“Bagi saya penurunan harga minyak selepas mesyuarat Kabinet semalam sebanyak 10 sen sahaja adalah tidak mencukupi” . Malah saya tetap menyeru kerajaan agar menimbangkan untuk menurunkan harga minyak kepada harga baru yang kurang dari RM 2 selitre.
Penurunan atau naiknya harga minyak ditentukan oleh banyak faktor. Selain dari harga minyak dunia, nilai mata wang negara juga menjadi kayu ukur dimana pada masa kini nilai mata wang Malaysia telah jatuh berbanding US Dollar.
“Ketika Kerajaan menaikkan harga minyak pada 5 Jun 2008 yang lalu, harga minyak bagi negara-negara OPEC adalah USD 118.75 setong. Justeru Kerajaan mengambil langkah drastik dengan menaikkan harga minyak petrol sebanyak 78 sen dan diesel sebanyak RM1.00 setiap liter, sekaligus menyebabkan harga baru petrol dan diesel meningkat RM2.70 seliter dan RM2.58 seliter.”Seterusnya “Kenaikkan itu diikuti oleh kenaikkan kos pengeluaran dikilang dan akhirnya mendesak harga barangan pengguna di dalam pasaran melambung tinggi. Aliran ini menyebabkan kos hidup rakyat meningkat khususnya bagi mereka yang berpendapatan kurang dari RM 2000 sebulan dan juga bagi mereka yang tingagal dibandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur.”
Saya juga menyedari bahawa pada 23 Ogos 2008, Kerajaan menurunkan harga minyak petrol sebanyak 15 sen dan diesel sebanyak 8 sen. Penurunan itu menjadikan harga baru petrol sebanyak RM2.55 seliter dan diesel RM2.50. Walaubagaimana pun kesan penurunan itu tidak begitu dirasai kerana harga barangan pengguna tidak menampakkan perubahan besar.
Saya yakin rakyat mengharapkan agar kadar penurunan itu ditingkatkan dan mendesak para pengeluar dan peniaga turut menurunkan harga barang dagangan mereka dipasaran.
Jika dilihat pada rekod yang lalu, pada 28 Februari 2006, Kerajaan menaikkan harga petrol kepada RM 1.92 dimana pada ketika itu harga minyak bagi negara OPEC adalah USD 93.49 setong. Harga berkenaan lebih tinggi berbanding harga terbaru pada 19 September iaitu USD 88.53 setong, oleh itu sewajarnya harga yang baru diberikan akan oleh Kerajaan adalah lebih rendah dari itu atau tidak melebihi dari RM 2 seliter.
Saya juga hairan kerana harga minyak dipasaran dunia boleh berubah setiap hari tetapi di Malaysia, sebuah negara kecil perubahan harga minyak mengambil masa yang terlalu lama berbanding untuk menaikkannya!
Kecekapan pengurusan diperingkat Kerajaan adalah dituntut agar trend turun naik harga minyak dunia dapat diselaraskan dengan harga bagi pasaran tempatan tanpa menunggu masa yang terlalu lama untuk penilaian harga baru.
Bagi sayaKerajaan perlu membuat semakan harga pada setiap minggu. Perubahan harga tidak akan menjejaskan operasi semasa syarikat penjual Minyak dan Gas sekiranya semakan mingguan dibuat. Minyak adalah komoditi yang bergerak pantas dan kadar penjualannya juga tinggi sesuai dengan kadar permintaan yang sentiasa melebihi
Saya tetap berharap Kerajaan dapat menyediakan jadual anggaran harga masa hadapan sebagai panduan. Anggaran boleh dibuat berdasarkan rekod harga pada minggu yang sebelumnya dan ini akan memudahkan penentuan harga pasaran dan agihan subsidi.
Saya juga mencadangkan agar pihak Kementerian mewujudkan satu Unit Khas yang berfungsi untuk mengkaji dan mengawal harga minyak ini setiap minggu.
NEGARA KITA TANGGUNG JAWAB KITA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan