1. Isu ini tidak boleh lagi dipandang remeh memandangkan protes yang dilakukan tempoh hari adalah isyarat awal bahawa perkara tersebut perlu dibahaskan semula. Komen PM semalam adalah relevan sama sekali.
2. Sebagai bekas pelajar terakhir menduduki MCE (SPM) atau sebelum itu LCE (SRP), saya begitu bingong sekali dengan beberapa pendekatan pihak Kementerian yang berkaitan berurusan dengan isu tersebut.
3. Asalnya kita sememangnya melaksanakkan pembelajaran dalam bahasa English tetapi kemudianya dimahsuhkan pada akhir 1979. (Saya pelajar terakhir di Form 5). Selepas daripada itu, pelajar mula pening menggunakan bahasa Melayu dalam sukatan pembelajaran di sekolah. Ini semua kerana pejuangan mendaulatkan Bahasa Melayu kononya.
4. Ironinya, sejak 6 Tahun yang lalu pula, Kementerian dari Kerajaan yang sama telah memaklumkan ingin kembali menggunakan Bahasa Melayu dalam 2 Subjek utama iaitu Sains dan Metematik. (Dulu tak terfikir ke?)
5. Bila dah ada protes, kita tuduh pula ada pihak tertentu mendalanginya. cukup tidak rasional saya rasakan. Masa yang sama semalam, pihak kementerian telah pula mengumumkan pembinaan 6 lagi sekolah jenis kebangsaan Cina. Ini semua kerana semangat untuk mendaulatkan bahasa ibunda masing-masing.
6. Apa yang pasti, semasa perhimpunan UMNO nanti, isu ini akan tetap dibahas. Saya rasa bukan sahaja pihak tertentu diluar sana yang secara konsisiten memberikan teguran tetapi mereka yang berada dalam UMNO pun akan berceloteh nanti. Sama-samalah kita saksikan.
7. Apa pun, tersilap perahu boleh diundur tetapi jika silap bahasa buruk padahnya. Ckuplah keputusan menaikkan TOL baru-baru ini dijadikan contoh terbaik...
MERRY CHRISTMAS 2024.
-
*Wishing all our Christian readers, relatives and friends a MERRY
CHRISTMAS.*
*Wishing the rest, HAPPY HOLIDAYS.*
2 jam yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan