Welcome to my Blog

Welcome to my Weblog. This site is dedicated to publishing my writings as and when I am able to pen my thoughts and opinions.Interested parties, including the Press, may reproduce or quote materials published with the condition that they are credited tfrom me. Comments must be accompanied by names and contact. Anonymous postings and those containing profanities and obscenities will be rejected.

Salam pengenalan buat semua

Semoga keujudan blog ini akan memberikan ruang untuk kita sebagai pemimpin diperingkat akar umbi untuk bertukar pandangan dan pengalaman dalam menangai isu-isu semasa kemasyarakat ditempat masing-masing. Tuan/puan mungkin pimpinan kerdil diperingkat bawahan, samada diluar bandar atau pekan kecil, didaerah mahu pun bandar, jangan lupa bahawa anda mempunyai peranan tertentu dalam merobah pemikiran rakyat.

Bersamalah kita berazam untuk meninggikan mutu kehidupan dan kefahaman penduduk dalam sesebuah masyarakat itu menangani cabaran alaf baru. Semoga komuniti kita akan menjadi tempat yang menarik, maju dan menguntungkan buat semua penduduknya.anda boleh berkomunikasi dengan saya menerusi email peribadi di mzha@hotmail.com atau hubungi saya terus menerusi 019-2764133

capaian

Ahad, 2 November 2008

Masa untuk bekerja dan berkhidmat

Sebagai seorang Setiausaha Bahagian UMNO di Wilayah Persekutuan, saya menyokong penuh keputusan MKT baru-baru ini yang telah mengeluarkan saranan agar pelobi-pelobi atau "campaign manager" yang berkeliaran di Hotel-hotel agar balik kewasana masing-masing dan menumpukan kerja kearah membetulkan parti disemua peringkat.

Perkara ini bertepatan dengan seruan banyak pihak agar UMNO mula merangka strategi untuk memertabatkan semula parti dan memasyarakatkan parti keramat ini. Jika banyak masa terbuang dalam kerak kerja untuk meraih sokongan dalaman parti semata-mata, maka siapa yang akan dipertanggung jawabkan pula melihat masalah rakyat diakar umbi nanti?

Tekanan Ekonomi dan krisis kenaikan harga barang menuntut ahli parti turut sama turun dan membela nasib rakyat. Jangan sampai apa yang seharusnya menjadi keutamaan dipinggirkan begitu sahaja. Perebutan jawatan sehingga membuatkan penyokong dalam parti hilang fokus semestnyalah dipandang serius.

Satu perkara lagi adalah yang melibatkan para Perwakilan yang menang dalam pemilihan dan terpilih sebagai perwakilan nanti. Maslah politik wang yang telah banyak diperkatakan juga akan merupakan Kanser dalam UMNO ini nanti. Janganlah ianya dipandang remeh. Asas meritokrasi tetap menjadi keutamaan dalam menentukan kredibiliti seseorang pemimpin itu untuk terus dilantik bukan habuan wang.

Jangan sampai Menang Sorak Kampung tergadai...renung-renungkanlah

Tiada ulasan: