Sukacita dimaklumkan bahawa saya telah dilantik dengan penuh kepercayaan oleh Ketua yang baru dipilih iaitu Ybhg. Datuk Mokhtar Samad untuk mengetuai saf pengurusan dan pentadbiran UMNO Bahagian ini berkuatkuasa serta merta.(25/10/08)
Saya sedar bahawa perlantikkan tersebut adalah berasaskan kerja buat saya bersama penduduk Kg Malaysia Raya menerusi organisasi sedia ada dan sokongan padu daripada semua pihak selama ini.
Sebagai anak kampung yang komited untuk membantu komuniti setempat, saya dengan rasa rendah diri menyahut cabaran tersebut dan mengharapkan sokongan berterusan serta kerjasama semua pihak. Semoga tuan/puan mendoakan dan merestui keputusan saya ini. Wassalam.
Sabtu, 25 Oktober 2008
Perlantikkan saya sebagai Setiausaha UMNO Bahagian Bandar Tun Razak
Isnin, 13 Oktober 2008
Gelaran Datuk buat Shahruk Khan.....
1. Kewajaran penganegerahan gelaran Datuk buat penggiat seni Bollywood terkenal sememamnnya wajar diperkatakan umum. Saya begitu terkejut apabila mendengar berita tersebut malah majlis khas akan diadakan buat beliau kemudian nanti. Apakah relevannya beliau dianugerahkan penghargaan setinggi itu kalau sekadar menjadikan Melaka sebagai salah satu slot dalam filem yang melibatkan beliau?
2.Seharusnyalah kita dapat membuat penganalisaan sematang mungkin agar perkara sedemikan tidak mudah dipandang remih lagi dimasa depan. Jangan sampai pepatah melayu Anak Kera dihutan disusukan, Anak dirumah mati kelaparan dijadikan bidalan dalam kes ini. Saya rasa banyak lagi anak watan negara ini malah anak negeri Melaka sendiri yang layak dianegerahkan gelaran tersebut berdasarkan sumbangan mereka kepada negara malah negeri Melakan sendiri.
Sama-samalah kita renungan....
Khamis, 9 Oktober 2008
Salam Hormat buat Pak Lah
Keputusan Pak Lah untuk tidak terus bertanding dan mempertahankan jawatan sebagai Presiden UMNO dalam pemilihan yang dijangka akan diadakan Mac depan sememangnya telah dijangka berdasarkan beberapa analogi politik yang telah diwawarkan oleh ramai orang. Saya sifatkan keputusan tersebut sebagai amat bertepatan dan Pak lah telah menunjukkan satu contoh yang baik yang boleh diteladani oleh ramai pemimpin tidak kira diperingkat mana sekali pun.
Sikap sedemikian bukanlah mudah untuk diputuskan apatah lagi daripada seorang pemimpin tertinggi negara yang mana baru masuk penggal kedua kepimpinannya. Perbagai tohmahan, pendedahan dan alasan telah diberi oleh ramai orang samada dari dalam atau pun luar UMNO mengenai style kepimpinan Pak Lah sebelum ini. Pak Lah juga mengariskan keperluan UMNO untuk terus bersatu demi berdepan dengan cabaran yang ada.
Kini giliran najib pulalah disandarkan harapan dan visi baru bahtera yang bergelar UMNO ini. Mampu atau tidak, sama-samalah kita saksikan nanti. Percaturan jawatan Timbalan beliau juga kini menjadi perhatian disamping Naib Presiden yang turut memperlihatkan ramai muka baru dan lama.
Buat Pak Lah, syabas dan terima kasih saya ucapkan diatas sumbangan yang telah ditaburkan selama ini. Semoga Pak Lah akan terus berbahagia dan sihat sentiasa.
Rabu, 8 Oktober 2008
Cadangan Menteri Penerangan kaji semula program rumah Terbuka sempena Majlis Perayaan sebagai tidak Wajar
Cadangan Menteri Penerangan agar mempertimbangkan penganjuran program tradisi rumah terbuka sempena perayaan kaum dinegara kita adalah tidak wajar sama sekali. Jika kenyataan tersebut dibuat berdasarkan kesan kehadiran kumpulan tertentu (Hindraf) semasa rumah terbuka Perdana Menteri minggu lalu sebagai alasan maka ianya disifatkan sebagai tidak logik. Kejadian tersebut sememangnya boleh dielak jika beberapa pendekatan sesuai diambil berdasarkan isu dan juga espek keselamatan jika ianya menjadi ukuran.
Mana mungkin kerana disebabkan insiden seperti itu terjadi maka semua bentuk sambutan rumah terbuka khususnya yang besar diperingkat nasional terus dibatal dengan alasan keselamatan. Rakyat telah biasa dan budaya rai-meraikan sempena hari kebesaran antara kaum telah lama menjadi sebahagian daripada adat resam dinegara kita sejak merdeka lagi. Kerajaan telah pun membelanjakan berjuta-juta ringgit bagi memupuk budaya kunjung mengunjung sejak merdeka lagi bagi merapatkan lagi keharmoian antara kaum yang ada dinegara kita.
Jika soal isu yang diperjuangakan menjadi persoalannya, maka pendekatan menanganinya semestinyalah diatasi dengan rasional dan berhemah tetapi jika soal keselamatan pula menjadi alasannya maka kaedah bersesuaian jugalah sewajarnya diambil sebelum perkara seumpama itu daripada terus berulang lagi.
Selaku Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga diperingkat Komuniti dan turut sama memainkan peranan sebagai agen kepada Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, saya ingin merakamkan rasa kesal terhadap kenyataan seumpama itu dikeluarkan oleh seorang Menteri apatah lagi yang menjaga potfolio Penerangan yang mana sepatutnya membantu melancarkan lagi kempen integrasi antara kaum yang kian rapuh sejak kebelakangan ini. Isu perkauman dan agama mestilah ditangani dengan penuh hemah lagi cermat. Jestru itu Kementerian Penerangan dan JPNIN boleh memainkan peranan bagi merapatkan jurang tersebut dan bukanya mengkaji semula penganjuran rumah terbuka seperti yang dimaksudkan.`
Isnin, 6 Oktober 2008
Pelan Peralihan kuasa Kepimpinan Negara
Sejak kebelakangan ini, kita semua akan terus mendengar berbagai desas desus mengenai menawaran diri untuk bertanding disemua peringkat kepimpinan tertinggi didalam UMNO. Sehubungan dengan itu, berbagai teori telah dicipta bagi merealisasikan aspirasi pemimpin yang menawarakan diri tersebut. Ini termasuklah manifesto masing-masing bagi membuktikan kesungguhan sekiranya mereka dipilih kemudian nanti.
Walau apa pun pendirian dan bentuk sokongan yang bakal diusahakan selepas ini, saya secara peribadi berharap ianya tidak sama sekali bertonggak diatas paksi kepentingan diri semata-mata. Kebelakangan ini, keutamaan untuk memikul amanah sebagai pemimpin rakyat adalah lebih penting berbanding menjadi pemimpin kepada pemimpin yang lain.
Samada Presiden parti bertanding atau sebaliknya hanya akan diketahui hanya sebelum persidangan disemua peringkat Bahagian yang akan diadakan minggu hadapan. Apa yang penting, keterbukaan untuk siapa sahaja menawarkan diri mestilah dilihat sebagai titik permulaaan kepada penjenamaan semula UMNO malah sisitem kuota juga sewajarnyalah dilihat sebagai tidak lagi relevan selepas ini.
Pengumuman mengejut Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai calon pertama menawarkan diri untuk bertanding ditempat kedua jawatan tertinggi parti sewajarnyalah dialu-alukan. Jatuh bangun beliau sebagai salah seorang pimpinan daripada akar umbi sewajarnyalah disokong oleh semua pihak khususnya perwakilan UMNO Bahagaian Bandar Tun Razak kerana kecekalan dan kesabaran beliau melalui tribulasi perjuangan dalam parti sebelum ini.
Sebagai ketua UMNO Cawangan, saya begitu mengharapkan agar rakan seperjuangan yang menang dalam pemilihan G7 nanti berfikir dan renungkannya. Kita inginkan pemimpin yang mampu menjadi penghubung dan mampu menyatukan umat melayu bukan sekadar dalam UMNO malah inter parti yang ada dalam negara kita ini.