Welcome to my Blog

Welcome to my Weblog. This site is dedicated to publishing my writings as and when I am able to pen my thoughts and opinions.Interested parties, including the Press, may reproduce or quote materials published with the condition that they are credited tfrom me. Comments must be accompanied by names and contact. Anonymous postings and those containing profanities and obscenities will be rejected.

Salam pengenalan buat semua

Semoga keujudan blog ini akan memberikan ruang untuk kita sebagai pemimpin diperingkat akar umbi untuk bertukar pandangan dan pengalaman dalam menangai isu-isu semasa kemasyarakat ditempat masing-masing. Tuan/puan mungkin pimpinan kerdil diperingkat bawahan, samada diluar bandar atau pekan kecil, didaerah mahu pun bandar, jangan lupa bahawa anda mempunyai peranan tertentu dalam merobah pemikiran rakyat.

Bersamalah kita berazam untuk meninggikan mutu kehidupan dan kefahaman penduduk dalam sesebuah masyarakat itu menangani cabaran alaf baru. Semoga komuniti kita akan menjadi tempat yang menarik, maju dan menguntungkan buat semua penduduknya.anda boleh berkomunikasi dengan saya menerusi email peribadi di mzha@hotmail.com atau hubungi saya terus menerusi 019-2764133

capaian

Khamis, 25 September 2008

HARGA MINYAK TURUN 10 SEN TIDAK MEMADAI

“Bagi saya penurunan harga minyak selepas mesyuarat Kabinet semalam sebanyak 10 sen sahaja adalah tidak mencukupi” . Malah saya tetap menyeru kerajaan agar menimbangkan untuk menurunkan harga minyak kepada harga baru yang kurang dari RM 2 selitre.

Penurunan atau naiknya harga minyak ditentukan oleh banyak faktor. Selain dari harga minyak dunia, nilai mata wang negara juga menjadi kayu ukur dimana pada masa kini nilai mata wang Malaysia telah jatuh berbanding US Dollar.

“Ketika Kerajaan menaikkan harga minyak pada 5 Jun 2008 yang lalu, harga minyak bagi negara-negara OPEC adalah USD 118.75 setong. Justeru Kerajaan mengambil langkah drastik dengan menaikkan harga minyak petrol sebanyak 78 sen dan diesel sebanyak RM1.00 setiap liter, sekaligus menyebabkan harga baru petrol dan diesel meningkat RM2.70 seliter dan RM2.58 seliter.”

Seterusnya “Kenaikkan itu diikuti oleh kenaikkan kos pengeluaran dikilang dan akhirnya mendesak harga barangan pengguna di dalam pasaran melambung tinggi. Aliran ini menyebabkan kos hidup rakyat meningkat khususnya bagi mereka yang berpendapatan kurang dari RM 2000 sebulan dan juga bagi mereka yang tingagal dibandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur.”

Saya juga menyedari bahawa pada 23 Ogos 2008, Kerajaan menurunkan harga minyak petrol sebanyak 15 sen dan diesel sebanyak 8 sen. Penurunan itu menjadikan harga baru petrol sebanyak RM2.55 seliter dan diesel RM2.50. Walaubagaimana pun kesan penurunan itu tidak begitu dirasai kerana harga barangan pengguna tidak menampakkan perubahan besar.

Saya yakin rakyat mengharapkan agar kadar penurunan itu ditingkatkan dan mendesak para pengeluar dan peniaga turut menurunkan harga barang dagangan mereka dipasaran.

Jika dilihat pada rekod yang lalu, pada 28 Februari 2006, Kerajaan menaikkan harga petrol kepada RM 1.92 dimana pada ketika itu harga minyak bagi negara OPEC adalah USD 93.49 setong. Harga berkenaan lebih tinggi berbanding harga terbaru pada 19 September iaitu USD 88.53 setong, oleh itu sewajarnya harga yang baru diberikan akan oleh Kerajaan adalah lebih rendah dari itu atau tidak melebihi dari RM 2 seliter.

Saya juga hairan kerana harga minyak dipasaran dunia boleh berubah setiap hari tetapi di Malaysia, sebuah negara kecil perubahan harga minyak mengambil masa yang terlalu lama berbanding untuk menaikkannya!

Kecekapan pengurusan diperingkat Kerajaan adalah dituntut agar trend turun naik harga minyak dunia dapat diselaraskan dengan harga bagi pasaran tempatan tanpa menunggu masa yang terlalu lama untuk penilaian harga baru.

Bagi sayaKerajaan perlu membuat semakan harga pada setiap minggu. Perubahan harga tidak akan menjejaskan operasi semasa syarikat penjual Minyak dan Gas sekiranya semakan mingguan dibuat. Minyak adalah komoditi yang bergerak pantas dan kadar penjualannya juga tinggi sesuai dengan kadar permintaan yang sentiasa melebihi

Saya tetap berharap Kerajaan dapat menyediakan jadual anggaran harga masa hadapan sebagai panduan. Anggaran boleh dibuat berdasarkan rekod harga pada minggu yang sebelumnya dan ini akan memudahkan penentuan harga pasaran dan agihan subsidi.

Saya juga mencadangkan agar pihak Kementerian mewujudkan satu Unit Khas yang berfungsi untuk mengkaji dan mengawal harga minyak ini setiap minggu.

NEGARA KITA TANGGUNG JAWAB KITA

Isnin, 22 September 2008

Insist on ISA repeal

Personally I disagreed over the Government’s stand not to review the Internal Security Act and consider that the ISA was not going to be reviewed was in complete disregard for public opinion.
I feel the Government should not just brush these comments aside. Instead, it should do the right thing by considering whether there is still a need for such an Act, it is totally irrelevant in the modern age.

Suggestions by various leaders to take into account all the different views on the ISA should also be supported. There are many views on the ISA whether it should be abolished, amended or maintained. The set up of a special committee will be able to study all aspects of the Act as ISA had outlived its purpose and was no longer relevant in the 21st century, ISA was originally created to prevent and curb violence and had its purpose in the 1960s and 70s.

“But in the last 30 years, we have seen it used for reasons it was never intended for on those suspected of falsifying identity cards and printing counterfeit currency notes instead of focusing preventing terrorism.

Human needs to have fair judgement and the resignation of our respected Minister, Zaid Ibrahim tells everything...

Cadangan Majlis Perhubungan antara kaum.

Akta Hubungan Kaum seperti yang diwawarkan sememangnya diperlukan bagi merealisasi persefahaman antara kaum yang ada dinegara kita. Sememangnya terlalu banyak masalah perhubungan kaum dibangkitkan sejak kebelakangan ini walaupun masyarakat pelbagai kaum dan agama telah bersatu padu dan hidup dalam suasana harmoni melalui proses semula jadi sejak bertahun-tahun lamanya.

Cadangan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar baru-baru ini agar akta itu dirangka oleh kementeriannya bersama Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan untuk mengekang huru-hara dan ancaman kepada ketenteraman awam perlu dipandang positif oleh semua pihak. Ketenteraman tidak hanya akan terjamin semata-mata berdasarkan keikhlasan sahaja tetapi penguatkuasaan undang-undang jika perlu.

Peranan Parlimen sebagai tempat membahaskannya perlulah dipraktikkan secara rasional demi melihat Malaysia yang lebih relevan dan harmoni menerusi keperbagaian tradisi dan adat resam. Penubuhan Majlis Perhubungan antara kaum juga sememangnya dialu-alukan, malah penubuhan diperingkat Kebangsaan sewajarnyalah diikuti juga penubuhannya diperingkat Negeri sehinggalah keperingkat Parlimen diseluruh negara diujudkan.

Adalah dicadangkan juga bahawa pelantikan anggotanya juga semestinyalah dianggotai oleh aktivis masyarakat dan bukanya berpaksi kepada individu yang berlatar belakangkan Politik. Bagi saya penglibatan orang Politik akan menyebabkan majlis seumpama ini akan mudah dimanupulasikan demi kepentingan politik masing-masing.

Peranan Jab. Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional sememangnya sesuai lagi relevan. Menerusi Rukun Tetangga disemua peringkat, peranan JPNIN akan lebih dilihat berbanding sebelum ini. JPNIN sememangnya mempunyai sumber kepimpinan akar umbi yang ramai yang boleh membantu dalam hal ini. Pemimpin Rukun Tetangga sememangnya telah lama berperanan, cuma jarang diperkasakan menerusi pelantikan secara formal di peringkat yang lebih luas skopnya.

Oleh yang demikian, sekaranga adalah masa yang sesuai Majlis ini diujudkan dan aktivis setempat dapat dimanfaatkan dan bukan orang politik sahaja seperti mana sebelum ini.

Jumaat, 5 September 2008

Isu kenaikan Harga dan penurunan harga Minyak

Kepada semua pihak samada Kerajaan atau pun Peniaga, fokus utama kita sekarang ini adalah untuk menumpukan maslah persepsi umum terhadap isu kenaikan harga barang serta usaha penurunan harga minyak sejak kebelakangan ini.

Bagi kerajaan, tindakan tegas menerusi penguatkuasaan semestinyalah dilaksanakan. Perkara ini telah menjadi kenyataan umum kerana keberkesanannya serta penyalah gunaan kuasa terlalu rakus sehingga gejala rasuah telah menjadi kenyataan yang sukar untuk kita semua nafikan dalam pentadbiran kerajaan.

Akibat kelemahan pemantauan inlah, akhirnya para peniaga yang tiada etika ini mengambil kesempatan akibat daripada kelemahan tersebut. Dalam keadaan ini, peruncit kecil-kecilan pun telah menjadi mangsa bukan sekadar pengguna disemua peringkat.

Jika kerajaan tidak mengambil sikap proaktif nescaya, telahan jika harga minya turun pun nescaya tiada harga barang yang akan turun menjadi kenyataan. Bila ini berlaku, siapa yang ingin kita salahkan?

Sama-samalah kita fikir-fikirkan....