Welcome to my Blog

Welcome to my Weblog. This site is dedicated to publishing my writings as and when I am able to pen my thoughts and opinions.Interested parties, including the Press, may reproduce or quote materials published with the condition that they are credited tfrom me. Comments must be accompanied by names and contact. Anonymous postings and those containing profanities and obscenities will be rejected.

Salam pengenalan buat semua

Semoga keujudan blog ini akan memberikan ruang untuk kita sebagai pemimpin diperingkat akar umbi untuk bertukar pandangan dan pengalaman dalam menangai isu-isu semasa kemasyarakat ditempat masing-masing. Tuan/puan mungkin pimpinan kerdil diperingkat bawahan, samada diluar bandar atau pekan kecil, didaerah mahu pun bandar, jangan lupa bahawa anda mempunyai peranan tertentu dalam merobah pemikiran rakyat.

Bersamalah kita berazam untuk meninggikan mutu kehidupan dan kefahaman penduduk dalam sesebuah masyarakat itu menangani cabaran alaf baru. Semoga komuniti kita akan menjadi tempat yang menarik, maju dan menguntungkan buat semua penduduknya.anda boleh berkomunikasi dengan saya menerusi email peribadi di mzha@hotmail.com atau hubungi saya terus menerusi 019-2764133

capaian

Jumaat, 27 Februari 2009

Tol naik, Rakyat tertekan

1. Pengemuman pihak kerajaan akan menaikkan kadar bayaran Tol semalam sememangnya akan memberikan impak besar kepada Rakyat.

2. Apa yang muskil adalah, dimana rasionalnya pihak kerajaan mengumumkan semua kenaikkan kadar ini dimasa ekonomi sedang menghadapi penguncupan serta kegawatan disemua peringkat.

3. Apakah kerajaan atau lebih tepat lagi anggota kabinet kerajaan kita telah hilang sensitivitinya? Bukankah kerajaan pilihan rakyat....akan sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat sebelum membuat pengemuman tersebut.

4. Rakyat sudah cukup tertekan dengan kadar kenaikan harga barang yang tak terkawal, walaupun minyak telah lama turun harganya. Yang pasti ianya masih belum mampu ditangani kerajaan.

5. Statistik Kementerian Buruh juga telah melapurkan bahawa telah hampir 13 ribu pekerja dinegara ini yang menggangur, kesan kegawatan ekonomi. Pendapatan berkurangan tetapi kos kehidupan akan bertambah.

6. Rakyat telah mula bangun untuk menilai akan semua kesan kenaikan ini termasuk menyedari kan kesan yang mereka rasai berikutan program pengswastaan yang diamalkan sebelum ini.

7. Justifikasi kepada kerahsiaan dan kegagalan kerajaan untuk memaparkan kandungan perjanjian dengan pihak pemegang konsesi kini mula dipertikaikan.

8. Keuntungan melampau serta tidak lansung mengutamakan kepentingan rakyat kini mula dipertikaikan oleh rakyat yang rata-rata menerima kesan kenaikkan ini.

9. Kenaikkan kadar bayaran Tol ini juga akan memberika kesan kepada aktiviti pergerakkan pengguna jalan raya, khususnya dalam industri Pelancongan Domestik serta perhubungan sosial termasuk hubungan kekeluargaan apabila perjalanan akan melibatkan kos tambahan.

10. Kerajaan wajar menilai semua ini jika ingin terus dilihat relevan dengan keharmonian kehidupan berterusan rakyatnya. Kajian semula perlu dibuat dalam memastikan semua permaslahan berbangkit dapat ditangani.





wajar dipandang

Sabtu, 21 Februari 2009

Kecelaruan dalam Politik mengatasi kegawatan Ekonomi

Seperti yang sedia kita maklumi, sejak kebelakang ini terdapat berbagai perkembangan dan khabar angin yang bertiup kencang mengenai kecelaruan hala tujuan Politik samada dalaman parti yang berkaitan mahupun antara parti malah melibatkan perjalan pentadniran Kerajaan Negeri.

Apa yang perlu kita semua ambil perhatian dan fikirkan adalah kemana sebenarnya kita sebagai rakyat akan dibawa. Kemana akhirnya kita semua? Adakah kita hanya akan menghabiskan masa dan tenaga kita hanya untuk membicarakan kemelut Politik sahaja sedangkan Masalah Ekonomi yang melanda tidak kita pedulu? Pengganguran meningkat, harga barangan naik mendadak dan kos kehidupan hari demi hari meningkat....