Setelah disemak secara terperinci saya dapati kali ini tiada sebarang cukai kenaikan kepada pengemar Rokok dan mereka yang gemar meminum minuman keras dalam pembentangan Budget kali ini. Sungguh mendukacitakan lagi adalah kenyataan PM yang risau akan bertambahnya penyeludupan masuk Rokok dan Arak kerana terpaksa mengelakkan penggunaan rokok-rokok impot yang kononya telah 40% mengusai pasaran sekarang ini.
Mana NKRA yang dilaung-laungkan? Kalau itu alasannya , kita telah gagal. Isunya kenapa tunduk kepada tekanan pasaran penyeludupan? Mana agensi berkaitan? Gaji kakitangan awam dinaikan tetapi agensi penguatkuasaan masih kurang diyakini. Inilah isu yang menyebabkan rakyat merasa bertambah tertekan kerana kelemahan agensi tertentu yang dulu kini dan mungkin selamanya lemah dan gagal meyakinkan pengguna dan rakyat secara amnya.
Isnin, 10 Oktober 2011
Cukai Rokok dan Minuman Keras wajar dinaikkan
Rabu, 5 Oktober 2011
TPM pertahankan kemerdekaan
TPM menyatakan bahawa beliau tetap mengatakan bahawa Malaysia pernah dijajah semasa sessi Dewan Rakrat pagi tadi. Ini sama sekali bercanggah dgn dakwaan seorang Profesor yang menyatakan sebaliknya..Tahniah TPM kerana berani menyatakan sedemikian demi pemahaman pelajar khususnya dalam pengetahuan sejarah. Jika Mat Sabu kena dakwa kerana dakwaan memutar sejarah, bagaimana pula sang Profesor ini? Wajar rasanya beliau membetulkan kekeliruan tersebut!
Selasa, 4 Oktober 2011
PATI dan proses Pemutihan
Khamis, 15 September 2011
Pemansuhan ISA sememangnya dinantikan
Shabas dan tahniah kepada PM kerana mengumumkan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang sememangnya dinanti-nantikan oleh semua rakyat khususnya yang melibatkan orang Politik. Walau apa pun tohmahan selepas ini, hakikatnya PM telah berani mengotakan janji beliau semasa berucap buat permulaannya beliau memegang tampok kerajaan 2 tahun yang lalu. Sesungguhnya pengemuman dimalam Sambutan Hari Malaysia ini sememangnya juga amat sesuai kerana berteraskan slogan 1 malaysia yang beliau perkenalkan sebelum ini.
Semoga rakyat akan merasa sedikit lega dengan pengemumannya kerana keadilan mengikut prinsip keadilan dimana penahanan tanpa bicara akan lenyap dimakan sejarah. Cuma yang ironinya adalah bila agaknya kebebasan untuk berhimpun oleh rakyat secara bebas dapat dibenarkan khususnya menjelang PRU ke 13 nanti. Kebebasan ala Demokrasi moden dimana rakyat bebas berhimpun dan bersuara tetap wajar dipertimbangkan juga.
Rakyat khususnya generasi baru sememangnya terbuka kepada pendekatan yang terkini. Maklumat sudah tiada batasannya, jestru itu kebebasan dengan terlalu banyak bersyarat wajar diperhalusi semula jika kerajaan ingin terus popular. Semoga Negara akan terus makmur dan sejahtera.
Khamis, 8 September 2011
Benarkah wujud kisah yang dinafikan oleh Sejarah Malaysia?
Ketika artikel ini ditulis, hanya beberapa hari sahaja lagi Malaysia akan menyambut hari kemerdekaannya yang ke 54 peringkat Kebangsaan (16 Sep 2011) bersama hari Ulangtahun Penubuhan Malaysia. Detik yang amat bersejarah, tarikh yang menjadi mercu tanda kejayaan penduduk Tanah Melayu membebaskan diri daripada cengkaman penjajah. Kemudian diikuti dengan penyertaan Sabah & Sarawak pada 16 Sept 1963, sekaligus tertubuhnya Negara bernama Malaysia pada atlas dunia.
Sejarah Malaysia Dalam Buku Teks Sejarah
Di bangku sekolah dulu, aku masih ingat lagi betapa pejuang-pejuang rakyat menentang penjajah. Antara nama yang disebut ialah Mat Kilau, Dato’ Maharajalela, Dato’ Bahaman, Hj Abdul Rahman Limbong, Rentap dan banyak lagi pejuang-pejuang yang telah gugur sebagai seorang perwira termasuk Mat Salleh dan Antanom yang menjadi kebanggaan rakyat Sabah. Sungguh perjuangan mereka amat bermakna, sekalipun hanya berbekal parang lawan senapang namun mereka tetap berjuang demi tanah tumpah darah kita. Mereka tidak mahu anak cucu mereka menjadi kuli dan terus diperkotak katikkan oleh penjajah. Itu perjuangan generasi pertama.
Seterusnya bangkit pula pejuang kemerdekaan generasi kedua, disitulah gagasan-gagasan parti politik mula melakar nama, di mana penentangan kepada corak kolonial yang baru pun bermula. Antaranya penentangan Malayan Union oleh UMNO. Hebat, sungguh hebat! Itulah yang diajarkan dibangku sekolah. Diceritakan secara terperinci bagaimana UMNO dan sekutu-sekutunya berusaha ke arah pembebasan Tanah Melayu pada masa itu, sehingga tertubuhnya Parti Perikatan yan sekarang ini dikenali dengan Barisan Nasional.
Namun Ia Hanyalah Indah Khabar Dari Rupa
Walau bagaimanapun, pada hakikatnya kisah-kisah pejuangan kemerdekaan generasi kedua yang tercatat dalam buku teks sejarah di sekolah menengah hanyalah indah khabar dari rupa. Jika dalam buku teks sekolah diwar-warkan bahawa UMNO yang ialah pendokong dan bertanggungjawab untuk mengilhamkan idea kepada rakyat jelata namun pada hakikatnya semuanya hanya rekaan semata-mata. Ia hanya penjenamaan bagi menjadikan UMNO 'hero' kemerdekaan.
Kononnya yang meniupkan idea kemerdekaan Malaya di hati rakyat jelata ialah golongan agama. Antara yang terkenal ialah golongan muda kerana membawa idea-idea dari pembaharuan atau Islah daripada Timur Tengah. Bagaimanapun disebabkan corak pergerakan mereka yang boleh mengancam penjajah, akhirnya British telah mempengaruhi institusi Raja-raja Melayu pada masa itu untuk menyekat pergerakan golongan Muda dengan pengaruh istana.
Dakwaan Kemudiannya pula adalah apabila Negara-negara penjajah mula melaksanakan dasar pembebasan tanah jajahan, maka British telah memilih golongan Nasionalis sebagai pemegang tampuk pemerintahan tanah-tanah jajahan mereka termasuk Malaya. Antara golongan nasionalis ini adalah UMNO, MCA, MIC dan sebagainya. Dimana golongan nasionalis ini merupakan mereka yang bersatu atas dasar bangsa. Manakala kumpulan-kumpulan lain terus dinafikan usaha-usaha mereka dan dilabel sebagai golongan berhaluan kiri mahupun gerakan radikal serta bermacam-macam momokan bagi mencacat persepsi masyarakat terhadap mereka. Walhal golongan tersebutlah yang sebenarnya melahirkan idea Merdeka sebelum dasar pembebasan tanah jajahan dilakukan oleh penjajah lagi.
Sedangkan sebelum dasar pembebasan tanah jajahan diperluaskan oleh barat, UMNO beranggapan Merdeka itu hanyalah mimpi semata-mata, alasannya mudah ‘orang melayu nak cipta sebatang jarum pun susah’ inikan pula merdeka daripada penjajah.
Walau bagaimanapun, akhirnya pada 1957 merdekalah Tanah Melayu dari tangan penjajah. Di mana golongan golongan nasionalis yang diketua UMNO, MCA dan MIC menjadi perwaris pemerintahan daripada British. Seterusnya diikuti dengan penubuhan Malaysia pada 16 September 1963 dengan penyertaan Sabah & Sarawak.
Dakwaan kononya, Mengapakah golongan nasionalis yang menjadi pilihan penjajah?
- Sekiranya golongan nasionalis tidak memimpin Negara maka pastilah golongan agamawan akan menjadi pemimpin kepada kemerdekaan Malaya. Ini sememang bertentang dengan dasar British yang berusaha untuk memadamkan tamadun Islam di dunia selepas jatuhnya empayar islam yang tulen dan terakhir pada tahun 1924 di turki uthmaniyyah.
- British mahu memastikan umat islam akan terus berpecah-belah dan tidak akan bersatu atas dasar akidah islamiyyah. Sebagai contoh dalam situasi kita di Asia Tenggara, Malaysia dan Indonesia pun kadang-kadang bertelagah walhal kedua-kedua Negara majoriti islam. Hal ini disebabkan oleh prinsip ‘negara bangsa’ acuan british telah didokong oleh golongan nasionalis. Malaysia adalah Malaysia, Indonesia adalah Indonesia dan agama bukan menjadi agenda utama. Situasi yang sama juga turut berlaku Negara-negara arab ketika pasca perang dunia kedua, wilayah dipecah-pecahkan dan didirikan atas dasar Negara bangsa agar umat islam di Timur Tengah terus berpecah belah dan berdiri dibawah bendera-bendera mereka dan bukannya atas dasar akidah.
- Hanya golongan nasionalis yang boleh menjadi pengikut kepada penjajah, sedangkan golongan agama pasti akan mencorakkan negara berbeza daripada kehendak penjajah. Buktinya negara kita terus subur dengan perlembagaan ciptaan British yang sememangnya ditolak oleh golongan agama kerana perlembagaan tersebut berfahaman Sekular (memisahkan kehidupan bernegara dengan kehidupan beragama) yang amat bertentangan dengan Islam walaupun tercatat di dalamnya Islam sebagai agama persekutuan di Malaysia.
Isnin, 15 Ogos 2011
Berikutan Isu Larangan Baca Al Qur'an guna pembesar suara : Setiap Fatwa mesti berasas logik!', Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin'


