1. Pengemuman pihak kerajaan akan menaikkan kadar bayaran Tol semalam sememangnya akan memberikan impak besar kepada Rakyat.
2. Apa yang muskil adalah, dimana rasionalnya pihak kerajaan mengumumkan semua kenaikkan kadar ini dimasa ekonomi sedang menghadapi penguncupan serta kegawatan disemua peringkat.
3. Apakah kerajaan atau lebih tepat lagi anggota kabinet kerajaan kita telah hilang sensitivitinya? Bukankah kerajaan pilihan rakyat....akan sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat sebelum membuat pengemuman tersebut.
4. Rakyat sudah cukup tertekan dengan kadar kenaikan harga barang yang tak terkawal, walaupun minyak telah lama turun harganya. Yang pasti ianya masih belum mampu ditangani kerajaan.
5. Statistik Kementerian Buruh juga telah melapurkan bahawa telah hampir 13 ribu pekerja dinegara ini yang menggangur, kesan kegawatan ekonomi. Pendapatan berkurangan tetapi kos kehidupan akan bertambah.
6. Rakyat telah mula bangun untuk menilai akan semua kesan kenaikan ini termasuk menyedari kan kesan yang mereka rasai berikutan program pengswastaan yang diamalkan sebelum ini.
7. Justifikasi kepada kerahsiaan dan kegagalan kerajaan untuk memaparkan kandungan perjanjian dengan pihak pemegang konsesi kini mula dipertikaikan.
8. Keuntungan melampau serta tidak lansung mengutamakan kepentingan rakyat kini mula dipertikaikan oleh rakyat yang rata-rata menerima kesan kenaikkan ini.
9. Kenaikkan kadar bayaran Tol ini juga akan memberika kesan kepada aktiviti pergerakkan pengguna jalan raya, khususnya dalam industri Pelancongan Domestik serta perhubungan sosial termasuk hubungan kekeluargaan apabila perjalanan akan melibatkan kos tambahan.
10. Kerajaan wajar menilai semua ini jika ingin terus dilihat relevan dengan keharmonian kehidupan berterusan rakyatnya. Kajian semula perlu dibuat dalam memastikan semua permaslahan berbangkit dapat ditangani.
wajar dipandang
Muslims may wish non-Muslims on religious holidays, says Penang mufti
-
[image: Free Malaysia Today]
Penang mufti Sukki Othman said Muslims may attend open houses held by
non-Muslims as long as these events fulfill certain c...
11 jam yang lalu