Welcome to my Blog

Welcome to my Weblog. This site is dedicated to publishing my writings as and when I am able to pen my thoughts and opinions.Interested parties, including the Press, may reproduce or quote materials published with the condition that they are credited tfrom me. Comments must be accompanied by names and contact. Anonymous postings and those containing profanities and obscenities will be rejected.

Salam pengenalan buat semua

Semoga keujudan blog ini akan memberikan ruang untuk kita sebagai pemimpin diperingkat akar umbi untuk bertukar pandangan dan pengalaman dalam menangai isu-isu semasa kemasyarakat ditempat masing-masing. Tuan/puan mungkin pimpinan kerdil diperingkat bawahan, samada diluar bandar atau pekan kecil, didaerah mahu pun bandar, jangan lupa bahawa anda mempunyai peranan tertentu dalam merobah pemikiran rakyat.

Bersamalah kita berazam untuk meninggikan mutu kehidupan dan kefahaman penduduk dalam sesebuah masyarakat itu menangani cabaran alaf baru. Semoga komuniti kita akan menjadi tempat yang menarik, maju dan menguntungkan buat semua penduduknya.anda boleh berkomunikasi dengan saya menerusi email peribadi di mzha@hotmail.com atau hubungi saya terus menerusi 019-2764133

capaian

Rabu, 18 April 2012

Pelaksanaan gaji minimum kena ambil kira kemampuan majikan


ISU tuntutan pekerja terhadap gaji minimum bukan perkara baru. Pelaksanaan gaji minimum pula bukan perkara mudah kerana kerajaan perlu mengambil kira pelbagai perkara dan mengambil pandangan pelbagai pihak berkepentingan. Biasanya kerajaan akan berunding dengan majikan dengan mengambil pendekatan 'sama-sama menang'. 

Kerajaan tentu lebih memihak kepada rakyat, tetapi pada masa sama tidak mahu kehilangan pekerjaan untuk rakyat. Tentu juga kerajaan tidak mengambil tindakan terburu-buru semata-mata atas nama transformasi.

Banyak perkara perlu diambil kira sebelum pelaksanaan gaji minimum. Antaranya dasar transformasi kerajaan, kuasa pasaran, produktiviti pekerja, kos hidup, kemampuan majikan dan lain-lain. Perkara yang menjadi tumpuan utama sekarang ialah berapakah jumlah pendapatan minimum yang akan ditetapkan.

Sehingga kini, pelbagai anggaran gaji antara RM800 hingga RM1,500. Pada hemat penulis, sebarang cadangan penentuan gaji minimum perlu rasional dan bijaksana. Pekerja perlu lebih rasional dalam membuat tuntutan terhadap nilai yang sesuai berkaitan gaji minimum. 


Analoginya, penetapan itu agar tidak terlalu rendah dan tidak terlalu tinggi. Kita boleh mengambil semangat kesederhanaan (wasatiyyah) dalam kehidupan. Pada masa sama, harapan pekerja memanglah tinggi berkaitan penetapan gaji minimum.

Penetapan gaji minimum perlu mengambil kira keperluan asas pekerja dan keluarga. Ini berkaitan dengan faktor garis kemiskinan yang dikeluarkan Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri. Dalam usaha memacu pertumbuhan ekonomi ke arah pembentukan negara maju, kerajaan tidak mahu ada rakyat terpinggir dan ketinggalan daripada arus pembangunan. 

Atas semangat kemajuan dan pembangunan negara dikecapi bersama seluruh rakyat, maka majikan juga perlu mempunyai hati dan perasaan terhadap pekerjanya. Memang betul pekerja boleh berusaha untuk survival dalam kehidupan, tetapi mereka terpaksa menggunakan segala kudrat dan masa yang maksimum untuk menempuh cabaran kehidupan. 
Penetapan gaji minimum harus juga mengambil kira kemampuan majikan untuk membayar dalam tempoh panjang. Jika tidak berkemampuan, mungkin majikan akan menutup perniagaan, akhirnya pekerja yang hilang pekerjaan. 

Pepatah Melayu menyebutkan ‘orang tamak selalu rugi.’ Di sinilah semangat muhibah perundingan bersama dititikberatkan antara pekerja, majikan dan kerajaan.

Bagi pihak kerajaan, penetapan gaji minimum adalah satu usaha transformasi untuk mewujudkan sosioekonomi rakyat yang stabil. Inisiatif ini adalah pencernaan daripada semangat 1Malaysia, ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Dalam konteks inilah, dasar dan program transformasi ekonomi mengambil perhatian terhadap kepentingan serta kesejahteraan rakyat. 

Sementara rakyat berhak menikmati dan mengecapi kemakmuran ekonomi, kerajaan juga mengambil perhatian terhadap kepentingan majikan dan pelabur asing. Sikap kerajaan adalah jelas. Kerajaan mengambil kira pelbagai faktor membabitkan kepentingan semua pihak. Pelbagai pertimbangan digunakan sebelum melaksanakan sesuatu dasar termasuk penentuan kadar gaji minimum. 

Penetapan gaji juga boleh dibuat berdasarkan faktor wilayah yang amat mempengaruhi kos dan kualiti hidup di kalangan pekerja. Walaupun rakyat membayar barangan dengan harga sama walau di mana mereka tinggal, secara relatifnya, kos hidup di luar bandar lebih rendah berbanding bandar. 

Justeru, jika kita hendak menetapkan suatu nilai gaji minimum untuk seluruh Malaysia adalah kurang sesuai. Begitu juga dengan jenis atau sektor ekonomi yang pelbagai – peladangan, perkhidmatan, pembuatan dan pembinaan. Hakikatnya, setiap sektor ekonomi mempunyai fokus dan cabaran perniagaan tersendiri. 

Persoalannya, apakah perkara asas pekerja atau rakyat? Pekerja sering menghadapi masalah apabila gaji pokok terlalu rendah. Mereka menghadapi masalah apabila berurusan dengan sektor perbankan untuk membuat pinjaman.

Kesimpulannya, kita perlu menyedari usaha yang diambil kerajaan untuk merealisasikan penentuan kadar gaji minimum. Sebagai ‘bapa’, kerajaan perlu bertindak seadil-adilnya terhadap ‘anaknya’ iaitu rakyat dan ‘sahabatnya’ majikan. Semua pihak perlu berlapang dada untuk berunding dan mengambil keputusan bijaksana, umpama ‘menarik rambut dalam tepung.’ 

Jelasnya semua orang hendak menikmati dan mengecapi kesenangan serta kebahagiaan hidup yang sementara ini. Jasa pekerja amat besar dalam menggerak pembangunan negara sejak sekian lama. Walau apapun polemik yang timbul berkaitan pelaksanaan gaji minimum, biarlah kita menunggu kebijaksanaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang akan mengumumkan penentuan kadarnya pada sambutan Hari Pekerja nanti. 

Semoga pengumuman itu menjadi hadiah paling besar kepada pekerja. Satu perkara yang kita tidak boleh lupakan ialah ‘Pekerja Berinovatif Penggerak Transformasi’ yang moto Hari Pekerja 2012.

Rabu, 14 Mac 2012

Shahrizat - satu pengalaman yang mengajar

Pembongkaran demi pembongkaran dan berbagai dokumen telah didedahkan oleh Pembangkang terutamanya Rafizi Ramli kepada umum ada yang betul dan ada yang tersilap. Setelah berjuang beberapa bulan akhirnya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengumumkan akan mengundurkan diri sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Keputusan Shahrizat berundur adalah keputusan tepat walaupun keluarga beliau belum dihukum bersalah oleh makamah. Shahrizat merupakan pemimpin politik wanita kerajaan paling tinggi sebagai Ketua Wanita UMNO dan Ketua Wanita Barisan Nasional seharusnya lebih berhati-hati dalam apa juga hal termasuk urusan perniagaan keluarga.

Dalam politik hukum salah atau tidak bersalah makamah tidak begitu penting berbanding PERSEPSI NEGATIF RAKYAT. Rakyat merasa pelik bagaimana Shahrizat membiarkan suami dan anak-anak menguasai NFC yang diselubungi dengan berbagai keputusan bisnis yang penuh dengan kontroversi. Rakyat pasti mengharapkan Shahrizat sebagai Ketua Wanita Barisan Nasional menasihati keluarga supaya tidak melibatkan diri dengan perniagaan yang melibatkan kepentingan Kerajaan kerana pasti akan dituduh mengamalkan nepotism.
Kontroversi sudah berlaku jadi keputusan terbaik adalah mengundur diri daripada Kerajaan yang sedang berjuang untuk mengekalkan kuasa dalam PRU 13. Shahrizat boleh membersihkan nama jika benar-benar tidak bersalah dan insyallah kalau ada rezeki boleh kembali semula sebagai Menteri Kabinet apabila semua kontroversi NFC sudah selesai dan paling penting Barisan Nasional menang pada PRU 13.
Manusia tidak pernah alpa daripada kesilapan yang penting mengambil iktibar dah berubah menjadi lebih baik. Setiap kontroversi adalah ujian daripada ALLAH SWT untuk manusia menjadi lebih baik jika diterima dengan ikhlas dan redha. Belum tentu mereka yang memulakan kontroversi lebih baik daripada yang tertuduh.
Update Terkini :  Suami menteri kabinet Datuk Seri Shahrizat Jalil – Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail hari ini mohon dibicarakan bagi empat pertuduhan yang dikenakan ke atas dirinya. Kesalahan yang didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan membabitkan dua pertuduhan pecah amanah kerana menggunakan RM9,758,140 dana National Feedlot Corporation (NFC) untuk membeli dua unit kondominium di kompleks One Menerung, di Bangsar, pada 1 dan 4 Disember, 2009. Mohamad Salleh yang merupakan pengerusi eksekutif NFC juga menghadapi dua lagi pertuduhan mengikut Seksyen 132 Akta Syarikat kerana memindah RM40 juta dana syarikat itu kepadaNational Meat ands Livestock Corporation, dari 5 Mei hingga Nov 16, 2009. Dalam kedua-dua kes, Mohamad Salleh didakwa menggunakan dana tanpa kelulusan mesyuarat agung tahunan NFC yang menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 132 Akta Syarikat 1965 – Malaysiakini.

Jumaat, 13 Januari 2012

Skim Amana Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia)

Skim Amana Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam nyata bertujuan membantu golongan berpendapatan rendah, akan dibuka untuk permohonan mulai 30 Jan. Skim yang mengutamakan isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah itu mempunyai ciri-ciri kelainan menarik yang tidak pernah diwujudkan sebelum ini.
Ianya merupakan satu produk pelaburan unit amanah yang digabungkan dengan produk pinjaman bagi menghasilkan satu produk hibrid yang mampu menjana aliran pendapatan tunai atau insentif bulanan yang konsisten.“Hadnya ialah RM5,000, dan mereka boleh membelinya melalui simpanan atau memohon pinjaman pelaburan daripada institusi kewangan terpilih.
Menurut PM: “Daripada pelaburan itu, kita jamin mereka akan menikmati pendapatan RM134 sebulan, manakala yang membuat pinjaman, mereka hanya perlu membuat pembayaran balik sebanyak RM84 sebulan dan meraih untung RM50 sebulan,” katanya ketika melancarkan skim tersebut di sini.
Pada Belanjawan 2012, Najib mengumumkan skim tersebut bertujuan menggalakkan penyertaan golongan berpendapatan rendah menabung dan melabur serta membantu mereka menangani kesan kenaikan kos sara hidup semasa. Sudah pasti skim ini akan disambut baik oleh rakyat pada pandangan saya.
Skim yang dikendalikan PNB dengan kerjasama institusi kewangan terpilih seperti Maybank, CIMB Bank, RHB Bank dan Bank Simpanan Nasional (BSN) itu dijangka memberi manfaat kepada mereka yang berpendapatan rendah. Pelabur SARA 1Malaysia boleh memohon pinjaman RM5,000 dengan tempoh bayaran balik lima tahun.
Najib berkata pelabur dijangka mendapat pulangan bersih yang menarik di akhir tempoh lima tahun tersebut dengan memperoleh pendapatan kira-kira RM13,000 bagi yang melabur melalui simpanan sendiri dan RM5,000 bagi yang membuat pinjaman.
Bagi saya ianya satu pendekatan yang cukup bermakna bagi rakyat dan perlu banyak lagi usaha seumpamanya bagi membolehkan rakyat mampu berdepan dengan cabaran Ekonomi serta Inflasi masa mendatang. Namun apa pun motifnya seperti yang diwawarkan oleh sesetengah pihak, terletaklah kepada perspektif masing-masing. Tepuk Dada tanyalah selera.

Sabtu, 7 Januari 2012

Penganugerahan Tokoh RT Peringkat negeri Wilayah Persekutuan 2011

Kepada semua rakan-rakan seperjuang serta kakitangan JPNIN disemua peringkat, saya ingin mengambil kesempatan disini untuk mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua kerana berkat doa dan kerjasama baik semua, saya telah dinobatkan sebagai tokoh yang dimaksudkan.

Sesungguhnya cabaran dan liku yang perlu dilalui tahun 2012 ini adalah lebih getir lagi mencabar. Perlantikan saya sebagai Penyelaras kepada RT Daerah Cheras yang baru juga menjadikan saya berasa terharu kerana ianya adalah pengiktirafan yang begitu mencabar serta memerlukan komitment semua.

Saya hanya mengharapkan Doa berterusan tuan/puan semua dalam hal ini. Cabaran 2012 ini nanti termasuklah situasi berdepan dengan PRU13, andaian kemelesetan serta Inflasi yang meningkat serta isu berkait rapat persoalan Perpaduan Kaum sudah pasti menguja kita semua. Perana Mediasi yang saya juga adalah anggota yang bakal diiktiraf selepas ini sudah pasti diduga.

Sama-samalah kita mendoakan kebaikan buat semua kita warga Kotaraya ini amnya dan Negara khususnya. Selamat tahun baru 2012!

Khamis, 15 Disember 2011

Polimik Isu Shahrizat dan NFC....

Senator Umno Shahrizat Jalil enggan berdepan dengan dakwaan rasuah sekitar tuduhan penglibatan keluarga beliau dalam projek pengeluaran daging lembu negara, NFC. Akan tetapi, kedegilan beliau mungkin akan menghancurkan diri dan mempercepatkan kejatuhan politik beliau.


Sudah ada suara-suara sumbang dalam Umno, yang juga sangat sinonim dengan perbalahan dalaman ; menggesa beliau untuk melepaskan jawatan tersebut.

Terdapat juga mereka-mereka yang mengintai jawatan Ketua Wanita tersebut. Di luar Umno pula, keengganan beliau untuk bertanggungjawab terhadap perkara itu telah menambah kemarahan orang ramai. Shahrizat juga merupakan menteri hal ehwal Wanita.
Tiada sebab beliau patut menyalahkan orang lain. Rakyat tidak pernah memaksa NFC atau keluarganya untuk membeli dua kondominium mewah dengan dana awam. Selain itu, benarkah tanpa status beliau dalam BN, beliau berani katakan bahawa kerajaan persekutuan akan memberikan projek tersebut kepada suami dan anak beliau? Adakah mereka mempunyai pengalaman yang mencukupi atau kepakaran dalam membangunkan industri ternakan lembu? 

Tiada kaitan dengan saya

Yang luar biasanya, Shahrizat menganggap bahawa dia tidak ada kaitan dengan skandal RM250 juta NFC, walaupun Ketua Audit Negara telah mengatakan bahawa projek tersebut dalam "keadaan kucar-kacir". Menurut beliau, pembangkang sebenarnya cemburu akan beliau kerana kekuatan sayap Wanita Umno itu.

Ironinya, hanya beberapa hari yang lalu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin -yang juga Timbalan Presiden Umno - mengakui bahawa Wanita, Puteri dan Belia tidak mencapai jangkaan Umno.

"Saya bersetuju mengenai perkara ini dan saya percaya bahawa orang lain juga berkongsi pendapat yang sama (bahawa Pemuda, Puteri dan sayap Wanita dilihat sebagai tidak aktif seperti sebelum ini). Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri telah menyatakan ini dalam mesej khas kepada sayap parti baru-baru ini, "Muhyiddin memberitahu Bernama dalam satu wawancara baru-baru ini.

"Perjumpaan ini diadakan kerana kita mahu mereka menyedari bahawa mereka mempunyai peranan yang lebih besar kerana pandangan orang luar terhadap pergerakan Pemuda dan Puteri tidak mencapai jangkaan. Kami memang akui ini."

Tulisan di dinding

Kelihatan seperti akan berlaku satu pertelingkahan politik dan kemungkinan Shahrizat tidak mampu untuk terus hidup. Tanda-tanda sudah jelas dan dia mungkin tidak mempunyai pilihan lain tetapi untuk mengumumkan rancangan beliau meletak jawatan sebagai ketua Wanita sebelum pilihan raya umum akan datang, yang dijangka akan diadakan awal tahun depan.

Sementara itu, Shahrizat berjanji untuk berjuang. Beliau berjanji untuk menangani kontroversi NFC semasa perhimpunan agung Umno lalu, walaupun menegaskan bahawa "Ia tiada kaitan dengan saya."

"Tidak ada masalah jika isu NFC dibahaskan. Saya akan menjawab semasa perhimpunan Wanita Umno. Saya akan menghantar satu mesej yang jelas kepada orang-orang di luar sana, kini isyarat telah diterima..tepuk dada tanya selera. .

"Sebagai seorang wanita saya perlu bertenang. Mereka (Pembangkang) lakukan ini kerana mereka takut kepada kekuatan Wanita Umno. " tambahnya lagi...

Jangan sampai senjata makan tuan sudahlah!

Jumaat, 28 Oktober 2011

Keterisan dan ketelusan yang menjadikan tanda tanya

Pendedahan mengenai keterisan perbelanjaan seperti yang didedahkan oleh Audit negara dibeberapa kementerian begitu mengecewakan kita sebagai trakyat. Mana mungkin pendedahan sebegini terus dipaparkan tanpa sebaran kebertanggung jawaban yang mesti disasarkan?. Masakan kita tidak dapat mencari puncanya...jangan biarkan ianya terlepas begitu sahaja. 

Saya ingin mendapatkan pandangan dan penjelasan kepada pihak kerajaan mengenai penglibatan Tan Sri Zarinah dan suami nya, Dato Azizan dalam pembelian saham E & O oleh Sime Darby. Tidakkah ini merupakan CBT oleh kedua2 mereka kerana mereka adalah pengarah Sime Darby dan Zarinah pula berpengaruh untuk membeli saham E & O pada harga yang dikata lebih mahal dari pasaran. Isu2 beginilah yang menjatuhkan kewibawaan kerajaan kerana tidak mempraktikkan ketelusan sepertimana yang di heboh2kan oleh kerajaan pemerintah dalam menangani rasuah. Kalau BN hendak mendapat undian majoriti rakyat, isu begini tidak seharusnya di biar begini sahaja tetapi tindakan tegas harus diambil memandangkan Sime Darby adalah syarikat milik kerajaan. Sekian ….

Keterisan dan ketelusan yang menjadikan tanda tanya

Pendedahan mengenai keterisan perbelanjaan seperti yang didedahkan oleh Audit negara dibeberapa kementerian begitu mengecewakan kita sebagai trakyat. Mana mungkin pendedahan sebegini terus dipaparkan tanpa sebaran kebertanggung jawaban yang mesti disasarkan?. Masakan kita tidak dapat mencari puncanya...jangan biarkan ianya terlepas begitu sahaja. 

Saya ingin mendapatkan pandangan dan penjelasan kepada pihak kerajaan mengenai penglibatan Tan Sri Zarinah dan suami nya, Dato Azizan dalam pembelian saham E & O oleh Sime Darby. Tidakkah ini merupakan CBT oleh kedua2 mereka kerana mereka adalah pengarah Sime Darby dan Zarinah pula berpengaruh untuk membeli saham E & O pada harga yang dikata lebih mahal dari pasaran. Isu2 beginilah yang menjatuhkan kewibawaan kerajaan kerana tidak mempraktikkan ketelusan sepertimana yang di heboh2kan oleh kerajaan pemerintah dalam menangani rasuah. Kalau BN hendak mendapat undian majoriti rakyat, isu begini tidak seharusnya di biar begini sahaja tetapi tindakan tegas harus diambil memandangkan Sime Darby adalah syarikat milik kerajaan. Sekian ….