Esok 1 Januari 2011 bermulalah operasi perkhidmatan bas Terminal Bersepadu Selatan – Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS). Memang canggih dan baru lagi terminal bus ni, lepas ni jalan-jalan kat sekitarnya mungkin mengalami sedikit kesesakan agaknya. Terminal ni ada enam tingkat dan dibangunkan di atas tanah seluas 19.6 hektar, dan ia dilengkapi dengan 55 platform bas, 150 perhentian teksi, 1,000 tempat letak kereta dan 1,800 tempat duduk untuk pengguna dengan sistem hawa dingin di ruang menunggu dan sistem tempahan tiket secara interaktif mesra pengguna, dan yang paling menarik ianya dihubungkan dengan rangkaian pengangkutan lain seperti Keretapi Tanah Melayu (KTM) Komuter, Express Rail Link (ERL) dan Transit Aliran Ringan (LRT), semuanya dalam satu. Jadi lepas ni pengguna boleh pergi kemana-mana dengan mudah dan pantas.
Antara kemudahan yang disediakan adalah seperti;
Kaunter khidmat pelanggan yang beroperasi 24 jam.
Kemudahan pembelian dan penempahan tiket secara online ‘e-ticketing‘ melalui www.tbsbts.com.my. Penggunaan skrin untuk pelanggan disediakan di hadapan kaunter dan mikrofon di dalam kaunter supaya penumpang dapat melihat dan mendengar dengan jelas maklumat yang disampaikan pihak pentadbiran. 19 kaunter tiket yang disediakan untuk membeli tiket. Enam mesin kiosk untuk membeli tiket secara tunai atau ‘touch n go’.
Lobi terminal ..Sistem siaran informasi pengunjung (PIDS) seperti jadual pelepasan bas diletakkan di setiap tingkat manakala balai ketibaan dan pelepasan di tingkat bawah disediakan khusus untuk penumpang sahaja. Kemudahan seperti restoran, kemudahan mesin juruwang automatik (ATM), bilik rehat VIP, surau, tandas, tempat menukar lampin bayi serta perkhidmatan WiFi. Kemudahan tempat duduk yang selesa ..Kemudahan untuk Orang Kelainan Upaya (OKU) turut disediakan seperti lantai penunjuk arah, kaunter perkhidmatan dan tiket yang direndahkan, tandas, lif, laluan jalan istimewa serta petak letak kereta khas untuk mereka. Ciri-ciri tiket bas sama seperti tiket kapal terbang di mana di atas tiket tertera nama dan nombor kad pengenalan penumpang dan hanya mereka sahaja yang boleh menaiki bas itu.
Perkhidmatan ‘Usher’ di setiap aras bagi membantu penumpang OKU dan penumpang warga emas bermula mereka membeli tiket hingga menaiki bas. Langkah keselamatan dengan memasang 500 kamera litar tertutup (CCTV) , 250 polis bantuan bertugas membuat rondaan di setiap tingkat dan pos polis disediakan di kawasan parkir. Penggunaan teknologi hijau dan mesra alam banyak digunakan seperti lampu yang digunakan adalah mesra alam serta terdapat ‘Central Vacuum System’ untuk memastikan sampah dibuang di tempat yang betul Hentian rehat bas dilengkapi dengan stesen minyak, surau dan kantin
Ironinya sehingga kini, penduduk Kg Malaysia Raya dan sekitarnya masih belum menerima sebarang tawaran untuk bersama dalam pembangunan ekonomi di Stesyen tersebut. Berbagai usaha telah kita jayakan termasuk Penubuhan Koperasi Penduduk....Surat telah dihantar termasuk kepada YB Menteri Wilayah serta MOT, namun ianya hanya ibarat menunggu buah yang tak jatuh. Sama-samalah kita renungkan.