Welcome to my Blog

Welcome to my Weblog. This site is dedicated to publishing my writings as and when I am able to pen my thoughts and opinions.Interested parties, including the Press, may reproduce or quote materials published with the condition that they are credited tfrom me. Comments must be accompanied by names and contact. Anonymous postings and those containing profanities and obscenities will be rejected.

Salam pengenalan buat semua

Semoga keujudan blog ini akan memberikan ruang untuk kita sebagai pemimpin diperingkat akar umbi untuk bertukar pandangan dan pengalaman dalam menangai isu-isu semasa kemasyarakat ditempat masing-masing. Tuan/puan mungkin pimpinan kerdil diperingkat bawahan, samada diluar bandar atau pekan kecil, didaerah mahu pun bandar, jangan lupa bahawa anda mempunyai peranan tertentu dalam merobah pemikiran rakyat.

Bersamalah kita berazam untuk meninggikan mutu kehidupan dan kefahaman penduduk dalam sesebuah masyarakat itu menangani cabaran alaf baru. Semoga komuniti kita akan menjadi tempat yang menarik, maju dan menguntungkan buat semua penduduknya.anda boleh berkomunikasi dengan saya menerusi email peribadi di mzha@hotmail.com atau hubungi saya terus menerusi 019-2764133

capaian

Ahad, 1 Mac 2009

Kesilapan demi kesilapan yang mempamirkan kelemahan

Sejak 2 hari kebelakangan ini nampaknya pihak kerajaan telah mempamirkan kelemahan serta ketidak sensitifnya terhadap 2 isu utama. Pertama isu kenaikan Tol manakalan terkini kebenaran penggunaan kalimat " Allah" bagi penerbitan penulisan bagi Buku Agama Kristian di Malaysia.

1. Dua isu ini hanya dapat makluman pihak yang berkaitan hanya setelah diketengahkan oleh banyak pihak, samada NGO mahun pun orang perseorangan.

2. Mengapa perkara ini terjadi ? ini menampakkan betapa tidak sensitifnya pihak kerajaan, malah boleh dikatakan bersikap "acuh tak acuh" sahaja.

3. Penyeragaman pengurusan kerajaan juga boleh dipersoalkan, dalam isu pengumuman kenaikkan Tol sebagai contoh...mengapa PM terpaksa mengarahkan penangguhannya dilakukan sedangkan sepatutnya pihak menteri berkaitan telah mendapat lampun hijau daripada PM sendiri sebelum sebarang pengumuman dibuat.

4. Ini sekali lagi terjadi dalam isu arahan untuk menarik balik penggunaan kalimat " Allah" bagi semua penerbitan agaman Kristian....sekali lagi betapa tidak sensitifnya mereka yang terlibat. Sepatutnya mampu untuk menasihat tetapi sebaliknya hanya memanaskan kerusi sahaja semasa menduduki jawatan mahupun kedudukkan dipotfolio yang berkaitan.

5. Kesan yang ketara adalah..kepercayaan rakyat boleh terhakis, jika beginilah cara pengurusan sesebuah kerajaan dilakukan. Rakyat berkehendakkan sebuah kerajaan dan anggota kabinetnya yang bertanggung jawab serta efisen.

Adakan menjelang bulan April nanti, kita semua akan dapat menyaksikan barisan kepimpinan negara yang lebih baik dari apa yang kita lihat sekarang? sama-samalah kita saksikan nanti.

Tiada ulasan: