Nampaknya rata-rata komentar orang Politik sehari dua ini memberikan komen sinis kepada UMNO khususnya menjelang tamatnya Persidangan Tahunan UMNO yang diadakan di Kula Lumpur sejak beberapa hari yang lalu.
Persolan perubahan dalam kepimpinan terjawab sudah. Samada calon popular lepas atau tidak juga sudah terjawab dengan keputusan yang sama-sama kita ketahui. Apa pun, sekarang ini terletaklah kepada bahu mereka yang terlantik untuk merancangnya.
Cabaran terdekat
Pilihanraya Kecil di 3 tempat berasingan akan menjadi cabaran pertama dan terpaksa dihadapi samada suka atau tidak. Persoalan yang berlegar dilupuk pemikiran ramai orang adalah, mampukah perubahan kepimpinan dalam UMNO dapat disambut baik oleh pengundi disemua tempat yang dimaksudkan?
Ini penting bagi melihat samada rakyat diluar sana mengangap bahawa perubahan pucuk kepimpinan tersebut ada relevansinya dengan mereka yang bukan UMNO. Adakah mereka merasakan mereka akan mendapat rahmat hasil daripada perubahan tersebut atau hanya sekadar retorik yang gagal menyakinkan pengundi akan keperluannya untuk bersama tunggak parti Melayu tersebut.
Rakrat diseluruh negara sememangnya menantikan perubahan dari sudut kepimpinan negara kini sudah terjawan. paklah akan pergi dan Najib serta pasukan baru akan mengambil alih. Persoalannya, sekali lagi adalah mampukah UMNO selaku tonggak memacu Barisan Nasional menawan hati rakyat kembali.
Rombakan Kabinet
Dalam masa terdekat juga, ramai penganalisa akan memerhatikan bentuk pasukan yang akan mengurus kerajaan kita nanti. Sekali lagi cabaran Kegawatan Ekonomi serta inflasi pula akan mencabar kewibawaan semua kabinet baru nanti.
Perlukah Najib mengambil kira atau mengimbangi pengaruh sektor-sektor tertentu dalam UMNO demi mengimbangi populariti beliau sebagai PM baru nanti seperti mana yang PakLah lakukan dulu.
Jika semua anggota Kabinet nanti adalah terdiri muka baru, maka mampukah pula ianya dapat diyakini? Shahril telah pun menyatakan kecenderungan beliau untuk meletak jawatan akibat rasa tidak selesanya beliau dengan keputusan yang memihak kepada beliau selaku seorang menteri. Apa pun ujian getir tetap menati.
Pengisian selepas ini dalam UMNO juga akan memperlihatkan betapa seriusnya UMNO untuk berubah. Latihan dan Pendidikan bagi membentuk penjenamaan baru perlu dan wajar disegerakan. Apa pun pendekatan yang hendak diambil, terserahlah kembali kepada ahli disemua peringkat untuk memikirkannya. Ingatan Najib bahawa "berubah atau Rebah" mesti dipandang serius!
Jumaat, 27 Mac 2009
mampukah Perubahan Kepimpinan dalam UMNO dapat diterjemahkan
Rabu, 18 Mac 2009
Analisa Keputusan Lembaga Disiplin Umno terhadap 15 ahlinya
Negara telah dikejutkan sekali lagi dengan perkembangan Politik terkini khususnya yang membabitkan Parti UMNO.
1. Terdapatnya beberapa persoalan yang berbangkit terhadap kaedah bagaimana sesuatu hukuman diputuskan oleh Lembaga Disiplin Umno.
2. Bagaimana menjawab kecenderungan ahli yang bertanya tentang terdapatnya perbezaan hukuman walaupun menghadap kesalahan yang sama. Justifikasi seperti yang diumumkan di TV rasanya gagal diyakini.
3. Adakah MKT mampu untuk mengurangkan atau menafikan semua pertuduhan terhadap pesalah serta membatalkan terus keputusan seperti mana yang telah dibuat oleh Lembaga tersebut.
4. Adakah UMNO sedar akan implikasinya samada dalaman apatah lagi perpektif rakyat secara keseluruhan terhadap relevan atau tidaknya Umno selepas ini.
Semua ini menjadi tanda tanya. Sudah pasti Presiden dan bakal Presiden perlu menganalisanya dari sekarang.
Selasa, 10 Mac 2009
60B untuk ransangan Ekonomi
Keputusan kerajaan untuk menambah Pakej Ransangan dilihat kena pada masanya.
1. Apa yang perlu diperhatikan adalah soal pelaksanaannya. Adakah kakitangan pelaksana akan mampu merealisasikan semua harapan tersebut.
2. Diharap juga tiada campur tangan Politik atau tangan dari atas yang mencampuri tanggung jawab mereka yang sepatutnya melaksanakannya.
3. Adalah juga diingatkan bahawa tiadanya keteresan ketangan mereka yang bergelar kroni seperti yang lalu.
4. Masalah pekerja asing perlu juga ditangani bagi memastikan pekerja tempatan dapat manfaat daripada peruntukkan yang dikeluarkan ini.
Isu PPSMI
1. Isu ini tidak boleh lagi dipandang remeh memandangkan protes yang dilakukan tempoh hari adalah isyarat awal bahawa perkara tersebut perlu dibahaskan semula. Komen PM semalam adalah relevan sama sekali.
2. Sebagai bekas pelajar terakhir menduduki MCE (SPM) atau sebelum itu LCE (SRP), saya begitu bingong sekali dengan beberapa pendekatan pihak Kementerian yang berkaitan berurusan dengan isu tersebut.
3. Asalnya kita sememangnya melaksanakkan pembelajaran dalam bahasa English tetapi kemudianya dimahsuhkan pada akhir 1979. (Saya pelajar terakhir di Form 5). Selepas daripada itu, pelajar mula pening menggunakan bahasa Melayu dalam sukatan pembelajaran di sekolah. Ini semua kerana pejuangan mendaulatkan Bahasa Melayu kononya.
4. Ironinya, sejak 6 Tahun yang lalu pula, Kementerian dari Kerajaan yang sama telah memaklumkan ingin kembali menggunakan Bahasa Melayu dalam 2 Subjek utama iaitu Sains dan Metematik. (Dulu tak terfikir ke?)
5. Bila dah ada protes, kita tuduh pula ada pihak tertentu mendalanginya. cukup tidak rasional saya rasakan. Masa yang sama semalam, pihak kementerian telah pula mengumumkan pembinaan 6 lagi sekolah jenis kebangsaan Cina. Ini semua kerana semangat untuk mendaulatkan bahasa ibunda masing-masing.
6. Apa yang pasti, semasa perhimpunan UMNO nanti, isu ini akan tetap dibahas. Saya rasa bukan sahaja pihak tertentu diluar sana yang secara konsisiten memberikan teguran tetapi mereka yang berada dalam UMNO pun akan berceloteh nanti. Sama-samalah kita saksikan.
7. Apa pun, tersilap perahu boleh diundur tetapi jika silap bahasa buruk padahnya. Ckuplah keputusan menaikkan TOL baru-baru ini dijadikan contoh terbaik...
Khamis, 5 Mac 2009
3 Pilihanraya Kecil akan menjadi penentuan
Pengemuman terkini SPR untuk mengadakan Pilihanraya Kecil bagi Bukit Selambau, Bukit Gantang dan terkini Batang Air di Serawak dilihat sebagai ukuran terkini pengaruh Politik pihak tertentu dikacamata Rakyat.
Apa yang lebih menarik adalah faktor geografinya yang lebih bersikap analatikal untuk dibuat perbandingan antara satu sama lain. Perak yang telah menjadi fokus kepada kemelut terkini dan kemampuan pengaruh Pakatan Rakyat menyeberangi Laut Cina Selatan sehingga Sabah dan Serawak menjelang Pilihanraya Umum ke 13 nanti.
Apa pun, rakyat adalah penentu segalanya manakala pemimpin pula perlu lebih bersikap responsif selepas ini. Inilah yang dikatan proses pematangan berdemokrasi di Malaysia.
Kewibawaan indivudu untuk mewakili rakyat akan lebih diperlakukan buat masa ini berbanding rethorik kepartaian. Sebagai Rakyat, apa yang penting adalah sumbangan kolektif semua terhadap pembangunan Negara dan pengekalan kehidupan berharmini diantara kaum.
Ahad, 1 Mac 2009
Kesilapan demi kesilapan yang mempamirkan kelemahan
Sejak 2 hari kebelakangan ini nampaknya pihak kerajaan telah mempamirkan kelemahan serta ketidak sensitifnya terhadap 2 isu utama. Pertama isu kenaikan Tol manakalan terkini kebenaran penggunaan kalimat " Allah" bagi penerbitan penulisan bagi Buku Agama Kristian di Malaysia.
1. Dua isu ini hanya dapat makluman pihak yang berkaitan hanya setelah diketengahkan oleh banyak pihak, samada NGO mahun pun orang perseorangan.
2. Mengapa perkara ini terjadi ? ini menampakkan betapa tidak sensitifnya pihak kerajaan, malah boleh dikatakan bersikap "acuh tak acuh" sahaja.
3. Penyeragaman pengurusan kerajaan juga boleh dipersoalkan, dalam isu pengumuman kenaikkan Tol sebagai contoh...mengapa PM terpaksa mengarahkan penangguhannya dilakukan sedangkan sepatutnya pihak menteri berkaitan telah mendapat lampun hijau daripada PM sendiri sebelum sebarang pengumuman dibuat.
4. Ini sekali lagi terjadi dalam isu arahan untuk menarik balik penggunaan kalimat " Allah" bagi semua penerbitan agaman Kristian....sekali lagi betapa tidak sensitifnya mereka yang terlibat. Sepatutnya mampu untuk menasihat tetapi sebaliknya hanya memanaskan kerusi sahaja semasa menduduki jawatan mahupun kedudukkan dipotfolio yang berkaitan.
5. Kesan yang ketara adalah..kepercayaan rakyat boleh terhakis, jika beginilah cara pengurusan sesebuah kerajaan dilakukan. Rakyat berkehendakkan sebuah kerajaan dan anggota kabinetnya yang bertanggung jawab serta efisen.
Adakan menjelang bulan April nanti, kita semua akan dapat menyaksikan barisan kepimpinan negara yang lebih baik dari apa yang kita lihat sekarang? sama-samalah kita saksikan nanti.