Akta Hubungan Kaum seperti yang diwawarkan sememangnya diperlukan bagi merealisasi persefahaman antara kaum yang ada dinegara kita. Sememangnya terlalu banyak masalah perhubungan kaum dibangkitkan sejak kebelakangan ini walaupun masyarakat pelbagai kaum dan agama telah bersatu padu dan hidup dalam suasana harmoni melalui proses semula jadi sejak bertahun-tahun lamanya.
Cadangan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar baru-baru ini agar akta itu dirangka oleh kementeriannya bersama Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan untuk mengekang huru-hara dan ancaman kepada ketenteraman awam perlu dipandang positif oleh semua pihak. Ketenteraman tidak hanya akan terjamin semata-mata berdasarkan keikhlasan sahaja tetapi penguatkuasaan undang-undang jika perlu.
Peranan Parlimen sebagai tempat membahaskannya perlulah dipraktikkan secara rasional demi melihat Malaysia yang lebih relevan dan harmoni menerusi keperbagaian tradisi dan adat resam. Penubuhan Majlis Perhubungan antara kaum juga sememangnya dialu-alukan, malah penubuhan diperingkat Kebangsaan sewajarnyalah diikuti juga penubuhannya diperingkat Negeri sehinggalah keperingkat Parlimen diseluruh negara diujudkan.
Adalah dicadangkan juga bahawa pelantikan anggotanya juga semestinyalah dianggotai oleh aktivis masyarakat dan bukanya berpaksi kepada individu yang berlatar belakangkan Politik. Bagi saya penglibatan orang Politik akan menyebabkan majlis seumpama ini akan mudah dimanupulasikan demi kepentingan politik masing-masing.
Peranan Jab. Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional sememangnya sesuai lagi relevan. Menerusi Rukun Tetangga disemua peringkat, peranan JPNIN akan lebih dilihat berbanding sebelum ini. JPNIN sememangnya mempunyai sumber kepimpinan akar umbi yang ramai yang boleh membantu dalam hal ini. Pemimpin Rukun Tetangga sememangnya telah lama berperanan, cuma jarang diperkasakan menerusi pelantikan secara formal di peringkat yang lebih luas skopnya.
Oleh yang demikian, sekaranga adalah masa yang sesuai Majlis ini diujudkan dan aktivis setempat dapat dimanfaatkan dan bukan orang politik sahaja seperti mana sebelum ini.
MERRY CHRISTMAS 2024.
-
*Wishing all our Christian readers, relatives and friends a MERRY
CHRISTMAS.*
*Wishing the rest, HAPPY HOLIDAYS.*
2 jam yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan