''Perlembagan baru itu menyisihkan hak-hak orang Melayu dan juga Islam yang dijamin dalam Perlembagaan sekarang." Orang yang mempunyai idea ini cukup berbahaya. Kerajaan harus menanganinya, jika ia terbukti benar, bagi mengelakkan tercetusnya 'perang besar'.

Semua rakyat Malaysia terlalu takut untuk menghadapi situasi 'perang besar' itu. Tiada tempat yang boleh saya lari jika tercetusnya 'perang besar' itu. Bolehkah saya lari ke Singapura, Australia atau New Zealand? Saya tiada sesiapa di situ, apatah lagi tanah sekangkang kera.
Jika ia berlaku, maka ia akan tetap berlaku. Hanya Tuhan Yang Maha Esa sahaja yang akan menentukan nasib negara ini. Jika itu yang Dia mahukan, maka jadilah 'perang besar'.
Tapi, siapa yang akan untung jika berlaku 'perang besar' itu. Orang Melayu, Cina, India atau Pribumi lain? Sekali lagi hanya Dia sahaja Yang Maha Mengetahuinya.

Malaysia sebenarnya dibentuk oleh satu denominasi yang berbeza. Bukan satu, tapi membabitkan pelbagai kaum dan warna kulit serta anutan kepercayaan yang berlainan.
Sukar untuk membentuknya untuk menjadi satu denominasi yang unggul. Usaha ke arah itu sedang dilakukan melalui gagasan 1Malaysia. Mungkin akan tercapai 50 ke 100 tahun lagi, bukan semalaman sebagaimana kepercayaan kebanyakan orang sekarang?

Bangsa Amerika mengambil masa selama 250 tahun untuk melantik seorang yang berkulit hitam sebagai Presiden mereka. Tapi ada syaratnya juga. Orang berkulit hitam itu haruslah seorang yang beragama sama dengan kaum dominan kulit putih. Bolehkah Presiden Amerika seorang yang beragama Islam, misalnya? Mungkin boleh, tapi ia memerlukan 250 tahun lagi?
Kaum Arab, walau macam mana sekali pun mereka berperang mereka masih Arab - satu bahasa, satu agama mungkin sedikit berbeza dari segi aliran mazhab. Begitu juga dengan bangsa Jepun, China dan India. Walaupun mereka bergaduh sekalipun mereka masih merupakan satu denominasi yang unggul, sama warna kulit dan yang penting sama agama.

Tapi, di Malaysia ia berbeza. Melayu, Cina dan India dengan majoritinya (setakat ini masih) Melayu hidup dalam satu negara. Jika kerajaan yang dipimpin oleh majoriti itu kuat, ia hanya boleh mengharmonikan keadaan sahaja. Itu pun jika majoriti itu dapat diterima oleh sesama majoritinya yang lain. Selama beberapa dekad ini Malaysia cukup harmoni. Melayu, Cina dan India serta Pribumi lain hidup dengan harmoni kerana majoriti yang memimpin mereka itu kuat. Namun, sejak kebelakangan ini situasinya sudah berbeza. Ada golongan mahu menangguk di air keruh setelah melihat sistem pertahanan golongan majoriti itu mulai melayu.

Masing-masing mula mahu menegakkan hak masing-masing. Mereka mahu lebih. Masing-masing mahu kelihatan mereka itu dominan. Kaum Y berkompromi dengan Kaum Z untuk menjatuhkan Kaum X bagi membolehkan, mungkin, Kaum Y menguasai negara ini. Jika Kaum Y tidak berkuasa pun mereka mahu diberi peranan yang lebih lagi. Maka itu, pelbagai taktik halus yang cukup strategik sedang dirangka secara teliti untuk membolehkan cita-cita itu dicapai. Rakyat harus dikelirukan. Kaum X,Y dan Z harus dikelirukan. Golongan majoriti yang terkeliru itu kini tercari-cari ranting untuk berpaut. Jika mereka merasakan Kaum Y itu kuat maka majoriti yang sudah minoriti itu akan menyambarnya.

Amat malang sekali kaum majoriti yang kuat satu ketika dulu kerana keupayaannya dapat mengharmonikan X,Y,Z tadi tiba-tiba menjadi minoriti. Mereka sudah berpecah-pecah. Malah ada yang sudah berani dan terbuka mempersendakan dasar DEB yang dibuat khusus untuk kaum majoriti itu dulu! Tapi persoalan besarnya sekarang, apakah kaum yang dikalahkan tadi akan berdiam diri? Apakah pada ketika itu situasi yang kita semua tidak mahu ia berlaku, akan berlaku?

Apakah benar, 'perang besar' boleh berlaku di Malaysia, kita sahaja sebagai rakyat akan menentukannya...

Ahad, 15 Ogos 2010

Penyelesaian terkini dari perspektif Kabinet Malaysia

Tak sampai 2 minggu dibulan Ogos ini, masyarakat dikejutkan dengan tiga berita pembuangan bayi yang menyayat hati. Kes pertama pada 9 Ogos di Pulau Pinang, kes kedua pada 11 Ogos di Ayer Keroh, Melaka dan kes ketiga pada 12 Ogos di Tanah Merah, Kelantan.

Kes yang berturut-turut hari itu membuatkan Kabinet 'naik angin' sehingga memaksa satu keputusan diambil iaitu mengarahkan individu yang terlibat disiasat mengikut Kanun Keseksaan bagi kesalahan membunuh atau percubaan bunuh yang membawa kepada hukuman gantung sampai mati atau penjara maksimum 20 tahun.

Sebelum ini, kes pembuangan bayi disiasat mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-kanak (denda maksimum RM20,000 atau penjara 10 tahun atau kedua-duanya sekali). Mungkin hukuman itu tidak begitu menggerunkan sehingga tiada sekelumit ketakutan bersarang pada diri mereka yang tergamak melakukannya.Oleh kerana tidak takut, maka mereka sewenang-wenangnya membuang janin atau bayi yang masih bernyawa di tempat-tempat terbuka tanpa mengira waktu sama ada siang atau malam.

Kenapa mereka begitu berani? Mungkin kerana hukuman yang tidak seberapa. Justeru, dengan hukuman mati mandatori itu, kita harap kes-kes pembuangan bayi dapat dikurangkan, jika tidak dapat diselesaikan. Kita juga berharap hukuman berat itu akan memberi kesedaran kepada mereka yang hamil luar nikah supaya segera mendapatkan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, hospital, polis atau pertubuhan bukan kerajaan.

Mendapatkan kaunseling dan bantuan di tempat-tempat itu sekurang-kurangnya boleh melegakan tekanan yang dihadapi. Ini kerana kita percaya, mereka yang hamil luar nikah akan berada dalam keadaan emosi yang tidak stabil dengan jiwa yang tidak tenteram. Sebab itulah, mereka tergamak melakukan perbuatan kejam itu tanpa berfikir panjang. Dalam keadaan sekarang, inilah langkah yang perlu segera dilaksanakan. Namun, soalnya, adakah ini akan membuka jalan penyelesaian bagi menangani penyakit sosial yang semakin bernanah di dalam masyarakat kita hari ini?

Mungkin jawapan itu adalah ya. Apa lagi yang boleh kerajaan lakukan memandangkan ibu bapa dan masyarakat nampaknya memilih untuk 'lepas tangan'. Justeru, kerajaan perlu bertindak dan kita harap ia satu langkah yang mampu membendung berleluasanya perbuatan kejam tersebut. Arahan hukuman mati itu perlu diwar-warkan di dalam media terutama media elektronik. Sikap masyarakat kita yang kurang gemar membaca membuatkan saluran elektronik paling berkesan menyampaikan mesej tersebut.

Paparan mengenai hukuman itu boleh diselitkan di dalam rancangan-rancangan realiti yang menjadi kegilaan anak muda sekarang. Brosur, risalah dan lain-lain mengenai hukuman itu boleh ditampal di kawasan tumpuan ramai seperti stesen bas dan LRT, di dalam tren, sekolah, universiti, kilang dan juga di pintu-pintu masuk panggung wayang serta pusat-pusat hiburan.
Walaupun pahit untuk ditelan, namun kita harus terima hakikat bahawa anak-anak muda kita gemar berkunjung ke pusat karaoke, kelab malam dan pusat-pusat hiburan yang mana itulah lokasi yang merampas segala nilai-nilai murni hidup mereka.

Tindakan menutup tempat-tempat itu tidak menyelesaikan masalah kerana bahan-bahan lucah yang merangsang keinginan seks remaja bersepah di luar sana. Ini termasuklah telefon bimbit dan Internet yang merupakan gajet perlu masa kini. Kiriman gambar dan teks lucah kini semakin mudah berpindah tangan. Soalnya, adakah gajet itu juga mahu diharamkan?
Apa pun alasan diberi, tahniah kepada barisan Kabinet yang serius menangani gejala pembuangan bayi.

Ironinya...mengapa pandangan Tokoh Agama dan perspektif Islam jarang mahu kita bincangkan? Tepuk Dada tanya Iman

Rabu, 11 Ogos 2010

Sekolah untuk Remaja hamil satu "PERSIMPANGAN"

Orang kita mudah mencari jalan mengubati berbanding membasmi....Negara kita sudah memiliki berbagai pusat serenti untuk memulih penagih dadah dan Pusat itu dan ini yang seumpamanya. Kini di melaka hendak diujudkan pula pusat serenti untuk remaja yang merancang kehamilan atau terhamil akibat maslah sosial masa kini.

Saya menentang sekeras-kerasnya tindakan pihak kerajaan mewujudkan jawatankuasa pelaksana bagi sekolah remaja hamil. Persoalannya, bukankah mencegah lebih baik daripada mengubati?

Seperti yang telah dikatakan, kita sudah membina dan menguruskan banyak pusat serenti dan pemulihan akhlak bagi remaja yang terlanjur. Sememangnya membantu bagi sesetengah remaja, tetapi sejauh manakah keberkesanannya dalam membentuk sahsiah remaja yang lain?
Ini kerana mereka yang berada di dalam pusat pemulihan akhlak tersebut ialah mereka yang sudah melakar parut di dalam kehidupan sendiri.

Bagaimana pula dengan mereka yang masih berpeleseran di waktu malam di pusat hiburan bersama buah hati pengarang jantung, Pusat Hiburan dan aktiviti bebas dikalangan remaja mana pemantauannya? Remaja Belia negara yang berparti di Disko ! Dengan bangganya menunjukkan gambar mereka di laman web sosial Facebook. Mereka belum melakar parut itu, tetapi merekalah remaja-remaja yang 'merancang kehamilan'.

Sebagai pemimpin komuniti yang kerdil dari akar umbi dan mewakili kebanyakkan rakan seangkatan ingin menyuarakan isi hati kami, bahawa sesungguhnya nilai-nilai keagamaan yang dipelajari di sekolah sekarang ini hanyalah sekadar untuk mendapatkan simbol "A" di skrip jawapan peperiksaan.

Remaja kini mempunyai rakan-rakan yang pelbagai ragam dan gaya hidup. Guru-guru telah berusaha mengajar mereka mengenai ilmu agama. Tetapi malang sekali, mereka hanya belajar kerana peperiksaan. Sejauh manalah konsep 'kemanisan iman' di dalam buku teks Pendidikan Islam itu mampu menyentuh hati-hati remaja yang sentiasa berdarah panas? Ini kerana kekurangan kita iaitu pelajaran berorientasikan peperiksaan masih belum dapat diatasi.

Jangan dicegah aktiviti pemantapan rohani informal yang remaja cari di universiti, masjid dan NGO secara peribadi, dari situlah pemuda-pemudi yang berjiwa bersih dilahirkan. Saya berpendapat bahawa untuk menerapkan Pendidikan Islam di dalam jiwa remaja hamil tidak salah, tetapi apakah sumbangannya kepada juvenil negara secara keseluruhan?
Mengapa fokus diberikan kepada remaja perempuan yang telah hamil dan bukannya kepada remaja yang mempunyai masalah disiplin di sekolah? Bukankah mencegah pelajar-pelajar bermasalah disiplin dari akar umbi itu lebih berkesan?

Adalah baik kiranya pihak kerajaan menggalakkan aktiviti-aktiviti keagamaan di sekolah, surau di kawasan perumahan, dan kursus kepada pelajar bermasalah bagi menerap kefahaman tentang Islam yang sudah terang lagi bersuluh dan memandang hina kepada zina. Fahamkan anak-anak muda tentang konsep 'jauhi zina' yang Islam bawa dan bukannya 'jangan berzina' yang orang kita bawa.

Kementerian belia pula asyik memperuntukkan sejumlah besar wang rakyat kepada pembangunan Sukan semata-mata, mana besarnya peruntukkan untuk pembangunan Insan berbanding sukan? Kursus memantapkan keagamaan Remaja lebih Wajib bberbanding Sukan!

Pihak penguatkuasaan pun begitu juga, jika kita sendiri tidak bertindak siapa lagi? Bukankah yang menjadi mangsanya adalah anak cucu kita sendiri? Fikir-fikrkanlah..sempena Bulan Ramadhan ini

Kefahaman tentang Islam dari dalam hati akan melahirkan pelajar-pelajar bersahsiah tinggi dari semasa ke semasa. Itu satu kebaikan kepada mereka. Didiklah remaja. Kembalikan mereka kepada tujuan asal manusia diciptakan, untuk menjadi seorang khalifah dan beribadah di muka bumi. Huraikan tentang apa yang Allah katakan tentang Khalifah dan Ibadah. Dengan itu, mereka tidak mempunyai masa lagi untuk berfoya-foya. Selaras dengan cabaran masa depan yang bertunjangkan ilmu dan amal.

Sabtu, 31 Julai 2010

Kecaman terhadap kenyataan Bekas Diplomat USA terhadap Perkasa

Kenyataan yang dibuat oleh bekas Duta Amerika ke Malaysia John R. Malott bahawa pertubuhan itu sebuah kumpulan militan dalam rencana di akhbar The Wall Street Journal baru-baru ini, adalah tidak berasas dan bersifat mencampuri politik tanah air Malaysia sebagai sebuah negara yang mengamalkan Demokrasi yang mana mengamalkan kebebasan untuk bersuara.

Saya anggap dia (Malott) sebagai Nyayok serta Ego tidak bertempat. Tulisan itu tidak betul dan dia seorang bekas diplomat yang berani membuat tuduhan yang tidak bertanggungjawab. Beliau sememangnya telah Nyayok serta hilang pertimbangan bila mengatakan Perkasa adalah kumpulan militan.

Saya ingin tegaskan disini bahawa Perkasa adalah sebuah pertubuhan sah bagi membela bangsa Melayu dan bukan militan yang menggunakan senjata dalam perjuangannya. “Kami tidak ada kena mengena dengan militan. Walaupun kami adalah badan yang lantang, namun banyak lagi badan bukan kerajaan (NGO) lain yang lantang, yang juga memperjuangkan etnik masing-masing di Malaysia ini.

Teguran tersebut nyata didalangi oleh mereka yang berada didalam negara ini sendiri dan telah mula terasa tergugat dengan tindakan serta pendekatan yang dilakukan oleh Perkasa sejak kebelakangan ini.

Jumaat, 30 Julai 2010

PKFZ dan pendakwaan terkini

isu berkaitan PKFZ sememangnya menjadi perhatian umu sejak beberapa tahun yang lalu, namun baru kini dapat dikenal pasti siapa yang seharusnya didakwa.Ironinya mengapa begitu lambat kes ini mendapat perhatian pihak yang berwajib.

Begitu banyak penyelewngan serta kerugian pelaburan boleh terjadi kepada satu projek sebesar ini di Selangor. Kalau dulu, menjadi tanda tanya, kita harapkan dengan pendawaan yang dilakukan semalam akan menjawab berbagai spekulasi perkaitan penyalahgunaan kuasa tak kira diperingkat Persekutuan mahu pun Negeri sebelum ini.

Apa pun, pendakwaan tersebut akan memberikan impak politik kepada rakyat yang akan menilainya...

Jumaat, 16 Julai 2010

Kaedah Pemilihan Ketua Kampung di Selangor satu praktikaliti

Cadangan Kerajaan Negeri Selangor untuk mengadakan Pemilihan Ketua Kampung atau Masyarakat setempat diperingkat akar umbi amat tepat pada masanya. Ini kerana kaedah lantikan seperti yang dijalankan sekarang hampir disemua peringkat dan kesemua negeri tidak sedemikian.

Pemilihan sedemikian hanya dilaksankan oleh organisasi pertubuhan NGO atau dalam lain perkataan oleh Persatuan Penduduk yang berdaftar di ROS sahaja. Pemilihan berdasarkan lantikan pada hemat saya tidak lagi relevan kerana seseorang pemimpin itu tidak terbukti mendapat sokongan dan dihormati oleh mereka yang bakal berada dibawah kepimpinannya nanti.

Jika kaedah yang ingin dilaksanakan di Selangor ini berjaya dilaksanakan, nescaya aspirasi untuk melihat persefahaman dan kerjasama antara kerajaan dan pimpinan akar umbi dapat dieratkan lagi. Ketua Kampung atau pimpinan diperingkat kawasan Perumahan sekali pun, kepimpinannya semestinyalah ditentukan oleh penduduk disitu dan bukannya mereka yang dilantik dan kemudiannya tidak disenangi oleh majoriti penduduknya.

Hakikat ini jelas diperhatikan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur juga, kredibiliti mereka yang mendakwa sebagai pimpinan sesuatu Komuniti itu sering dipertikaikan perlantikannya atau pertubuhannya. Ini kerana kuasa menentukan pemimpin itu terletak kepada kuasa lain dan bukannya penduduk itu sendiri.

Hanya dengan cara inilah, slogan Rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan akan lebih praktikal. Kaedah pemilihan dan tatacara pemilihan bolehlah kita fikir-fikirkan.

Isnin, 12 Julai 2010

Perpaduan kaum ditahap meruncing

KEBELAKANGAN ini kita mulai menyedari bahawa perpaduan kaum diMalaysia menghadapi satu ujian yang baharu. Rata-rata semua kaum mulai menyuarakan ketidakpuasan hati tentang apa yang berlaku di sekeliling mereka.

Sudah nampak kurang toleransi antara kaum dan ini mesti ditangani segera walaupun kita sedia maklum ia bukan semudah kata-kata kosong sahaja. Kita mulai melihat pengasingan kaum-kaum secara tidak disedari. Di sekolah-sekolah, di universiti-universiti, di kompleks-kompleka, di gerai-gerai, di pejabat-pejabat, di perkumpulan-perkumpulan malah di padang-padang sukan kita mulai melihat sesuatu kaum itu sentiasa bersama kaumnya.

Sukan bola sepak umpamanya seakan-akan dimonopoli oleh sesuatu kaum dan tidak lagi mencerminkan kaum-kaum asas negara kita walaupun alasan kita ia bergantung kepada bakat dan kebolehan. Amat jarang sekali sekarang dapat kita lihat percampuran kaum seperti sekitar tahun 1980-an dan 1990-an dahulu. Saya amat merindui semangat muhibah ketika itu. Sekarang terasa semacam ada perasaan prasangka yang luar biasa dapat kita rasakan. Sehinggakan kita perlu dan mungkin terpaksa mengadakan program penyatuan belia-belia yang berbeza latar belakang dan kaum melalui Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).
Persatuan parti-parti politik yang berbeza kaum dapat dirasai tidak ikhlas antara mereka. Masing-masing berkawan atas agenda yang sama tetapi mempunyai tujuan yang berbeza. Mengapa ini boleh berlaku sedangkan kita paling bersatu ketika tahun 1980-an dan 1990-an iaitu era Dasar Ekonomi Baru yang ternyata membawa kekayaan kepada semua kaum tetapi sentiasa dituduh menyebabkan perpecahan kaum?

Sedar atau tidak, kita sekarang sedang melalui era di mana pemuda-pemudi kita lahir dari program pengasingan kaum yang telah bermula melalui pemilihan sekolah rendah lagi oleh ibu bapa yang mempunyai kehendak yang berbeza. Anak-anak Melayu hampir kesemuanya masuk ke Sekolah Kebangsaan yang ditaja kerajaan. Segelintir dihantar ke sekolah-sekolah agama mengikut acuan yang ditetapkan oleh ibu bapa. Rakan-rakan mereka daripada keturunan Cina hampir keseluruhannya mengikuti aliran jenis kebangsaan Cina. Sedangkan rakan-rakan India sudah mulai ramai menyertai sekolah jenis kebangsaan Tamil. Walaupun ada sekolah jenis kebangsaan Cina di Sabah dan Sarawak, hampir keseluruhan kaum pribumi yang kebanyakannya susah menyertai sekolah-sekolah kebangsaan tajaan kerajaan. Ini juga berturutan sehingga mereka ke sekolah menengah.

Sebenarnya kita yang bersalah menyebabkan mereka prejudis terhadap bangsa lain sejak dari kecil lagi dan sekarang kita mulai merasakan bahangnya. Sebenarnya kita akan lebih toleransi lagi bila bersama-sama bila melalui masalah dan suka bersama. Ini juga diterapkan dalam program PLKN. Sebenarnya kita belum lagi merasai dengan jelas terjemahan proses sekolah secara berasing dan kita perlu jujur untuk memikirkannya sebelum ia menjadi lebih buruk. Bayangkan atas dasar pengajaran dan penekanan yang berbeza (walaupun mempunyai silibus yang telah ditetapkan) di setiap sekolah tersebut, maka kita mempunyai remaja yang mempuyai asas dan kekuatan yang berlainan. Anak-anak Cina dari sekolah aliran Cina misalnya di asak pelajarannya dan mempunyai jati diri dan semangat kepada bangsanya yang kuat. Segala peraturan adalah serius tidak boleh main-main. Mereka adalah yang akan cemerlang dalam pelajaran atau juga ko-korikulum.

Kebanyakan sekolah aliran Melayu dan Tamil menghadapi masalah disiplin dan penyeliaan. Melalui temu duga kerja yang saya lakukan dahulu, mereka yang berasal dari sekolah agama lebih berani dan mempunyai jati diri setanding kaum Cina. Malah ditunjukkan juga kesungguhan aspek memikul tanggungjawab dan bekerja. Hanya mereka ini kadang-kadang akan hilang peluang bila ada pihak-pihak yang secara sengaja melabelkan mereka sebagai ektremis. Sedangkan mereka dari sekolah berasrama penuh pula lebih glamor, sedangkan isinya diambil mudah. Sehingga ada yang hanya tahu "copy and paste" resume. Jurang antara mereka besar dan tidak dapat kita pastikan kedudukan mereka dengan yang lain sehingga mereka mula bekerja. Bagaimanakah nanti ada pihak yang hanya inginkan produk dari sesebuah aliran sahaja. Kita secara tidak langsung telah "marginalise" kaum dengan lebih buruk lagi.

Jika sekolah aliran Inggeris ataupun sekolah satu aliran dapat dilakukan maka kerajaan dapat menjimatkan sumber kewangan yang disalurkan ke dalam PLKN atau setidak-tidaknya dapat mengurangkannya. Mengapa kita tidak pergunakan kelebihan itu demi masa depan negara!

Isnin, 5 Julai 2010

Penganalisaan terhadap dakwaan kebangkrapan Felda

SEJAK minggu keempat bulan Jun lalu hingga semalam, banyak isu berkaitan Felda timbul ekoran dakwaan terbuka akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Suara Keadilan yang menyiarkan laporan berunsur pembongkaran terhadap Felda.

Banyak penulisan mengenainya diterbitkan antara lainnya menyentuh tentang Felda yang dikatakan bankrap. Mendakwa Felda mengalami kerugian sehingga bankrap bukan sahaja satu tuduhan serius, malah boleh mencetuskan kebimbangan terhadap seluruh warga Felda. Menyedari fakta itu perlu perjelaskan dengan betul dan mengelakkan kekeliruan, maka Felda dilaporkan akan mengambil tindakan undang-undang dalam mencari kebenarannya, terhadap akhbar tersebut serta beberapa pemimpin pembangkang. Shabas diatas usaha tersebut.

Antara yang akan dinamakan dalam saman tersebut ialah ketua pengarang akhbar itu, wartawan terlibat, pemegang permit dan empat pemimpin pembangkang iaitu penyelaras pakatan pembangkang, Datuk Zaid Ibrahim, Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Tan Kee Kwong dan Suhaimi Said serta Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Mohd. Abdul Wahid Endut.

Laporan akhbar Suara Keadilan itu timbul selepas Parlimen diberitahu tentang kemerosotan tunai Felda daripada RM4.08 bilion pada 2004 kepada RM1.35 bilion pada 2009 disebabkan badan itu berbelanja ke arah peningkatan sosioekonomi para peneroka dan pembelian beberapa aset.

Merasakan diri terhina maka tidak hairanlah beberapa kelompok peneroka Felda mahu mengadakan demonstrasi membantah laporan tidak berasas itu. Perlu difahami bahawa dalam hal ini, pihak yang menjadi mangsa adalah warga Felda terutama mereka yang mudah menerima maklumat yang disebarkan oleh pakatan pembangkang atau menerusi media perbagai suber seperti yang ujud sekarang.

Namun, sebarang usaha ke arah mengembalikan kepercayaan seperti yang dilakukan sekarang perlulah dilakukan segera kerana kita tidak mahu pemikiran peneroka Felda terus ditanam dengan kebencian terhadap pengurusannya. Seperti kata pepatah, mencegah lebih baik daripada mengubati, maka gerakan membanteras dan menangani fitnah jika ianya betul terhadap peneroka Felda perlu dilakukan dari semasa ke semasa dan tidak hanya ketika timbul sesuatu isu sahaja. Ini kerana jika dakwaan tersebut ada kebenarannya, kerajaan sudah barang pasti menerima tempiasnya.

Dalam persaingan itu, yang akan menang adalah pihak yang selalu mendampingi peneroka Felda. Dengan itu, sebarang tuduhan tidak berasas dapat ditangkis dengan lebih pantas sekali gus membuatkan peneroka Felda tidak sempat untuk beralih arah.

Ini kerana kebanyakan generasi kedua Felda berada dalam kelompok usia yang hampir sama iaitu 40 tahun ke bawah. Jadi tentulah, mereka ini lebih arif terhadap apa yang dimahukan oleh kelompok usia itu di Felda seluruh negara. Pendedahan apa yang sebenarnya berlaku perlu diketahui oleh mereka secara terbuka. Berani kerana benar!

Selasa, 22 Jun 2010

UMNO masih tak berubah

UMNO satu-satunya parti politik nasionalis Melayu kini sedang hebat dilanda pelbagai 'ujian'. Antara ujian yang dihadapi adalah seperti berikut:

* Krisis kepimpinan dalam parti yang menyaksikan 'pergeseran' di peringkat kepimpinan UMNO di beberapa buah negeri;

* Integriti dan kepimpinan UMNO dalam Barisan Nasional seringkali 'dipersoalkan' oleh parti-parti komponennya;

* Cabaran yang bertali arus dari parti-parti pembangkang - Pakatan Rakyat;

* Kepercayaan dan sokongan rakyat yang semakin terhakis sejak peletakan jawatan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad; dan

* Wujudnya sikap 'tidak ambil peduli' dalam kalangan segelintir pemimpin dan penyokong
UMNO terhadap keadaan parti tersebut serta lupa matlamat sebenar perjuangan dalam UMNO.
Sama ada ingin percaya ataupun tidak, inilah realiti sebenar yang sedang dihadapi oleh UMNO sebagai sebuah parti politik nasionalis Melayu dalam mengharungi arena politik tempatan yang sesungguhnya semakin mencabar dan 'ganas'.

Walaupun senario sebegini, jatuh dan bangunnya parti politik pemerintah boleh disifatkan sebagai satu lumrah atau kebiasaan dalam dunia politik tempatan di mana-mana negara di serata pelosok dunia. Dalam hal ini, pemimpin dan penyokong parti politik tersebut tidak seharusnya mengambil pendekatan 'berdiam diri' atau 'tunggu dan lihat' terhadap apa yang sedang dan bakal berlaku, serta menyerah 'bulat-bulat' kepada takdir untuk menentukan masa depan parti mereka sendiri.

Jika sesebuah parti politik ingin mengekalkan kuasa kerajaan yang mereka pimpin, meningkatkan sokongan rakyat, serta untuk terus kekal relevan sepanjang masa, usaha 'keras' perlu dilakukan untuk 'memulihkan' kredibilitinya pada 'mata rakyat'.

Dalam konteks UMNO, rasanya telah banyak saranan-saranan diutarakan sama ada di peringkat atasan atau bawahan supaya UMNO berubah ke arah yang lebih baik terutamanya ketika parti tersebut berada dalam keadaan 'tidak stabil'.

Sungguhpun begitu, apa yang agak menyedihkan ialah semua saranan tersebut hanya tinggal pada nama sahaja. Tidak ada tindakan proaktif dibuat. Semuanya, baik pemimpin mahupun penyokong masih mengambil sikap 'tunggu dan lihat' siapa yang akan berubah dahulu.
Lebih buruk lagi, ada yang masih ingin menyalahkan antara satu sama lain, menuding jari kepada orang lain dan rakan seperti tanpa menyedari bahawa mereka juga mempunyai kelemahan yang tersendiri. Hasil daripada sikap yang tidak berfaedah itu, tiada sebarang perubahan yang konstruktif berlaku kepada UMNO, manakala imej parti tersebut masih tidak dapat dipulihkan seperti sediakala.

Apa yang jelas di sini adalah 'kegagalan' UMNO memberi respons terhadap semua tuntutan untuk berubah selaras dengan perkembangan politik semasa telah dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti persepsi dan budaya berpolitik yang sudah 'outdated'.

Pemimpin dan penyokong UMNO harus faham bahawa peranan UMNO sebagai sebuah parti nasionalis Melayu kini sudah pun mencapai tahap tepu dan telah berada di kemuncaknya. Kitaran pertama peranan UMNO sebagai parti politik yang mendokong perjuangan orang Melayu kini sudah pun lengkap dan sekarang sebenarnya sedang mengalami proses kitaran kedua yang cabarannya sangat hebat dan 'ganas'.

Bagi menghadapi proses kitaran kedua itu, UMNO memerlukan pembentukan persepsi dan budaya berpolitik yang berlainan dengan apa yang pernah ia amalkan sejak merdeka dahulu. Inilah proses transformasi politik yang sangat diperlukan UMNO untuk terus kekal relevan dalam konteks politik tempatan.

Begitupun, untuk melengkapkan proses transformasi politik itu, ia memerlukan sifat berani terutamanya dalam kalangan pemimpin UMNO di pelbagai peringkat kerana merekalah yang bertanggungjawab mencorak dan menentukan hala tuju parti tersebut. Sebaliknya, penyokong parti pula tidak mempunyai apa-apa 'kuasa' dalam soal ini.

Para pemimpinlah yang menentukan jatuh bangunnya UMNO sebagai sebuah parti politik nasionalis Melayu.

Justeru, perubahan ke arah proses transformasi politik dalam UMNO mesti diterajui oleh para pemimpinnya di pelbagai peringkat terutama pemimpin atasan yang 'beribu pejabat' di PWTC. Sebagai pemimpin tertinggi parti, mereka mesti berani membuat keputusan-keputusan 'strategik', bukan sahaja untuk masa depan UMNO tetapi juga orang Melayu dan Malaysia amnya.

Tanpa sifat berani, tiada apa yang boleh dilakukan oleh UMNO untuk memulihkan imej dan kredibilitinya pada 'mata rakyat'. Masih belum terlewat bagi UMNO untuk berbuat demikian. Sebaliknya, jika UMNO 'takut' untuk berubah, mungkin satu hari nanti, ia hanya 'berada' di muzium dan arkib menjadi tontonan pelawat sebagai 'bahan' sejarah yang membuktikan bahawa negara ini pernah pada satu ketika dahulu diperintah oleh sebuah parti politik nasionalis Melayu yang dikenali sebagai UMNO.

Khamis, 10 Jun 2010

pendekatan selamat sebelum membangunkan Kg Baru

Keputusan YB Menteri Wilayah Persekutuan untuk bersedia menerima pandangan penduduk Kg Baru Kuala Lumpur mengenai masa depa pembangunan dikampung mereka menerusi pungutan suara adalah tindakan bijak dan bertepatan dengan slogan Rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan.

Setelah sekian lama perkara ini menjadi isu bualan dan kemunculan beberapa pihak termasuk NGO menyuarakan pandangan mereka, keputusan tersebut dilihat amat bertepatan seleras dengan apa yang dihasratkan majoriti daripada mereka.

Ada beberapa isu pokok yang menjadi tunjang kepada perbahasan tersebut. Ini termasuklah perkara berkaitan identiti perkampungan tradisi melayu dalam bandar. Sejauh mana pengekalan identiti ini dapat dipertahankan secara keseluruhannya di Ibukota ini hanya akan terletak sejauh mana perjuangan untuk mengekalkan Kg Baru Kuala Lumpur sebagai ikon pentingnya. masih terdapat hampir sepuloh atau lebih kampung Melayu tradisional ini sehingga kini di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ini.

Jika semuanya kelak dimakan arus pembangunan dan bertukar tangan, maka tiada lagilah kebanggaan imej melayu warisan zaman ini kecuali tinggal dalam lipatan sejarah sahaja. Akibat pembangunan dan mengejar keuntungan, pemiliknya sudah pasti mudah terpengaruh dengan habuan yang bakal dikecapi. Walaubagaiman pun kesannya, sudah pasti pemilikan melayu akan berkurangan akibat tindakan tersebut.

Jika dilihat daripada nilaian komersil pula, jika pandai kita menguruskan dan pandai mengolahnya kedua-dua akan kita perolehi. Apa pun tindakan yang bakal berlaku selepas ini, semangat untuk mengutamakan kepentingan ramai sudah pasti diutamakan. Seperti juga Kg Baru, Kg Malaysia Raya juga sudah pasti berdepan dengan isu yang sama. Pembangunan yang menghimpit kawasan kami sudah pasti menjadikan aset penduduk yang memliki tanah dikawasan yang dimaksudkan bakal melonjak. Sekali lagi diharapkan pihak kerajaan khususnya Kementerian Wilayah Persekutuan atau DBKL seharusnya merangkakan pelan jangka panjang sebelum perkara ini berlaku. Apa pun perancangan, samada kerajaan, swasta mahupun individu, hak dan keujudan penduduk asal janganlah dilupan begitu sahaja.

Khamis, 20 Mei 2010

Sime Darby fiasco should be shared

Tun Dr Mahathir Mohamad today said action should be taken against all those involved in Sime Darby Berhad’s cost overruns for the Bakun project and not just chief executive Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid.

According to him cost overruns in the Bakun project were almost RM1.8bil and said the responsibility for the Sime Darby fiasco should be shared. I personally agreed with that and hope all Malaysian should also deserved to know where and how this happened.

"The Bakun hydro project was given to Sime Darby and a Chinese partner at RM1.8bil. Now, the CEO has been dismissed because of cost overruns in the project, amounting to RM900mil.

"The former PM also claimed , the overruns are more than that because the Government has already compensated Sime Darby with about RM700mil.The total cost overruns would be almost equal to the bidded price of RM1.8bil. The price has been doubled," Dr Mahathir wrote in his blog, chedet yesterday.

"How come the bid is so low? I would think the engineers would know that they would not be able to build at RM1.8bil. Who are the consultants in Sime Darby? How come they okayed such a low cost for the project?

Who ever responsible for the overruns should be shared: "Is it only the CEO who was responsible? Who are the others who were involved with the project and failed to see that the cost overruns were very high and the project has been delayed by almost three years.

Meanwhile, Sime Darby chairman Tun Musa Hitam told a news portal Wednesday that he would quit if required to, in wake of the conglomerate's huge first-quarter losses. The question is why until asked? Can't he take the responsibility too.

Not to say if necessary, yes, I am prepared," he said....inspired by Malaysia BOLEH attitude indeed! instead he added, that it was up to the shareholders to decide whether board members should also be made to resign.

Last week, the board asked president and group CEO Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid to take a leave of absence, prior to the expiry of his contract in November this year.

This came after Sime Darby reported RM964mil in cost overruns from projects, including the Bakun dam project, racked up during his tenure.

Prime Minister Datuk Seri Najib Razak said last week there would be no cover-up of any weaknesses or losses at Sime Darby.The cost overruns were discovered by a board work-group assessing the corporate governance and performance of Sime Darby's energy and utiliies division.

Isnin, 17 Mei 2010

Keputusan PRK Sibu satu pengajaran

Kini sokongan rakyat di Sibu menjelaskan segalanya maka terpulanglah kepada kepimpinan tertinggi Barisan Nasional Sarawak untuk membuat keputusan yang terbaik demi parti berkenaan dengan masa depannya di Bumi Kenyalang samada mahu terus diterima oleh rakyat atau secara beransur-ansur akan ditolak oleh rakyat sendiri pada akhirnya.

Adakah BN Sarawak telah bersedia untuk membuat pembaharuan dalam semua aspek serta mahu memperbahurui barisan kepimpinannya atau akan membiarkan rakyat untuk menentukannya melalui Pilihan Umum Negeri yang akan datang.

Mudah saja, Ketua Menteri Sarawak YAB Pehin Sri Taib Mahmud serta dua Timbalan beliau iaitu YAB Tan Sri Amar Alfred Jabu dan YAB Tan Sri Dr George Chan supaya berani untuk membuat keputusan yang walaupun agak kasar jika dikatakan ianya adalah merupakan satu cadangan namun hakikatnya ialah itu semuanya merupakan sebahagian daripada kitaran hidup apabila mereka harus berundur dan perlu menyediakan pemimpin pelapis atau lebih tepat lagi sebagai "pengganti" kepada ketiga-tiga mereka ini untuk meneruskan agenda pembangunan di Negeri Sarawak ini pada masa depan.

Rakyat Sarawak ramai yang sangat kecewa dengan keputusan yang telah diterima oleh Barisan Nasional di P212 Bandar Sibu dan jangan sampai kekecewaan rakyat melarat sehingga kepada Pilihan Raya Umum negeri Sarawak yang akan datang...maka ingatlah bahawa biarpun kini rakyat kelihatannya menyokong BN namun apabila harapan mereka berkecai dan tidak kesampaian adalah menjadi perkara yang tidak mustahil apabila rakyat akan terus memboikot Pilihan Raya itu kelak seperti yang berlaku hari ini tadi dengan tidak mahu turun mengundi. Fikir-fikirlah sendiri...~~~

Khamis, 13 Mei 2010

Aluan Sempena Mesyuarat Agung Penduduk kg Malaysia Raya

Terlebih dahulu izinkan saya mengucapkan Selawat serta Salam kepada Junjungan Besar Banginda Rasullullah SAW serta Ahli Keluarga beliau serta seluruh ahli Persatuan Penduduk Kg Malaysia Raya sekelian.

Tahun ini genap 8 tahun penubuhan Persatuan Penduduk kita ini memainkan peranan sebagai sebuah Organisasi yang menghubungkan berbagai Pertubuhan serta Individu samada didalam mahupun diluar kampong kita.

Sokongan serta tanggung jawab telah sebaik mungkin kami seluruh Ahli Jawatan Kuasa pikul semenjak pelantikkan dalam mesyuarat tahunan kali ke 7 yang lalu malah bagi saya sendiri sejak 8 tahun penubuhannya.

Sudah tentulah, seperti yang kerap saya katakan bahawa mencapai atau mencipta kejayaan bukanlah susah asalkan ada kemahuan serta perpaduan yang utuh bagi mencapainya. Apa yang susah adalah untuk mempertahankan apatah lagi meningkatkan kejayaan tersebut kepada satu tahap yang lebih dari apa yang tercipta sekarang.

Saya menyeru kepada semua ahli yang hadir agar memikirkan perkara ini dan bersama dalam satu keluarga menggunakan pendekatan yang berhemah lagi beradap bertemu malah menggunakan setiap kali “Platform” yang disediakan untuk mengutarakan pandangan serta teguran seperti dalam Mesyuarat/Pertemuan sehinggalah ke Mesyuarat Agung seperti yang diadakan nanti.

Sebagai manusia biasa, saya akur terhadap pemilihan serta tanggung jawab yang telah diamanahkan kepada saya, besarlah harapan saya agar semua ahli lebih bersifat “matured” dalam menangani sebarang konflik jika ianya timbul. Saya sentiasa bersifat terbuka dan mengharapkan ahli disemua peringkat dapat memahami apa yang saya maksudkan ini.

Kepada Semua pihak termasuk Agensi kerajaan seperti DBKL, Jab. Penerangan, Jab. Perpaduan, KEMAS, PDRM,YADIM, JAWI, Jab. Belia serta beberapa agensi termasuk Swasta seperti BESRAYA, Syarikat Ali Ibrahim dan individu luar yang sentiasa membantu, mengiktiraf kerja tadbir kami, saya ucapkan ribuan terima kasih. Semoga sokongan dan kerjasama akan terus dilaksanakan demi keharmonian hubungan antara satu sama lain.

Salam Ikhlas dari saya
“KAMPUNG KITA TANGGUNG JAWAB KITA”

Ahad, 25 April 2010

Natijah keputusan Hulu Selangor

Keputusan Pilihanraya Hulu Selangor telah sama-sama kita dengar dan telah berpihak kepada BN semula. Agak mengejutkan juga apabila keputusan tersebut menyaksikan keputusan yang agak drastik terutamanya berdasarkan kepada lokaliti daripada 47 peti undi yang dipertaruhkan.

Apa yang jelas hasil daripada keputusan ini adalah 75% undi Malayu telah kembali menyokong BN manakala pengundi Cina pula 80% telah berpihak kepada PKR. Ironinya sekitar 75% India juga menyokong PKR. Satu analisa yang patut dibaca oleh seluruh mereka yang berminat untuk membuat penganalisaan selepas ini.

Sebagai rakyat, semestinya pengundi mengharapkan tertunainya janji-janji, tidak kira apa perspektifnya hasil keputusan tersebut, janji tetap akan dituntut lagi direalisasikan. Terserahlah kepada rakyat untuk menilainya selepas ini.

Ahad, 11 April 2010

Perebutan 3 Penjuru di Hulu Selangor

Terdapat 3 komponen utama dalam menetukan siapa yang bakal memiliki Parlimen Hulu Selangor. Orang Asli, pengundi diam, atas pagar bakal pilih siapa Ahli Parlimen baru pada 25 April

PILIHAN raya kecil di Parlimen Hulu Selangor bakal menjadi medan paling sengit selepas beberapa siri pilihan raya kecil sejak dua tahun lalu. Ia kerana pilihan raya ini akan mengukur dua perkara. Pertama, sejauh manakah sokongan rakyat kepada segala dasar kerajaan termasuk slogan 1Malaysia, Pelan Transformasi Kerajaan dan Model Ekonomi Baru? Keduanya, mengukur sejauh manakah rakyat menerima pakatan pembangkang selepas segala kemelut yang dihadapinya didedahkan oleh bekas ahli Parlimennya sendiri? Justeru, pentingnya pilihan raya kecil Hulu Selangor, maka ramai yang sudah menulis mengenai hal ini. Namun, tulisan berkenaan bukan untuk menilai penerimaan rakyat kepada dua perkara di atas, tetapi untuk melihat siapakah yang akan bertanding dan dari parti mana? Maka banyaklah analisis mengenainya yang menonjolkan kehebatan calon yang menjadi pilihan masing-masing.

Satu lagi aspek yang mendapat banyak kupasan ialah faktor yang menentukan kemenangan parti yang bertanding. Umumnya analisis tertumpu kepada faktor calon sebagai asas penting dalam menentukan kemenangan parti yang bertanding nanti.

mari kita buat penganalisaan tentang sikap pengundi kaum India dalam pilihan raya kecil ini. Persoalan yang hendak dibahaskan ialah adakah kaum India sebagai ‘king maker’ dalam pilihan raya kecil ini?

Sepintas lalu, ramai yang menyatakan undi kaum India adalah penentu kemenangan di Hulu Selangor. Alasan yang diberikan ialah Batang Kali, Serendah, Kerling dan Kuala Kubu Bharu adalah antara kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk India yang tinggi dan selalu menjadi perhatian dalam pilihan raya di Hulu Selangor.

Alasan lain ialah apabila pengundi Melayu yang berjumlah 34,020 orang atau 52.7 peratus bersaing secara sama kuat antara antara Barisan Nasional (BN) dan pembangkang dan pengundi Cina yang berjumlah 16,964 atau 26.3 peratus juga adalah sama kuat antara BN dan pembangkang, maka pengundi India yang berjumlah 12,453 atau 19.3 peratus tentunya akan muncul sebagai kuasa penentu.

Betulkah begitu? Berbeza dengan pendapat penulis lain sebelum ini, tulisan ini tidak melihat pengundi India sebagai penentu dalam PRK di Hulu Selangor.
Sementara tidak dinafikan bilangan mereka sebanyak 12.5 peratus daripada keseluruhan pengundi seramai 64,500 adalah cukup signifikan, tulisan ini berhujah bahawa bilangan sejumlah itu tidak bermakna kaum India adalah kuasa penentu dalam pilihan raya kecil di Hulu Selangor. Ini kerana sokongan pengundi India kepada dua parti yang bertanding dalam pilihan raya kecil ini adalah seimbang dan sama kuat.

Dalam persaingan sebegini, yang muncul sebagai kuasa penentu bukannya pengundi India kerana 30 peratus daripada mereka adalah penyokong kuat BN atau pembangkang. Begitu juga dengan pengundi Melayu dan Cina, 30 peratus daripada mereka adalah penyokong kuat BN dan pembangkang. Oleh itu, mereka bukan sebagai undi penentu kerana mereka saling bersaing.

Sebaliknya, kuasa penentu dalam pilihan raya kecil ini adalah pengundi Orang Asli, pengundi pos seramai 799 undi dan pengundi atas pagar serta pengundi ‘diam’ atau senyap yang mencecah sehingga 40 peratus daripada jumlah pengundi dalam pilihan raya kecil ini. Pengundi inilah adalah pengundi yang melampaui sempadan kaum.

Sementara kita boleh andaikan majoriti pengundi Orang Asli dan pengundi pos akan memberikan undi mereka pada BN, pengundi atas pagar dan pengundi ‘diam’ ini pula lain halnya.

Pengundi atas pagar adalah pengundi yang belum menentukan sikap politik mereka dan masih boleh berubah hingga ke saat-saat akhir. Pengundi ‘diam’ pula adalah pengundi yang berlakon atau bersandiwara menyokong sesuatu parti, mungkin kerana terpaksa atas alasan kepentingan kerja, tetapi dalam hati masing-masing sokongan mereka adalah kepada parti lain.

Umumnya, pengundi atas pagar ini adalah golongan kelas menengah dan anak muda yang akan melihat kepada beberapa variabel (pemboleh ubah) dan perkara yang dipertimbangkan sebelum mereka menentukan siapa yang akan diundi.

Antara variabel berkenaan sudah pastinya menyentuh isu dan calon yang dikemukakan oleh parti yang bertanding. Oleh itu, bagi memenangi hati pengundi atas pagar ini, parti yang bertanding perlu mempunyai jentera kempen yang kuat serta strategi kempen yang betul. Ini kerana sikap pengundi atas pagar hanya boleh kita lihat pada saat-saat akhir kempen sebelum hari pengundian.

Bagi pengundi diam pula, kita tidak akan dapat melihat sikap mereka dan inilah sebenarnya yang akan menjadi kuasa penentu dalam pilihan raya kecil nanti.
Munculnya pengundi diam kerana pelbagai sebab dan salah satu daripadanya adalah kerana protes, mungkin kerana tidak setuju dengan calon yang diletakkan. Merekalah yang akan mencetuskan tsunami atau gelombang kecil, jika ada dalam pilihan raya kecil ini.

Selain itu, kaum India juga bukan faktor penentu pada pilihan raya ini kerana sudah tidak ramai lagi pengundi yang tertarik untuk mengundi berdasarkan perkauman. Perkembangan semasa di Hulu Selangor menunjukkan biarpun masing-masing parti dalam BN mahukan calon daripada kaum mereka dipilih untuk bertanding, namun bagi pengundi, apalah ertinya calon daripada kaum mereka terpilih, jika calon itu tidak bersih, sombong, berlagak dan tidak bersedia untuk mendengar rintihan rakyat.

Apa yang penting pada pengundi ialah pemimpin yang dapat berkhidmat membantu mereka menyelesaikan masalah yang dihadapi, bukan saja bercakap soal pembangunan dan menabur janji.

Ringkasnya, pengundi India bukanlah penentu kemenangan mana-mana parti pada pilihan raya ini kerana pengundi dalam pilihan raya ini akan mengundi berdasarkan faktor isu dan lain-lain pemboleh ubah yang sudah dijelaskan.

Pengundi hari ini sudah cerdik dan mereka mahu melihat satu landskap politik yang lebih matang. Oleh sebab itulah, setiap parti yang bertanding dalam pilihan raya ini perlulah berkempen secara rasional dan demokratik, bukannya bersifat emosi.

Selasa, 30 Mac 2010

MEB tidak pinggir mana-mana kaum apatah lagi Bumiputera‏

Golongan Bumiputera yang merasakan dirinya terpinggir dalam usaha pembasmian kemiskinan dalam Model Ekonomi Baru (MEB) harus menghantar maklum balas kepada kerajaan bagi membolehkan tindakan diambil, “Perdana Menteri jelas tidak meminggirkan mana-mana golongan termasuklah golongan Bumiputera. Sekiranya mereka (Bumiputera) merasakan diri mereka terpinggir dari model ini, kerajaan telah menyediakan borang maklum balas dalam model yang bakal dibukukan ini.
“Kerajaan akan mengkaji maklum balas ini bagi mengetahui kaedah terbaik untuk menseimbangkan kedudukan ekonomi rakyat terutama golongan Bumiputera,” Inisiatif dalam MEB, yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini, mampu meningkatkan pembangunan ekonomi negara terutamanya di kampung-kampung dan kawasan luar bandar.

Pembangunan Kampung Baru di Kuala Lumpur juga adalah antara contoh pembangunan cemerlang di kampung yang dilaksanakan Perdana Menteri untuk meningkatkan taraf hidup penduduk. Meskipun MEB akan tetap mempertingkatkan sokongan kepada kaum Bumiputera, ia tetap memberikan hak yang saksama kepada kaum lain.

Saya juga berharap nasib masyarakat yang kurang bernasib baik akan dapat diperjuangkan dan mereka akan menerima bantuan yang sewajarnya. “Sebenarnya penduduk di luar bandar ada yang masih dalam keadaan daif. Jadi saya rasa kali ini biarlah ia benar-benar dirasai oleh rakyat disemua peringkat.

Keistimewaan untuk golongan Bumiputera juga diharapkan tidak akan diberikan kepada hanya satu atau dua pihak sahaja sehingga mengenepikan hak pihak lain. Pelaksanaan yang berteraskan ketelusan serta beramanah juga mestilah dikotakan agar tiada lagi keteresan berlaku seperti mana sebelum ini

Ahad, 14 Mac 2010

Apabila Nafsu menguasai Akal

DERA, rogol dan bunuh. Siri jenayah itu bukan baru. Ia telah mewarna-hitamkan dunia sejak bumi tercipta. Keamanan dunia dicacatkan dengan jenayah-jenayah seperti itu. Nilai kemanusiaan juga semakin menyusut dek kerana peningkatan kes dera, rogol dan bunuh.

Kita tidak bercakap tentang jenayah perang. Lantaran perang sememangnya tidak membezakan mangsanya. Baik yang tua mahupun muda, apatah lagi kanak-kanak tanpa mengenal jantina menjadi mangsa kebutaan perang.

Yang mengundang kepekaan adalah jenayah dera, rogol dan bunuh yang memilih kanak-kanak sebagai mangsa. Insan cilik yang sepatutnya membesar dalam persekitaran selamat dan bebas menjelajah dunia mereka, kini semakin dinafikan hak untuk menikmati itu semua.

Siapa yang mahu disalahkan dalam hal ini? Mahu undang-undang, pelbagai akta berkenaan kanak-kanak telah digubal. Mahu peruntukan? Berpuluh juta ringgit telah dibelanjakan untuk melengkapi pelbagai kemudahan bagi memenuhi keperluan kanak-kanak.

Jadi, di mana silapnya apabila kes penderaan kanak-kanak sehingga menamatkan riwayat hidup mereka berlaku umpama air lalu. Tidak berhenti dan ada saja catatan nama baru. Kita masih ingat kes S. Balasundram yang didera kejam sehingga matanya terpejam rapat meninggalkan dunia dalam keadaan amat menyayat hati. Memang diakui kes tersebut membuka mata semua orang. Akta pelindungan kanak-kanak juga digubal rentetan daripada kes itu.

Namun selepas 20 tahun akta tersebut digunapakai, kes penderaan dan jenayah terhadap kanak-kanak masih berlaku. Sememangnya manusia bukan malaikat yang mampu mengelak semua dosa dan noda. Namun apabila telah disediakan alat untuk mencegah maka sepatutnya ada penurunan dalam catatan kes jenayah terhadap kanak-kanak. Ataupun sekurang-kurangnya catatan angka jenayah kategori itu umpama mendaki gunung - perlahan dan sedikit, ada masanya berhenti.

Lebih membimbangkan apabila dunia tanpa sempadan menyebabkan peningkatan manusia kurang waras. Sasaran mereka juga kanak-kanak. Kejadian amuk kelmarin mencederakan tiga kanak-kanak di Tadika Sinario Muar, Johor. Lantas timbul persoalan, tidak selamatkah lagi dunia untuk kanak-kanak menginjakkan kaki, berlari dan seterusnya membesar membentuk generasi prihatin.

Hakikatnya, undang-undang sahaja tidak mampu membantu. Undang-undang hanya terpakai selepas kejadian. Ketika jenazah kanak-kanak tidak berdosa diturunkan ke liang lahad, barulah undang-undang dikuatkuasakan. Ketika itu, baru saksi mahu berkata-kata. Dan ketika itu, usaha memburu si penjenayah (kebiasaannya dikenali dan rapat dengan keluarga mangsa) mula dijalankan. Dan selepas mayat mereput di dalam perut bumi, barulah hukuman dijatuhkan terhadap pesalah. Dalam kes Nurin Jazlin Jazimin, sehingga kini undang-undang tidak dapat menjejaki pembunuhnya.

Lebih pelik lagi apabila undang-undang yang membawa sekali hukuman tidak mampu menjadi pengajaran. Biar dijatuhi hukuman sebat, dipenjara seumur hidup tetapi tidak mampu meredakan ketagihan melakukan jenayah.

Sebab itu dalam setiap aspek kehidupan, undang-undang hanya pelengkap. Lebih penting elemen yang membentuk masyarakat itu sebenarnya menjadi pendorong kepada turun dan naiknya kadar jenayah. Soal selamat atau tidak persekitaran untuk kanak-kanak, bergantung kepada kepekaan kita semua.

Masyarakat tidak lagi boleh terus memekakkan telinga dan membisu terhadap apa yang berlaku di sekeliling mereka. Jaga tepi kain kita dan jaga juga tepi kain orang. Jaga tepi kain orang bukan untuk merosakkan orang itu, sebaliknya jika ternampak carik atau kotor pada kain tersebut, maka boleh ditegur. Boleh segera diperbetulkan mana yang silap dan bukannya selepas terlambat dan ada nyawa yang melayang, barulah kita mahu berkongsi air mata dan derita.

Tiada yang kurang tentang usaha membendung jenayah kanak-kanak di negara ini. Segala-galanya telah tersedia. Yang kurang adalah sikap tidak peduli masyarakat dan rasa tidak peka penjaga (ibu bapa, pengasuh) terhadap hak kanak-kanak. Mereka dilahirkan bukan untuk didera jauh sekali disepak terajang sehingga membawa maut. Tubuh kecil itu bukan untuk diliwat atau dirogol. Mereka ada hak, cuma tidak boleh bersuara untuk menuntutnya. Justeru, berikan hak mereka untuk hidup di dunia ini. Sikap dan keprihatinan kita adalah jawapannya.

Ahad, 7 Mac 2010

Hargai Toleransi Pribumi

Sekali lagi isu bukan Melayu boleh menjadi Perdana Menteri (PM) dibangkitkan oleh beberapa sarjana Melayu Islam. Kesempatan dan peluang ini disebar luaskan oleh laman-laman web ultra kiasu dan mereka anti Islam. Saya tidak pasti apakah muslihat serta maksud tersurat dan tersirat di sebalik membangkitkan perkara ini. Kalaupun benar bukan Melayu boleh menjadi PM, tidak perlu dibangkitkan kerana ia sukar menjadi realiti, apatah lagi ia menyentuh sensitiviti bangsa pribumi ini. Lagipun pada saya, orang kanan selepas Melayu adalah bumiputera Sabah dan Sarawak, bukannya orang lain. Kalaupun mereka layak, tidak seharusnya mereka menerima jawatan PM.
Ini kerana masih ramai majoriti orang Islam yang layak dan lebih berhak di buminya sendiri. Jangan pula bandingkan dengan Thailand, kerana bukan Siam di sana lebih Siam dari Siam. Saya tidak bertujuan untuk membela Melayu, tetapi saya cuba memahami psiki bangsa Melayu berbanding bangsa lain, setelah memahami psiki bangsa saya sendiri. Tidakkah itu lebih baik kerana kita semua berada dalam komuniti majoriti masyarakat Melayu?Sebagai bukan Melayu, saya amat bersyukur berada di bumi bertuah ini. Walaupun saya lahir selepas merdeka, tidak dapat melihat bagaimana kontrak sosial dipersetujui, namun saya amat bersyukur kerana nenek moyang saya diterima menjadi warganegara di bumi ini. Nenek moyang saya diterima secara pukal tanpa sebarang syarat. Nenek moyang saya tidak dikenakan syarat sehingga boleh mengubah dan mengganggu-gugat cara hidup dan jati diri mereka. Mereka seperti seadanya sebagaimana asal, tanpa ada ubah suai walaupun sedikit. Mereka bebas berbahasa sendiri, hidup dalam kelompok sendiri, bersekolah sendiri, malah dapat mengaut kekayaan tanpa sekatan dan halangan, sehingga kekayaan melimpah ruah. Sejarah sebegini tidak pernah berlaku di negara lain.
Di negara lain, bukan sahaja mereka ditolak, malah akan dikenakan syarat-syarat yang ketat sebelum diterima menjadi warganegara. Paling ketara mereka akan diasimilasikan. Beruntung sungguh kita di sini. Inilah nikmat yang mesti disyukuri bukan dikufuri. Tidak perlu saya kemukakan bukti, jeling-jelinglah negara-negara jiran seperti Thailand, Burma, Indonesia dan Filipina. Bilangan mereka yang diterima hanya di sekitar tiga – sepuluh peratus, selebihnya ditolak. Berbanding negara kita, bukan pribumi melebihi 40 peratus. Pada masa sama, kekayaan yang dikuasai dan diperolehi melebihi 70 peratus sehingga menimbul keresahan kepada pribumi. Inilah bentuk toleransi yang tidak ada tolok bandingnya yang perlu disampaikan kepada generasi akan datang. Menurut Amy Chua, seorang Profesor Cina berasal dari Filipina yang telah berhijrah ke Amerika Syarikat, toleransi bukan bermakna persamaan atau penghormatan, tetapi toleransi adalah memberikan peluang kepada orang yang berlainan cara hidup, bekerja, berpartisipasi dan berjaya dalam masyarakat tanpa melihat latar belakang etnik atau agama. Walaupun Amy Chua ini telah berhijrah ke Amerika, pendapat beliau agak berpijak di bumi nyata, tidak ultra kiasu. Kita perlu ramai orang seperti ini.
Toleransi bukan sama rata atau sama rasa. Apa yang berlaku dahulu dan kini di negara kita bertepatan dengan apa yang dikatakan oleh Amy Chua. Orang Islam tidak pernah menghalang bukan Islam untuk hidup lebih berjaya dalam apa jua sektor pekerjaan dan berpartisipasi. Apatah lagi untuk campur tangan dalam hal-ehwal agama mereka, kecuali jika agama kita dicabar. PenerimaanSelaku warga yang memahami sejarah, saya dapat merasakan betapa bertuahnya kita pada hari ini. Jika ditakdirkan, tidak berlaku penerimaan pribumi, apakah saya masih hidup hari ini? Sepanjang pembacaan saya, mereka yang telah keluar berhijrah, tidak akan diterima kembali, kecuali mempunyai bakat dan kebolehan yang luar biasa ataupun mungkin mereka yang belot dengan menjual rahsia kedaulatan negara atau menjual harta negara seperti membawa wang keluar negara atau menjual pasir ke negara jiran. Justeru, adalah tidak menghairankan jika orang seperti Tan Siew Sin dan Sambanthan pernah mengeluarkan ucapan di sekitar tahun-tahun 1950-an, yang amat menghargai toleransi yang telah ditunjukkan oleh pribumi. Mereka benar-benar merasa bersyukur kerana diberi peluang dan diterima seadanya.
Sejarah ini mesti difahami oleh setiap rakyat Malaysia tanpa ketinggalan. Jika tidak, mereka akan menjadi ultra kiasu. Menuntut sesuatu yang tidak seharusnya dituntut. Mengungkit sesuatu yang tidak perlu diungkit. Ramai yang tertanya-tanya kenapa tidak ramai pribumi yang berjaya atau menguasai kekayaan di bumi sendiri? Fenomena pribumi tidak berjaya di bumi sendiri bukan fenomena baru. Ia berlaku di mana-mana, terutama di negara Asia Tenggara dan juga dunia lain yang sudi menerima kedatangan mereka yang berhijrah. Kenyataan ini diakui oleh semua sarjana, kejayaan dan harta yang dimiliki oleh mereka yang berhijrah menenggelamkan kekayaan pribumi di bumi mereka sendiri, sehingga menimbulkan keresahan atau iri hati pribumi kepada mereka. Namun, ramai sarjana tidak mengatakan punca-punca yang menyebabkan ia berlaku sedemikian rupa. Saya mempunyai jawapan mengenai perkara yang masih belum dijawab oleh sarjana-sarjana ini termasuk Amy Chua. Pada saya, pribumi merasa selamat dan selesa di bumi mereka sendiri. Mereka bersangka baik terhadap rakan mereka yang datang berhijrah. Mereka tidak dengki dengan kekayaan yang dimiliki walaupun hidup terpisah dalam kelompok sendiri mengikut cara hidup yang agak ekstrim. Pribumi sudah bahagia dengan kehidupan ala kadar atau cukup makan, walaupun sikap ini tidak sepatutnya berlaku. Inilah sifat pribumi yang saya kenali. Tidak tamak, bersyukur dengan apa yang ada. Jika kaya pun, sekadar boleh hidup mewah bukannya untuk membina empayar. Sikap rendah diri, lembut, sopan santun menguasai diri. Itulah Melayu menurut sajak-sajak Lim Swee Tin, Usman Awang dan Muhammad Haji Salleh yang saya teliti. Kefahaman dan latar belakang inilah menjadikan saya amat terharu dengan majlis perasmian pelancaran buku terbaru profesor tersohor Syed Naguib Al-Attas oleh Raja Nazrin Shah baru-baru ini. Penghormatan Raja Nazrin terhadap ilmuwan amat tinggi di luar jangkauan saya dengan sifat baginda sebagai anak raja. Teks ucapannya yang begitu menyanjung tinggi ilmuan begitu mengkagumkan dan baginda hampir sebak membacanya. Ini tidak termasuk aksi penghormatan baginda terhadap ilmuan Syed Naguib ketika berada di pentas. Syed Naguib dipimpin dan diminta duduk ketika bangun untuk memberikan penghormatan kepada baginda.
Inilah sifat orang Melayu yang amat saya puji. Tidak bongkak, tetapi amat merendah diri, tanpa melihat darjat keturunan. Tetapi janganlah pula diambil kesempatan oleh orang lain. Hari ini kita lihat seolah-olah kita mengambil kesempatan. Sikap pribumi yang sedemikian diambil peluang untuk menangguh di air yang keruh. Benar, mereka tidak berapa pentingkan kekayaan kerana kekayaan tidak boleh dibawa ke mati. Hanya iman dan takwa nilaian Allah SWT. Tetapi janganlah pula kita mengambil kesempatan dengan merosakkan mereka melalui rasuah, wanita, riba, wang dan sogokan lain terbentang di depan mata. Janganlah kita ikuti atau meniru perangai Yahudi. Kenapa Yahudi begitu berjaya dan dapat membina empayar walaupun bukan di bumi sendiri? Jawapannya mudah, Yahudi mengambil kesempatan di atas kelemahan atau sikap tolak ansur orang lain, terutama orang Islam. Ketika merempat, Yahudi berbuat baik dengan umat Islam di Palestin. Namun, sedikit demi sedikit mereka khianat, untuk menguasai pribumi dan kekayaan buminya. Antaranya ialah dengan memberikan pinjaman melalui sistem riba dan merasuah mereka. Bila pinjaman tidak berbayar, ditambah dengan faedah yang tinggi, maka tanah sebagai galang gantinya. Tanah milik pribumi diambil seinci demi seinci. Lama-kelamaman, kini hampir seluruh bumi pribumi Palestin terlepas ke tangan Yahudi. Bangsa yang dahulunya sehelai sepinggang, berjaya menjadikan pribumi berdagang atau merempat di bumi sendiri.

Ahad, 28 Februari 2010

Elakkanlah perseteruan antara kita

SAMBUTAN Maulidur Rasul semalam, disambut dengan pelbagai acara bagi mengingati dan menghayati sunnah-sunnah yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammad SAW. Pada pagi hari lagi kelihatan umat Islam terutama orang Melayu memakai baju kebangsaan menuju masjid dan surau. Ada yang berpakaian biasa untuk menyertai program gotong-royong dan silaturrahim.
Tetapi paling banyak ialah umat Islam yang duduk di rumah sahaja kerana hari cuti umum.

Sudah berpuluh tahun umat Islam negara ini menyambut Maulidur Rasul. Hari yang cukup bermakna ini sempena kelahiran junjungan besar Rasulullah itu bukan disambut sekadar upacara rutin tahunan dengan perarakan, laungan selawat tanpa diikuti penghayatannya. Dalam konteks perpaduan umat Islam Malaysia sahaja, kita sepatutnya menghayati konsep perpaduan yang ditunjukkan oleh Rasulullah.

Apakah perpaduan ummah ini masih kuat dalam diri umat Islam Malaysia? Atau apakah dunia politik sedang mengikis semangat perpaduan itu hingga timbul pula roh benci dan bermusuhan di kalangan umat Islam khususnya orang Melayu? Kalau menghadiri ceramah sempena Maulidur Rasul ini, sempat juga diselit dakyah-dakyah politik supaya membenci pemerintah.

Sebelum keadaan bertambah teruk dengan unsur-unsur kebencian dan permusuhan, maka kita sendiri harus segera selamatkan perpaduan Melayu/Islam. Hentikan perkelahian sesama orang Melayu. Banyak mesej yang kita dengar - janganlah kerana perbezaan parti kita sanggup meruntuhkan kekuatan ukhuwah yang sedia terjalin. Jangan kerana taksub dengan pandangan dan ideologi parti politik, kita menghancurkan prinsip Islam sejati.

Jika kita menghayati dakwah Rasulullah, kita tidak disuruh mengabaikan perpaduan. Tetapi yang menghairankan kita, dari tahun ke tahun kita menyambut Maal hijrah dan kemudian Maulidur Rasul, semakin renggang perpaduan ummah. Kenapa? Sedangkan semua orang Melayu sedar bahawa maruah agama Islam yang kian dicabar dan diancam kesuciannya hanya mampu ditebus apabila kita bersedia bermaafan dan bersatu.

Pemimpin agama dan politik harus melupakan perselisihan dan pertikaian demi agenda bangsa dan agama yang lebih besar. Maruah dan martabat Melayu/Islam di negara ini hanya mampu dijulang kembali apabila kita benar-benar menghayati nilai dan prinsip Islam sekali gus membudayakan konsep perpaduan sebagaimana keperibadian Rasulullah. Susah sangatkah kita hendak bersatu dan 'bersaudara' kembali?

Kita perlu perbetulkan masalah perpaduan ini kerana Islam adalah agama murni yang mendidik kita mengenai keharmonian dan kesejahteraan. Kita juga perlu membuktikan kepada penganut-penganut agama lain di negara ini bahawa Islam bukannya seperti yang digambarkan oleh dunia pada masa kini. Adalah menjadi tanggungjawab umat Islam negara ini menggembleng tenaga dan bersatu untuk memperbetulkan kesilapan masa lalu. Ikut panduan Rasullullah dalam menyatukan semua umat Islam ketika kita menghadapi masalah percanggahan pendapat dalam politik.

Tidak perlu diajar cara bagaimana hendak menyatukan semua umat Melayu/Islam negara ini. Kita semua tahu apa sebenar masalah hingga sukar menggembalikan perpaduan. Semangat tolak ansur dan perundingan antara pemimpin Melayu/Islam perlu difikirkan dengan bersungguh-sungguh. Kalau kita hayati dengan serius kisah kehidupan Nabi Muhammad SAW dan mahu menjadikannya panduan umat Islam dalam menjalankan urusan harian, insya-Allah segala bentuk polemik dalam masyarakat boleh dikurangkan. Elok sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan tahun ini yang bertemakan "Memantap Ukhuwah, Memperkasa Ummah" maka jangan dilengah-lengah usaha ke arah memperkukuhkan perpaduan umat Melayu/Islam.

Rabu, 17 Februari 2010

apabila menteri terkejut - Pendatang Asing kian ramai

Mengikut rekod, Jabatan Imigresen melancarkan 7,099 operasi pendatang tanpa izin (PATI) pada tahun lalu. Hasilnya 47,310 tangkapan dibuat iaitu purata 3,942 orang sebulan.
Sebahagian daripada yang diberkas itu kerana mereka masuk secara tidak sah.
Kesalahan lain termasuklah tinggal lebih tempoh, langgar syarat permit dan guna permit palsu atau yang dipinda.

Saya paparkan rekod operasi dan tangkapan tersebut sebagai bukti bahawa begitu ramai PATI berada di negara kita walaupun pihak berkuasa tidak duduk diam. Operasi mengesan PATI dari semasa ke semasa bagaimanapun gagal menghapuskan lambakan golongan terbabit. Hakikat itu menuntut komitmen berlipat ganda pelbagai jabatan dan agensi yang terlibat bagi membanteras kemasukan PATI yang sebenarnya bukan setakat merampas peluang ekonomi rakyat tempatan tetapi mendedahkan warga kita kepada gejala penyakit berjangkit, jenayah dan masalah sosial.

Justeru, tumpuan penguatkuasaan juga perlu diarahkan kepada majikan dan Pusat pengajian tinggi swasta yang mengambil PATI kerana golongan inilah pencetus kemasukan mereka yang tidak dijemput ini.

Jumaat, 12 Februari 2010

Kawalan ketat di semua pintu masuk bagi mengesan kemasukkan Dadah

SEJAK kebelakangan ini banyak kes penyeludupan dadah dilaporkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), membabitkan warga asing, menggambarkan seolah-olah Malaysia adalah transit sindiket antarabangsa, selepas heboh dengan cerita KLIA sebagai transit penyeludupan atau pemerdagangan manusia sebelum ini.

Sejak awal tahun ini, sudah 41 warga Iran ditahan di negara ini, ketika mereka cuba membawa masuk dadah ke Malaysia melalui KLIA. Itu rekod rasmi polis dan kita tidak tahu lagi, berapa ramai atau berapa kes yang berjaya meloloskan diri menggunakan pelbagai taktik. Ada yang menelan bungkusan kondom berisi dadah walaupun menyedari kaedah itu boleh mengancam nyawa, ada juga dadah disembunyikan dalam beg pakaian atau penyembur botol, selain disalut pada pakaian dan ada juga menyorok dadah dalam ruang rahsia bagasi yang dibawa. Malah, seorang lelaki warga Iran nekad menyembunyikan 87 ketul bungkusan berisi dadah disyaki syabu dalam perutnya bagi mengaburi mata pihak berkuasa ketika cuba membawa masuk dadah berkenaan ke negara ini. Apa pun taktik atau helah digunakan, bukan menjadi isunya. Isunya kenapa KLIA dan kenapa Malaysia.

Berdasarkan kenyataan polis, warga asing seperti dari Iran itu cuma dijadikan 'keldai dadah' dengan dijanjikan upah lumayan bagi setiap penghantaran yang berjaya. Tetapi pada masa sama, rata-rata juga menyedari risiko perbuatan itu termasuk hukuman gantung jika sabit kesalahan. Nyata sekali duit boleh mengabui mata. Malah, siasatan awal polis mendapati dadah itu dibawa dari Iran melalui Emiriah Arab Bersatu (UAE) sebelum diseludup ke negara ini yang dipercayai dijadikan pusat pengedaran bagi pasaran serantau.

Kita berharap polis meneruskan siasatan dengan lebih mendalam sama ada sindiket yang bersarang di Kuala Lumpur itu warga tempatan atau asing mahupun kemungkinan pembabitan 'orang dalam' pihak berkuasa lapangan terbang berikutan penyeludup dadah terbabit begitu mudah melepasi pemeriksaan keselamatan sebelum ditahan polis. Memandangkan banyak warga Iran terbabit, sepatutnya tumpuan pemeriksaan dipertingkatkan bagi penerbangan dari rantau Asia Barat dan berikutan tiada penerbangan terus dari Teheran, bermakna polis dan Kastam di KLIA hendaklah memantau penerbangan terus dari UAE dan Bahrain di KLIA.

Ketika menyoal siasat mereka yang ditahan, tumpuan juga perlu menjurus bagi mengenal pasti dalang utama sindiket itu, dari mana bekalan diperoleh, rangkaian pengedaran mereka di luar negara dan modus operandi. Sejak awal tahun ini, dadah jenis syabu bernilai RM10.5 juta dirampas di KLIA dan sepanjang tahun lalu, pelbagai jenis dadah bernilai RM62 juta turut dirampas. Tetapi kita belum lagi mendengar berita seperti 'raja sindiket dadah' berjaya ditahan kecuali 'keldai' yang digunakan sebagai pembawa.

Risikan antara polis serantau juga perlu dipertingkatkan antara Malaysia, Thailand, Filipina, Singapura, Indonesia, India, China, Hong Kong dan Jepun bagi membanteras sindiket dadah antarabangsa ini, kerana di negara ini juga tumpuan kes penyeludupan masuk dan keluar pelbagai jenis dadah.

Sabtu, 6 Februari 2010

Kenyataan Berbau Perkauaman oleh Datuk Nasir Safar

Kenyataan berunsur perkauman yang didakwa dibuat oleh Pegawai Khas kepada Perdana Menteri, Datuk Nasir Safar, pada seminar 1Malaysia di Melaka 2 hari lalu, telah disalah tafsir malah dimanupulasi oleh pihak tertentu.

Ini berdasarkan pengalaman beliau yang telah lama berkecimpung dalam bidang penerangan apatah lagi dalam menghayati konsep 1Malaysia itu sendiri. Pengalaman dalam menguruskan hamper 80 siri ceramah sepanjang tahun lepas sehingga kini menyakinkan kami bahawa beliau adalah seorang yang dedikasi lagi bertanggung jawab serta tidak pernah wujud sebarang penyalah tafsiran dan ketidakfahaman selama ini. “Kami yakin isu ini timbul akibat provokasi,”
Sebagai Masyarakat Madani yang terbuka dengan perbagai pendekatan Media, kami yakin bahawa penerimaan Masyarakat terhadap Konsep 1Malaysia itu sendiri tanpa apa-apa agenda disebaliknya. Kenyataan Datuk Nasir Safar hanya berbentuk rujukan serta fakta dan seharusnyalah dilihat dan diterima secara Rasional oleh semua. Konsep 1Malaysia tetap relevan, namun kedudukan serta perana Datuk Nasir Safar sebagai anggota penerangan seharusnyalah diteruskan apatah lagi permohonan maaf beliau telah dibuat kemudiannya secara terbuka.

Perkasa Wilayah Persekutuan, berharap Datuk Nasir Safar tidak akan dilupakan begitu sahaja dan berharap Perdana Menteri memberikan beliau peranan yang lebih “significant” jika tidak berhasrat mengembalikan jawatan yang disandang sebelum ini. Sesungguhnya beliau masih mampu menyumbang khidmat yang baik dalam melaksanakan misi Perdana Menteri.

Mohd Zainuddin Hj Amran
Setiausaha
Perkasa Wilayah Persekutuan

Rabu, 27 Januari 2010

Penulisan Blog yang membawa padah

ORANG tua-tua selalu berpesan, "bercakap siang pandang-pandang, bercakap malam dengar-dengar." Ini kerana jika tersalah cakap akan mengundang masalah yang lebih besar.
Itulah yang berlaku kepada penulis blog Aduka Taruna apabila dikecam pelbagai pihak ekoran tulisannya yang didakwa menghina Almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail yang mangkat Jumaat lalu.

Walaupun penulis itu telah memohon maaf secara terbuka setelah menyedari kesilapannya, tetapi menarik balik kata-kata tidak semudah mengundur perahu. Tulisan itu memberi kesan besar kepada kedaulatan raja-raja dan adab sopan bangsa Melayu.
Kes-kes penulis blog yang melampau batas dan menulis mengikut perasaan tanpa menilai kesannya, sudah kerap berlaku. Namun setakat ini tiada tindakan tegas daripada pihak berkuasa.

Apatah lagi kerajaan juga tidak berhasrat mengambil tindakan terhadap kes terbaru ini kerana penulis blog itu telah memohon maaf secara terbuka. Kita menghormati keputusan yang diambil oleh kerajaan tetapi dalam masa yang sama kita merasakan perkara-perkara seumpama ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja.

Apabila lebih 31 laporan polis dibuat terhadap penulis blog tersebut, ia bukan sesuatu yang harus dipandang ringan. Ia membayangkan kemarahan orang ramai terhadap kebiadaban penulis itu.Membiarkan penulis celupar seperti itu terlepas begitu sahaja daripada sebarang tindakan seolah-olah memberi contoh yang tidak baik kepada penulis-penulis lain.
Ia membawa mesej bahawa undang-undang yang ada terlampau longgar dan kesalahan sebegitu boleh diselesaikan dengan hanya memohon maaf sahaja.

Pengendali laman web dan penulis blog perlu diberi kefahaman bahawa kebebasan menulis dan mengeluarkan pandangan tidak sepatutnya disalahgunakan. Setiap kebebasan ada hadnya.
Kemajuan teknologi komunikasi adalah untuk kebaikan manusia tetapi jika disalahgunakan, ia boleh mendatangkan impak yang tidak baik kepada semua pihak. Lebih-lebih lagi dalam masyarakat majmuk, kebebasan melampau cukup berbahaya dan boleh mendatangkan kesan negatif. Kawalan terhadap 'kebebasan' ini masih diperlukan.

Sehubungan itu, ketegasan kerajaan dalam menangani isu-isu sebegini amat diperlukan. Tutup sahaja blog-blog yang tidak beretika ini dan bawa penulisnya ke muka pengadilan.
Dalam hal ini, kita perlu mencontohi negara-negara lain termasuk di Barat. Walaupun memperjuangkan kebebasan bersuara, namun blog-blog yang tidak beretika tetap disekat dan dilarang penyiarannya.

Kerajaan tidak boleh lagi berlembut dengan golongan yang cetek akal ini. Sudah sampai masanya mereka diberi 'pengajaran' yang berguna supaya kes-kes seumpama ini tidak berulang lagi.

Ahad, 17 Januari 2010

Cabaran penulisan dunia cyber terkini

Baru-baru ini seorang pelajar Akademi Seni Budaya dan Warisan (Aswara) didakwa di Mahkamah Seksyen Petaling Jaya kerana menghantar komen yang berunsur ugutan di laman sosial Facebook. Beliau menghantar komen ke laman Facebook individu lain mengenai isu sensitif kalimah Allah yang mahu digunakan oleh penganut Kristian.

Isu kalimah Allah berlarutan kepada insiden melontarkan bom petrol pada beberapa gereja di Lembah Kelang hingga menimbulkan kebimbangan kalangan rakyat. Kedua-dua kejadian ini adalah suatu yang sensitif dan boleh mencetuskan sentimen antara kaum dan agama.

Facebook merupakan salah satu laman sosial yang ditawarkan bersama kecanggihan teknologi di dunia siber. Dengan kos yang sangat minimum atau tidak mengenakan kos langsung, setiap individu boleh menjadi pemain dalam ledakan kecanggihan dunia siber. Mereka boleh mencambahkan dan mendapatkan maklumat, atau mengutarakan pandangan tanpa sebarang tapisan. Tetapi malangnya definisi “tanpa tapisan” ini selalu difahami sebagai terlepas daripada tindakan undang-undang.

Kes pelajar menghantar komen didakwa berbaur ugutan adalah yang terbaru dan sekaligus membuktikan dunia siber juga tidak pernah menjanjikan kebebasan tanpa had. Tetap ada peruntukan undang-undang untuk memastikan mereka yang menyalahgunakan kecanggihan dalam dunia siber dikenakan tindakan.

Banyak pihak menganggap apabila mereka bebas mengutarakan pandangan atau komentar, ini bermakna mereka bebas daripada sebarang tindakan undang-undang. Lebih buruk lagi apabila mereka menganggap penyebaran berbaur fitnah, ugutan atau penyebaran maklumat yang boleh menjejaskan ketenteraman awam sebagai satu kebebasan.

Apabila e-mel mengambil alih peranan surat konvensional ketika Internet mula-mula diperkenalkan di negara ini, ada pihak yang menulis “e-mel layang”. Dulunya ini dilakukan secara tradisional menerusi “surat layang.” Banyak yang percaya e-mel atau surat elektronik ini terlepas daripada tindakan undang-undang berbanding surat biasa.

Kemudian apabila diperkenalkan istilah citizen journalist menerusi kemunculan berjuta-juta blogger yang mempunyai laman blog sendiri, khalayak mendapat begitu banyak maklumat sahih dan juga palsu. Ketika ini semua orang boleh memiliki “surat khabar” sendiri apabila mempunyai laman blog atau laman web. Ini bermakna semua orang boleh menjadi wartawan dan menyiarkan pandangan mereka untuk tatapan umum.

Sebelum ini ada beberapa blogger yang mendepani tindakan undang-undang kerana isi kandungan dalam blog berkenaan dikatakan berbaur fitnah. Blogger Jeff Ooi, Ahiruddin Atan, Raja Petra Kamaruddin dan Syed Azidi antara yang pernah mendepani tindakan undang-undang berhubung isi kandungan dalam blog masing-masing.
Contoh itu mahu membuktikan bahawa dunia siber hanya menyediakan premis yang bebas untuk menyiarkan apa saja kepada khalayak. Tetapi dalam masa yang sama tidak bermakna bebas daripada tindakan undang-undang sekiranya ada pihak yang menganggap penyiaran itu fitnah kepada mereka.

Dengan kewujudan media baru seperti laman sosial, blog dan laman web, khalayak dituntut menggunakan kewarasan untuk memanfaatkan kecanggihan teknologi komunikasi yang ditawarkan menerusi dunia siber. Tetapi disebabkan oleh sesiapa saja boleh memberi pandangan dan menyiarkan untuk tatapan umum, maka wujudlah salah tafsir mengenai suatu yang dikelaskan sebagai fitnah, ugutan dan sebagainya.

Sebelum ini penerbitan bercetak yang banyak diambil tindakan undang-undang oleh individu yang merasakan mereka difitnah atau dimalukan dalam penerbitan berkenaan. Penerbitan bercetak sentiasa diawasi oleh Akta Mesin Cetak, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atau Akta Rahsia Rasmi (OSA). Penerbitan bercetak tidak boleh bermain dengan isu yang menyentuh kaum dan agama. Tindakan sedang menanti mereka. Selain itu penerbitan bercetak juga bebas diambil tindakan undang-undang oleh individu apabila isi kandungan dianggap sebagai menyentuh peribadi mereka.

Penerbitan bercetak berkerja dalam satu lingkungan yang sentiasa diawasi dengan ketat oleh bermacam-macam akta. Tetapi secara positifnya Ini dengan sendiri membentuk self-censorship yang tinggi untuk menilai sesuatu isi kandungan itu akan memudaratkan keharmonian negara atau sebaliknya. Ini kerana penerbitan bercetak lebih mudah dipantau berbanding media baru yang lahir dalam dunia siber.

Dengan kemunculan berjuta-juta blog, peserta dalam laman sosial selain laman web yang pelbagai, pemantauan terhadap penyiaran isi kandungan yang sensitif tidak dapat dilakukan dengan segera. Kalau dipantau sekalipun tindakan undang-undang tidak diambil dengan segera. Keadaan ini mengiyakan persepsi bahawa dunia siber semuanya bebas.

Maka yang kelihatan tidak bebas adalah penerbitan bercetak dan yang kononnya bebas adalaj penerbitan media baru di dunia siber. Sekalipun tanggapan ini tidak benar tetapi secara tidak langsung telah membentuk persepsi bahawa “kebebasan” ada di dunia siber.

Kecanggihan teknologi dunia siber sebenarnya memberikan banyak manfaat kepada rakyat khususnya untuk mendapat maklumat. Kini kita berada pada era limpahan maklumat dan tentunya suatu yang baik kepada semua orang. Lambakan maklumat juga ada masalahnya apabila individu di dunia siber tidak semuanya mempunyai kredibiliti untuk diterima sebagai pemberi maklumat yang sahih. Lebih teruk lagi bukan saja tidak sahih tetapi sengaja dilencongkan kepada maksud lain.

Di peringkat inilah kecanggihan dunia siber mendatangkan keburukan kepada khalayak. Semuanya kerana disalahgunakan oleh pihak tertentu untuk menyebarkan isi kandungan yang boleh menjejaskan keharmonian negara. Kebebasan menyiarkan maklumat atau pandangan telah digunakan untuk menyebarluaskan fitnah atau maklumat palsu yang menggoncang kestabilan negara atau untuk menjejaskan kredibiliti individu tertentu.

Kita kena realistik bahawa penerbitan di dunia siber negara ini terlalu bebas. Ia seolah-olah tidak ada pemantauan seperti yang dilakukan terhadap penerbitan bercetak. Mereka yang mengendalikan penerbitan siber bukan saja bebas menyiarkan maklumat tetapi juga bebas daripada tindakan undang-undang. Walaupun ada beberapa kes yang disebutkan di atas tadi tetapi ini sekadar membuktikan ada peruntukan undang-undang terhadap dunia siber. Bagaimanapun tidak ada tindakan yang boleh dijadikan iktibar oleh pihak lain.

Ini dibuktikan sebahagian daripada blog, komen-komen dalam laman sosial serta khidmat pesanan ringkas (SMS) bukan saja maklumat yang palsu tetapi boleh menggugat keharmonian negara. Komen-komen terhadap isu-isu yang melibatkan politik dan agama dibuat sewenang-wenang dengan unsur-unsur yang berbaur perkauman. Ini tidak boleh dilakukan sama sekali oleh penerbitan bercetak.

Mempunyai peruntukan undang-undang dan melaksanakan undang-undang adalah dua perkara yang berbeza. Peruntukkan undang-undang menuntut ia dilaksanakan sebaik mungkin. Ini adalah untuk memberi keadilan kepada individu yang menjadi mangsa kepada pengamal dalam dunia siber. Fitnah, hasutan atau ugutan tetap mempunyai makna yang sama tidak kira dalam dunia siber atau sebaliknya.

Kita semua percaya dalam isu kalimah Allah dan juga membakar gereja, bukanlah pelajar Aswara itu saja yang menghantar komen yang boleh ditafsirkan sebagai ugutan. Maka kita boleh membuat kesimpulan bahawa isu yang sensitif seperti itu telah bersarang di laman-laman web atau laman-laman sosial di negara ini.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr. Rais Yatim menganggap penguatkuasaan yang lemah menjadi punca utama penyebaran fitnah yang berleluasa di dunia siber. Sebaliknya beliau percaya, sekiranya penguatkuasaan dilaksanakan banyak bloger dan pengguna Internet tidak boleh bermaharajalela menyebarkan fitnah.

Semua yang bersifat fitnah, ugutan atau hasutan boleh diambil tindakan bawah Akta Komunikasi dan Multimedia. Tindakan kepada mereka yang tidak bertanggungjawab ada dalam peruntukkan undang-undang. Sebagai bukti, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan telah mengemukakan 18 kes bawah perkara 232 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia kepada pihak pendakwa tetapi masih belum ada pendakwaan. Kenapa?
Melaksanakan dengan tegas Akta Komunikasi dan Multimedia bukanlah menyekat kebebasan bersuara seperti yang dilaung-laungkan oleh pihak tertentu. Dalam kehidupan manusia tidak ada kebebasan yang mutlak dan perkara ini mesti difahami sekiranya kerajaan mengambil tindakan kepada mereka yang melanggar akta tersebut.

Peruntukkan undang-undang berkaitan dunia siber adalah untuk menyekat segelintir pengguna yang tidak beretika atau sengaja mengambil peluang untuk mencetuskan keadaan tidak harmoni. Pada masa ini memberi banyak manfaat kepada majoriti khalayak yang lain. Sekiranya kerajaan berfikiran sempit tidak memberi kebebasan, sudah tentu tidak diperkenalkan Internet. Maka untuk menikmati kebebasan yang lebih bermakna kita perlulah mengorbankan kebebasan mutlak yang membawa banyak keburukan daripada kebaikan.