Welcome to my Blog

Welcome to my Weblog. This site is dedicated to publishing my writings as and when I am able to pen my thoughts and opinions.Interested parties, including the Press, may reproduce or quote materials published with the condition that they are credited tfrom me. Comments must be accompanied by names and contact. Anonymous postings and those containing profanities and obscenities will be rejected.

Salam pengenalan buat semua

Semoga keujudan blog ini akan memberikan ruang untuk kita sebagai pemimpin diperingkat akar umbi untuk bertukar pandangan dan pengalaman dalam menangai isu-isu semasa kemasyarakat ditempat masing-masing. Tuan/puan mungkin pimpinan kerdil diperingkat bawahan, samada diluar bandar atau pekan kecil, didaerah mahu pun bandar, jangan lupa bahawa anda mempunyai peranan tertentu dalam merobah pemikiran rakyat.

Bersamalah kita berazam untuk meninggikan mutu kehidupan dan kefahaman penduduk dalam sesebuah masyarakat itu menangani cabaran alaf baru. Semoga komuniti kita akan menjadi tempat yang menarik, maju dan menguntungkan buat semua penduduknya.anda boleh berkomunikasi dengan saya menerusi email peribadi di mzha@hotmail.com atau hubungi saya terus menerusi 019-2764133

capaian

Khamis, 28 Ogos 2008

Harga tiket sempena perayaan naik 30%

Kenaikkan harga tiket bagi pengguna penggangkutan bas sempena perayaan kali ini nampaknya tetap akan naik 30% seperti yang telah diumumkan oleh kerajaan walaupun banyak perdebatan mengenainya dibincangkan. Perkara ini telah begitu lama dibahaskan kerana mereka yang terlibat dengan kenaikan ini nanti adalah mereka yang berada dikelas pertengahan dan bawahan (rakyat bawahan belaka).
Saya masih ingat kenyataan YB Menteri sebelum harga minyak dinaikkan bahawa kenaikan harga bahan api tidak akan menjejaskan kos sara hidup rakyat secara umum. Ketegasan pihak kementerian yang gagal memantau kenaikan harga secara tersendiri pihak pengusaha Bas sebelum ini juga menyebabkan pengguna menerima kesan tidak bertanggung jawab itu.
Kini harga minyak diturunkan sedikit tetapi harga tambang tetap akan naik.....dimana keperihatinan pihak berwajib.

Isnin, 11 Ogos 2008

PANDANGAN ANDA AMAT DIPERLUKAN

KEPADA PENDUDUK YANG TELAH BERSAMA SAYA SEMALAM, DI STADIUM BOLASEPAK KUALA LUMPUR, TAHNIAH DAN SYABAS KERANA ANDA SEMEMANGNYA MENGAMBIL BERAT TENTANG MASA DEPAN KAMPUNG KITA.

Pelan Draf Bandar Raya Kuala Lumpur 2020 3 jilid yang dikeluarkan oleh DBKL pada Mei 2008 yang lalu akan digazet di Parlimen tahun ini dan bertujuan menjadikan Kuala Lumpur Bandar Raya berkelas dunia.

Draf Pelan Bandar Raya Kuala Lumpur 2020 mengutarakan isu-isu seperti pengangkutan awam, akses untuk warga kurang upaya, peruntukan taman dan kawasan lapangan, tahap kebersihan sungai, pembangunan kawasan bukit, dll.
Kesemua 180,000 plot tanah di KL akan dizon secara rasmi untuk kegunaan-kegunaan tertentu (seperti perumahan, perindustrian, komersil, dll) mengikut 20 jenis penggunaan tanah dan kepadatan penduduk.

DRAF PELAN BANDAR RAYA KL 2020 MELIBATKAN ANDA!
• sekiranya anda pemilik tanah/rumah
• sekiranya anda mementingkan persekitaran sekeliling anda
• sekiranya anda mementingkan Kuala Lumpur sebagai bandaraya dan tempat tinggal anda
MELALUI PELBAGAI CARA! Contohnya:
• Kesesakan lalulintas di kawasan anda bakal menjadi lebih teruk jika mana-mana tanah lapang diubah statusnya dari "tanah institusi awam" seperti balai polis, menjadi "tanah komersil"... seperti yang dirancangkan untuk balai polis Jalan Travers.

• kawasan bukit-bukau yang anda lawati untuk aktiviti riadah dan rekreasi mungkin diratakan untuk pembinaan kawasan perumahan kos tinggi ... seperti yang dirancangkan untuk Bukit Gasing.

• pasar pagi anda mungkin tidak akan ada lagi tahun depan sekiranya ia tidak dinyatakan dalam pelan tersebut... seperti yang berlaku pada pasar pagi di Taman Lucky.

• tapak permainan kanak-kanak/tanah lapang di kawasan tempat tinggal anda mungkin akan dizon semula sebagai tempat pembinaan pangsapuri tinggi.
Setelah digazet, tanah yang telah dizonkan tidak boleh diubah.

DRAF PELAN BANDAR RAYA KL 2020 PERLUKAN PENDAPAT ANDA!
Pihak DBKL mengalu-alukan pendapat dan saranan dari pihak orang ramai dalam proses pembangunan bandar raya kita ini:
1. lawatilah laman web DBKL di http://klcityplan2020.dbkl.gov.my/sme untuk melihat pelan-pelan dan berilah e-pandangan di http://klcityplan2020.dbkl.gov.my/epandangan/form_index_bm.php selewat-lewatnya pada 30 Ogos 2008.

2. Hubungi Ahli Parlimen anda untuk maklumat lanjut.

3. Hubungi saya bagi mendapatkan borang mengenai pandangan balas anda.

4. ‘Embedkan’ Episod #8 dari The Fairly Current Show di laman web ataupun blog anda!

5. Muat turunkan video dari The Fairly Current Show ke telefon bersel anda dan tunjukkan kepada rakan-rakan!

6. Lawati http://visionkl2020.blogspot.com dan ceritakan kepada kami wawasan ANDA bagi KL di tahun 2020!

Setiap Pandangan Amat Berharga kerana
KAMPUNG KITA TANGGUNG JAWAB KITA!

Selasa, 5 Ogos 2008

Pemilihan kepimpinan UMNO Bahagian Bandar Tun Razak

Sebagai ketua Cawangan yang berada dibawah UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, saya berasa terpanggil untuk menasihati semua pihak yang berkempen agar dapat menjaga adap dan bergiat selaras dengan peruntukan peraturan seperti yang digariskan oleh Lembaga Disiplin parti.

Seperti yang kita ketahui, sehingga kini telah banyak rungutan dan aduan mengenai salah laku yang membabitkan ahli UMNO di beberapa cawangan dalam kawasan mahu pun diperingkat negeri yang lain. Apa yang lebih malang lagi adalah, laporan polis yang telah dibuat pagi tadi terhadap Presiden dan Timbalan Presiden mengenai penganjuran majlis pertemuan khas dengan semua Cawangan pada beberapa bulan yang lalu.

Jika semua pihak tidak mengambil serius perkara ini, UMNO akan berdepan dengan berbagai masalah dalaman yang akan langsung tidak menarik minat mereka yang diluar sana untuk bersama UMNO dalam tahun yang mendatang.

"Bulat Air kerana pembentung, bulat Manusia kerana Muafakat"