1. Isu yang telah banyak diperkatakan ini, semestinya dihentikan kerana ianya sentiasa diibaratkan sebagai bermain dengan api.
2. Konflik kaum nescaya terbuka luas jika isu ini terus dipermainkan. Sejarah konflik kaum 69 jangan diulangi. Kejayaan Malaysia tidak mungkin dihitamkan buat kali keduanya.
3. Kepentingan Politik individu tertentu tidak harus mempengaruhi kepentingan Nasional. Malah kenyataan dari seorang bekas anggota Kabinet seperti yang berlaku amatlah dikesali.
4. Mana mungkin kenyataan orang nombor dua kepimpinan sebuah Parti Politik Kompenen kerajaan yang memerintah dianggap sebagai kenyataan Individu sahaja.
5. Tindakkan wajar perlu diambil termasuk penggunaan akta ISA jika ianya terus menggugat ketenterama awam selepas ini nanti.
6. Majlis tertinggi parti atau komponen mestilah segera membawa perkara tersebut keperingkat tertinggi parti bagi mengelakkan prejudis dikalangan rakyat.
7. Sehingga kini kita sememangnya gagal memastikan pengagihan ekuiti penyertaan bangsa tertentu mengikut peratusan seperti yang dijanjikan dalam ekonomi. Seharusnya diingatkan bahawa pencapaian GLC bukan dikira kejayaan kaum tertentu tetapi ianya adalah penyapaian kerajaan.
8. Semua pihak semestinyalah memfokuskan masalah pokok terkini iaitu, Masalah tekanan Ekonomi dunia dan maslah kenaikan harga yang sukar dibendung walaupun harga minya telah turun.
Ahad, 30 November 2008
Jangan terus membahaskan Isu Hak Ketuanan Melayu
Selasa, 25 November 2008
RM450mil for agriculture college campus..But Why Now!
The Government has approved RM450mil to build a main campus for Kolej Pertanian Malaysia in Tangga Batu, Kedah, aimed at churning out more skilled and knowledgeable workers for the agriculture industry. What a regretable action indeed........
Agriculture and Agro-based Industry Minister Datuk Mustapa Mohamed said once operational, the new campus would be able to accommodate most of the 2,500 students expected to have enrolled at the college. Kolej Pertanian Malaysia now has about 300 students in seven branches nationwide.
“This is the Government’s way of acknowledging how important it is to have skilled people working for the agriculture and agro-based industry, a sector of the economy that is thriving and has enormous potential. “We hope more young people would be interested in acquiring knowledge on agriculture and making it their profession,” he said at the college’s third convocation ceremony on Monday.
Mustapa said groundwork on the main campus would start in the first quarter of next year and is expected to be completed in three years. He said the college would continue to offer certificate and diploma courses in areas such as food processing and distribution, rearing, aquaculture, farming and marketing.
He noted that degree programmes for such courses were already being offered in several universities.
What really wondering me is why , our early Agriculture College set up in early 60's were dissolved and created our typical University of Agriculture during 70's?....since we transform the nation towards industrial Nation, our late PM then changed it to University Putra. Very wrong and unwised decision as we does not really look it on a long term basis.
Now, all the sudden the idea rise again...the need of Agricultural knowledge suddenly became so important again. If our leaders during that time are really smart, such mistake wouldnt happened on the first hand. Are RM450M is a small amount of money?.......
Sabtu, 22 November 2008
Tahniah buat Shahrizat
Saya rasa terpanggil untuk memberikan pandangan dalam hal pemilihan pucuk pimpinan Wanita UMNO Malaysia.
1. Keberanian Shahrizat untuk membuat keputusan terus bertanding jawatan Ketua dengan sendirinya melengkapkan ciri utama beliau sebagai calon Ketua Wanita yang berwibawa.
2. Sudah sampai masanya Wanita sendiri menentukan kepimpinan masa depan mereka. Perpecahan dalam Parti tidak timbul sama sekali kecuali perwakilan terbawa-bawa emosi masing-masing selepas pemilihan nanti.
3. Biarlah proses Demokrasi menjadi budaya terkini dalam Wanita sehingga ke akar umbi selepas ini nanti.
4. Sampai masanya, Wanita menunjukkan contoh kepada UMNO disemua peringkat bahawa UMNO perlu berani melaksanakan proses peralehan kepimpinan secara terbuka.
Semoga perwakilan bijak dalam menentukan siapakah yang lebih layak!
Isnin, 17 November 2008
Kemelut Kepimpinan Wanita UMNO - Satu Peringatan
1. Tidak sensitifnya ketiga-tiga pemimpin yang dimaksudkan akan menyebabkab pergerakkan Wanita akan terus berpecah belah
2. Masalah sudah ditahap retak menunggu belah kecuali dirawat segera.
3. Rakyat sedang memerhatikan gelagat pemimpin UMNO. Jangan alpa kerana kelak akan merana badan.
4. Proses pemilihan yang jarang berlaku maka inilah akibatnya. Pemimpin mesti sedar dan proses pemilihan dimasa depan jangan mudah ditangguh-tangguhkan.
5. Harus sedah, ketika ini terlalu banyak penghasut serta indidvidu Batu Api untuk mengeruhkan keadaan.
6. Ingatan serta pandangan Dato seri Rais Yatim yang mengibaratkan UMNO umpama Ayam dalam serkap Raga mestilah dihayati secara mendalam.
Renung-renungkanlah
Ahad, 2 November 2008
Masa untuk bekerja dan berkhidmat
Sebagai seorang Setiausaha Bahagian UMNO di Wilayah Persekutuan, saya menyokong penuh keputusan MKT baru-baru ini yang telah mengeluarkan saranan agar pelobi-pelobi atau "campaign manager" yang berkeliaran di Hotel-hotel agar balik kewasana masing-masing dan menumpukan kerja kearah membetulkan parti disemua peringkat.
Perkara ini bertepatan dengan seruan banyak pihak agar UMNO mula merangka strategi untuk memertabatkan semula parti dan memasyarakatkan parti keramat ini. Jika banyak masa terbuang dalam kerak kerja untuk meraih sokongan dalaman parti semata-mata, maka siapa yang akan dipertanggung jawabkan pula melihat masalah rakyat diakar umbi nanti?
Tekanan Ekonomi dan krisis kenaikan harga barang menuntut ahli parti turut sama turun dan membela nasib rakyat. Jangan sampai apa yang seharusnya menjadi keutamaan dipinggirkan begitu sahaja. Perebutan jawatan sehingga membuatkan penyokong dalam parti hilang fokus semestnyalah dipandang serius.
Satu perkara lagi adalah yang melibatkan para Perwakilan yang menang dalam pemilihan dan terpilih sebagai perwakilan nanti. Maslah politik wang yang telah banyak diperkatakan juga akan merupakan Kanser dalam UMNO ini nanti. Janganlah ianya dipandang remeh. Asas meritokrasi tetap menjadi keutamaan dalam menentukan kredibiliti seseorang pemimpin itu untuk terus dilantik bukan habuan wang.
Jangan sampai Menang Sorak Kampung tergadai...renung-renungkanlah