KEPADA PENDUDUK YANG TELAH BERSAMA SAYA SEMALAM, DI STADIUM BOLASEPAK KUALA LUMPUR, TAHNIAH DAN SYABAS KERANA ANDA SEMEMANGNYA MENGAMBIL BERAT TENTANG MASA DEPAN KAMPUNG KITA.
Pelan Draf Bandar Raya Kuala Lumpur 2020 3 jilid yang dikeluarkan oleh DBKL pada Mei 2008 yang lalu akan digazet di Parlimen tahun ini dan bertujuan menjadikan Kuala Lumpur Bandar Raya berkelas dunia.
Draf Pelan Bandar Raya Kuala Lumpur 2020 mengutarakan isu-isu seperti pengangkutan awam, akses untuk warga kurang upaya, peruntukan taman dan kawasan lapangan, tahap kebersihan sungai, pembangunan kawasan bukit, dll.
Kesemua 180,000 plot tanah di KL akan dizon secara rasmi untuk kegunaan-kegunaan tertentu (seperti perumahan, perindustrian, komersil, dll) mengikut 20 jenis penggunaan tanah dan kepadatan penduduk.
DRAF PELAN BANDAR RAYA KL 2020 MELIBATKAN ANDA!
• sekiranya anda pemilik tanah/rumah
• sekiranya anda mementingkan persekitaran sekeliling anda
• sekiranya anda mementingkan Kuala Lumpur sebagai bandaraya dan tempat tinggal anda
MELALUI PELBAGAI CARA! Contohnya:
• Kesesakan lalulintas di kawasan anda bakal menjadi lebih teruk jika mana-mana tanah lapang diubah statusnya dari "tanah institusi awam" seperti balai polis, menjadi "tanah komersil"... seperti yang dirancangkan untuk balai polis Jalan Travers.
• kawasan bukit-bukau yang anda lawati untuk aktiviti riadah dan rekreasi mungkin diratakan untuk pembinaan kawasan perumahan kos tinggi ... seperti yang dirancangkan untuk Bukit Gasing.
• pasar pagi anda mungkin tidak akan ada lagi tahun depan sekiranya ia tidak dinyatakan dalam pelan tersebut... seperti yang berlaku pada pasar pagi di Taman Lucky.
• tapak permainan kanak-kanak/tanah lapang di kawasan tempat tinggal anda mungkin akan dizon semula sebagai tempat pembinaan pangsapuri tinggi.
Setelah digazet, tanah yang telah dizonkan tidak boleh diubah.
DRAF PELAN BANDAR RAYA KL 2020 PERLUKAN PENDAPAT ANDA!
Pihak DBKL mengalu-alukan pendapat dan saranan dari pihak orang ramai dalam proses pembangunan bandar raya kita ini:
1. lawatilah laman web DBKL di http://klcityplan2020.dbkl.gov.my/sme untuk melihat pelan-pelan dan berilah e-pandangan di http://klcityplan2020.dbkl.gov.my/epandangan/form_index_bm.php selewat-lewatnya pada 30 Ogos 2008.
2. Hubungi Ahli Parlimen anda untuk maklumat lanjut.
3. Hubungi saya bagi mendapatkan borang mengenai pandangan balas anda.
4. ‘Embedkan’ Episod #8 dari The Fairly Current Show di laman web ataupun blog anda!
5. Muat turunkan video dari The Fairly Current Show ke telefon bersel anda dan tunjukkan kepada rakan-rakan!
6. Lawati http://visionkl2020.blogspot.com dan ceritakan kepada kami wawasan ANDA bagi KL di tahun 2020!
Setiap Pandangan Amat Berharga kerana
KAMPUNG KITA TANGGUNG JAWAB KITA!
MERRY CHRISTMAS 2024.
-
*Wishing all our Christian readers, relatives and friends a MERRY
CHRISTMAS.*
*Wishing the rest, HAPPY HOLIDAYS.*
Sejam yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan