Welcome to my Blog

Welcome to my Weblog. This site is dedicated to publishing my writings as and when I am able to pen my thoughts and opinions.Interested parties, including the Press, may reproduce or quote materials published with the condition that they are credited tfrom me. Comments must be accompanied by names and contact. Anonymous postings and those containing profanities and obscenities will be rejected.

Salam pengenalan buat semua

Semoga keujudan blog ini akan memberikan ruang untuk kita sebagai pemimpin diperingkat akar umbi untuk bertukar pandangan dan pengalaman dalam menangai isu-isu semasa kemasyarakat ditempat masing-masing. Tuan/puan mungkin pimpinan kerdil diperingkat bawahan, samada diluar bandar atau pekan kecil, didaerah mahu pun bandar, jangan lupa bahawa anda mempunyai peranan tertentu dalam merobah pemikiran rakyat.

Bersamalah kita berazam untuk meninggikan mutu kehidupan dan kefahaman penduduk dalam sesebuah masyarakat itu menangani cabaran alaf baru. Semoga komuniti kita akan menjadi tempat yang menarik, maju dan menguntungkan buat semua penduduknya.anda boleh berkomunikasi dengan saya menerusi email peribadi di mzha@hotmail.com atau hubungi saya terus menerusi 019-2764133

capaian

Isnin, 28 Februari 2011

Lagi kebanjiran Pekerja Asing di Negara kita seperti yang dilapurkan semalam

Kenyataan Datuk Murugiah yang menyatakan negara akan didatangi seramai 45,000 orang lagi pekerja asing seperti yang telah dipersetujui kabinet seharusnya dipandang serius oleh semua rakyat. Rujuk http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0228&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_11.htm&arc=hive
Isu pendatang asing bukanlah satu perkara baru di negara kita. Kebanjiran pendatang asing semakin meningkat dari hari ke hari dan menjadi satu masalah kepada negara. Pekerja asing kebanyakannya datang dari negara yang mempunyai masalah dalaman seperti Indonesia, Filipina, Bangladesh, Myanmar, Vietnam, dan yang terbaru dari China. Kini jumlah yang diluluskan itu dari India sebagai tambahan daripada apa yang telah tersedia ada didalam negara kita.

Berdasarkan statistik sehingga 30 Jun 2007 yang dikeluarkan Jabatan Imigresen, jumlah pekerja asing mencecah 1.91 juta. Jumlah itu tidak termasuk lebih 400,000 pendatang asing yang dipercayai memasuki negara ini secara haram serta hampir 10,000 tahanan di depoh imigresen.

Pertambahan pekerja asing sememangnya dijangka meningkat secara mendadak berikutan pelaksanaan pelbagai projek pembangunan sepanjang Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9). Statistik unjuran kadar pertambahan penduduk menunjukkan menjelang 2009 pekerja asing di negara ini akan melebihi dua juta orang berbanding penduduk negara ini dijangka meningkat unjuran kepada 28.306 juta. Sesungguhnya pertambahan pekerja asing memang tidak dapat dielakkan, terutama dalam RMK-9 yang memerlukan lebih 1.2 juta pekerja baru bagi memastikan semua sektor dapat digerakkan dengan lancar.

Antara faktor pekerja asing lebih berminat dengan negara kita ialah kemakmuran dan kestabilan ekonominya. Kekurangan tenaga kerja tempatan juga membuka peluang kepada penduduk negara- negara luar untuk mencari rezeki di sini. Walau apa pun ramai penduduk tempatan berpendapat bahawa masalah pekerja asing ini perlu dikawal agar ia tidak menjadi lebih serius.

Apa yang perlu dilakukan oleh kerajaan ialah menguatkuasakan undang-undang dengan lebih tegas. Hal ini kerana banyak pekerja asing adalah pendatang haram yang menyusup masuk dengan menggunakan dokumen palsu. Akta imigresen perlulah lebih tegas agar pendatang haram ini tidak berani bertindak lebih jauh. Perairan negara juga haruslah dikawal sepanjang masa untuk mengelakkan mereka menyusup melalui jalan laut.

Tidak dapat dinafikan, kadangkala pekerja asing dapat mengatasi masalah kekurangan pekerja tetapi hal yang berlaku di Nilai dimana pekerja asing ini juga boleh merusuh menyedarkan negara bahawa mereka juga boleh bertindak ganas. Kita tidak mahu negara yang cukup aman ini akan menjadi kacau bilau kerana kemasukan pekerja asing yang tidak dikawal.

Sesetengah pihak juga sering menyalahkan belia kerana terlalu memilih pekerjaan tetapi pernahkah mereka cuba untuk memahami masalah belia itu sendiri? Sebagai contoh walaupun belia itu tidak memilih pekerjaan tetapi adakah majikan akan mengambil pekerja tempatan dan dibayar dengan gaji yang berpatutan. Sudah tentu tidak. Majikan lebih rela mengambil pekerja asing dengan bayaran yang murah dan tidak dikenakan caruman EPF atau SOCSO. Bukankah itu lebih menguntungkan? Begitu juga sekiranya belia itu mendapat pekerjaan yang dimintanya tetapi hidup dalam suasana dikalangan pekerja asing. Dapatkah belia itu menyesuaikan diri dalam keadaan sebegitu?

Penduduk tempatan kadangkala tidak menghiraukan sangat dengan kebanjiran pekerja asing. Apatah lagi jika kedatangan pekerja asing ini melancarkan lagi urusan harian mereka dengan bekerja sebagai pembantu rumah, menjaga anak, atau tukang kebun. Tetapi jika kehadiran pekerja asing ini menimbulkan pelbagai kes-kes jenayah seperti membunuh, samun bersenjata api, merogol, pecah rumah, ragut dan banyak lagi maka inilah yang menyedarkan mereka tentang keburukan pekerja asing. Menurut Jabatan Imigresen dengan kerjasama Jabatan Polis, sehingga 30 Jun 2006 bilangan pendatang asing yang telah ditahan dan diusir di seluruh Malaysia ialah seramai 362,958 kerana melakukan pelbagai kesalahan di negara ini.

Walau apa jua pendapat masyarakat tentang isu ini, kedatangan pekerja asing ini tetap ada keburukan dan kebaikannya. Terpulanglah kepada polisi kerajaan sama ada ingin kebaikan atau menghadapi masalah dengan isu ini. Untuk mencapai yang terbaik, kerajaan haruslah mengkaji segala aspek dari segi ekonomi, politik, dan sosial agar kedatangan pandatang asing ini dapat dimanfaatkan untuk pembangunan negara.

Rabu, 23 Februari 2011

Renungan Pasca Pilihanraya Kampus

Perjalanan pilihan raya, yang merupakan petunjuk penting amalan demokrasi, bukan sahaja tempang di luar kampus, malah lebih buruk dan pincang keadaannya di pusat intelektual. Universiti tidak lagi berfungsi sebagai medan terbaik menimba ilmu, mencanai bakat, bergelut dengan pengalaman baru, meluaskan interaksi khususnya dengan dunia luar terutama untuk mempengaruhi dasar-dasar awam. Pelajar yang lantang bersuara dan bersikap kritikal seolah-olah dimusuhi walhal mereka merupakan aset bermanfaat untuk semua.

Saya tertarik dengan pandangan Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, yang dilihat konsisten mahu kongkongan Auku (membabitkan banyak seksyen 15 dan 16) dilonggarkan dan mahasiswa bebas berhubung serta terbabit dengan pihak luar termasuk parti-parti politik, tanpa perlu mendapat kebenaran Naib Canselor.

Dalam bukunya, Kalau Saya Mahasiswa, Saifuddin menjelaskan, program mahasiswa jenis “aktiviti” dan “bakti” memang tidak dihalang, tetapi yang berbentuk “advokasi” (yang membezakan mahasiswa dengan pelajar sekolah) dilarang Auku. Advokasi adalah proses pembuatan atau mempengaruhi pembuatan keputusan dasar. Ia dilakukan melalui memorendum, perundingan, melobi dan sebagainya. Ada masanya ia melibatkan proses mempengaruhi pandangan khalayak seperti melalui kenyataan akhbar, seminar, perhimpunan, perarakan dan demonstrasi. Dan gerakan mahasiswa ditandai oleh sifat atau ciri advokasi itu.

Saifuddin, semasa mengulas perkembangan terkini pilihan raya kampus, mengingatkan agar pihak berkuasa dapat meraikan hak-hak asasi pelajar. Jika hak berkenaan dinafikan, jangan pelajar pula yang dipersalahkan sekiranya mereka dilihat bertindak balas secara radikal.
Justeru, insiden mengusung “keranda” dan “mayat” pada hari penamaan calon pilihan raya kampus baru-baru ini tidak boleh dibiarkan berlalu begitu sahaja. Mesej dan amarah mahasiswa itu tidak boleh dipandang ringan. Ternyata rimas-gelisah Saifuddin itu tidak dikongsi rakan-rakannya dalam BN, termasuk menterinya sendiri.

Pimpinan muda Pakatan Rakyat — seperti disuarakan Nurul Izzah Anwar bersama pimpinan muda lainnya, seperti Dr Mujahid Yusuf Rawa, Anthony Loke dan Nik Nazmi Nik Ahmad dalam memorandum “Bersihkan Pilihan Raya Kampus” kepada Menteri Pengajian Tinggi — harus lebih proaktif dan serius menangani krisis di menara gading ini. Jangan mengulangi kesilapan pemimpin Umno-BN, yang mahu terus memperbudak dan memperbodohkan mahasiswa kita.

Saya tetap konsisten, iaitu biarkan anak-anak muda kita di kampus melakukan eksperimen dalam proses pembelajaran yang menyeluruh. Bebaskan semua rantai belenggu yang mencengkam kreativiti mereka. Sewajarnya mereka sendiri diberikan hak untuk mengendalikan pilihan raya kampus. Dan usah risau dan panik dengan kecenderungan politik anak-anak muda ini…

Rabu, 2 Februari 2011

Kenyataan Menteri Pertahanan berhubung pelatih PLKN beragama Sikh yang didakwa rambut dipotong harus dipuji

Kenyataan Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam berhubung keputusan penyiasatan mengenai dakwaan seorang remaja lelaki beragama Sikh yang enggan meneruskan program latihan khidmat negara selepas mendakwa beliau mengalami trauma apabila rambutnya dipotong semasa sedang tidur seharusnya dipuji.

Keputusan Penyiasatan yang merumuskan bahawa insiden tersebut sebenarnya tidak sama sekali berlaku sememangnya wajar diberi perhatian. Ini kerana, kenyataan berani oleh Menteri berkaitan yang mendakwa ianya satu dakwaan palsu boleh mengundang kesan sampingan jika tidak ditangani dengan betul khususnya oleh ihak yag tidakbertanggung jawab.

Malah jika benar dakwaan tersebut sebagai palsu dan direka-reka, wajar pulalah pihak PLKN mengambil tindakan terhadap dakwan sedemikian agar ianya tidak berulang lagi dimasa yang akan datang.

Pelajar yang mendakwa insiden itu berlaku semasa beliau sedang tidur di asrama lelaki Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Sungai Bakap, Pulau Pinang itu sewajarnya pula bertanggung jawab terhadap dakwaan tersebut. Beliau yang mengikuti latihan di kem itu sejak 4 Januari itu mendakwa hanya menyedari perkara itu apabila bangun tidur pada kira-kira pukul 6.30 pagi dan mendapati rambutnya yang sebelum ini panjang hingga mencecah pinggang didapati sudah pendek sekadar paras bahu, dipercayai dipotong antara 50 hingga 60 sentimeter.

Beliau berkata 10 pelatih lain yang tinggal bersamanya turut terkejut dengan kejadian itu dan mengesyaki ia dilakukan oleh penceroboh kerana asrama berkenaan tidak berkunci.

Katanya, kesemua pelatih yang tinggal bersama dalam asrama berkenaan berasal dari Ipoh, Perak dan beliau mengenali mereka.
Sementara itu, ayahnya Surinderpal berkata beliau juga tidak bersetuju anaknya kembali meneruskan latihan di kem berkenaan kerana bimbangkan keselamatannya.

“Jika ketika tidur orang lain boleh sewenang-wenangnya masuk ke asrama dan memotong rambut penghuninya, tidak mustahil pada masa akan datang mereka memotong leher anak saya tanpa sedar,” katanya.
Sebelum ini Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) Datuk Abdul Hadi Awang Kechik berkata pihaknya sedang menyiasat aduan itu dan akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang bertanggungjawab.

Bagaimanapun, katanya kesemua 27 pelatih di bilik yang sama telah disoal siasat dan pihaknya tidak menemui objek tajam atau rambut yang dikatakan dipotong.

Sebagai warga negara yang perihatin terhadap isu tersebut khususnya melibatkan sensitiviti sesuatu agama mahu pun adat resam sesuatu kaum, saya amat menyanjung tinggi kenyataan YB Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang dengan tegas menafikan semua tohmahan tersebut demi integriti dan ketelusan dalam menguruskan program PLKN selama ini. Program ini telah meningkatkan semangat petriotisma yang tinggi khususnya kepada anak saya yang juga pernahmengikutinya sebelum ini.

Selasa, 18 Januari 2011

TBS oh TBS




For those who doesn't know what TBS - BTS is, it's actually an acronym for Terminal Bersepadu Selatan - Bandar Tasik Selatan, which has been recently finished and is about to commence its operation on this coming 15th January. TBS - BTS, is a brand new bus station, which is expected to take over Puduraya station function as the central bus hub for Malaysia. Puduraya at the same time, will be used as the hub for domestic buses in KL like RapidKL and etc.

As all of you concern, TBS - BTS is actually expected to be opened on 1st January 2011, merely as a new year present from the government to the people. Built with sophisticated environment, and much alike as an airport, TBS - BTS will definitely be the stepping stone in improving Malaysia express buses service landscape. I'm not going to review every single details on TBS - BTS amenities, but instead I'll take one which I think is the major concern that most of us often have when planning to purchase a bus ticket.It's the ticketing system.

I felt extremely blessed, when finally the authority oversee this ticketing problem that often we have in our bus station all over Malaysia. The system is not centralized, there are ulat tickets everywhere, and there are also this bus company workers trying to drag us to their counter so that we'll use their service. I found this very inconvenient. Why? Well, as most people felt, I feel afraid. It feels as if I'm harassed by this fellow, and my right in making choice which bus service that I wanna take is violated. And sometime, I was also forced to buy the ticket. Whoa. At that time, anyone will terribly feel fucked up.

When I heard that TBS - BTS is gonna implement a centralized ticketing system, where all those workers will only be in their respective counter and everything is going to be under control with people are allowed to make their choice without any emotional harassment, I think it's a great idea. No more people yelling "Penang, Penang sekarang!" or "JB, JB sekarang!" but in the end, we need to wait for at least 30 minutes to board the bus. Penipu betul.

But then, when I read this piece of article in Berita Harian, I sighed again and again. The system is about to be revoked back. Mereka juga menyifatkan cadangan pihak pengurusan terminal untuk mengambil alih sistem penjualan tiket bas ekspres dengan memperkenalkan ‘e-tiket’ dan mengenakan caj RM1 bagi setiap penumpang sebagai tidak praktikal.
Full article
HERE I just hope the management will stay firm on their decision and won't change anything. They've been complying to the pengusaha interest since forever, why don't this time they comply to people's interes

Sabtu, 15 Januari 2011

ISU AZAN - ADA CUBAAN UNTUK MEMPOLITIKKANNYA?

ISU bunyi Azan di Masjid Kg Kerinchi mencetuskan kemarahan umat Islam. Ini adalah kerana adanya manusia yang tidak beradab dan tidak sensitif dengan isu agama. Meskipun Azan bukan Wajib hukumnya, tetapi ianya merupakan Syiar yang amat dituntut oleh Islam.

Menjadi kewajipan kepada semua umat Islam mempertahankan syiar ini dan menentang sesiapa sahaja yang cuba untuk runtuhkannya.Tindakan seorang bukan Islam yang menyentuh soal Azan ini adalah satu perbuatan yang serius dan perlu diberi perhatian sewajarnya oleh pihak yang berkuasa. Walau bagaimanapun, pihak berkuasa di dalam hal ehwal agama Islam mesti menyiasat di mana puncanya isu ini dan jangan mengambil tindakan secara melulu.

Saya bersetuju dengan kenyataan umum yang berkata Islam menuntut umatnya mencari kebenaran secara beradab. Islam juga menekankan soal keadilan.Perlu disiasat samada benarkah Azan di masjid tersebut mengganggu ketenteraman? Adakah pihak berkuasa agama menetapkan sebarang garis panduan di dalam hal ini? Ini amat penting untuk menunjukkan bahawa segala amal ibadat di dalam Islam tidak pernah mengganggu ketenteraman orang bukan Islam.

Jangan isu ini dijadikan modal politik sepertimana seorang pemimpin pertubuhan telah bertanya apakah tindakan dan komen dari masyarakat setempat. Mengapa tidak ditanya kepada pihak berkuasa agama yang menetapkan segala peraturan di dalam hal ehwal agama? Adalah diharapkan isu ini dapat diselesaikan dengan bijak. Sekiranya terbukti pihak ini sengaja untuk memperlekehkan Azan yang disyariatkan oleh Islam, maka tindakan tegas mestilah diambil oleh pihak berkuasa tanpa mengira dari fahaman politik mana sekali pun.

Apa saya khuatir adalah Malaysia bakal berdepan dengan Konflik Perkauaman dan berakhir dengan Agama jika semua pemimpin disemua peringkat gagal mengawalnya daripada dibincangkan secara terbuka.

Jumaat, 31 Disember 2010

1 Jan 2011 - DEMO AMAN TERHADAP MAJU HOLDING


TBS Stesyen termoden dekat kampungku

Esok 1 Januari 2011 bermulalah operasi perkhidmatan bas Terminal Bersepadu Selatan – Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS). Memang canggih dan baru lagi terminal bus ni, lepas ni jalan-jalan kat sekitarnya mungkin mengalami sedikit kesesakan agaknya. Terminal ni ada enam tingkat dan dibangunkan di atas tanah seluas 19.6 hektar, dan ia dilengkapi dengan 55 platform bas, 150 perhentian teksi, 1,000 tempat letak kereta dan 1,800 tempat duduk untuk pengguna dengan sistem hawa dingin di ruang menunggu dan sistem tempahan tiket secara interaktif mesra pengguna, dan yang paling menarik ianya dihubungkan dengan rangkaian pengangkutan lain seperti Keretapi Tanah Melayu (KTM) Komuter, Express Rail Link (ERL) dan Transit Aliran Ringan (LRT), semuanya dalam satu. Jadi lepas ni pengguna boleh pergi kemana-mana dengan mudah dan pantas.
Antara kemudahan yang disediakan adalah seperti;

  • Kaunter khidmat pelanggan yang beroperasi 24 jam.
  • Kemudahan pembelian dan penempahan tiket secara online ‘e-ticketing‘ melalui www.tbsbts.com.my.
  • Penggunaan skrin untuk pelanggan disediakan di hadapan kaunter dan mikrofon di dalam kaunter supaya penumpang dapat melihat dan mendengar dengan jelas maklumat yang disampaikan pihak pentadbiran.
  • 19 kaunter tiket yang disediakan untuk membeli tiket.
  • Enam mesin kiosk untuk membeli tiket secara tunai atau ‘touch n go’.

    Lobi terminal ..
  • Sistem siaran informasi pengunjung (PIDS) seperti jadual pelepasan bas diletakkan di setiap tingkat manakala balai ketibaan dan pelepasan di tingkat bawah disediakan khusus untuk penumpang sahaja.
  • Kemudahan seperti restoran, kemudahan mesin juruwang automatik (ATM), bilik rehat VIP, surau, tandas, tempat menukar lampin bayi serta perkhidmatan WiFi.
  • Kemudahan tempat duduk yang selesa ..
  • Kemudahan untuk Orang Kelainan Upaya (OKU) turut disediakan seperti lantai penunjuk arah, kaunter perkhidmatan dan tiket yang direndahkan, tandas, lif, laluan jalan istimewa serta petak letak kereta khas untuk mereka.
  • Ciri-ciri tiket bas sama seperti tiket kapal terbang di mana di atas tiket tertera nama dan nombor kad pengenalan penumpang dan hanya mereka sahaja yang boleh menaiki bas itu.
    Perkhidmatan ‘Usher’ di setiap aras bagi membantu penumpang OKU dan penumpang warga emas bermula mereka membeli tiket hingga menaiki bas.
  • Langkah keselamatan dengan memasang 500 kamera litar tertutup (CCTV) , 250 polis bantuan bertugas membuat rondaan di setiap tingkat dan pos polis disediakan di kawasan parkir.
  • Penggunaan teknologi hijau dan mesra alam banyak digunakan seperti lampu yang digunakan adalah mesra alam serta terdapat ‘Central Vacuum System’ untuk memastikan sampah dibuang di tempat yang betul
  • Hentian rehat bas dilengkapi dengan stesen minyak, surau dan kantin

    Ironinya sehingga kini, penduduk Kg Malaysia Raya dan sekitarnya masih belum menerima sebarang tawaran untuk bersama dalam pembangunan ekonomi di Stesyen tersebut. Berbagai usaha telah kita jayakan termasuk Penubuhan Koperasi Penduduk....Surat telah dihantar termasuk kepada YB Menteri Wilayah serta MOT, namun ianya hanya ibarat menunggu buah yang tak jatuh. Sama-samalah kita renungkan.