Welcome to my Blog

Welcome to my Weblog. This site is dedicated to publishing my writings as and when I am able to pen my thoughts and opinions.Interested parties, including the Press, may reproduce or quote materials published with the condition that they are credited tfrom me. Comments must be accompanied by names and contact. Anonymous postings and those containing profanities and obscenities will be rejected.

Salam pengenalan buat semua

Semoga keujudan blog ini akan memberikan ruang untuk kita sebagai pemimpin diperingkat akar umbi untuk bertukar pandangan dan pengalaman dalam menangai isu-isu semasa kemasyarakat ditempat masing-masing. Tuan/puan mungkin pimpinan kerdil diperingkat bawahan, samada diluar bandar atau pekan kecil, didaerah mahu pun bandar, jangan lupa bahawa anda mempunyai peranan tertentu dalam merobah pemikiran rakyat.

Bersamalah kita berazam untuk meninggikan mutu kehidupan dan kefahaman penduduk dalam sesebuah masyarakat itu menangani cabaran alaf baru. Semoga komuniti kita akan menjadi tempat yang menarik, maju dan menguntungkan buat semua penduduknya.anda boleh berkomunikasi dengan saya menerusi email peribadi di mzha@hotmail.com atau hubungi saya terus menerusi 019-2764133

capaian

Isnin, 29 Disember 2008

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1430 DAN TAHUN BARU 2009

Kepada semua saya ucapkan selamat berbahagia dan menyambut tahun baru Maal Hijrah serta Tahun Baru. Sesungguhnya tahun yang lalu banyak mengajar kita semua tentang erti kehidupan dan perpaduan.

Dalam sebuah negara berbilang bangsa seperti Malaysia, kita seharusnyalah saling hormat menghormati adat resam dan kepercayaan Agama masing-masing. Asas kepada semangat bermesyuarah serta muafakat antara kaum diawal kemerdekaan dulu seharusnyalah menjadi pendoman buat kita generasi terkemudian ini.

Janganlah mudah untuk kita mempertikaikan toleransi seperti yang diamalkan sebaliknya kita semestinyalah mempertahankan kegemilangan sedia ada agar dapat terus bertahan demi Malaysia yang tercinta. Jadikanlah azam kita semua samada pemimpin mahupun rakyat terbanyak sempena tahun baru ini.

Sesungguhnya kekejaman rejim zionis Israel terhadap penduduk Palestin adalah satu pentanda buruk menjelang tahun baru ini yang dapat kita jadikan ukuran. Kerakusan tanpa mengira perasaan apatah lagi peri kemanusia sudah tiada lagi dalam sanubari mereka yang melakukannya. Apakah ketidak stabilan politik khususnya antara kaum seperti berlaku di Afrika Selatan dan perbalahan antara penyokong Politik di Thailand perlu menular di negara kita pula. Sama-samalah kita fikir dan renungkan.

NEGARA KITA TANGGUNG JAWAB KITA

Ahad, 21 Disember 2008

Pengswastaan IJN satu usaha menidakkan kepentingan Rakyat

Saya begitu terkejut dan terseret sama untuk memberikan pandangan seperti yang lain dalam hal ini. Kenapa pemimpin diatas sana masih kurang mengerti kuasa yang rakyat miliki dalam era penuh bermaklumat ini.

Mengapa bila ada tekanan barulah ditarik "Hand Brake" sepert yang terjadi sekarang. Baru kini implikasi politiknya perlu diambil kira, kenapa jadi begini? Kepentingan diri, kelompok atau Rakyat yang menjadi keutamaan? Sama-samalah kita renungkan.

Jika keujudan IJN dulunya adalah untuk mengutamakan perkhidmatan kepada rakyat yang memerlukannya, kenapa setelah berjaya nama dan perananya menjadi buah mulut, tiba-tiba sahaja ada pulak pihak yang nak menelannya.....

Rakyat kini sudah pandai menilai, jangan lupa kuasa keramat yang dimaksudkan tersebut. "Benchmark" terkini adalah di Kuala Trengganu, bukan mudah untuk menangkis kembali kecenderungan awal untuk mengswastakannya kepada realiti terkini. Tepuk dada tanyalah selera....

Isnin, 8 Disember 2008

ISU PEMBANGUNAN TANAH TINGGI DAN DILERENG BUKIT

1. Pengajaran demi pengajaran telah mengajar kita akan bahaya jangka panjang terhadap isu yang dimaksudkan. Namun sikap acuh tak acuh tetap menjadi tabiat kita.

2. Puncanya, sikap rakus pihak pemaju yang hanya ingin mengejar keuntungan disamping ada pihak yang mengambil kesempatan samada kakitangan awam mahupun individu tertentu. Rasuah diperkatakan....

3. Kesungguhan pihak terbabit dengan kelulusan telah lama dipertikaikan. Penguatkuasaan sering menjadi topik perbincangan, malah Rasuah sering dikaitkan...

4. Akirnya "hangat hangat tahi ayam" mungkin seperti kata Mahathir " Melayu mudah lupa"

5. Pihak Media seringkali mengenengahkan isu penerokaan hutan untuk pembalakan, Tanah kerajaan diterokai untuk Pembalakkan dan Pembangunan termasuk dilereng Bukit atau Tanah tinggi. Terbukti penguatkuasaan LEMAH.

6. Siapa perlu dipersalahkan? Tepuk dada tanya selesa...apa lagi perlu tukar dan siapa perlu dihukum? renungkanlah pengajaran Quran tentang peringatan Allah.

7. Sedarilah bahawa kerosakan muka bumi ini adalah angkara tangan manusia itu sendiri. Ada mata tidak memandang, ada telinga tidak mendengar dan ada akal tidak mahu berfikir. Akhirnya hukum alam menjadi kenyataan (balasan tuhan)